Categories
SELANGOR

MB sedang teliti jawatan Halimah dalam PPAS

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 20 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari sedang meneliti mengenai jawatan Dr Halimah Ali selaku Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), dalam masa terdekat ini.

Dr Halimah yang juga merupakan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bakal bertemu calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Halimey Abu Bakar.

Amirudin berkata, beliau baru sahaja memegang jawatan selaku Dato’ Menteri Besar dan masih baharu lagi untuknya memutuskan perkara berkenaan.

“Kita akan meneliti jawatan Dr Halimah dalam masa terdekat ini samada perlu atau tidak beliau meletak jawatan.

“Memandangkan saya juga masih baharu jadi belum sempat untuk menukar sebarang kedudukan sesiapa dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perbincangan Meja Bulat Belanjawan 2019 bertempat di Holiday Inn, Glenmarie, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai samada PAKATAN sedang goyah kerana PAS dan UMNO bekerjasama, Amirudin enggan mengulas dan hanya berkata “senyum”.

Terdahulu, pengundian awal bagi PRK akan diadakan pada 4 September ini dan hari mengundi, pada 8 September ini.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas penyandangnya, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia, pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Dr Shaharuddin mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (PAS) dan calon Bebas Dr S Vignes dengan majoriti 19,372 undi.

Categories
SELANGOR

34 bayi perempuan selamat dikhitankan ADN Selat Klang

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG, 15 JAN: Seramai 34 bayi perempuan DUN Selat Klang sempurna dikhitankan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali, di Surau Qushairiah, Kampung Sungai Udang, di sini, baru-baru ini.

Dr Halimah berkata, program yang memasuki siri ke 40 itu diteruskan dengan kerjasama biro muslimat surau, Helwa Selat Klang dan Amalnita Selat Klang.

“Kebiasaan adat bersunat bagi anak perempuan ini dilaksanakan ketika bayi masih kecil iaitu beberapa hari selepas lahir.

“Dalam program ini kita pernah mengkhitankan antara bayi yang paling kecil berusia 6 hari dan yang paling dewasa juga ada iaitu berumur 15 tahun,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Tambahnya lagi, pihaknya akan meneruskan program itu dari masa ke masa setelah melihat peningkatan peserta yang berdaftar setiap kali penganjurannya.

Categories
SELANGOR

110 pelajar cemerlang DUN Selat Kelang dirai

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 DIS: Seramai 110 pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) DUN Selat Klang dirai dalam satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PSRA 2017, pada 13 Disember lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, penganjurannya diadakan bagi menghargai pencapaian cemerlang pelajar dalam kedua-dua peperiksaan utama itu.

“Kecermelangan ini perlu diteruskan dan untuk itu ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik anak-anak ini sehingga ke menara gading,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap majlis yang diadakan di Dewan Teluk Pulai, Klang.

Dalam perkembangan itu, pelajar Nur Syazani Mohammad dipilih sebagai pelajar terbaik UPSR dan PSRA DUN Selat Klang.

Lebih manis, beliau turut dipilih sebagai penerima bagi anugerah ‘Best of the Best’ (BOTB) atas prestasi cemerlang dalam peperiksaan itu.

Pada masa sama, Nur Syazani dipilih atas kejayaan memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaaan UPSR dan mendapat keputusan Mumtaz dalam PSRA.

Pelajar itu juga disenaraikan sebagai empat pelajar terbaik PSRA bagi Selangor dan di kedudukan 19 bagi peperiksaan UPSR.

Categories
SELANGOR

74 bakal haji Selat Klang terima insentif RM32,000

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 24 JULAI: Kerajaan Negeri menyalurkan RM32,000 kepada 74 bakal haji dari DUN Selat Klang yang bakal menunaikan ibadat haji di Makkah, pada tahun ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, setiap bakal haji bakal menerima insentif RM500 setiap seorang.

“Ia adalah salah satu usaha bagi kemudahan rakyat Selangor dalam menunaikan ibadah haji.

3“Sumbangan itu juga diberikan kepada bakal jemaah haji melalui hasil pencapaian baik kerajaan negeri dalam menguruskan ekonomi negeri,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu beliau turut berpesan kepada jemaah haji untuk terus mendoakan kesejahteraan dan keamanan di Selat Klang serta masyarakat agar dikurniakan kerahmatan dan keampunan oleh Allah.

Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Surau Al-Hidayah Taman Sg Sireh, semalam.

Categories
SELANGOR

5,000 banjiri Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Selat Klang

OLEH SYAZWANI SUFIAN

KLANG, 19 JULAI: Kira-kira lima ribu warga DUN Selat Klang dirai pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Adun Selat Klang dan PAS Selat Klang di Dewan Putra, Kampung Delek, di sini hari ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, rumha terbuka Aidilfitri bertemakan kepahlawanan itu mendapat sambutan amat menggalakkan dalam semua lapisan masyarakat.

“Rakyat daripada pelbagai lapisan hari ini mengunjungi rumah terbuka seawal jam 1.30 petang meskipun majlis bermula pada jam 2.30 petang.

OPEN HOUSE SELAT KLANG (5)“Ia turut di meriahkan dengan alunan muzik dari kumpulan buskers TC Akustik Sabak Bernam dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah turut diraikan dengan pemberian duit raya,” katanya dalam kenyataan.

Turut hadir ADN Sabak Bernam, Sallehen Mukhyi, ADN Tanjung Sepat, Ir. Haslin, wakil daripada Jakel serta pegawai-pagawai kerajaan dan ketua-ketua kampung di Dun Selat Klang.OPEN HOUSE SELAT KLANG (1) OPEN HOUSE SELAT KLANG (6) OPEN HOUSE SELAT KLANG (4) OPEN HOUSE SELAT KLANG (2) OPEN HOUSE SELAT KLANG (3)

Categories
SELANGOR

SMUE: DUN Selat Klang salur RM4 juta

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 APR: DUN Selat Klang menyalurkan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM4 juta sepanjang ia diperkenalkan di negeri itu.

HALIMAH SELAT KLANG (2)Ahli Dewan Negerinya, Dr Halimah Ali berkata, pelaksanaannya diteruskan sepanjang tahun ini di bawah skim sama yang diumumkan Kerajaan Negeri, sebelum ini.

“Sehingga kini, RM4 juta diberikan kepada penduduk Selat Klang di dalam SMUE , manakala lebih 10,000 pelajar di Selat Klang menerima pinjaman pelajaran SUK yang diluluskan Kerajaan Negeri.

“Malah, RM900,000 sudah dibelanjakan kepada pelajar yang menerima Hadiah Anak Masuk Universiti sejak ia mula dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif berkebajikan di kawasan DUN Selat Klang akan diteruskan selepas Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta di bawah Skim Peduli Sihat merangkumi keseluruhan DUN di Selangor, tahun ini.

Katanya, masyarakat khususnya warga Selat Klang menyambut baik inisiatif berkebajikan yang dilaksanakan di peringkat negeri kini.

Terdahulu, Dr Halimah turun padang mendekati masyarakat sekitar Pasar Pagi Teluk Pulai, pada 3 April lalu.

Pada masa sama, beliau berpeluang mendengar permasalahan setempat dan menyampaikan Kad Peduli Sihat DUN Selat Klang kepada pemohon berkelayakan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

DUN Selat Klang anjur Majlis pelajar cemerlang

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 MAC: DUN Selat Klang mengambil inisisatif menghargai pelajar di kawasanya dengan mengadakan satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2016.

Menerusi laman facebook ADNnya, Dr Halimah Ali berkata, pihaknya menjemput pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dengan kelayakkan minima bagi UPKK (8A), PSRA (Mumtaz), UPSR (4A), SMA/SMU (Mumtaz), PT3 (7A), STAM (Mumtaz), STPM (CGPA 3.3) dan SPM (7A) untuk mendaftar di pejabatnya bagi memperoleh anugerah.

“Majlis anugerah ini dibuka khas untuk pelajar yang tinggal di dun ini sahaja.

Dr Halimah Ali“Mereka hanya perlu memohon di Pejabat ADN Selat Klang dengan membawa salinan slip peperiksaan, salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa serta pengesahan alamat sebagai warga Selat Klang,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, permohonan perlu dihantar ke pejabat ADN Selat Klang selewatnya pada 31 Mac ini.

Sebelum ini, pada tahun lalu, seramai 209 pelajar menerima anugerah pelajar cemerlang termasuk enam penerima anugerah Best Of The Best (BOTB) bagi DUN Selat Klang.

-nR-

Categories
SELANGOR

ADN Selat Klang sampaikan Skim SMUE Fasa 1

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 NOV : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diteruskan lagi menerusi penyampaian program bantuan tersebut kepada individu berkelayakan di kawasan pinggir bandar.

Terbaru, seramai enam penerima dari Dun Selat Klang menerima bantuan skim berkenaan bagi fasa pertama menerusi penyerahan bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Hadir menyerahkan bantuan tersebut, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Kelang, Dr Halimah Ali di sekitar Flat Seri Perantau, Kampung Delek Kiri, Jalan Yadi dan Jalan Tepi Sungai.

imageHalimah dalam kenyataannya berharap, penerima memanfaatkan bantuan tersebut dengan perkara berfaedah.

“Gunakan manfaat ini sebaiknya, terutamanya mereka yang beragama Islam supaya melunaskan hutang-hutang.

“Boleh juga digunakan untuk tujuan haji abdal, sedeqah jariah dan sebagainya,” katanya.

Skim SMUE adalah inisiatif Kerajaan Negeri membantu waris kepada keluarga pemohon yang telah meninggal dunia.

Bantuan ini juga diserahkan kepada rakyat Selangor tanpa mengambil kira fahaman agama dan bangsa.

Inisiatifnya bagi memastikan beban waris penerima dapat dibantu untuk menjalani kehidupan sebaiknya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Selat Klang mahu tubuh Skuad Anti Sampah

OLEH LIZAWATI MADFA

KLANG, 29 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali berhasrat menubuhkan Skuad Anti Sampah di kawasannya.

Beliau berkata, skuad berkenaan mempunyai fungsi seakan Skuad Anti Denggi yang dilaksanakan sebelum ini.

“Kita mahu semua surau, masjid, kuil, tokong, sekolah, tadika, padang, kelab dan lain-lain komuniti terlibat dalam inisiatif ini.

“Sama-sama kita wujudkan masyarakat yang tidak suka pembuangan sampah merata-rata kerana tempat kita bukan tong sampah besar,” katanya.

Dr Halimah AliBeliau berkata demikian ketika sesi Dialog Rakyat anjuran KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) di sini, semalam.

Turut serta, Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Mohd Tahir dan ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mohd Prasad Hanif dan Mohamad Baseri Mohd Taib.

Bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Delek, lebih 100 penduduk menyertai sesi dialog yang julung kali diadakan itu.

Halimah berkata, semua pihak perlu memainkan peranan dan tanggungjawab memastikan pengurusan sisa sampah lancar.

“Sebagai penduduk, kita harus pastikan tempat tinggal kita bersih dan mudahkan pihak kontraktor melakukan kerja kutipan sampah domestik,” katanya.

-nR-

Categories
SELANGOR

Jom Baca 10 Minit Selangor jadi ‘trend’

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 29 JULAI: Inisiatif Kerajaan Negeri mewujudkan Program Jom Baca 10 minit kini menjadi pemangkin kepada negeri lain di seluruh negara.

Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Dr Halimah Ali, berkata program itu kini dilaksanakan di seluruh negeri, mencontohi Selangor yang melancarkannya sejak April lalu.

“Program yang dijalankan serentak di Selangor ini diterima baik di seluruh negara selepas kita menjadi pemula.

“Kejayaan ini didorong iltizam tinggi pihak PPAS dengan penyertaan 850,481 peserta hanya di Selangor sahaja dan untuk seluruh negara kita berjaya mengumpulkan lebih 4 juta peserta,” katanya pada Majlis Pelancaran Pesta Buku 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, malam tadi.

IMG_6755Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Hal Ehwal Agama, Dato’ Yunus Hairi.

Pada masa sama, Halimah berkata, kejayaan program itu membuktikan produk PPAS berjaya diterima baik di peringkat nasional untuk memartabatkan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kita akan terus mendahului dan menjadi pemula kepada perubahan menggalakkan amalan membaca di seluruh Malaysia,” katanya.

Program Jom Baca 10 Minit adalah gerak kerja PPAS menggalakkan amalan membaca kepada semua peringkat umur dengan sasaran penyertaan terdiri daripada kakitangan awam, swasta, pelajar sekolah dan pelajar universiti.

Ia hasil inspirasi Earth Hour yang dicetuskan PPAS bagi meraikan Hari Buku Sedunia pada 23 April setiap tahun.

-AA-

Categories
SELANGOR

Sederhana rai Syawal, jauhi perkara lagha

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 JULAI: Syawal sebagai bulan kemenangan buat umat Islam seluruh dunia perlu dirai secara bersederhana dengan memanfaatkan hari penuh bermakna itu bersama keluarga tercinta.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata peluang beraya di kampung perlu digunakan sebaiknya dengan menyantuni dan menghargai keluarga.

“Khusus untuk masyarakat yang pulang beraya di kampung, inilah peluang untuk anda berbakti kepada ibu dan bapa. Gunakan waktu terluang semaksima mungkin dengan menyantuni dan menyayangi mereka.

Dr Halimah Ali“Elakkan daripada melakukan perkara lagha dan sia-sia. Budaya ziarah-menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara sangat dituntut dalam Islam,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Dr Halimah turut meningatkan umat Islam supaya mengamalkan nilai dan akhlak mulia, hormat-menghormati serta saling bermaafan antara satu sama lain.

Beliau berkata, masyarakat juga disaran menjaga adab serta batas pergaulan seperti dituntut agama.

“Islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebih dalam menyambut apa saja perayaan seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih-muih terlalu banyak.

“Bersederhana dalam berbelanja dan perbanyakkan bersedekah. Selain itu, kebiasaannya ramai yang akan menggayakan pelbagai fesyen terkini.

“Justeru, pakailah pakaian wajib menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk badan,” katanya.

-AA-

Categories
SELANGOR

RM10,000 kukuh peranan Surau Saiyidah Zainab Klang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 15 JUN: Bantuan RM10,000 kepada Surau Saiyidah Zainab, Selat Klang diharap mampu mengukuhkan peranan pusat ibadat itu ke arah pembentukan negeri harmoni.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Dr Halimah Ali, berkata inisiatif terbabit adalah usaha pihaknya dalam memastikan peranan pusat ibadat berfungsi sebaiknya.

a45bd0fd-80e7-425d-a518-e0eda18a6c48“Institusi ini perlu dijadikan sebagai salah satu tempat baik sekali gus berperanan mengajak semua ahli kariah surau dan masjid seluruh negeri mengimarahkannya.

“Pelaksanaannya selaras misi terkandung di dalam Surah Saba’ayat 15 yang memperincikan “Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur” bermaksud negeri diampuni serta mendapat rahmat dari Illahi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan sumbangan di surau berkenaan, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Surau Saiyidah Zainab, Azmi Abd Talib, Pegawai Khas ADN Selat Klang, Kamalddin Rahmat, Pengerusi JKKK Kampung Delek, Shamsul Bahari dan penduduk setempat.

Pada majlis itu, Halimah turut menyampaikan sumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa 1 kepada dua waris penerima berdaftar.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada gerak kerja DUN Selat Kla dengan mengadakan lawatan ke surau dan masjid sepanjang Ramadan.

-AA-