Categories
SELANGOR

Exco PAS Selangor laksana tugas seperti biasa bawah pimpinan Abdul Khalid

SHAH ALAM, 11 OGOS: Empat Exco PAS Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, hal itu kerana Kerajaan Negeri masih wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

yunus exco pc tie red 01“Kerajaan masih ada, jadi mereka perlu menjalankan tugas seperti biasa sehingga ada keputusan baru,” katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid, pada 9 Ogos lalu.

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad (ADUN Chempaka); Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi (ADUN Sabak); Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali (ADUN Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (ADUN Sijangkang).

mustafa aliSementara itu, Mustafa mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang kini melanda Selangor.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat  (PR) dan menangani krisis itu secara berhemah, cermat serta  bijaksana bersama kepimpinan PR yang lain.

Categories
NASIONAL

Mustafa : Pakatan Fail Kira-Kira 35 Petisyen PRU 13

SPR tipu suara rakyat 505 pj 01

PETALING JAYA 3 JUN : Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan kira-kira 35 petisyen terhadap keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, setakat ini PAS sudah mempunyai sebanyak 14 petisyen manakala PKR 18 serta DAP sebanyak tiga.

Dakwanya, PRU13 lalu yang kendalikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) penuh dengan penipuan dan tidak bersih.

?Di samping perhimpunan aman yang diadakan bagi mendedahkan ketidakpuasan hati mengenai pengendalian PRU13 oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), kita juga sedang mempersiapkan untuk failkan petisyen pilhanraya.

“Ketiga-tiga parti, PKR, PAS dan DAP telah memutuskan untuk membuatnya berdasarkan kawasan yang dikenalpasti,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Rasa tidak puas hati ini berdasarkan fakta diperoleh. Maka sebab itu kita failkan petisyen dan BN pun failkan juga.

“Pasti ada perkara yang mereka juga tidak puashati dengan SPR. Ini menunjukkan SPR gagal dalam mengendalikan pilihanraya,” katanya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan sejarah pilihanraya negara ini, ada satu atau dua kes dikemukakan selepas setiap kali selesai pilhanraya.

“Tetapi belum pernah sehingga hampir 90 petisyen dicadangkan untuk dikemukakan.

“Ini sahaja cukup alasan untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR letak jawatan segera kerana cuai dan terlibat dalam kegiatan curang serta penipuan dalam pilihanraya,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kaji Selidik BN Sendiri Tunjuk Peluang PR Menang Cerah, Perolehi 117 Parlimen

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KOTA DAMANSARA, 3 MEI: Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi 117 kerusi parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.

Sementara BN pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu turut menunjukkan, PR, selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.

Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi.

“Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN dan parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut ‘survey’ itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini.

“Melaka, kita boleh tambah kerusi parlimen dan negeri, tetapi masih belum boleh tawan negeri.

“Pahang, kita boleh tambah kerusi, tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50,” ujar Mustafa.

Menurut Mustaffa, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU-13 diadakan Selasa lalu.

Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad nanti.

“Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi.

“Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir sendiri,” katanya lagi.

Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Bagi menang di peringkat persekutuan sekaligus menduduki Putra Jaya, PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Buat pertama kali, dalam PRU-12 pada 2008, BN dinafikan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen apabila hanya mampu menang dengan majoriti 140 kerusi.

Manakala Pakatan menang dengan 82 kerusi.

Categories
NASIONAL

Siapa Calon MB BN Di Selangor? – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 17042013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Tiada calon Umno-BN di Selangor boleh menandingi kredibiliti dan ketokohan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar yang berjaya menerajui Selangor sepanjang lima tahun ini.

2. Polis diminta menjalankan siasatan berhubung penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana ia dilihat didalangi pihak tertentu bagi mencemarkan imej pemimpin Pakatan Rakyat.

3. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sembilan kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang akan dipertandingkan PKR dalam pilihanraya ke- 13.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Insiden Serangan dan Ugutan, PR Desak Penjelasan PM

PETALING JAYA 12 SEPT : Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi penjelasan berhubung insiden serangan berulang kali ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat termasuk ugutan terhadap beberapa pimpinan PR.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR memandang serius isu tersebut berikutan budaya samseng dan amalan ugutan semakin rancak dilakukan puak Umno-BN.

Beliau berkata, sehingga kini Perdana Menteri mahupun Menteri Dalam Negeri masih belum memberi sebarang jaminan atau maklumbalas untuk memastikan insiden sama tidak berulang lagi.

“Saya mohon penjelasan daripada Kerajaan Umno-BN sama ada ini budaya baru mereka. Pihak polis juga perlu bertegas termasuk tentang kenyataan terbaru mengenai ugutan terang-terangan yang kita terima supaya saya tidak ke Johor.

“Kita tidak mahu Malaysia ada dua undang-undang. Satu untuk memelihara kepentingan atasan dan penguasa dan satu undang-undang lagi membiarkan sebarang bentuk keganasan terhadap PR.

“Seperti mana sebelum ini, kita tidak setuju dengan adegan memijak gambar sesiapa tetapi kalau gambar Najib, ia jadi isu dan diambil tindakan. Tetapi serangan ke atas PR, dianggap biasa. Inilah dikatakan Satu Malaysia, Dua Undang-undang,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, tengah hari tadi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata budaya samseng adalah amalan biasa Kerajaan Umno-BN yang diamalkan sejak dulu lagi.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu memberi kesukaran kepada pihak pembangkang untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

“Apabila terancam, mereka akan gunakan taktik itu. Walaupun setakat ini tindakan itu mensasarkan kepada PKR, tetapi kita akan bersama menghadapi isu ini kerana ia merupakan ancaman kepada PR,” katanya.

Video Berkaitan: http://www.youtube.com/watch?v=UDZXCsyEmA0