Categories
KENYATAAN MEDIA

Pemenang anugerah Nobel Keamanan hidupkan harapan masa depan kanak-kanak

Oleh: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Pemberian Anugerah Nobel Keamanan kepada Malala Yousafzai dari Pakistan dan Kailash Satyarthi dari India merupakan satu penghargaan besar kepada kedua-duanya yang telah memainkan peranan cukup penting dalam mengetengahkan isu hak asasi kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan dan tidak dieksploitasi demi mengaut keuntungan.

Di kala berjuta-juta kanak-kanak tidak mendapat akses kepada pendidikan, atau diperguna dan ditindas, kedua-dua penerima Anugerah Nobel Keamanan ini mengingatkan kita betapa banyaknya kerja yang masih perlu kita lakukan.

malala-yousafzai-1-w724Saya berdoa dan berharap yang rakyat Malaysia akan mendapat suntikan semangat apabila mengenali lebih dalam usaha kedua-dua penerima Anugerah Nobel Keamanan ini untuk mengangkat martabat kanak-kanak.

Saya percaya kita perlu memberi fokus serta mengganding usaha untuk menghentikan pemerdagangan kanak-kanak, untuk memastikan kita berpegang dan mematuhi sepenuhnya Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, untuk membantu kanak-kanak tanpa bernegara dan pelarian mendapat akses pendidikan yang lebih baik, dan memastikan tiada lagi kanak-kanak yang dieksploitasi dalam perdagangan seks.

Bak kata Malala sendiri sewaktu sidang media di Birmingham, England apabila menerima berita anugerah tersebut, “Ini bukan garisan penamat. Ini hanya permulaan.”

Marilah kita terus gigih berusaha dan beristiqamah demi memastikan masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak.

* DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL adalah Presiden KEADILAN

 

Categories
NASIONAL

Wan Azizah: ‘Terima kasih doakan kubur saya bercahaya kelak’

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 27 APRIL: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara sinis ‘berterima kasih’ kepada pihak yang sudi menggelarkan beliau sebagai mujahidah selain berdoa kuburnya turut bercahaya kelak.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penyebaran gambar yang mendakwa beliau telah meninggal dunia serta kubur bercahaya ketika dikebumikan.

wan-azizah-wan-ismail1-dec4“Saya bersyukurlah dia panggil mujahidah dan kubur bercahaya tu InsyaAllah,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini terdapat pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi gambar seorang wanita yang telah meninggal dunia selain kubur bercahaya di Taiping, Perak dengan meletakkan muka Wan Azizah.

Paparan tersebut dibuat melalui akaun Facebook Blue Wave Army.

Screenshot_2014-04-27-14-09-43Semakan di laman sosial mendapati perkara berkenaan terjadi oleh kerana pantulan cahaya matahari ketika pengebumian jenazah.

Pihak yang rapat dengan jenazah berkenaan menerangkan keadaan sebenar dan mendesak semua pihak menghentikan menyebarkan gambar berkenaan.

Selain itu, mereka turut meminta semua pihak untuk tidak memanipulasi dan mensensasikan isu terbabit.

EZY

Categories
SELANGOR

Wan Azizah: Isu tapak pelupusan sampah dalam perhatian Kerajaan Negeri

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 27 APRIL: Permasalahan sisa pepejal yang membelenggu kawasan Kajang sejak sekian lama telah dibawa ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi mencari tapak pelupusan sampah yang baru.

Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara ini dimaklumkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Kim namun setakat ini beliau belum dimaklumkan dengan lebih terperinci.

“Saya sudah diberitahu oleh Datuk Teng bahawa perkara ini sudah sampai ke pengetahuan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

wan azizah“Tapi saya masih belum dapat perinciannya,” katanya kepada media semalam.

Jelas Wan Azizah, beliau telah mengadakan lawatan ke tapak pelupusan sampah pukal di Hulu Semenyih pada Jumaat mendapati kawasan itu terlalu dekat dengan penduduk serta sumber air.

Sementara itu, mantan Adun Kajang, Lee Kim Sim yang turut bersama dalam lawatan berkenaan menjelaskan tapak pelupusan RDF yang menempatkan sampah domestik Majlis Perbndaran Kajang (MPKj) telah pun diarahkan tutup oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS).

Kesan daripada itu, sampah domestik ditempatkan di tapak pelupusan pukal namun mereka mendapati kawasan berkenaan tidak sesuai untuk digunakan.

“Dalam lawatan kita memang dapat lihat kawasan itu (tapak Hulu Semenyih) tidak sesuai untuk dijadikan tempat pelupusan sampah domestik.

“Kes ini akan dibawa kepada MPKj dan Kerajaan Negeri bagi mencari jalan penyelesaian mesra alam kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya, semua pemimpin utama dibawah MPKj termasuk Adun dan Ahli Parlimen akan dipanggil bagi mendengar taklimat mengenai laporan masalah sampah dan mencari jalan penyelesaian mengenai perkara ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Wan Azizah: Masalah sampah dan trafik Kajang diberi perhatian serius

Oleh: AFIX REDZUAN

KAJANG 27 APRIL: Adun Dun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan ucapan penghargaan kepada penduduk di kawasan berkenaan kerana memilih beliau sebagai pemimpin pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 23 Mac lalu.

Dalam ucapan pada Malam Penghargaan PRK Kajang di Sungai Chua beliau berkata, sokongan yang diterima daripada kaum Tiong Hua dan Melayu membolehkan PKR mengekalkan kerusi berkenaan.

WAWI“Terima kasih beri sokongan yang kuat. Bukan sahaja kaum Tiong Hua, malah sokongan Melayu juga kuat,” katanya yang telah dilantik secara rasmi selepas mengangkat sumpah pada 7 April lalu.

Katanya, masalah yang dibangkitkan rakyat setempat terutama mengenai sampah dan kesesakan trafik akan diselesaikan sebaik mungkin.

Katanya lagi, beliau telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bagi menyelesaikan masalah sisa pepejal ini selain memanjangkannya kepada pengetahuan Kerajaan Selangor.

Kesempatan ini juga digunakan sebaik mungkin penduduk Sungai Chua beramah mesara dengan Wan Azizah selain merakamkan foto kenangan bersama.

Dalam majlis sama, Presiden PKR itu turut merakamkan kesedihan diatas pemergian Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh yang terkorban dalam kemalangan di Gua Tempurung Perak.

Kata beliau, pemergian Karpal merupakan satu kehilangan besar namun perjuangan menegakkan keadilan dan penyuburan demokrasi perlu diteruskan.

EZY