Categories
NASIONAL

Dr Daroyah Alwi (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Sinopsis:

Dr Daroyah Alwi (PKR) – N43 Sementa

Pada 2008, Dun Sementa calon BN, Datuk Rahman Palil menang tanpa bertanding. Pada PRU13 Calon PKR, Doktor gigi, Dr Daroyah Ali akan bertanding dalam pertemuan tiga penjuru bersama Md Ghazali Md Amin (BN) dan S.Thuraisingam (Bebas) N43 Sementa mempunyai 40,508 pengundi berdaftar dengan pola pengundi melayu (48.5%), Cina ( 27%), India ( 24.3% ) dan lain-lain (0.2%). “Penglibatan kaum wanita yang diberi amanah oleh pakatan rakyat menjadi calon membuktikan peranan wanita amat dihargai dalam menyumbang kepada pembangunan negara,”- Dr Daroyah

daroyah

Categories
NASIONAL

‘Mahu Kembalikan Maruah Rakyat Sementa’

Dr Daroyah Alwi_01

KAPAR 23 APRIL : Calon PKR DUN Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata beliau mahu mengembalikan maruah rakyat yang tercalar pada Pilihan Raya 2008 lalu.

“Saya mahu kembalikan maruah DUN Sementa yang tercalar pada 2008, kerana tidak dapat hantar calon ke DUN untuk selesaikan masalah,” katanya ketika ditemui selepas program bertemu rakyat di Pasar Pagi Pekan Kapar.

Dalam pilihan raya 2008, calon BN Datuk Abdul Rahman Palil menang tanpa bertanding

Berhubung dakwaan Umno-BN bahawa beliau adalah orang luar dan bukan anak tempatan, Dr Doroyah pantas menolak dakwaan tersebut.

Dr Daroyah menegaskan beliau merupakan anak tempatan yang lahir di Bukit Kapar.

“Saya bukan orang luar. Saya lahir di Bukit Kapar, dulu sebelum dipecahkan, Bukit Kapar berada di dalam DUN Sementa.

“Ramai saudara mara saya di sini. Ini kawasan saya. Saya hairan kenapa orang kata saya orang luar,” jelasnya.

Sementara itu, turut serta dalam program bertemu rakyat ialah Calon PKR kerusi Parlimen Kapar, G.Manivannan.

Manivannan berkata. tempoh memperkenalkan diri penting berikutan beliau ‘muka baru’ walaupun beliau anak jati Selangor.

“Saya percaya rakyat Kapar dapat menerimanya demi meneruskan kecemerlangan bekas MP Kapar, S Manikasagam.

“Penerimaan rakyat setakat ini sangat memberangsangkan, kami dapat sokongan daripada Ketua-ketua Cabang dan YB Mike sendiri,” katanya.

 

Categories
NASIONAL

Sebak Jumpa Wan Azizah

wan azizah kapar salam 01

KLANG 19 JAN : Norshakiah Wan Tim hampir menitis air mata selepas mengimbas kembali liku-liku perjuangan selama 12 tahun berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat, terutamanya untuk membebaskan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Norshakiah berasa amat teruja dapat bersua muka dan bersalam dengan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tokoh perjuangan tersebut, buat kali pertama.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya, saya memang mengikuti perjalanan kisah Anwar dan Azizah bermula pada¬† tahun 1998.

“Daripada situ, saya mula mengedar risalah apa yang berlaku pada keluarga mereka kepada kawan-kawan.

?Saya dengar cerita dari Azizah tadi, hampir menitiskan air mata. Saya bangga dapat jumpa beliau,” katanya ketika ditemui di majlis Sepetang Bersama Wan Azizah di Dewan Orang Ramai Kampung Perapat di sini semalam.

Norshakiah antara hadirin yang datang untuk mendengar Wan Azizah menceritakan kisah hidupnya di dalam program tersebut.

Beliau menambah Azizah merupakan seorang isteri yang tabah dan kuat dalam mengharungi kehidupan beliau dan membesarkan anak-anaknya.

“Mungkin kalau beliau tidak kuat, beliau tidak mampu hadapinya. Beliau mempunyai sokongan daripada rakyat. wan azizah kapar sumbangan 01

?Apa yang berlaku pada mereka, rakyat sekarang sudah pandai. Kita baca dan lihat seterusnya nilai apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Ketika menceritakan kehidupannya, Azizah berkata titik permulaan beliau menceburi diri dalam politik bermula selepas suaminya yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, ditahan dan penjarakan pada tahun 1998.

“Selepas Anwar dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas dan penyebaran fitnah di televisyen, surat khabar, baru saya sedar betapa jijiknya politik di Malaysia.

“Ketika itu saya memohon kepada Allah SWT, supaya memberi kekuatan untuk membesarkan enam orang anak kami,” katanya ketika menceritakan pengalamannya.

Beliau berkata perkara yang berlaku ke atas keluarganya diceritakan kepada orang ramai bukanlah untuk meminta simpati.

“Saya menegaskan apa yang dituduh kepada Anwar itu tidak benar dan apa yang saya ceritakan ini bukan untuk meminta simpati.

wan azizah kapar kerang 01¬†“Saya bercerita sebab saya mahu kongsi. Sekiranya berlaku kepada sesiapa dengan kes seperti ini, kita jangan harapkan sistem kehakiman membela kita, melainkan kita yang sendiri mengubah sistem politik di negara kita ini,” katanya.

Di dalam program itu juga, kira-kira 30 ibu tunggal di kawasan Dun Sementa menerima sumbangan keperluan asas yang disampaikan oleh MP Kapar, S.Manikavasagam.

Hadir sama Penyelaras Dun Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Terdahulu dalam lawatannya di Kapar, Azizah melawat kilang pengusaha kerang dan makanan sejuk beku di Kampung Tok Muda yang diusahakan oleh Persatuan Wanita kampung terbabit.