Categories
AGENDA NASIONAL

Parlimen: RM2.8 bilion dibelanja laksana program vaksin setakat Ogos

SHAH ALAM, 30 SEPTEMBER: Sejumlah RM2.8 bilion dibelanjakan kerajaan persekutuan untuk melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Ogos lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perbelanjaan pelbagai agensi itu meliputi RM2.6 bilion bagi pembelian vaksin, RM210 juta kepada pengamal perubatan swasta dan RM19 juta meningkatkan aset Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurutnya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) yang menerima peruntukan RM1 bilion pula membelanjakan RM314 juta setakat ini bagi menjayakan PICK.

“Perbelanjaan membabitkan kos operasi seperti sewa, pembersihan, peralatan dan kebajikan petugas pusat pemberian vaksin yang diberikan sagu hati serta makanan.

“Mosti turut berbelanja bagi meningkatkan pendaftaran di semua kawasan parlimen membabitkan perbelanjaan RM4.4 juta, kita berterima kasih kepada semua ahli parlimen yang membantu,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memohon penjelasan berhubung perbelanjaan kerajaan bagi melaksanakan PICK.

Categories
AGENDA NASIONAL

Vaksin CanSino, Sinovac untuk enam negeri dengan kadar suntikan bawah 50 peratus

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Vaksin dos tunggal CanSino dan Sinovac akan digunakan bagi meningkatkan vaksinasi di enam negeri yang masih mempunyai kadar vaksinasi populasi dewasa lengkap kurang daripada 50 peratus.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Malaysia membeli 3.5 juta dos vaksin CanSino dengan kumpulan pertama 200,000 dos berkenaan telah diterima dan diedar ke negeri-negeri yang kadar vaksinasi rendah.

Katanya 300,000 dos CanSino akan diterima bulan depan bagi mempercepatkan proses mencapai imuniti kelompok.

“Vaksin CanSino ini boleh digunakan untuk kawasan yang sukar diakses, tempat terpencil dan bagi penduduk kawasan yang sukar mendapatkan dua dos,” katanya selepas lawatan kerja pertamanya ke kilang isi dan selesai Solution Biologics Sdn Bhd (SolBio) bagi vaksin Convidicea CanSino di Bukit Jalil hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memberikan tempoh sehingga akhir bulan depan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Mosti memastikan enam negeri mencapai kadar vaksinasi Covid-19 melebihi 50 peratus pada akhir bulan depan.

Setakat semalam, enam negeri yang mencatatkan vaksinasi kurang daripada 50 peratus itu adalah Perak (46.9 peratus), Terengganu (46.8 peratus), Johor (46.1 peratus), Kedah (44.2 peratus), Kelantan (43.9 peratus) dan Sabah (38 peratus).

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

11 kit ujian kendiri Covid-19 dilulus dengan bersyarat – menteri

PUTRAJAYA, 13 OGOS: Sebanyak 11 kit ujian kendiri Covid-19 diberikan kelulusan secara bersyarat setakat ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata daripada 11 kit ujian itu, tujuh kit ujian menggunakan sampel saliva (air liur) dan empat lagi menggunakan sampel nasal swab (calitan hidung).

“Kit ujian yang telah mendapat kelulusan bersyarat menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) Kementerian Kesihatan (KKM) itu, boleh diperoleh di fasiliti kesihatan awam dan swasta,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang menggunakan kit ujian disaran melaporkan keputusan ujian mereka menerusi aplikasi MySejahtera, bagi membolehkan pemantauan sewajarnya dilakukan oleh KKM.

Kit ujian itu adalah BERIGHT-Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid); ALLTest Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid); JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid); Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test; Gmate Covid-19 Ag Saliva; dan Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography);

Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen Assay, Flowflex™ SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing); STANDARD Q Covid-19 Ag Saliva Home Test; ProDetect ™ Covid-19 Antigen Rapid Test (Saliva); dan NEWGENE Bioengineering Covid-19 Antigen Detection Kit.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

28.3 peratus rakyat Malaysia lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Sebanyak 28.3 peratus atau 9,246,295 populasi negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,119,916 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 25,366,211 dos.

“Mengikut peratusan, 68.9 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 39.5 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 357,891 dos diberikan semalam dengan 160,320 adalah dos pertama manakala 197,661 adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Lebih 22 juta dos vaksin Covid-19 disuntik setakat semalam

KUALA LUMPUR, 4 OGOS: Sebanyak 22,152,367 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,711,532 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,440,835 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 45 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22.8 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 483,368 dos diberikan semalam dengan 240,394 adalah pemberian dos pertama manakala 242,974 lagi adalah dos kedua.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih 21.6 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

KUALA LUMPUR, 3 OGOS: Sebanyak 21,668,999 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 14,471,138 orang menerima suntikan dos pertama manakala 7,197,861 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 44.3 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 22 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian pula mencatatkan sebanyak 468,526 dos diberikan semalam dengan 223,479 adalah pemberian dos pertama manakala 245,047 lagi adalah dos kedua.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar suntikan vaksin harian lebih 500,000 dos tiga hari berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Sebanyak 552,701 dos suntikan vaksin dilaporkan dilaksanakan di seluruh negara semalam (Rabu) menjadikan ia hari ketiga berturut-turut Malaysia merekodkan pemberian vaksin harian melebihi 500,000 dos.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik data pemberian vaksin dalam laman Twitternya berkata daripada jumlah itu, seramai 353,771 individu menerima dos pertama dan 198,930 lagi melengkapkan dos kedua.

Jumlah pemberian vaksin Covid harian tertinggi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan sejak 24 Februari lepas adalah pada Selasa dengan 553,871 dos suntikan, manakala Isnin mencatatkan 521,923 dos.

Sementara itu, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melalui laman Twitter memaklumkan secara kumulatifnya, sebanyak 18,946,048 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam, meliputi 12,841,212 orang untuk dos pertama dan 6,104,836 bagi dos kedua.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Hampir 16.5 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

KUALA LUMPUR, 24 JULAI: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Feb lalu sehingga semalam, mencecah 16,487,158 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,264,760 atau 16.1 peratus.

“Sementara itu, 34.4 peratus atau 11,222,398 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata 462,242 dos diberikan semalam, merangkumi 301,536 individu menerima suntikan pertama manakala 160,706 penerima dos kedua.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Lebih lapan juta dos vaksin diberi setakat semalam

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Sebanyak 8,083,685 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi 5,774,667 penerima dos pertama manakala 2,309,018 telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 258,773 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan pemberian 163,756 dos pertama dan 95,017 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 303,050 orang, diikuti Sarawak (250,011), Johor (244,400), Perak (209,174) dan Kuala Lumpur (198,655).

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Doktor kontrak diminta bertenang, kerajaan sedang bincang

PUTRAJAYA, 30 JUN: Isu pegawai perubatan kontrak yang belum diserap ke jawatan tetap akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata sehingga 31 Mei lepas terdapat 35,216 lantikan secara kontrak bagi tiga skim utama iaitu Pegawai Perubatan UD41 seramai 23, 077 orang, Pegawai Pergigian UG41 (5,000 orang) dan Pegawai Farmasi UF41 seramai 7,139 individu.

“Saya mohon doktor-doktor yang sedia ada dalam skim kontrak supaya bersabar dan bertenang.

Kertas kerja telah disiapkan dan kita akan lihat keputusan jemaah menteri nanti,” katanya ketika ditanya pemberita  mengenai perkara  itu  pada sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini hari ini.

Sebelum ini  Dr Adham berkata KKM telah melaksanakan penambahbaikan skim pegawai perubatan kontrak iaitu menaikkan gaji dari UD41 kepada UD43 hampir menyamai gaji pegawai perubatan tetap.

Media melaporkan kira-kira 23,000 doktor berjawatan kontrak akan melakukan Tindakan Hartal Doktor Kontrak atau mogok di seluruh negara yang dijadualkan pada 26 Julai ini.

Ia berikutan setelah pelbagai cara dilakukan kumpulan berkenaan bagi memastikan mereka diserap ke dalam perkhidmatan tetap, masih gagal.

Sementara itu, Dr Adham berkata sejak akhir 2020 hingga kini seramai 200 pegawai psikologi dilantik dan akan disambung perkhidmatan mereka pada 2022 untuk meneruskan penyampaian kesihatan mental kepada barisan hadapan dan masyarakat.

Katanya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,  senario kesihatan mental di negara ini menunjukkan peningkatan impak terhadap permasalahan kesihatan mental.

“Sebanyak 91.2 peratus daripada panggilan talian bantuan yang kami terima, memerlukan sokongan emosi dan kaunseling.

Antara lainnya kerana faktor seperti stres keterlaluan, murung, hilang harapan untuk meneruskan kehidupan, hilang sumber pendapatan, perselisihan dengan pasangan serta keluarga dan stigma terhadap jangkitan,”katanya.

Katanya KKM dan pelbagai kementerian serta jabatan sentiasa bersepadu dalam mengambil inisiatif dari pelbagai aspek bagi menangani masalah kesihatan mental.

Beliau berkata  ia termasuk mempertingkatkan Latihan Bantuan Asas Psikologi kepada barisan hadapan dan anggota agensi lain, pelaksanaan konsep “task shifting” iaitu pemerkasaaan masyarakat dengan memberi latihan dan kemahiran kepada individu di luar KKM untuk menyampaikan advokasi dan sokongan serta intervensi psikososial kepada masyarakat.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

KKM kaji pendekkan tempoh beri dos kedua AstraZeneca

PUTRAJAYA, 19 JUN: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji sama ada tempoh masa pemberian dos kedua vaksin AstraZeneca boleh dipendekkan daripada 12 minggu kepada enam minggu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata ia bergantung kepada laporan pakar terhadap situasi Covid-19 negara sama ada penerima memerlukan kesan maksimum perlindungan daripada dos kedua dengan lebih cepat.

“Kita masih perlu melakukan aktiviti penjujukan genom yang berterusan untuk mengesan jika wujud varian baru Covid-19 lebih ganas yang akan mengganggu keberkesanan vaksin AstraZeneca. Keputusan akan dibuat oleh JKJAV (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin) jika tempoh dos kedua perlu diberi dalam masa lebih cepat (enam minggu selepas dos pertama),” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Pada masa ini, tempoh antara dos pertama dan kedua vaksin AstraZeneca adalah 12 minggu atau tiga bulan.

Sementara itu, katanya kerajaan akan mengkaji laporan pakar kesihatan negara dan pihak berkuasa kesihatan Australia berikutan negara itu menghentikan penggunaan AstraZeneca kepada rakyat 60 tahun ke bawah susulan terdapat kebimbangan vaksin itu ada kaitan dengan kejadian darah beku untuk golongan tersebut.

Dr Adham berkata ia terutamanya bagi bekalan AstraZeneca dikeluarkan oleh pembekal dari Thailand yang akan tiba pada Julai ini.

“Pakar-pakar kita akan membuat penilaian kembali sama ada AstraZeneca kali ini sesuai diberikan kepada 60 tahun ke bawah,” katanya.

Malaysia sebelum ini membuat perolehan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca melalui dua kaedah iaitu secara terus dengan pengeluar dan melalui fasiliti COVAX.

Dr Adham berkata setakat ini menurut data secara keseluruhan vaksin AstraZeneca tidak melaporkan sebarang kemudaratan teruk terhadap penerima di negara ini.

Mengulas mengenai ‘1st dose strategy’ (mengutamakan pemberian dos pertama) dalam pemberian vaksin, Dr Adham berkata buat masa ini kerajaan tidak akan melaksanakannya kerana bekalan vaksin yang ditempah adalah mencukupi untuk penduduk negara ini.

Menerusi strategi itu suntikan dos pertama vaksin Covid-19 diberikan kepada lebih ramai orang dengan melanjutkan tempoh pemberian dos kedua. Strategi berkenaan telah dilaksanakan oleh negara-negara seperti United Kingdom dan Jerman.

Dalam pada itu, Dr Adham berkata kerajaan menjalankan kaedah ‘suntik dahulu, daftar kemudian’ bagi golongan yang sukar mendapat akses pendaftaran vaksinasi, terutamanya mereka di kawasan pedalaman.

Dr Adham berkata ia dengan mengaktifkan ‘mobile team’ melibatkan kerjasama pelbagai kementerian bagi menjejaki golongan sasaran yang sepatutnya menerima vaksin dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Pada fasa dua kita sasarkan untuk suntik 9.4 juta penerima, tetapi hingga kita dapati hanya 4.4 juta sahaja yang telah berdaftar dengan MySejahtera, jadi kita sedang sedaya upaya untuk mengerah pasukan untuk kita capai semua penerima ini, baru kita boleh teruskan dengan fasa ketiga,” katanya.

Fasa kedua program imunisasi itu bermula April lepas yang mengutamakan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berpenyakit kronik.

Sementara itu, Dr Adham berkata rakyat yang telah divaksinasi perlu kekal melakukan tindakan kesihatan awam kendiri agar risiko penularan jangkitan dapat dibendung dengan berkesan.

“Masih ada kebarangkalian untuk individu yang telah diberikan vaksin mendapat jangkitan Covid-19 kerana kita masih terdedah kepada risiko jangkitan virus tersebut memandangkan ia telah berada dalam komuniti. Norma baharu seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, menjaga jarak fizikal dan elak daripada mengunjungi tempat sesak serta elak daripada bersentuhan perlu terus diamalkan,” katanya.

Katanya, vaksinasi Covid-19 berfungsi melindungi penerima daripada mendapat jangkitan yang lebih teruk, justeru kerajaan melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan apa-apa sahaja vaksin digunakan telah dipastikan ia selamat, berkesan dan berkualiti tinggi.

Mengulas mengenai pemberian vaksin kepada golongan berusia 12 hingga 17 tahun, KKM kini sedang merangka strategi bagi memvaksin golongan tersebut yang berjumlah 3.5 juta.

Terdahulu kerajaan meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty buatan Pfizer-BioNTech bagi golongan berusia 12 tahun dan ke atas.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Suntikan vaksin harian hampir 200,000 dos semalam, Selangor tertinggi

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mencatat rekod vaksinasi harian tertinggi semalam, dengan pemberian 197,963 dos sekali gus menghampiri sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian di Twitter berkata daripada jumlah itu, seramai 142,890 individu menerima dos pertama manakala 55,073 individu menerima dos kedua.

Beliau berkata, seramai 1,413,039 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 dan seramai 3,275,194 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 4,688,233.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 180,605 diikuti Sarawak (159,920); Johor (135,621); Perak (135,435) dan Kuala Lumpur (127,174).

Sementara itu, berdasarkan perkongsian laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin, Dr Adham berkata seramai 13,811,642 pendaftaran direkodkan semalam, dengan perkembangan nasional sebanyak 59 peratus.

Selangor menjadi negeri tertinggi yang merekodkan jumlah pendaftaran iaitu sebanyak 3,510,783 diikuti Johor (1,723,619), Sarawak (1,321,651) dan Kuala Lumpur (1,167,136).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin sebelum ini berkata, kerajaan menyasarkan lebih 200,000 orang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 sehari bermula Julai ini, dan kemudian ditingkatkan kepada lebih 300,000 orang sehari mulai Ogos.

— BERNAMA