Categories
NASIONAL

Misi bantuan kedua SAMM bertolak ke negeri pantai timur

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 5 DIS : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melancarkan misi bagi mengurangkan beban mangsa banjir di beberapa negeri di pantai timur selepas menghantar misi bantuan lewat malam tadi.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, pihaknya turut menggalakkan orang ramai untuk memberikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir terutama di bandar Kuantan.

“SAMM menyeru orang ramai supaya sudi memberi sedikit sumbangan yang termampu kerana saudara kita di Kuantan amat memerlukan bantuan anda.

Kuantan Banjir-1“Antara bentuk bantuan yang boleh disumbangkan adalah makanan dalam tin, minuman, pakaian terpakai, selimut, lampin pakai buang dan keperluan asas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, misi kedua akan bergerak dengan sebuah trak tiga tan dari Cheras ke Kuantan bermula jam 6.30 petang ini.

Orang ramai boleh menghantar bantuan di alamat Lot 7, Jalan 16, Kampung Cheras Baru atau menghubungi penyelaras misi bantuan Ilyana Rosli di talian 019-2314161 atau Sani Md Shah (012-9781707).

SAMM turut mengalu-alukan sumbangan kewangan yang boleh disalurkan ke akaun Maybank Solidariti Anak Muda dengan nombor akaun 5550 4111 3224 (sila maklum melalui sms 012-6937908) atau melalui akaun Maybank Azri Fauzir Mazlan 162021033077 (sila maklum melalui sms 019-2314161).

Pada masa sama, Edy melihat penolakan usul tergempar Ahli Parlimen (MP) Kuantan, Fuziah Salleh untuk mengisytiharkan Kuantan darurat sebagai satu sifat kebinatangan.

edy noor redzuan SAMM 01“Apa yang boleh dibuat apabila rakyat Kuantan memilih Pakatan Rakyat (PR) ibarat diberi hukuman dan adakah kerana ia diusulkan Ahli Parlimen pembangkang, maka usul itu tidak layak diberi laluan.

“Usul itu juga mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen kerajaan, namun kerana ego dan angkuh menyebabkan sifat kemanusiaan dipinggirkan sehingga ada Ahli Parlimen yang menyindir hasrat murni itu,” katanya.

Semalam, Fuziah membawa usul memohon Kuantan diisytiharkan darurat ekoran banjir teruk melanda bandar itu yang disifatkan antara terburuk dalam sejarah.

Usul itu diperkotak-katikkan antaranya Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar yang kemudiannya berdiri mencelah dan menggesa Fuziah dibenarkan pulang ke Kuantan untuk menjenguk kawasannya yang banjir.

Tindakan itu mendorong Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang), Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) berdiri membidas Bung Mokhtar.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

SAMM: Boros punca minyak naik harga

TQ NajibSHAH ALAM, 4 Sept: Sikap pengurusan yang pincang selain boros dan amalan rasuah yang berleluasa dalam kerajaan menjadikan perbendaharaan negara dalam keadaan kronik hingga memaksa kerajaan memerah keringat rakyat.

Kenaikan harga Ron95 adalah antara tindakan awal yang dilakukan oleh BN yang selepas ini akan menyusul pelbagai lagi kenaikan lain akan memberi bebanan kepada rakyat.

SAMM BERKATA, Ini juga merupakan wajah sebenar BN dan kemenangan BN dalam PRU 13 kini sedang diterjemah kepada rakyat.

Ikuti kenyataan penuh tersebut.

Harga Petrol dan Diesel Naik Selepas PRU13 Sudah Dijangka

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menyelar tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen ketika rakyat mencari nafas setelah berbelanja di perayaan Aidilfitri. SAMM menyifatkan kenaikkan ini adalah rentetan bahana terhadap rakyat setelah ditipu pada pilihanraya umum yang lalu.

Kenaikkan harga petrol dan diesel ini juga adalah angkara sikap kerajaan yang terlalu boros untuk meneruskan survival ketika dalam usaha mengekalkan pemerintahan. Lihatlah bagaimana mereka membeli undi, melaburkan wang untuk tipu helah tertentu hingga menang dan turut digelar kerajaan ‘undi pos’.

Tawaran harga petrol lebih murah oleh Pakatan Rakyat pada pilihanraya lalu sebenarnya telah mempengaruhi orang ramai untuk melihat Barisan Nasional tumbang, menjangkakan penurunan 50sen sejurus selepas diumumkan Pakatan Rakyat menang. Namun malangnya penipuan pilihanraya telah menafikan hak rakyat untuk menikmati harga petrol lebih murah, malah hari ini dinaikkan pula sebanyak 20 sen oleh kerajaan ’47 peratus’.

Musibah ini telah dijangkakan berlaku sekiranya Barisan Nasional menang PRU. Lihatlah bagaimana Paklah menaikkan harga minyak kira-kira 3 bulan selepas Pilihanraya Umum 2008 walaupun telah berjanji harga petrol tidak naik dalam tahun yang sama, kini penipuan seperti ini diulang semula oleh Najib Razak walaupun Najib sendiri menengaskan harga petrol tidak akan naik selepas PRU.

Alasan kenaikkan harga minyak global dan alasan harga minyak negara murah berbanding negara lain adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana sebagai negara pengeksport minyak, sebarang kenaikkan harga minyak dunia harusnya memberi kelebihan kepada negara pengeluar. Membandingkan harga minyak kepada negara serata asean adalah tidak memadai, harus dibanding dengan negara pengeluar minyak dan lihatlah bagaimana harga petrol di Malaysia jauh lebih tinggi.

Kenaikkan harga petrol akan menyebabkan rakyat terkesan dan sedikit tertekan, tetapi apabila kenaikkan harga petrol diiringi kenaikkan harga diesal adalah satu kecelakaan kepada setiap rakyat dalam negara ini. Pastinya semua harga barang keperluan akan meningkat dan perbelanjaan bulanan rakyat juga akan melambung. Rakyat yang terbeban dihimpit kesempitan hidup, akan terus ‘mengemis’ sesuap bantuan kerajaan.

Kononnya pengurangan subsidi demi rasionalisasi? Apakah mengekalkan subsidi 19 bilion untuk kroni pengusaha IPP setiap tahun itu cukup rasional? Nasib puluhan juta rakyat tidak dipeduli tetapi beberapa kerat konglomerat kaya raya dijaga rapi.

Apakah segala kenaikkan ini tidak cukup untuk bangkitkan kemarahan rakyat? Jika di Brazil, hanya kerana tambang bas naik 10% memperlihatkan penentangan jutaan rakyatnya. Kita di Malaysia harus tunjuk kekuatan rakyat atau terus ditindas. Sedarlah bahawa Barisan Nasional mempunyai 5 tahun lagi untuk merodok rakyat sebelum PRU14 menjelma.

Justeru, untuk setiap rakyat yang ingin meluahkan kemarahan masing-masing, SAMM dan rakan sekutu menyediakan pentasnya. Bermula petang ini, satu aksi flashmob akan berlangsung di Dataran Merdeka diketuai oleh APBM, Geng Kotak dan SAMM Wilayah bersama kumpulan aktivis mahasiswa dan anak muda. Ayuh semua kita tunjukkan kuasa rakyat, biarkan flashmob petang ini menjadi ‘domino’ kebangkitan rakyat.

Amaran SAMM buat kerajaan, jika berdegil untuk tidak menurunkan semula harga petrol dan diesel, satu demonstrasi besar akan dikerahkan pada Oktober nanti. Kuasa rakyat jangan dipandang enteng, rakyat bersatu tidak akan dikalahkan!

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL

SAMM pelawa anak muda sertai JAMRAD

jamrad2013

SHAH ALAM,22 OGOS: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menganjurkan pertemuan besar-besaran anak muda radikal dari seluruh tanahair dalam satu Jamboree Anak Muda Radikal (JAMRAD 2013), dengan kerjasama dari aktivis mahasiswa SMM dan beberapa front anak muda.

Kenyataan media disertakan

Jamboree Anak Muda Radikal | JAMRAD SAMM | 31 Ogos – 1 September 2013

Buat pertama kali dalam sejarah, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menganjurkan pertemuan besar-besaran anak muda radikal dari seluruh tanahair dalam satu Jamboree Anak Muda Radikal (JAMRAD 2013), dengan kerjasama dari aktivis mahasiswa SMM dan beberapa front anak muda.

JAMRAD 2013 akan bermula pada 31 Ogos 2013 sempena hari ‘pembebasan’ negara dan berakhir 1 September 2013. Penyertaan adalah melalui jemputan yang kini sedang diperhebat dan ianya terbuka buat semua anak muda yang ‘bersetuju memilih RADIKALISMA sebagai jalan perjuangan’. Lokasi JAMRAD 2013 juga telah dimaklum melalui jemputan.

JAMRAD 2013 juga membuka ruang dan platform terbaik untuk penyertaan baru anak muda dalam meneruskan rantaian perjuangan mereka yang terdahulu. Diskusi, perbincangan dua hala, bersukan dan aksi lasak adalah antara aktiviti yang bakal mewarnai JAMRAD 2013.

Kepada anak muda yang sudah berdaftar melalui portal SAMM dan sedia untuk menyertai jamboree, sila rujuk semula portal yang beralamat www.anakmudamalaysia.com untuk maklumat lanjut. Maklumat mengenai JAMRAD 2013 juga boleh diakses di laman Facebook rasmi SAMM.

Akhir sekali, SAMM mengalu-alukan penyertaan semua khususnya dari front anak muda yang bersama dan bersekutu dalam pelbagai aksi untuk menyelamatkan negara ini. JAMRAD 2013 adalah permulaan yang bakal melahirkan anak muda yang cukup kental untuk berhadapan sebuah regim 60 tahun.- mza

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Categories
KENYATAAN MEDIA NASIONAL SELANGOR

SAMM: KPN hilang kewarasan untuk batal 1.7j lesen pemandu

edy noor redzuan SAMM 01

SAMM mengecam pengumuman cadangan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membatalkan seramai 1.7 juta pemandu yang di senarai hitam oleh polis trafik jika enggan membayar tunggakan saman lalu lintas.

Ikuti kenyataan media SAMM hari ini

Fiasco Pembatalan Lesen 1.7Juta Pemandu: Siapa Hero Seterusnya?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi amaran kepada pihak berkuasa supaya tidak sesekali menduga kemarahan rakyat apabila seringkali menghadirkan cadangan yang tidak berperi-kemanusiaan.

Pengumuman Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi bahawa seramai 1.7 juta pemandu yang disenarai hitam oleh polis trafik supaya dibatalkan lesen memandu jika enggan bayar baki tertunggak saman lalu lintas, adalah keterlaluan dan umpama hilang kewarasan.

Cadangan ‘jahat’ ini dilihat lebih menjengkelkan dengan alasan kononnya tidak berpuas hati dengan keputusan statistik kemalangan Ops Selamat ketika Aidilfitri lalu. Apakah kaitan antara tidak bayar saman dengan peningkatan jumlah kemalangan?

Jika KPN tidak berpuas hati dengan statistik kemalangan, sila buat kajian lebih terperinci punca kemalangan berlaku, sudah pasti bukan kerana pemandu tidak membayar saman. Namun pemikiran yang mungkin dipengaruhi oleh kedudukan kantung kewangan kerajaan maka lahirlah idea yang menafikan hak untuk rakyat memandu.

Apalah nasib rakyat Malaysia, dari menteri sampai ke polis, semuanya seolah berniat untuk menganiaya rakyat. Rakyat yang tersepit dengan kesempitan hidup tidak mampu untuk membayar saman, akhirnya dihukum lagi dengan pembatalan lesen memandu sekaligus bagaikan menghalang seorang ayah menghantar anak ke sekolah.

Jika semalam dapat disaksikan cadangan peminjam PTPTN disenarai dalam CCRIS dan Menteri Belia dan Sukan mendapat nama hasil dari kemelut ciptaan sendiri, kali ini menteri mana pula yang bakal menjuarai isu kononnya membela nasib pemandu yang punya saman ini?

Cukuplah bersandiwara, rakyat bukan bahan eksperimen untuk dicucuk-cucuk dengan cadangan yang menguji kesabaran. SAMM mendesak supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang cadangan, kaji sebelum diumumkan.

SAMM berjanji jika cadangan ini dilaksanakan, SAMM akan menggerak mobilisasi besar mengajak semua pemandu yang mempunyai saman supaya mempertahankan hak untuk ‘hidup’ di tanahair ini. -MZA
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Categories
NASIONAL SELANGOR

SAMM Lancar Tabung Kumpul Dana Bantu Aktivis Protes Penipuan PRU

Aktivis berbaring depan Parlimen

SHAH ALAM, 26 JULAI: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melancarkan tabung kutipan dana bagi membantu 33 aktivis yang terlibat dalam perhimpunan protes penipuan pilihan raya.

Wang tersebut bagi membayar jaminan yang dikenakan mahkamah terhadap mereka.

Menurut Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataannya kepada TV Selangor, SAMM sebelum ini dinasihatkan peguam mereka agar bersiap-sedia dengan wang sebanyak RM165,000 bagi bayaran ikat jamin tersebut.

“Berdasarkan makluman dari Pegawai Penyiasat (IO) kes berkenaan dari IPD Dang Wangi menyatakan 33 akan dituduh dibawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai perhimpunan haram dan 17 orang dari mereka akan diberikan tuduhan tambahan iaitu akta 147 iaitu cubaan merusuh.

Menurut Edy , orang ramai yang ingin menyumbang bagi bayaran ikat jamin 33 aktivis tersebut dan membantu gerakan SAMM, mereka boleh mendepositkan wang ke akaun Maybank 5550 4111 3224 atas nama Solidariti Anak Muda.

“Selepas menyumbang harap dapat sms ke  0126937908 atau email ke [email protected] bagi makluman pengesahan,” katanya lagi.

Pada 24 Jun lalu, lebih 50 aktivis dari pelbagai NGO mengadakan protes di hadapan Parlimen bagi mendesak pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran penipuan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung.

Dalam kejadian tersebut seramai 33 dari mereka ditahan termasuk beberapa aktivis golongan muda terkenal seperti Safwan Anang, Ekhksan Bukhari serta Akram Ahmar.

Categories
NASIONAL

Bekas DO Yang Dedahkan Projek IC, Rusuhan Di Sabah Hilang

projek ic sabah

SHAH ALAM 2 APRIL : Bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim yang mendedahkan skandal projek Kad Pengenalan (IC) dan rusuhan di Sabah pada tahun 80-an, hilang tanpa dapat dikesan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), pengarah propaganda Edy Noor Reduan memaklumkan Hassnar dan isteri tidak dapat dikesan lebih dari 24 jam selepas menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada hari Ahad lalu.

Katanya, SAMM melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan Hassnar dan isteri akibat pendedahannya yang menyebut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang pemberian IC kepada warga asing di Sabah.

Sehubungan itu, satu laporan polis akan dibuat oleh SAMM di Balai Polis Jalan Pantai Baharu pada jam 5.30 petang ini.

Laporan sebelum ini menyebut Hassnar sebagai mendakwa Dr Mahathir adalah dalang ?projek IC? di Sabah yang diberikan kepada seramai 130,000 pendatang tanpa izin pada tahun 1985.

Beliau mendakwa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayob sendiri mengakui Dr Mahathir meluluskan projek tersebut dengan alasan untuk ?mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah?.

Hassnar turut mengakui menandatangani puluhan ribu borang kosong bagi membolehkan pendaftaran IC, walaupun baru tiga hari dilantik menyandang jawatan berkenaan pada 1982.

Beliau menandatangani borang kosong HNR3 iaitu dokumen untuk pengesahan kelahiran bagi membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan tanpa mengetahui nama dan butiran yang akan diisi.

Beliau percaya, ada 800,000 warga Filipina keturunan Sulu yang dijadikan warganegara Malaysia dengan sebahagiannya diberi kerakyatan melalui Projek IC.

Hassnar ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1988 selama dua bulan, kemudian sebagai tahanan rumah selama dua tahun di Sandakan bermula 6 September 1998.

Selain itu, beliau turut mendakwa rusuhan tersebunyi yang berlaku pada tahun 1986 di Kota Kinabalu Sabah merupakan perancangan Dr Mahathir selepas kekalahan BN.

Rusuhan selama 48 hari itu mengakibatkan letupan bom, pembakaran masjid dan menyebabkan lima terbunuh.

Categories
NASIONAL

Tangguh Tayang Video BERSIH 3.0 Bukti KDN Hilang Punca

SHAH ALAM, 8 JUN : Kegagalan Kementerian Dalam Negeri(KDN) menyiarkan kompilasi video kononnya berlaku keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 membuktikan KDN ada menyembunyikan sesuatu daripada masyarakat.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan usaha penyiaran video itu semakin tidak relevan kerana dua bulan kejadian itu berlalu.

Katanya, video itu mengambil masa terlalu lama untuk disiapkan dan berkemungkinan terdapat unsur-unsur suntingan untuk meletakkan kesalahan di sebelah pihak sahaja.

“Lebih malang apabila desakan SAMM sebelum ini berkenaan rusuhan polis langsung tidak diberi perhatian seolah-olah aksi memukul demonstran itu adalah ‘SOP’ yang betul.

“Rakyat menunggu dengan sabar apakah klip keganasan polis akan dimuatkan dalam siaran tersebut ataupun tidak. Namun sehingga hari ini ‘suntingan’ masih tidak siap dan ia jelas membuktikan KDN hilang punca,” katanya.

Berbanding KDN, katanya, SAMM lebih komited memberi gambaran sebenar terhadap insiden yang berlaku semasa BERSIH 3.0 apabila hanya mengambil masa seminggu untuk menerbitkan dokumentari berdurasi 49 minit.

Jelasnya, dokumentari yang dihasilkan dalam bentuk DVD itu lengkap merangkumi peristiwa BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, selain memberi fokus kepada tuntutan perhimpunan itu.

Beliau berkata, dokumentari bertajuk “Merdeka Rakyat” itu akan menjelaskan segala punca sehingga lahirnya perjuangan BERSIH sejak kali pertama ia dilancarkan pada 2006 sehingga 28 April 2012.

Tambahnya, tayangan video itu akan disiarkan pada malam Pidato Perdana Merdeka Rakyat peringkat Kelantan di Ketereh hari ini.

“Adalah menjadi peranan anak muda SAMM untuk berdepan dan memintas propaganda penuh helah oleh regim yang zalim. Selain itu, semua pihak juga perlu saling menyebarkan maklumat bagi mengambus penipuan,” ujarnya.