Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor sumber panduan peradaban

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MAC: Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor julung kali diterbitkan sebagai sumber panduan dan maklumat berkenaan perkembangan, kemajuan, ketamadunan dan peradaban negeri Selangor.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Yunus Hairi berkata, terbitan jurnal itu bertujuan untuk mewujudkan saluran kepada ahli akademik, penyelidik dan masyarakat untuk berkongsi dapatan kajian, idea dan maklumat.

Katanya, jurnal berwasit melalui kaedah ‘peer reviewed journals’ itu berasaskan integrasi ilmu dalam disiplin pengajian Islam dengan kemanusiaan yang bersifat kontemporari sekaligus menyumbang kepada pembangunan negeri khususnya dari segi teori dan amali.

“Dengan menerbitkan jurnal ini, ia merupakan sejarah yang akan dirakamkan di dalam tinta sejarah negeri kerana jurnal ini merupakan satu-satunya bahan ilmiah berwasit yang pernah dihasilkan oleh Kerajaan Negeri.

“Secara tidak langsung, ini menunjukkan Selangor mempunyai sejarah yang unik seperti negeri lain dalam negara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jurnal itu, di SUK, di sini.

Hadir sama Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato’ Haris Kasim.

Dr Yunus berkata sejak 2013, pelbagai usaha pengukuhan dan pemerkasaan Institusi Agama Islam dan Warisan Adat Budaya Selangor dilaksanakan dengan secara tersusun bagi merealisasikan hasrat DYMM Sultan Selangor supaya negeri itu mampu memimpin peradaban dunia islam di rantau Asia.

Katanya, rakyat Selangor kini secara keseluruhannya amat meyakini dan mengiktiraf segala usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi mencapai matlamat dan tujuan itu.

“Selain itu, dengan hasil penghijrahan pelbagai pihak sejak dulu ke Selangor banyak menambah ‘warna’ koleksi warisan sejarah adat budaya.

“Namun kini, kebanyakan adat budaya terdahulu banyak ditapis agar is disahkan ketulenan bagi menjadi identiti adat dan budaya selain tidak bersalahan dan bertentangan dengan hukum syarak,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 700 naskah sudah dikeluarkan dan jurnal sedemikian akan diterbitkan dua kali setahun pada Jun dan Disember.

Katanya, jurnal itu diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab serta boleh didapati secara talian di www.jurnalselangor.com.my

=EZY=

Categories
SELANGOR

Karnival Kampungku Kesayanganku perkukuh kerjasama masyarakat

Oleh: AFX REDZUAN

TANJONG KARANG, 28 MAC: Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) berlangsung meriah bertempat di Masjid Jame’ At-Tuqa, Parit 1, Kampung Sungai Sirih.

Karnival yang diadakan selama dua hari ini bertujuan membawa agensi kerajaan turun padang dan dapat menyampaikan mesej jabatan secara terus kepada masyarakat.

dr yunusExco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi hadir menyempurnakan majlis perasmian sambil diiringi Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim.

Menurut Ahmad Yunus, karnival ini dianjurkan buat kali kedua selepas penganjuran di Daerah Sabak Bernam minggu lalu.

“Program ini kita bawa agensi kerajaan di bawah potfolio saya bertemu dengan masyarakat dan menyampaikan mesej kemasyarakatan.

“Saya mahu program ini terus kepada rakyat dan keterlibatan semua jabatan itu perlu kerana ada jabatan yang mempunyai mesej rakyat tetapi tidak mempunyai peruntukan program.

“Jadi bila kita membuat program secara bersepadu ini mereka boleh turut serta bersama,” katanya.

Sebagai contoh katanya, Jais yang turun bersama dapat melihat masjid dan sekolah agama rakyat supaya perancangan program baik pulih dapat dilakukan.

Tambah beliau, pemilihan masjid sebagai lokasi program bertujuan menjadikan masjid sebagai medan pengukuhan masyarakat selain pusat ilmu dan dakwah serta bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan Kebajikan Kampung (JKKK).

Selain Jais, beberapa agensi yang mengendalikan program Merakyatkan Ekokomi Selangor (MES) turut sama mengambil bahagian dalam karnival ini.

Karnival antara lain turut diserikan dengan program pengisian rohani dan sembang santai yang di kendalikan oleh penyanyi popular, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi.

Menyentuh soal pertandingan keceriaan kampung beliau memaklumkan program berkenaan masih berjalan seperti biasa.

Katanya lagi, setiap kampung diberikan tempoh selama enam bulan untuk menceriakan kawasan kampung dan pemenang akan diumumkan pada penghujung tahun ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Bantu bina semula PASTI pasca banjir demi kepentingan pelajar

Oleh: AFEEQA AFEERA

SIJANGKANG, 11 JAN : Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor perlu memiliki semangat kebersamaan untuk membangunkan semula Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang kebanyakannya musnah ekoran bencana banjir baru-baru ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata adalah penting bagi semua pihak terutama Adun PAS mengambil tanggungjawab terhadap pembangunan PASTI sebagai keperluan anak-anak di sana.

10931453_10200108873121500_7745487605682419786_n“Itu antara keperluan yang berlaku kerana saya lihat terdapat beberapa buah PASTI memang ditenggalami air dan ada yang tak dapat beroperasi atau berfungsi.

“Kita perlu bersama-sama mengambil inisiatif untuk pembangunan semula PASTI demi kepentingan anak-anak yang menerima pembelajaran di Pantai Timur,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad mengambil PASTI Manik Urai di Kelantan yang musnah dalam banjir sebagai PASTI angkat dengan peruntukan awal sebanyak RM20,000.

Dianggarkan kos untuk membina semula PASTI yang musnah sepenuhnya itu adalah berjumlah RM40,000.
EZY

Categories
SELANGOR

Individu berjaya perlu pulang ke kampung bangun komuniti

Oleh: AFEEQA AFEERA

SIJANGKANG, 11 JAN : Menyedari keperluan asnaf daripada pelbagai aspek termasuk ibadah, penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang mengambil inisiatif membina musolla khusus untuk dimanfaatkan golongan itu termasuk orang ramai.

Musolla yang menelan belanja lebih RM100,000 itu adalah hasil sumbangan orang ramai termasuk badan korporat bagi keselesaan golongan asnaf yang menginap di Rumah Amal Asnaf al-Barakh di Batu 8, Sijangkang.

10888387_10200108883921770_4329976951648278253_nExco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk bersama-sama membangunkan golongan asnaf demi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela.

“Saya menghargai usaha jawatankuasa pengasas rumah amal ini kerana memiliki kesedaran sebagai anak Sijangkang untuk memenuhi keperluan golongan asnaf di situ dengan memberi kediaman sebagai tempat tinggal mereka.

“Perkara ini harus dicontohi oleh semua pihak dan diharapkan program sebegini dapat diteruskan oleh masyarakat tempatan di mana-mana kawasan sekalipun,” katanya ketika merasmikan Musolla Rumah Amal Asnaf al-Barakh, dekat sini semalam.

10931453_10200108873121500_7745487605682419786_nDalam pada itu, Ahmad Yunus yang juga Adun Sijangkang turut ingin memastikan supaya “budaya pulang ke kampung” diterapkan di kalangan masyarakat yang berjaya sebagai usaha membangunkan komuniti secara keseluruhan di negeri ini.

“Saya lihat perlu ada inisiatif untuk minta rakyat yang berjaya pulang ke kampung bagi membangunkan masyarakat kampung.

“Kita sudahpun memiliki seorang rakyat Sijangkang yang berjaya dengan menubuhkan rumah amal dan musolla ini dan saya mahu budaya itu diterapkan di seluruh tempat supaya kesedaran untuk membantu sesama masyarakat itu timbul,” katanya lagi.

Rumah Amal Asnaf al-Barakh mula dibina pada 27 Mei 2012 bertujuan membela golongan kurang bernasib baik dengan memberi prasarana dan kemudahan secara percuma kepada semua penghuni, antaranya perkhidmatan, tempat tinggal, pengangkutan dan pendidikan.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco: Semak minit mesyuarat pampasan RM2.6 juta

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 NOV: Dr Ahmad Yunus Hairi berkata beliau perlu menyemak semula minit Mesyuarat Exco pada 27 September lalu berhubung pemberian pampasan bekas kakitangan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjumlah RM2.6 juta.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi itu berkata, beliau tidak pasti sama ada dalam mesyuarat ketika itu Exco meluluskan atau hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan itu.

Dr Yunus HairiSecara peribadi beliau mengakui baru menyertai dua Mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji seminggu yang lalu.

Jelasnya, sudah menjadi amalan sekiranya sesuatu perkara dibincang dalam Mesyuarat Exco minggu ini ia akan disahkan pada mesyuarat seterusnya.

Katanya, jika soal pampasan itu sudah dimaklumkan ia bererti telah diluluskan oleh ahli lembaga pengarah agensi terlibat.

“Seingat saya kertas itu ada dibawa ke Mesyuarat Exco cuma tidak ada perincian dan pecahan.

“Menjadi amalan dalam Mesyuarat Exco kalau kita bawa minggu ini, ia akan disahkan dalam Mesyuarat Exco akan datang dan saya melihat kepada kertas itu,” katanya kepada media.

Menyentuh soal pembahagian pampasan itu Dr Yunus berkata pihaknya tidak tahu soal berkenaan dan hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan sahaja.

Dalam reaksi sama beliau menjelaskan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara ini adalah pandangan peribadi.

Hal ini kerana tindakan selanjutnya masih belum dibincangkan di peringkat PAS Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Dr Yunus: Exco PAS kurang bukan masalah, tumpu licinkan pentadbiran

Oleh : AFEEQA AFEERA

KLANG, 26 SEPT : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dari PAS bertekad untuk terus bergerak ke hadapan bagi memastikan pentadbiran Selangor berjalan baik.

Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata isu pengurangan kerusi Exco PAS bukan perkara besar perlu diberi tumpuan sekarang, sebaliknya kelicinan pentadbiran negeri yang akan dijadikan fokus utama.

yunus exco pc tie red 01Beliau turut menganggap situasi yang menimpa PAS Selangor itu mungkin mempunyai hikmah.

“Kita bergerak ke hadapan untuk pastikan Kerajaan Negeri dapat mentadbir lebih baik atau kesinambungan kebaikan dilakukan dulu dapat diteruskan supaya rakyat dapat faedah daripada pentadbiran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Ketika ditanya sama ada senarai nama Exco PAS Selangor yang dilantik itu sama seperti yang disenaraikan PAS Pusat, Yunus bagaimanapun berkata beliau tidak pasti tentang perkara itu.

Beliau juga menjangkakan jawatan Timbalan Speaker yang akan disandang PAS kelak akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco akan datang.

“Kalau ikut senarai dalam jawatankuasa Timbalan Speaker di peringkat negeri, kita ada beberapa calon yang layak antaranya Shafie Ngah atau Khairuddin Othman,” katanya lagi.

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor yang diumumkan pagi ini menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh Sultan Selangor semalam dan diumumkan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

Status terkini empangan di Selangor – 25 April 2014

Berikut adalah status semasa kapasiti empangan-empangan di Negeri Selangor sehingga 25 April 2014;

BIL

EMPANGAN

19 APRIL 2014

25 APRIL 2014

% PENINGKATAN

% PENURUNAN

TAKUNGAN

TAKUNGAN

Mm3

%

Mm3

%

1

Batu

25.10

78.51

2

Klang Gates

13.65

53.89

14.38

56.77

2.88

3

Langat

17.55

51.47

18.06

52.97

1.5

4

Semenyih

42.97

72.73

44.41

75.18

2.45

5

Sg. Selangor

88.62

38.53

91.33

39.71

1.18

6

Sg. Tinggi

70.31

61.40

71.17

62.16

0.76

7

Tasik Subang

3.54

84.23

3.66

87.00

2.77

 

Di dalam tempoh masa seminggu yang lepas, terdapat peningkatan pada kapasiti enam daripada tujuh empangan seperti yang ditunjukkan di atas. Ini adalah hasil daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) serta hujan semulajadi yang turun.

Dr YunusPeningkatan yang kecil ini adalah disebabkan kadar hujan yang banyak diterima di sekitar hilir kawasan tadahan serta di bandar-bandar, dan bukannya di empangan.

Walaubagaimanapun, kadar hujan yang banyak diterima oleh kawasan hilir ini membantu lagi pengurangan kadar pelepasan air empangan ekoran paras air sungai yang mencukupi untuk keperluan loji pembersihan air (LPA).

Justeru kelonggaran catuan air boleh dilakukan dimana apabila aliran air sungai tinggi, LPA boleh mengabstrak dan merawat air sungai tersebut pada jumlah maksimum kapasiti reka bentuknya dan disalurkan kepada lebih ramai pengguna.

Walaubagaimanapun apabila aliran air sungai rendah, pelepasan air empangan ke dalam sungai diperlukan supaya LPA dapat mengabstrak dan merawat air tersebut pada had yang ditetapkan.

Sehubungan itu, mengoptimumkan penggunaan sumber air sedia ada dan memanjangkan hayat takungan simpanan empangan-empangan adalah amat penting untuk menghadapi kemungkinan cuaca yang lebih kering dan menampung keperluan pengguna di waktu tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri, catuan air di seluruh Negeri akan dihentikan apabila kapasiti Empangan Sungai Selangor mencapai tahap 55%.

Ini adalah kerana empangan tersebut adalah yang terbesar dengan kapasiti maksimum 235 juta meter padu (Mm3) dan keseluruhan tadahan lembangan Sungai Selangor membekalkan sekitar 60% keperluan air di Selangor dan Kuala Lumpur.

Langkah catuan di seluruh kawasan di Negeri Selangor ini adalah untuk memanjangkan hayat takungan ketujuh-tujuh empangan Negeri.

Orang ramai disarankan untuk menjimatkan air dan menggunakannya hanya untuk keperluan asas seperti makan, minum, mandi dan mencuci pakaian. Jumlah penggunaannya juga perlulah sekadar yang mencukupi dan tidak berlebihan.

Aktiviti lain seperti mencuci kenderaan dan menyiram tanaman disyorkan untuk dikurangkan dan dilakukan dengan menggunakan air hujan yang dikitar semula seperti yang disarankan oleh Kerajaan.

 

Y.B. TUAN DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI

Pengerusi,Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Categories
SELANGOR

Air: Yayasan Amal Selangor bina ‘telaga tiub’, bantu penduduk ketiadaan air

SHAH ALAM 2 MAC: Yayasan Amal Selangor mengambil inisiatif membantu penduduk di beberapa kawasan yang terjejas teruk ekoran ketiadaan air di negeri ini dengan membina ‘telaga tiub’ untuk mengambil air bawah tanah.

Dr yunus pic mza1Pengerusinya, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pihaknya sebelum ini telah membina telaga tiub itu di Olak Lempit di Hulu Langat bagi membantu masyarakat mendapatkan air.

Kawasan itu antara beberapa kawasan di Selangor terjejas teruk ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi berikutan pencemaran ammonia di Sungai Langat.

“Kita juga buat tube well (telaga tiub) itu di kawasan Balakong, yang kita kira antara kawasan yang sangat padat penduduk.

“Ini antara tindakan Yayasan Amal Selangor yang kita boleh buat untuk bantu sedikit masyarakat dalam isu ini,” katanya dipetik Harakah Daily.

Isu air melanda kebanyakan negeri di Malaysia ekoran cuaca kering dan tiada hujan sejak dua bulan lalu.

Keadaan kering ini dijangka melanda negara sehingga penghujung Mac ini. Beberapa negeri telah melaksanakan catuan air berdepan masalah ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Tapak pelupusan sampah Sg Sedu ditutup sementara

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 12 FEB: Tapak Pusat Pelupusan Sampah di Sungai Sedu, Banting akan ditutup buat sementara waktu bagi kerja-kerja baik pulih dalam masa terdekat.

Tindakan ini diambil selepas penduduk sekitar meluahkan kebimbangan mereka kepada Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi memandangkan pusat pelupusan sampah itu dibiarkan dan tidak diurus dengan baik.

Dr Yunus sampahHasil tinjauan bersama wakil Pusat Khidmat Masyarakat Sijangkang dan penduduk setempat mendapati, keadaan pusat pelupusan sampah berkenaan memerlukan tindakan pembersihan segera memandangkan ia telah mula beroperasi sejakl tahun 1990-an lagi.

“Saya akan berbincang dengan pihak Syarikat Worldwide Landfills Sdn. Bhd, anak syarikat Kerajaan Selangor, berkenaan proses yang perlu diambil bagi membaik pulih tanah tersebut dengan kadar segera.

“Selain itu, saya akan berjumpa dengan pihak Majlis Daerah Kuala Langat untuk mengetahui status terkini kawasan pelupusan sampah tersebut,” katanya.

sampahKatanya, Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan sebarang aktiviti pembuangan sampah dilakukan di kawasan itu ataupun di mana-mana tempat lain secara terbuka.

Tindakan tegas akan di ambil sekiranya terdapat pihak-pihak yang cuba untuk mengambil jalan mudah bagi melupuskan sisa sampah mereka.

EZY

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Isu tapak pelupusan di Kajang diselesaikan

KAJANG 8 FEB: Kerajaan Selangor mengambil tindakan segera melakukan tinjauan ke tapak pelupusan sampah (RDF Plant) di Kajang yang telah menimbulkan pelbagai persoalan di dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Selangor komited untuk meneliti dan mempertimbangkan segala rumusan daripada hasil perbincangan bagi mencari solusi terbaik penyelesaian terhadap isu itu mengikut bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Dr Yunus Isu SampahSebelum ini, timbul persoalan mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap syarikat yang membiarkan timbunan sampah secara terbuka sehingga berkapasiti 50 ribu tan di kawasan itu.

Dalam lawatan turun padang baru-baru ini, Dr Ahmad Yunus serta rombongan disambut sendiri oleh Pengarah Syarikat, Kamarul Zaman Abd Kadir, John David, Pengurus Besar dan Ismail Ibrahim, Perunding Teknikal Syarikat terbabit.

Rombongan Dr. Ahmad Yunus kemudiannya diberikan taklimat berkenaan perjalanan syarikat tersebut dan penerangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh wakil rombongan Exco.

Antara masalah yang ditimbulkan untuk perhatian Dr. Ahmad Yunus adalah masalah tanah untuk dijadikan tempat pembuangan sampah, masalah kontraktor pengangkut sampah serta beberapa perkara teknikal.

Selain itu masalah pembinaan jalan khas untuk lori pengangkut sampah ke tapak pelupusan tersebut juga dibangkitkan untuk perhatian Dr. Ahmad Yunus.

Beliau juga telah dibawa melawat kawasan timbunan sampah secara terbuka di dalam premis syarikat tersebut dan dimaklumkan oleh wakil syarikat, John David, bahawa sisa sampah yang masih bersisa itu adalah dalam anggaran sebanyak empat ribu tan sahaja.

Pihak syarikat memberikan akujanji dan komitmen untuk menyelesaikan timbunan sampah tersebut dalam tempoh jangkamasa dua minggu operasi.

Dr. Ahmad Yunus amat berpuas hati dengan hasil lawatan dan akan terus melakukan pemantauan terhadap operasi perjalanan syarikat secara berterusan dengan bantuan UPEN dan Pihak Berkuasa Tempatan.

EZY