Ucapan taat setia Dato’ Menteri Besar, Azmin Ali sempena Hari Keputeraaan ke-69 DYMM Sultan Selangor

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Selangor Darul Ehsan membacakan ucapan taat setia kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan yang ke-69

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sultan : Terapkan Ekonomi Pro-Rakyat – FOKUS


Sinopsis

FOKUS Untuk 28062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Negeri perlu menongkah arus dengan mewujudkan ekonomi yang mapan dan berdaya-saing, serta memelihara kebajikan rakyat seluruhnya.

2. Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk memesatkan pembangunan prasarana serata Selangor.

3. Kemajuan dan pembangunan desa perlu diberi penekanan dalam agenda ekonomi Kerajaan Negeri bagi penggal ini, titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

4. Titah Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah agar meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan perkembangan industri berteknologi hijau menjadi keutamaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

5. Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya mementingkan, memelihara serta meningkatkan kebajikan rakyat di negeri ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Portfolio Penerangan : Perhebat Penyebaran Maklumat Kepada Rakyat – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 30052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor telah mewujudkan portfolio baru penerangan yang akan diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri bagi menghebahkan dengan lebih luas program dan dasar kerajaan negeri.

2. Kelewatan perlantikan jemaah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanyalah kerana Menteri Besar mendapat perkenan Istana Selangor selepas kembali dari rawatan di luar negara.

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Lela Bakti Mohamad Munir Bani berkata tohmahan mendakwa perlantikan exco terlewat adalah bagi memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor adalah tidak benar sama-sekali.

Portfolio Penerangan : Perhebat Penyebaran Maklumat Kepada Rakyat – BULETIN 13


 

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 30052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kerajaan Selangor telah mewujudkan portfolio baru penerangan yang akan diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri bagi menghebahkan dengan lebih luas program dan dasar kerajaan negeri.

2. Kelewatan perlantikan jemaah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanyalah kerana Menteri Besar mendapat perkenan Istana Selangor selepas kembali dari rawatan di luar negara.

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Lela Bakti Mohamad Munir Bani berkata tohmahan mendakwa perlantikan exco terlewat adalah bagi memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor adalah tidak benar sama-sekali.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

Istana Selangor Menjelaskan Kelewatan Pelantikan Exco

sultan speech exco baru 2013 01

SHAH ALAM 30 MEI : Kelewatan pelantikan jemaah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanyalah kerana Menteri Besar mendapat perkenan Istana Selangor selepas kembali dari rawatan di luar negara.

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Lela Bakti Mohamad Munir Bani berkata tohmahan mendakwa pelantikan exco terlewat adalah bagi memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor adalah tidak benar sama-sekali.

Selepas upacara pelantikan Menteri Besar Selangor pada 14 Mei lalu, DYMM Sultan telah menitahkan kepada Abdul Khalid Ibrahim untuk mengemukakan senarai ahli exco bagi mendapatkan perkenan.

DYMM Sultan menerima surat mengandungi senarai nama-nama calon exco pada 20 Mei, 6 hari kemudian, semasa Khalid Ibrahim terpaksa bercuti bagi mendapatkan rawatan di luar negara.

Menurut Munir, Khalid hanya menghadap mendapatkan perkenan DYMM Sultan Selangor pada 27 Mei sekembalinya beliau ke tanah air.

?Oleh itu, tidaklah benar tohmahan seorang Ahli Parlimen di Negeri Selangor yang menyatakan kelewetan pelantikan Ahli Exco Negeri Selangor disebabkan untuk memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor.?

Mohamad Munir mengingatkan semua pihak untuk tidak mengheret pihak Istana dalam hal-ehwal politik bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap DYMM Sultan Selangor.

Syawal Disambut Jauh Di Perantauan

SHAH ALAM, 19 OGOS: Walaupun Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah meriah dengan kehadiran berpuluh ribu umat Islam, terdapat ramai juga insan yang menyambut Syawal pertama dengan perasaan sayu.

Dianggarkan, lebih 15,000 umat Islam terdiri daripada penduduk Shah Alam menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi.

Lebih setengah dari jemaah di masjid itu terdiri dari warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia yang mengorbankan peluang untuk menyambut hari yang bermakna ini dengan isteri, anak dan ibubapa kerana mencari nafkah untuk keluarga.

Seorang warga Bangladesh Mohd Fidaus Abdullah, 29, berkata, ini merupakan kali ketiga beliau meraikan Aidilfitri jauh di perantauan.

“Saya diberi cuti oleh majikan selama dua hari dan peluang ini akan digunakan untuk berkumpul bersama kawan-kawan bagi mengubat kerinduan di kampung,” katanya yang bekerja di sebuah restoran India-Muslim di Seksyen 18, Shah Alam.

Tidak ketinggalan mengambil peluang berkumpul beramai-ramai ialah seorang warga Indonesia, Raditya Khusni, 35, yang berkata dia tidak dapat pulang ke kampung kerana bekerja.

“Saya mahu pulang tetapi lebih baik saya tinggal di sini dan mengirim wang kepada isteri saya,” katanya yang sudah lapan tahun menyambut aidilfitri di sini.

Turut menunaikan solat, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Juga hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin dan Pengarah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa.

Categories
NASIONAL SELANGOR

536 Asnaf di Klang Terima Sumbangan Aidilfitri

KLANG, 5 OGOS: Seramai 536 orang asnaf terdiri daripada fakir, miskin, muallaf dan anak-anak yatim menerima sumbangan Aidilfitri oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) di satu majlis Masjid Ar-Rahman, Pandamaran Jaya, Klang semalam.

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan itu di Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan sambutan Nuzul Quran peringkat negeri Selangor.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi, Exco dan Adun-Adun Selangor, Ketua Jabatan peringkat negeri dan daerah.

Pada majlis itu, seramai 125 orang fakir, 125 orang miskin, 140 orang muallaf menerima RM400 dan 146 anak yatim di sekitar Klang menerima RM100.

Sementara itu, Pegawai Daerah Klang, Datuk Bahtiar Husin, berkata, masjid, surau dan sekolah di sekitar Klang menganjurkan berbagai aktiviti yang menarik sepanjang Ramadan seperti tadarus Al-Quran dan solat Terawih.

Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor Merakamkan Takziah Atas Kemangkatan YAM Tengku Putri Aishah

SHAH ALAM 31 JUL : Kerajaan Negeri merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan adinda bongsu DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah iaitu YAM Tengku Putri Aishah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Salam takziah dirakamkan ke atas baginda Sultan serta seluruh kerabat Diraja Selangor dalam satu kenyataan media oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kerajaan Negeri turut merasa sedih atas kehilangan ini dan menyeru seluruh rakyat Selangor memanjatkan doa agar roh Allahyarham di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga Allah mengampuni segala dosa dan menerima semua amalan baiknya serta merahmatinya di alam barzakh. Al-Fatihah,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

Jenazah YAM Tengku Puteri Aishah, 56, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, jam 12 tengahari semalam setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Tengku Putri Aishah menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain pada 30 Julai.