Categories
AGENDA NASIONAL

Jangka hayat baharu dua vaksin Covid-19 diluluskan

SHAH ALAM, 16 NOV: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) meluluskan jangka hayat baharu vaksin Comirnaty dan CoronaVac bagi tempoh tiga dan enam bulan lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata keputusan dibuat selepas mendapat permohonan variasi daripada Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd.

“Pelanjutan tempoh jangka hayat produk berdasarkan data stabiliti terkini yang dikemukakan pengilang,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kelulusan lanjutan jangka hayat itu turut terpakai kepada semua stok secara retrospektif sebelum permohonan variasi tersebut diluluskan.

Jelas Dr Noor Hisham, pengilang diberi masa enam bulan untuk mengemas kini tarikh luput yang dicetak pada label bebuli untuk produk vaksin yang akan dikilangkan.

“Jangka hayat stok vaksin yang masih berada dalam stok Kementerian Kesihatan Malaysia akan dilanjutkan selain terpakai kepada stok yang akan diterima dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Berikut vaksin Covid-19 yang mempunyai tempoh jangka hayat baharu:

Bil Vaksin Pengilang Tempoh Jangka Hayat Baru yang Diluluskan
  1.   CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero cell), Inactivated (MAL21046125ACSZ)   Bagi kedua-dua pek saiz (1dos/vial dan 2 dos/vial)   Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd, MALAYSIA Tambahan 6 bulan daripada tarikh asal yang DICETAK PADA LABEL VIAL. Pelanjutan jangka hayat daripada 6 bulan kepada 12 bulan bagi vial vaksin yang disimpan pada suhu 2°C – 8°C.
2. COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21016022AZ)   Pfizer Manufacturing Belgium NV, BELGIUM Tambahan 3 bulan daripada tarikh asal yang DICETAK PADA LABEL VIAL. Pelanjutan jangka hayat daripada 6 bulan kepada 9 bulan bagi vial vaksin yang disimpan pada suhu -90°C sehingga -60°C.
3. COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21036039ASZ) BioNTech Manufacturing GmbH, GERMANY Tambahan 3 bulan daripada tarikh asal yang DICETAK PADA LABEL VIAL. Pelanjutan jangka hayat daripada 6 bulan kepada 9 bulan bagi vial vaksin yang disimpan pada suhu -90°C sehingga -60°C.

*Sumber: Laman web kpkesihatan.com

Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar guna katil, wad ICU pesakit Covid-19 turun

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Laporan kes harian, jumlah kematian, kapasiti penggunaan katil dan unit rawatan rapi (ICU) pesakit COVID-19 terus menunjukkan trend penurunan pada minggu epidemik (ME) ke-41, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, beliau berkata sepanjang tempoh ME ke-41 iaitu 10 sehingga 16 Okt, nilai kebolehjangkitan wabak atau RT juga kekal stabil sekitar 0.80 – 0.90.

Beliau berkata perkembangan baik itu sejajar dengan peningkatan liputan vaksinasi COVID-19 di Malaysia di samping usaha pembukaan semula pelbagai sektor secara terancang melalui inisiatif pembukaan semula secara selamat yang lebih meyakinkan.

“Dalam tempoh itu, kes baharu COVID-19 menunjukkan penurunan 17.9 peratus iaitu daripada 63,722 kes (ME ke-40) kepada 52,321 kes (ME ke-41). Kes baharu bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur pula mulai menunjukkan trend mendatar.

“Purata kes aktif turun 21 peratus iaitu daripada 133,450 kes (ME ke-40) kepada 105,497 kes (ME ke-41), manakala kes kematian turun sebanyak 15.3 peratus iaitu daripada 700 kes (ME ke-40) kepada 593 kes (ME ke-41).

“Kes yang memerlukan rawatan di ICU turut menunjukkan penurunan 12 peratus iaitu 778 kes (ME ke-40) kepada 684 kes (ME ke-41), sementara kes yang memerlukan bantuan pernafasan turun 11.9 peratus iaitu 331 kes (ME ke-40) kepada 292 kes (ME ke-41),” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan wabak itu, hari ini.

Turut menunjukkan penurunan bagi tempoh sama ialah jumlah kluster COVID-19 dengan 83 kluster dilapor melibatkan 37 atau 44.6 peratus kluster tempat kerja; 25 (30.1 peratus) kluster komuniti; 10 (12.1 peratus) kluster pusat pendidikan; sembilan (10.8 peratus) kluster kumpulan berisiko tinggi dan hanya satu (1.2 peratus) kluster pusat tahanan.

Mengenai kapasiti penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan wad serta alat bantuan pernafasan menunjukkan trend penurunan sekitar satu hingga tiga peratus pada ME ke-41 berbanding ME ke-40.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes baharu COVID-19 yang direkodkan setakat 12 tengah hari ini adalah 5,745, menjadikan kumulatif kes kini 2,401,866.

Menurutnya hanya 115 kes atau dua peratus daripada kes baharu itu adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala baki 5,630 atau 98 peratus adalah Kategori Satu dan Dua.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 12 kes adalah kes import manakala 5,733 lagi merupakan kes tempatan,” katanya sambil memberitahu Malaysia turut merekodkan 8,933 kes sembuh dengan jumlah kumulatif adalah 2,287,888 kes.

Dr Noor Hisham berkata 682 kes dirawat di ICU dengan 331 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain sebanyak lapan kluster baharu dikenal pasti membabitkan tujuh kluster tempat kerja serta satu kluster pendidikan lain.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

KKM: 109 kes varian Delta, tiga Beta dikesan di Selangor

SHAH ALAM 7 OKT:  Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti sebanyak 109 lagi kes varian membimbangkan (VOC) Covid-19 di Selangor melibatkan jenis Delta dan tiga kes Beta sehingga semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 392 kes VOC yang dicatatkan dari 25 September hingga semalam dengan 384 kes melibatkan varian Delta (B.1.617.2) manakala lapan lagi Beta (B.1.351).

Kata beliau, varian tersebut berjaya dikesan melalui kajian dijalankan UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI-UKM), Faculty of Medicine (FOM-UM) dan Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM).

Turut terlibat Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM), Malaysia Genome Institute (MGI) dan Institute for Medical Research (IMR).

“UMBI-UKM telah mengenal pasti sebanyak 91 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

“FOM-UM mengenal pasti sebanyak 83 kes iaitu 79 kes varian Delta (B.1.617.2) dan empat kes varian Beta (B.1.351),” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham menjelaskan, iPROMISE-UiTM pula telah mengenal pasti sebanyak 77 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

Tambahnya, TIDREC-UM telah mengenal pasti sebanyak 51 kes iaitu 50 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu kes varian Beta (B.1.351).

Kata beliau, MGI telah mengenal pasti sebanyak sebanyak 48 kes iaitu 47 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu kes varian Beta (B.1.351) manakala IMR  mengesan 40 kes varian Delta (B.1.617.2) dan dua kes varian Beta (B.1.351).

Menjelaskan lebih terperinci, Dr Noor Hisham berkata, VOC Beta turut dikesan di Sabah melibatkan tiga kes manakala masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Kelantan.

Tambahnya, bagi varian Delta pula Pulau Pinang  mencatatkan 46 kes diikuti Kuala Lumpur (42), Negeri Sembilan (34), Pahang (33), Melaka (31), Johor (28), Sabah (21), Terengganu (16), Kelantan (12), Perak (tujuh), masing-masing dua di Putrajaya dan Labuan serta satu di Kedah.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dikategorikan sebagai VOC dan varian di bawah pemantauan (VUM) adalah sebanyak 2,252 kes,” jelas beliau.

Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,232 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah varian mempunyai kepentingan (VOI), katanya.

Secara keseluruhan kata Dr Noor Hisham,  sehingga kini terdapat sebanyak 1,996 kes  VOC varian Delta, Beta (222) dan Alpha (14).

Bagi VOI, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyemak semula kategori ini pada 30 September lepas.

Terdapat hanya dua VOI yang baharu iaitu Lamba (C.37) dan Mu (B.1.621) manakala Theta, Kappa dan Eta telah dikategorikan sebagai (VUM).

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan menurun sedikit sahaja, Selangor masih paras 2,700 kes

SHAH ALAM, 16 SEPT: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 menurun sedikit kepada 18,815 kes hari ini berbanding 19,495 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jumlah di Selangor naik sedikit sahaja kepada 2,718 kes berbanding 2,710 kes semalam.

Jangkitan di Sarawak masih tinggi dengan 3,660 kes berbanding 4,709 semalam, sementara Johor meningkat kepada 2,206 kes berbanding 1,860 kes sehari sebelumnya.

Lima negeri yang merekodkan paras 1,000 kes: Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233) dan Kelantan (1,222).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Terengganu – 814
Pahang – 712

Kuala Lumpur – 493
Melaka – 269
Negeri Sembilan – 170

Perlis – 80
Putrajaya – 22
Labuan – 11

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan melonjak kepada 19,495, Selangor kekal paras 2,000 kes

SHAH ALAM, 15 SEPT: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 meningkat semula kepada 19,495 kes hari ini berbanding 15,669 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jumlah di Selangor naik sedikit sahaja kepada 2,710 kes berbanding 2,632 kes semalam.

Jangkitan di Sarawak meningkat mendadak kepada 4,709 kes berbanding 1,983 semalam, sementara Sabah pula masih tinggi dengan 2,015 kes berbanding 1,784 kes sehari sebelumnya.

Kes di Johor menururun sedikit kepada 1,860 kes hari ini berbanding 1,974 kes semalam.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Pulau Pinang – 1,757
Kelantan – 1,434
Kedah – 1,178
Perak – 1,174

Terengganu – 993
Pahang – 766

Kuala Lumpur – 363
Negeri Sembilan – 222
Melaka – 190
Perlis – 108

Putrajaya – 16
Labuan – 0

Categories
AGENDA NASIONAL

Satu kluster baharu dikesan di Selangor, babit tempat kerja

SHAH ALAM, 13 SEPT: Satu kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor selepas dua hari berturut-turut tiada kluster dilaporkan di negeri ini.

Menerusi kenyataan ketua pengarah kesihatan, kluster Industri Jalan Lengkuk dikenal pasti di Klang membabitkan tempat kerja.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 49 kes positif dicatatkan dalam kluster berkenaan.

Keseluruhannya, sebanyak 32 kluster baharu dilaporkan di seluruh negara, majoriti membabitkan tempat kerja dan komuniti.

Hari ini, jangkitan wabak di Selangor menurun kepada 1,974 kes, paras angka yang hampir sama pada 15 Jun lalu iaitu 1,996.

Negeri ini merekodkan jangkitan paras 2,000 kes dua hari berturut-turut semalam dan Sabtu selepas mencatat 3,595 pada Jumaat.

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

1,436 kluster Covid-19 masih aktif dalam negara

SHAH ALAM, 23 OGOS: Sebanyak 4,442 kluster jangkitan Covid-19 dikesan dalam negara sejak pandemik menular dengan 1,436 daripadanya masih aktif.

Ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan menyebut sebanyak 24 kluster baharu turut direkodkan semalam meliputi tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Lampiran dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan empat kluster tempat kerja dikesan di Johor manakala tiga lagi di Melaka.

Kluster sama turut dikesan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan – masing-masing satu kes.

Sementara lima kluster komuniti dikesan di Kelantan, Sarawak (empat) serta masing-masing satu di Pahang dan Sabah.

Satu kluster kumpulan berisiko tinggi pula dikesan di Selangor membabitkan Jalan Besar Pulau Meranti, Sepang dengan 26 kes.

 

 

 

 

Categories
BERITA UTAMA PENDAPAT RENCANA

Jangkitan harian lepasi paras 23,000, kes aktif lebih 257,000

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman terkini mingguan Bernama mengenai Covid-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 14 Ogos hingga pukul 8.30mlm 20 Ogos 2021.

Kes kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi 1.4 juta kes. Di peringkat global, lebih 211 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.4 juta. Lebih 188 juta pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik Covid-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.

__________________________________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Kes harian baharu negara melepasi angka 23,000 semalam, tertinggi setakat ini, apabila sembilan buah negeri mencatat kes empat angka tiga hari berturut-turut (18, 19 dan 20 Ogos).

Negeri berkenaan ialah Selangor, Sabah, Sarawak, Kedah, WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Perak.

Lonjakan kes harian baharu kepada 23,564 menjadikan kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 257,417 kes, sementara kes kumulatif pula sebanyak 1,513,024.

Kes tertinggi sebelum ini dicatat semalam iaitu 22,948.

Selangor kekal menyumbang kes harian baharu tertinggi iaitu 6,974 dengan diikuti Sabah (2,738 kes) dan Sarawak (2,548 kes).

Sabah turut mencatat kes melebihi dua ribu semalam (19 Ogos) sebanyak 2,583 kes, 18 Ogos (2,413 kes) dan 17 Ogos (2,103 kes).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 21,448 kes sembuh baharu hari ini, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 1,241,894 (82.08 peratus). Semalam, Malaysia mencatat angka tertinggi kes sembuh iaitu 21,720 kes.

Sebanyak 233 lagi kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 13,713 (0.91 peratus).

Kakitangan Sutera Globals Muhammad Hakimin Nor Azime, 20, menitiskan sampel air liur pesakit pada kit ujian kendiri ‘Gmate Covid-19 Rapid Antigen Test’ buatan Korea pada 29 Julai 2021. Foto BERNAMA

Sepanjang rangkuman mingguan Bernama (14-20 Ogos), kes harian baharu seperti berikut:

14 Ogos (20,670 kes), 15 Ogos (20,546 kes), 16 Ogos (19,740 kes), 17 Ogos (19,631 kes), 18 Ogos
(22,242 kes), 19 Ogos (22,948 kes ) dan 20 Ogos (23,564 *tertinggi setakat ini).

Unit rawatan rapi (ICU) kini mengendalikan sebanyak 1,062 kes Covid-19 dan sebanyak 518 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, peratus pesakit kategori 3, 4 dan 5 sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini mencapai paras terendah pada 17 Ogos iaitu 1.5 peratus atau 298 kes daripada 19,740 kes harian baharu yang dilaporkan.

Data KKM mengenai peratus pesakit kategori 3, 4 dan 5 sepanjang rangkuman mingguan Bernama 14 hingga 20 Ogos:

14 Ogos (3.3 peratus/676 kes), 15 Ogos (1.9 peratus/373 kes ), 16 Ogos (298 kes/1.5 peratus ), 17 Ogos (1.6 peratus/305 kes), 18 Ogos (1.9 peratus/430 kes), 19 Ogos (457 kes/2.0 peratus) dan 20 Ogos (1.8 peratus/431 kes).

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru.

Dengan 1,513,024 kes kumulatif, Malaysia di tangga 25 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Chile (1,631,689 kes) dan Czechia (1,677,204 kes).

Kluster tempat kerja terbanyak

Sehingga semalam, Malaysia merekod sebanyak 1,422 kluster aktif. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 4,386 kluster dan 2,964 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh rangkuman mingguan Bernama ini, berdasarkan laporan KKM, terdapat sebanyak 266 kluster baharu, dengan yang terbanyak, kluster tempat kerja 156 (58.5 peratus) dan kluster komuniti 88 (33.1 peratus).

Rabu 18 Ogos mencatat jumlah kluster paling banyak pernah dilaporkan iaitu 49 kluster dan 30 daripadanya adalah kluster tempat kerja.

Kluster tempat kerja adalah kluster paling banyak dilaporkan sejak permulaan fasa kedua gelombang ketiga penularan Covid-19 di negara ini pada 28 Mac 2021 sehingga 17 Ogos 2021.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada 18 Ogos, daripada 2,913 kluster yang dilaporkan sepanjang tempoh berkenaan, sebanyak 1,549 kluster atau 53.2 peratus adalah kluster tempat kerja sementara 880 kluster (30.2 peratus) adalah kluster komuniti.

Kelantan melaporkan kluster komuniti tertinggi iaitu 239 kluster (27.2 peratus), diikuti Sarawak (171 kluster; 19.4 peratus), dan Sabah (94 kluster; 10.7 peratus).

Kluster komuniti yang dilaporkan ini berpunca daripada penularan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga atau kontak rapat seperti aktiviti ziarah-menziarahi keluarga atau penularan di kawasan kediaman (481 kluster), komuniti di rumah panjang (44 kluster); dan majlis sambutan perayaan (55 kluster).

Perkembangan lain dalam negara

Berdasarkan kenyataan ketua pengarah kesihatan semalam, sebanyak sembilan negeri mencatat kes harian baharu empat angka, tiga negeri tiga angka, dua negeri dua angka dan sebuah negeri, satu angka.

Seorang petugas kesihatan lengkap berpakaian sut pelindung diri (PPE) membantu warga emas menolak kerusi roda di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam ketika tinjauan SelangorKini pada 17 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI

Senarai negeri adalah seperti berikut:-

Kes harian baharu empat angka – Selangor 6,974 kes, Sabah 2,738 kes, Sarawak 2,548 kes, Kedah 1,932 kes, WP Kuala Lumpur 1,652 kes, Pulau Pinang 1,523 kes, Johor 1,323 kes, Kelantan 1,281 kes dan Perak 1,248 kes.

K​​​​es harian baharu tiga angka – Melaka 610 kes, Negeri Sembilan 608 kes, Terengganu 521 kes dan Pahang 517 kes.

Kes harian baharu dua angka – Perlis 64 kes dan WP Putrajaya 24 kes.

Kes harian baharu satu angka – WP Labuan 1 kes.

Dr Noor Hisham Abdullah dalam paparan di Facebook peribadinya berkongsi kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau ro/rt untuk sepanjang Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:

14 Ogos (1.05), 15 Ogos (1.05), 16 Ogos (1.05), 17 Ogos (1.04),18 Ogos (1.04), 19 Ogos (1.04) dan 20 Ogos (1.04).

Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi pada 20 Ogos adalah Perlis (1.38), Sarawak (1.31) dan Sabah (1.23).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Mengenai situasi dan maklumat terkini mengenai mutasi spike protein Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar pada 17 Ogos menyatakan, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenalpasti sebanyak 43 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang kesemuanya adalah varian membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang perlu diwaspadai (VOI) sebanyak 710 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 690 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 467 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta.

Senario wabak Covid-19 di Malaysia (14-19 Ogos 2021)

Rekod kes sembuh:

14 Ogos (17,655 kes), 15 Ogos (16,945 kes), 16 Ogos (17,450 kes), 17 Ogos (16,468 kes), 18 Ogos
(19,680 kes), 19 Ogos (21,729 kes *tertinggi setakat ini) dan 20 Ogos (21,448 kes).

*kes kumulatif sembuh sehingga 20 Ogos 2021 – 1,241,894 kes (82.1 peratus).

Penggali kubur dan pasukan Persatuan Amal Valley menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang pada 23 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:

14 Ogos – Kes baharu: 20,670 kes (1,384,353 kes kumulatif); Kes import: 8 kes (6 warganegara, 2 bukan warganegara); Kes tempatan: 20,662 kes [17,179 warganegara (83.1%); 3,483 bukan warganegara (16.9%)];

15 Ogos – Kes baharu: 20,546 kes (1,404,899 kes kumulatif); Kes import: 14 kes (1 warganegara, 13 bukan warganegara); Kes tempatan: 20,532 kes [17,273 warganegara (84.1%); 3,259 bukan warganegara (15.9%)];

16 Ogos – Kes baharu: 19,740 kes (1,424,639 kes kumulatif); Kes import: 19 kes (8 warganegara, 11 bukan warganegara); Kes tempatan: 19,721 kes [15,902 warganegara (80.6%); 3,819 bukan warganegara (19.4%)];

17 Ogos – Kes baharu: 19,631 kes (1,444,270 kes kumulatif); Kes import: 7 kes (2 warganegara, 5 bukan warganegara); Kes tempatan: 19,624 kes [16,677 warganegara (85.0%); 2,947 bukan warganegara (15.0%)];

18 Ogos – Kes baharu: 22,242 kes (1,466,512 kes kumulatif); Kes import: 4 kes (1 warganegara, 3 bukan warganegara); Kes tempatan: 22,238 kes [18,243 warganegara (82.0%); 3,995 bukan warganegara (18.0%)];

19 Ogos – Kes baharu: 22,948 kes (1,489,460 kes kumulatif); Kes import: 9 kes (4 warganegara, 5 bukan warganegara); Kes tempatan: 22,939 kes [19,145 warganegara (83.5%); 3,794 bukan warganegara (16.5%)].

20 Ogos – Kes baharu: 23,564 kes (1,513,024 kes kumulatif); Kes import: 23 kes (12 warganegara, 11 bukan warganegara); Kes tempatan: 23,541 kes [19,714 warganegara (83.7%); 3,827 bukan warganegara (16.3%)].

Rekod kes kematian:-

*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

14 Ogos – 260 kes [12,228 kes kumulatif, 0.88%; 195 warganegara, 65 bukan warganegara; 68 kes BID (37 warganegara; 29 bukan warganegara)];

15 Ogos – 282 kes [12,510 kes kumulatif, 0.89%; 214 warganegara, 68 bukan warganegara; 101 kes BID (46 warganegara; 55 bukan warganegara)];

16 Ogos – 274 kes [12,784 kes kumulatif, 0.90%; 211 warganegara, 63 bukan warganegara; 77 kes BID (28 warganegara; 49 bukan warganegara)];

17 Ogos – 293 kes [13,077 kes kumulatif, 0.90%; 251 warganegara, 42 bukan warganegara; 44 kes BID (28 warganegara; 16 bukan warganegara)];

18 Ogos – 225 kes [13,302 kes kumulatif, 0.91%; 198 warganegara, 27 bukan warganegara; 35 kes BID (27 warganegara; 8 bukan warganegara)];

19 Ogos – 178 kes [13,480 kes kumulatif, 0.90%; 155 warganegara, 23 bukan warganegara; 35 kes BID (26 warganegara; 9 bukan warganegara)].

20 Ogos – 233 kes [13,713 kes kumulatif, 0.91%; 199 warganegara, 34 bukan warganegara; 60 kes BID (44 warganegara; 16 bukan warganegara)].

Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan:

*kluster yang mencatat kes positif yang banyak ketika diumumkan

14 Ogos – 34 (tempat kerja 20, komuniti 12, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 1);

15 Ogos – 29 (tempat kerja 17, komuniti 10 dan kumpulan berisiko tinggi 2);

*kluster tempat kerja, Industri Jalan Jurunilai (Klang dan Petaling) – 160 kes.

*kluster komuniti, Tangkuyan (Kinabatangan, Sabah) – 129 kes.

16 Ogos – 35 (tempat kerja 21, komuniti 11, kumpulan berisiko tinggi 2 dan pendidikan 1);

17 Ogos – 39 (tempat kerja 23, komuniti 13, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 2);

18 Ogos – 49 (tempat kerja 30, komuniti 13, kumpulan berisiko tinggi 5 dan pusat tahanan 1);

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Warisan (Sepang, Selangor) – 216 kes.

19 Ogos – 42 (tempat kerja 23, komuniti 15, kumpulan berisiko tinggi 1, kluster keagamaan 1 dan pusat tahanan 2).

*kluster pusat tahanan, Tembok 2 (Kota Setar, Kedah) – 489 kes.

20 Ogos – 38 kluster (tempat kerja 22, komuniti 14 dan pendidikan 2).

*kluster tempat kerja, Tapak Bina Jalan Damai Raya (Cheras, WPKL) – 185 kes.

Orang ramai memakai pelitup muka sebagai langkah pencegahan Covid-19 di Singapura pada 10 Mac 2020. Foto AFP

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah 211,041,262 (rangkuman mingguan lalu sebanyak 206,390,042 kes) dengan 4,421,425 kematian (minggu lalu 4,350,690 kematian). Kes pesakit sembuh 188,955,259 (minggu lalu 185,202,642 kes).

Sebanyak 216 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Rusia, Perancis, United Kingdom, Turki, Argentina, Colombia dan Sepanyol.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan jumlah kematian adalah seperti berikut:

  • Amerika Syarikat 38,231,787 kes (643,112 kematian)
  • India 32,358,210 kes (433,622 kematian)
  • Brazil 20,494,212 kes (572,733 kematian)
  • Rusia 6,705,523 kes (174,485 kematian)
  • Perancis 6,557,356 kes (113,103 kematian)
  • United Kingdom 6,392,160 kes (131,373 kematian)
  • Turki 6,157,772 kes (53,891 kematian)
  • Argentina 5,116,803 kes (109,841 kematian)
  • Colombia 4,880,516 kes (123,901 kematian)
  • Sepanyol 4,758,003 kes (83,004 kematian)

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 107 dengan 94,579 kes dengan 4,636 kematian.

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Myanmar turut menyertai senarai 105 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

  • Indonesia di tangga 13 – 3,930,300 kes (122,633 kematian)
  • Filipina di tangga 22 – 1,807,800 kes (31,198 kematian)
  • Thailand di tangga 34 – 1,009,710 kes (8,826 kematian)
  • Myanmar di tangga 65 – 365,759 kes (13,945 kematian)
  • Vietnam di tangga 72 – 312,611 kes (7,150 kematian)
  • Kemboja di tangga 109 – 88,242 kes (1,762 kematian)
  • Singapura di tangga 115 – 66,406 kes (46 kematian)
  • Laos di tangga 160 – 11,313 kes (9 kematian)
  • Brunei di tangga 199 – 1,136 kes (3 kematian)
Categories
AGENDA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Pesanan lewat sampai, Dr Noor Hisham gembira Selangor pinjamkan vaksin

SHAH ALAM, 19 OGOS: Ketua pengarah kesihatan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang bersetuju meminjamkan 500,000 dos stok vaksin untuk diedar ke negeri yang mempunyai kadar suntikan rendah.

Dalam kenyataan di Twitter malam ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memuji usaha Selangor yang peduli dan saling membantu negeri serta kawasan lain yang memerlukan.

“Alhamdulilah dan terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar dan Kerajaan Selangor. Ambil peduli dan saling bantu membantu negeri-negeri yang memerlukan vaksin adalah amalan terbaik menjelang Hari Kebangsaan. Malaysia Prihatin. Insya-Allah,” tulisnya.

Dr Noor Hisham turut menyatakan tujuan meminjam vaksin berikutan bekalan yang ditempah lewat tiba.

Kerajaan Negeri bersetuju meminjamkan sebanyak 500,000 dos stok vaksin yang dibeli melalui program Vaksin Selangor (Selvax) kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19.

Dalam sidang media secara maya hari ini, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah itu bagi membantu beberapa negeri yang memerlukan bekalan pelalian ketika ini.

Beliau menjelaskan antara negeri yang bakal menerima bekalan tersebut ialah Kedah, Pulau Pinang dan Sabah dengan vaksin perlu dipulangkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang.

 

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Hanya 0.03 peratus kematian babit individu lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Audit data terbaharu terhadap jumlah kematian akibat Covid-19 di negara ini menunjukkan hanya empat kematian atau 0.03 peratus membabitkan individu yang telah menerima vaksinasi lengkap, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi ciapan Twitter hari ini, katanya, keseluruhan 12,993 kematian direkodkan sejak penularan pandemik dilaporkan dalam negara dengan 80 kematian atau 0.6 peratus hanya menerima satu dos suntikan vaksin.

Dalam tempoh lebih 24 jam sehingga tengah hari semalam, sebanyak lagi 293 kematian dicatatkan akibat Covid-19, menjadikan keseluruhan 13,077 kematian.

Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut mengenai tempoh masa mangsa dijangkiti, terutama dalam kalangan penerima yang lengkap dua dos.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

KP kesihatan jangka kes harian turun akhir Ogos

SHAH ALAM, 6 OGOS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes harian Covid-19 di seluruh negara akan menurun akhir bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sasaran itu dapat dicapai apabila lebih 40 peratus populasi lengkap dua dos.

“Dijangkakan kes akan mula menurun pada akhir bulan Ogos apabila lebih daripada 40 peratus populasi di Malaysia mendapat dos lengkap vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kenaikan kes dalam negara seiring global dengan lima negeri merekodkan kadar insiden tertinggi purata kes tujuh hari mulai 31 Julai per 100,000 ribu penduduk.

Menurutnya, Kuala Lumpur mencatatkan kadar insiden tertinggi iaitu 105.7, Selangor (101.5), Putrajaya (75.6), Negeri Sembilan (71.7), Melaka (53.8) dan Kedah (51.8).

Dr Noor Hisham berkata jumlah kluster juga meningkat daripada 286 kepada 401 dalam tempoh antara 23 Jun hingga 1 Ogos, manakala kluster tempat kerja naik dari 180 kepada 213.

Beliau berkata kluster komuniti turut meningkat dari 86 kepada 142 susulan saringan kontak rapat yang meluas dan tahap kesedaran tinggi masyarakat membuat ujian kendiri.

“Peningkatan kes juga dipercayai disumbang oleh penularan varian Delta. Sehingga kini sebanyak 199 kes varian Delta telah dikesan dalam komuniti.

“Varian Delta ini telah menyebabkan kadar jangkitan virus yang lebih cepat, agresif, dan kurang menunjukkan respon terhadap rawatan yang diberikan,” kata Dr Noor Hisham.

Categories
AGENDA NASIONAL

85 dikesan positif dalam sidang khas Parlimen

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Sejumlah 85 kes Covid-19 dikenal pasti sehingga kini melibatkan Mesyuarat Khas Parlimen baru-baru ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi kenyataannya hari ini, beliau berkata kes yang dilaporkan itu merupakan hasil ujian RT-PCR, dengan 56 kes dikenal pasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat kes kontak rapat serta 17 kes berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat, manakala lapan kes lagi saringan Pra-Dewan Negara.

“Setakat ini, enam sampel yang berkemungkinan besar adalah varian Delta telah dikesan, melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

“Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan jujukan genom penuh dan masih menunggu keputusan akhir,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata daripada lapan kes yang baharu yang dilaporkan antara 30 Julai hingga semalam, lima daripadanya mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) RT-PCR antara 18.00 hingga 27.68, dan tiga kes dengan CT value antara 35.14 sehingga 37.59.

Selain itu, daripada lapan kes tersebut, empat kes mempunyai gejala ringan dan selebihnya tidak bergejala.

Katanya tujuh kes positif telah mendapat vaksin Covid-19 sekurang-kurangnya satu dos manakala satu lagi kes melibatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun (hasil daripada kontak rapat) yang belum layak mendapat vaksin.

“Hasil siasatan Kementerian Kesihatan setakat ini mendapati bahawa besar kemungkinan perkongsian kemudahan asas seperti tandas dan surau oleh ramai individu telah memberi risiko kepada penularan jangkitan Covid-19 di Parlimen,” katanya.

Justeru, beliau menasihati individu yang telah hadir ke Parlimen untuk terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera dan mendapatkan rawatan segera serta menjalani ujian saringan Covid-19 sekiranya bergejala.

-BERNAMA