Categories
NASIONAL

Najib Razak patut belajar daripada Erdogan tegas dalam hal ehwal antarabangsa

SHAH ALAM 12 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak patut belajar daripada ketegasan prinsip Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan dalam hal ehwal antarabangsa yang khususnya melibatkan kepentingan umat Islam.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Al His, berkata banyak perkara yang wajar dicontohi Najib bukan sahaja dari sudut ketegasan prinsip Edorgan itu, tetapi juga kejayaan pentadbiran beliau.

erdogan5Katanya, dunia melihat bagaimana lantangnya Erdogan mengutuk keras kerajaan kudeta Mesir sewaktu tumbangnya Dr Morsi ditangan rejim As Sisi.

Erodgan juga lantang mengutuk malah mengirimkan bantuan terhadap rakyat Syria ketika Basyar Asad membunuh rakyatnya sendiri.

“Erdogan adalah satu-satunya pemimpin negara yang begitu lantang mengkritik Amerika Syarikat dan sekutunya Israel dalam dasar luar mereka yang begitu zalim.

“Erdogan juga tanpa gentar mengisytiharkan mahu mengembalikan pemerintahan Uthmaniyyah di negaranya yang masih berkarat dengan fahaman sekularisme,” katanya dipetik dari Harakah Daily.

Erdogan UIADari aspek itu katanya, Malaysia di bawah pimpinan Najib dilihat jauh ketinggalan malah sering menikus bila berhadapan isu antarabangsa yang melibatkan kepentingan Amerika dan Israel.

Beliau berkata demikian mengulas kehadiran Erdogan ke Malaysia kelmarin dalam misi mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Raja Iskandar berkata, Erdogan berjaya mengubah landskap politik dan ekonomi negaranya dari negara yang ketinggalan menjadi negara maju yang disegani di dunia.

Kejayaan beliau memimpin kerajaan dan negaranya didorong oleh sifat amanah, telus, bertanggungjawab, mengutamakan rakyat serta memerangi rasuah dan pembaziran.

Turki-bendera_2Erdogan begitu berani mengambil tindakan terhadap pegawai dan menteri kabinetnya yang menyeleweng termasuk memencat mereka.

“Kita perlu mengkaji sejarah Turki lama dan moden, di mana demografi Turki yang terletak antara Asia dan Eropah berjaya berdiri dengan sendirinya tanpa bergantung kepada mana mana kuasa besar.

“Kerana itulah nama Erdogan dijulang sebagai antara pemimpin moden paling hebat dan berjaya dan tidak mustahil Najib juga mampu mencapai kehebatan seperti Erdogan,” katanya.

EZY