Categories
SELANGOR

DUN Pelabuhan Klang tidak dipinggirkan, penyelaras dilantik

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 20 JAN: Kerajaan Negeri tidak akan meminggirkan DUN Pelabuhan Klang diwakili wakil rakyat bebas dengan mengambil peduli segala keperluan DUN berkenaan.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri akan diminta melantik Penyelaras DUN dalam tempoh terdekat supaya DUN itu menikmati pembangunan dan kemudahan sama seperti DUN lain.

anwar“Pelabuhan Klang, Dato’ Menteri Besar menjelaskan petugas akan dilantik supaya DUN itu tidak ketinggalan.

“Saya akan ingatkan supaya Penyelaras DUN dilantik,” katanya dalam majlis “Meet Anwar Selangor” di sini, baru-baru ini.

DUN Pelabuhan Klang menjadi kontroversi kerana berpindah tangan dua kali daripada ADUN PKR kepada Bebas.

Badrul Hisham Abdullah bertindak keluar PKR pada Oktober 2009 dikuti mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disingkir parti dan meletakkan jawatan tahun lalu.

EZY

Categories
SELANGOR

250 penduduk DUN Pelabuhan Klang terima kupon raya

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 10 JULAI: Seramai 250 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang menerima bantuan kupon raya bernilai RM100 setiap seorang sempena program Jom Shopping Raya tajaan Kerajaan Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban penerima bagi membuat persiapan menjelang Aidilfitri, di samping dapat melaksanakan ibadah puasa dengan lebih ceria dan sempurna.

Katanya, Kerajaan Negeri menetapkan sejumlah 500 kupon untuk diagihkan kepada penerima yang layak di DUN berkenaan, namun hanya sebahagian yang hadir menerima kupon berkenaan.

MB berbuka di Masjid Al-Rahman Pandamaran Jaya (90)a“Manakala, penerima selebihnya khususnya dari kampung yang agak jauh seperti Pulau Indah dan Teluk Gong, pejabat saya akan menghantar surat kepada penerima berkenaan. Saya jelskan perkara ini kerana khuatir ada pula penerima yang berkecil hati apabila nama mereka tidak tersenarai pada hari ini (semalam).

“Sumbangan ini adalah sebagai antara dorongan dan galakan moral Kerajaan Selangor terhadap pembangunan rohani serta jasmani penduduk di negeri ini,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Kupon Jom Shopping di Masjid Ar-Rahman, Pandamaran Jaya, dekat sini, semalam.

MB berbuka di Masjid Al-Rahman Pandamaran Jaya (183)aTradisi mengembalikan hasil negeri kepada rakyat diteruskan lagi apabila Kerajaan Selangor memperuntukkan RM2.8 juta dalam Program Jom Shopping Raya kali ini.

Sama seperti tahun lalu, program itu disasarkan bagi meringankan warga emas dan golongan kurang berkemampuan membuat persediaan menyambut hari raya.

Selain Jom Shopping Raya, program seumpamanya turut dijalankan iaitu Jom Shoping Tahun Baru Cina dan Jom Shopping Deepavali.

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata, usaha Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 sememangnya memberikan pelbagai bantuan untuk meringankan pendapatan dan meringankan kos sara hidup pelbagai lapisan masyarakat majmuk di negeri itu.

MB berbuka di Masjid Al-Rahman Pandamaran Jaya (197)aKatanya lebih 20 program, skim dan insentif bagi faedah majmuk rakyat Selangor sedang dilaksanakan melalui dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Sebanyak RM1.5 bilion sudah kita belanjakan bagi menjayakan program MES, yang mana penerima faedahnya kini melebihi tiga juta orang. Dasar MES adalah untuk semua lapisan masyarakat dan kebanyakan bantuan ini, kita berikan setiap bulan kepada penerima yang layak,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Bagi Peluang Masyarakat Kampung Nikmati Pembangunan

mb-kupon-jom-shopping

PELABUHAN KLANG 28 JULAI : Kerajaan Negeri akan mula berjumpa dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan sektor pembangunan bagi merangka pembangunan secara bersama dengan penduduk kampung.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perjumpaan terbabit akan dilakukan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Katanya, pihaknya sudah membuat kajian bagi mencantumkan ketiga-tiga bahagian di Pelabuhan Klang itu yang terdiri daripada kampung, pembangunan baru dan kawasan perindustrian.

“Tujuan saya ini supaya dapat mencantumkan ketiga-tiga bahagian itu agar masyarakat sekitar khususnya kampung dapat merasai pembangunan.

“Tiada guna ada bangunan berpuluh tingkat dan beratus juta tetapi orang kampung hanya tengok saja.

“Jadi kita mahu syarikat yang mengendalikan pembangunan itu akan merangka pembangunan secara bersama dengan melibatkan penduduk kampung. Jadi kita akan jumpa mereka untuk perlaksanaan itu,” katanya dalam ucapannya di Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat bagi Dun Pelabuhan Klang di Masjid Sultan Pulau Indah.

Hadir sama Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri dan Ahli Majlis MPK, Norhisham Aziz.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut memaklumkan beliau sudah meminta untuk berjumpa dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bagi membincangkan untuk memperhebatkan lagi pembangunan di Dun terbabit.

“Janji masa pilihanraya umum ke 13, untuk minta Kerajaan Pusat meningkatkan tahap prasarana di sini.

“Jadi saya sudah membisikkan perkara ini dengan Menteri itu, saya harap ia dapat dilakukan dalam masa terdekat.Usaha kita ialah usaha berterusan kerana mahu rakyat tidak ketinggalan,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 100 penduduk dari empat buah kampung menerima Kupon Membeli Belah di bawah program Jom Shopping sempena Hari Raya yang bernilai RM100.

Empat kampung itu terdiri daripada Kampung Perigi Nenas, Teluk Nipah, Pinang dan Sungai Kembung.

Penerima, Aishah Kasbari, 82, menyifatkan pemberian itu sebagai bantuan meringankan beban keluarga penerima.

“Dengan kupon ini, kita dapat membeli barangan keperluan yang akan digunakan menjelang Hari Raya nanti,” katanya.

 

Categories
NASIONAL

MB : Formula 4:3:3 Untuk Lantik Exco Selangor

MB-Lantik Exco Selangor 02

PELABUHAN KLANG, 19 MEI : Barisan Exco Selangor akan diwakili empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada PKR dan DAP.

MB-Lantik Exco Selangor 04

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata akan mengguna pakai formula 4:3:3: (PAS: DAP: PKR),sekaligus mengesahkan desas-desus yang akan berlaku perubahan dalam agihan perwakilan dalam barisan Exco Selangor.

Ia berikutan penguasaan PAS dan DAP yang masing-masing dengan 15 kerusi di DUN berbanding 14 kerusi oleh PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.

Pada PRU 2008, PKR yang menang 15 kerusi DUN, DAP (13 kerusi) dan PAS (lapan kerusi) dengan barisan exco iaitu empat daripada PKR dan masing-masing tiga daripada DAP dan PAS.

MB-Lantik Exco Selangor 01

Abdul Khalid berkata senarai nama calon bagi mengisi barisan Exco diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas termasuk senarai calon alternatif.

“Saya berikan senarai kepada baginda termasuklah beberapa nama alternatif bagi memberi peluang kepada baginda untuk melihat dan membuat pilihan.

Jika ada sebarang perubahan DYMM Baginda akan memanggil saya untuk diadakan perbincangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran DUN Pelabuhan Klang di Pandamaran di sini, malam tadi.
Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata upacara mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

Sementara itu, di Majlis Kesyukuran Pelabuhan Klang di Padang Taman Pandamaran Jaya hampir 5,000 rakyat datang menjamu selera bagi meraikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 lepas.

MB-Lantik Exco Selangor 03

Categories
NASIONAL

Pemuda Sering ‘Kacau’ Bilik Gerakan Pelabuhan Klang

azmizam luar pc 01

PELABUHAN KLANG 27 APRIL : Bilik Gerakan Utama DUN Pelabuhan Klang sering diganggu oleh beberapa pemuda pada setiap awal pagi.

Ketuanya, Saiful Iman Sabuddin, berkata gangguan terbabit mula berlaku pada Ahad lalu.

Katanya, berikutan kejadian itu pihaknya mula berwaspada dan lebih berhati-hati.

“Sekarang ini mereka mula berani datang hampir dengan bilik gerakan, kami tidak tahu apa muslihatnya.

“Tiga hari lepas, pada jam 2.30 pagi, mereka datang di hadapan pintu bilik gerakan, masa itu mereka tidak sedar saya berada di sebalik pokok hadapan bilik gerakan.

“Disebabkan risau mereka membuat sesuatu perkara yang tidak diingini, saya menegur mereka dan mereka terus berlalu dengan motosikal,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah selepas kejadian itu beliau turut terserempak dengan empat lelaki yang bertindak menurunkan bendera di hadapan bilik gerakan.

Sementara itu, Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan keselamatan keluarga dan calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13).

Menurutnya, dalam tempoh lima hari berkempen ini banyak berlaku kejadian yang tidak diingini di seluruh negara.

“Kita harap polis dapat mengawal dan meningkat tahap keselamatan.

“Kita juga meminta seluruh jentera parti dan AMK turut berkawal menjaga calon-calon,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan DUN Sri Andalas.