Categories
AGENDA JENAYAH

Lahad Datu selamat, tiada petunjuk 10 lelaki bersenjata susup masuk

LAHAD DATU,  4 FEB: Tiada sebarang petunjuk ditemukan berhubung dakwaan sekumpulan lelaki bersenjata warga asing menyusup masuk ke Lahad Datu melalui perairan Long Patau, Tambisan pada 28 Jan lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah.

Beliau berkata pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah serta Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) telah menjalankan tindakan dari sudut risikan dan penyiasatan berkaitan perkara itu.

“Namun begitu, polis bersama pasukan keselamatan lain sentiasa memberikan perhatian mengenai keselamatan di pantai timur Sabah dan Sabah amnya daripada sebarang ancaman luar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Idris dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak bimbang mengenai tahap keselamatan di negeri ini.

Menurut sumber, Bernama difahamkan seorang lelaki mendakwa melihat lebih 10 individu mencurigakan berpakaian celoreng serta bersenjata masuk ke Sabah melalui perairan Long Patau, Tambisan pada minggu lepas.

Lelaki berkenaan juga mendakwa kesemua individu itu dipercayai warga Filipina berdasarkan perbualan menggunakan bahasa Suluk.

— BERNAMA

 

 

Categories
PENDAPAT RENCANA

Cabaran berganda ESSCom pantau keselamatan, tangani Covid-19

Oleh Khatijah Jistoh

LAHAD DATU, 11 JUN: Sejak tahun lepas, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), berdepan ‘cabaran berganda yang luar daripada kebiasaannya’ dalam usaha memastikan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terus terjamin dan terlindung daripada pelbagai ancaman tidak diingini.

Ini kerana, cabaran yang dihadapi ketika ini tidak lagi sekadar mengawal, memantau ataupun menghalang mana-mana kehadiran pendatang tanpa izin mahupun apa sahaja aktiviti haram seperti penyeludupan daripada memasuki perairan negara sepertimana kelaziman pada tahun-tahun sebelumnya.

Akan tetapi, mereka kini perlu menggembleng lebih banyak tenaga mahupun bersekang mata siang dan malam dalam usaha mengekang penyebaran wabak Covid-19 terutama daripada warga asing sejak penularan virus maut itu tahun lepas.

Hakikatnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai penguat kuasa keselamatan utama di ESSZone, ESSCom bertanggungjawab menjaga pesisir pantai sepanjang 1,457 kilometer dan kawasan perairan seluas 58,420 kilometer persegi serta kawasan daratan seluas 32,158 kilometer persegi.

Dengan keluasan sebesar itu apatah lagi kedudukannya yang bersempadan dengan maritim Filipina dan Indonesia serta beberapa kawasan di Kalimantan Utara, Indonesia seperti Kampung Kandoangan serta Wilayah Simanggaris yang bersempadan daratan daerah Kalabakan adalah dalam ESSZone, pastinya ia merupakan tugas sukar.

Tambahan pula, faktor sempadan telah dikenal pasti antara punca yang mendorong berlakunya peningkatan kemasukan pendatang negara jiran ke Sabah sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya kegiatan haram ini terus berlaku akan menyebabkan ia menjadi satu daripada punca penularan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Jalan tikus

Dalam polemik ini, tidak dinafikan bahawa pendatang haram dari negara jiran merupakan risiko terbesar dalam memerangi pandemik Covid-19 di ESSZone. Malah, situasi ini telah menimbulkan kebimbangan kerana beberapa kluster kalangan mereka telah tercetus sebelum ini semasa ditahan di Pusat Tahanan Sementara di negeri ini.

Kerana itulah, usaha pemantauan berganda dilakukan anggota keselamatan bagi mengekang kemasukan pendatang haram ini apatah lagi mereka semakin ‘licik’ mencari peluang untuk menerobos masuk ke negeri ini dengan menggunakan pelbagai taktik serta jalan tikus.

Bentuk muka bumi kawasan sini yang diliputi hutan tebal serta memiliki banyak jalan tikus, menjadi ‘lubang’ yang sering digunakan mereka (pendatang haram) bagi mengelakkan daripada ditahan pasukan keselamatan, menurut Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman.

“Laluan tikus ini sering digunakan untuk memasuki Sabah. Apabila kami menjaga empat atau lima laluan tikus, mereka akan menggunakan pula laluan tikus lain, tidak kira siang dan malam.

“(Antara sebabnya) Jarak sempadan maritim yang dekat membolehkan pendatang ini menyeludup masuk dalam tempoh 20 hingga 40 minit sahaja,” katanya kepada Bernama.

Untuk tahun ini sahaja, dalam tempoh lima bulan, seramai 3,358 pendatang haram dari Filipina dan Indonesia yang telah menjalani hukuman di Sabah, dihantar pulang ke negara asal mereka melalui pelabuhan di Sandakan dan Tawau.

Justeru, bagi mengekang penularan Covid-19 di ESSZone khususnya dalam kalangan pasukan keselamatan, setiap bot pendatang asing tanpa izin yang dikesan memasuki perairan negara akan diusir kembali ke sempadan.

Tindakan ini adalah selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan wujudnya pelbagai kluster daripada pendatang haram yang ditahan di perairan ESSZone sehingga telah menimbulkan kebimbangan kerana turut menjangkiti beberapa anggota pasukan keselamatan negara.

“Awal tahun ini sehingga 23 Mei lalu, 104 buah bot membabitkan 347 pendatang haram dikesan memasuki perairan negara telah diusir ke sempadan.

“Namun, pasukan keselamatan akan menangkap pendatang haram ini sekiranya mereka dikesan berada di kawasan daratan,” katanya.

OCP, kerjasama risikan

Selain itu, pelbagai operasi telah dilaksanakan di ESSZone dalam menangani jenayah rentas sempadan dan penularan Covid-19 dan ini termasuklah Op Cegah Pati (OCP) di laut dan daratan yang meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Beluran, Kinabatangan dan juga Sandakan.

Sejak awal tahun sehingga 23 Mei lepas, sebanyak 22,726 pemeriksaan bot OCP Laut telah dilakukan dengan rampasan 47 bot serta penahanan 141 individu.

Bagi OCP Daratan pula, seramai 69 individu telah ditahan selain turut merampas 11 kenderaan hasil daripada pemeriksaan ke atas 141,145 buah kenderaan serta 97,553 individu di kawasan ESSZone.

“ESSCom melaksanakan OCP Laut sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 bagi menghalang kemasukan pendatang haram serta penyeludupan. Pelaksanaan OCP Daratan pula sebagai lapisan kedua keselamatan yang telah berhasil melalui banyak tangkapan dan rampasan,” jelasnya.

Dalam melaksanakan kewajipan mengawal perairan negara, ESSCom turut mendapat kerjasama serta menyelaras tanggungjawab tersebut bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Selain pada masa sama turut menjalinkan kerjasama perisikan dengan Pihak Berkuasa Filipina dalam memerangi jenayah rentas sempadan terutamanya yang melibatkan penculikan untuk wang tebusan (KFR) dan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Hasil kerjasama ini telah banyak membantu dalam operasi khas yang dijalankan selama ini dan ia termasuklah empat daripada 21 pengganas yang dikehendaki ESSCom bagi tahun 2021 telah berjaya ditembak mati di Selatan Filipina.

Mereka ini terlibat dalam jenayah berkaitan penculikan dan aktiviti jenayah rentas sempadan di ESSZone, kata Ahmad Fuad.

Sel Abu Sayyaf

Sementara itu, ESSCom dan pasukan polis dalam satu operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort bulan lepas telah berjaya melumpuhkan sel Abu Sayyaf yang diwujudkan warga Filipina.

Seramai lapan lelaki ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berbaiah dengan militan Daesh telah ditangkap dalam operasi tersebut manakala lima lelaki ahli kumpulan itu ditembak mati.

ESSCom mengawal keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah. Foto BERNAMA

Bagi kes penculikan untuk wang tebusan pula, ESSCom telah berjaya mematahkan dua cubaan KFR sehingga Mei tahun ini (2021) serta mematahkan lima cubaan KFR sepanjang tahun 2020.

Jelas Ahmad Fuad, penculikan untuk wang tebusan dari Selatan Filipina ini juga mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang sering menyasarkan komuniti di perairan ESSZone sebagai mangsa mereka.

Justeru, bagi mengekang cubaan pencerobohan di perairan dan daratan ESSZone, sistem keselamatan yang berteknologi tinggi amat diperlukan bagi meningkatkan keupayaan kawalan keselamatan dan antara peralatan yang diperlukan adalah sistem radar terkini dan ini termasuklah binokular serta kamera jarak jauh yang berkeupayaan mengesan, menjejak serta mengenal sasaran setiap cubaan menceroboh, kata Ahmad Fuad.

Beliau yang memulakan tugas sebagai Komander ESSCom pada 4 September tahun lepas, menjelaskan pemasangan radar seumpama itu di setiap lokasi strategik, membolehkan pengawasan lebih efisien dan meluas sekali gus menutup sebarang titik buta yang ada.

Selain itu, operasi maritim di ESSZone juga memerlukan aset seperti aset mobiliti laut (bot peronda) yang mempunyai ketahanan tinggi dan sesuai dengan keadaan ombak kuat serta berkemampuan untuk digunakan bagi operasi 24 jam.

“Aset mobiliti untuk operasi daratan pula, perlu bersesuaian dengan rondaan serta pengawasan kawasan berbukit yang dilitupi hutan tebal.

“Dengan aset pengawasan berkualiti tinggi, (pastinya) akan dapat membantu keberkesanan operasi pasukan keselamatan dalam menangani pelbagai jenayah rentas sempadan,” ujarnya yang turut mengharapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan kepada proses kelulusan perolehan peralatan baharu yang dimohon ESSCom.

Biarpun begitu, ESSCom akan terus memantau dan melumpuhkan segala kegiatan jenayah rentas sempadan yang sering mengubah modus operandi mereka bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

-BERNAMA

 

Categories
NASIONAL

ESSCom tumpaskan sindiket, rampas rokok seludup RM455,000

BELURAN, 20 MEI: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di sini berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 84,500 bungkus rokok yang dianggarkan bernilai RM455,000 dengan menahan lima lelaki tempatan dalam satu operasi khas ESSCom di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Sapi Nangoh, semalam.

Komander ESSCom DCP, Datuk Hazani Ghazali berkata, kesemua suspek yang masing-masing memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) ditahan ketika dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Sandakan kira-kira pukul 5.45 petang.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota ESSCom telah menahan dan memeriksa lima buah kenderaan SUV yang datang dari arah Kota Kinabalu dalam keadaan mencurigakan.

“Kesemua pemandu yang berumur 18 hingga 46 tahun telah diarahkan turun untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua kenderaan SUV itu dipenuhi oleh kotak-kotak rokok disyaki rokok seludup yang belum dibayar cukai kastam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hazani, jenis rokok seludup yang dirampas ialah 45,800 bungkus Astro merah; 22,880 bungkus Astro hijau; 1,850 bungkus Astro hitam; 1,200 bungkus rokok Extreme; 4,500 bungkus Era Biru; 3,600 bungkus rokok Absulete (kretek); 2,670 bungkus rokok Apache dan 2,000 bungkus Era Hitam.

“Saya percaya rokok-rokok ini cuba diseludup dari negara jiran Indonesia untuk dipasarkan di kawasan pantai timur Sabah khususnya di daerah Sandakan berdasarkan kepada modus operandi dan pengakuan kelima-lima suspek,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Beluran untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Turut disita lima kenderaan SUV iaitu empat jenis proton Exora dan sebuah Toyota Innova dengan anggaran nilai berjumlah RM250,000.

Beliau berkata anggaran nilai taksiran cukai kastam yang belum dibayar bagi rokok seludup berkenaan adalah lebih RM650,000.

Hazani berkata, ESSCom akan sentiasa memperketat kawalan terutamanya di kawasan yang disyaki menjadi laluan penjenayah dan kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan mengadakan operasi khas secara berkala dalam usaha untuk membendung dan mengekang aktiviti penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi serta aktiviti pemerdagangan manusia.

– BERNAMA

 

Categories
NASIONAL

ESSCom gerak aset di lapangan, pos kawalan tingkat keselamatan

LAHAD DATU, 31 OKT: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menggerakkan semua aset di lapangan serta pos kawalan hadapan sebagai langkah siap siaga keselamatan.

Komander ESSCom, DCP Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu selari dengan maklumat diterima pihaknya berhubung rancangan kumpulan Abu Sayyaf untuk menculik di kawasan yang tidak didedahkan di Sabah, pada bila-bila masa.

“Saya minta masyarakat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) menyampaikan sebarang maklumat kepada ESSCom sekiranya melihat pergerakan yang meragukan dengan menghubungi Hotline ESSCom 089-863181 agar tindakan segera dapat diambil,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, ESSCom memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ESSZone adalah terkawal dan baik.

Semalam, sebuah portal dalam talian Marine Link menyiarkan kenyataan dari sumber Pengawal Pantai Filipina (PCG) bertajuk Piracy Warning Off Philippine: ReCAAP ISC telah menerima maklumat daripada Philippine Focal Point (PCG) bahawa satu kumpulan kira-kira 10 anggota Abu Sayyaf bersenjatakan pistol, raifal dan pelancar bom tangan merancang melakukan aktiviti penculikan pada bila-bila masa yang sesuai di kawasan yang tidak didedahkan di Sabah terutamanya menyasarkan ahli perniagaan atau kru kapal asing yang melalui kawasan itu.

Mereka menggunakan motorbanca berwarna biru dan putih, atau tempatan dikenali sebagai jongkong.

Pemilik kapal dan kru diminta tingkatkan aspek kewaspadaan ketika belayar melalui perairan timur Sabah dan Laut Sulawesi.

SUMBER: BERNAMA

Categories
NASIONAL

ESSCom sedia kerjasama dengan Nadma hadapi bencana

LAHAD DATU, 6 JULAI: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bersedia memberi kerjasama penuh kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam memastikan aspek pengurusan bencana alam di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terlaksana tanpa masalah.

Komander ESSCom, Datuk Hazani Ghazali berkata, perkara terbabit termasuk kesediaan menggerakkan keanggotaan serta aset ESSCom yang diperlukan sepanjang tempoh kerjasama itu seperti ketika aktiviti dan latihan amali dijalankan Nadma.

“Kita menyokong inisiatif Nadma mengadakan latih amali bersama semua jabatan kerajaan di ESSZone kerana inisiatif itu dapat menilai tahap kesiapsiagaan setiap jabatan terutama dalam aspek menguruskan bencana dan keselamatan,” katanya dalam kenyataan kepada BERNAMA.

Terdahulu, Hazani menerima kunjungan Ketua Pengarah Nadma, Datuk Abdul Rashid Harun bagi mengukuhkan hubungan baik antara pengurusan tertinggi Nadma dan ESSCom serta membincangkan latihan amali bersama yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Hazani berkata, latihan amali itu antara lain sebagai pendedahan serta persediaan awal semua pihak mengetahui kaedah berhadapan bencana alam jika berlaku pada bila-bila masa.

“Latihan amali dapat menyelaras peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan semua pihak bagi memastikan jawatankuasa bencana daerah diketuai pegawai daerah dapat merangka pelan tindakan bersifat komprehensif dan boleh digunakan pakai semua pihak dalam menghadapi bencana alam di ESSZone,” katanya.

Categories
NASIONAL

Esscom sahkan nelayan diculik

LAHAD DATU, 20 NOV: Dua nelayan dikhuatiri diculik di perairan Merabung dekat sini, semalam.

Nelayan dipercayai tekong dan awak-awak itu diculik ketika sedang menangkap ikan di kawasan itu pada jam 7.30 malam tadi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi BERNAMA mengesahkan perkara itu.

“Maklumat lanjut mengenainya akan diberitahu kemudian,” katanya lapor BERNAMA.

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA

ESSCOM gagal berfungsi, penculikan di Sabah jejas imej negara

Oleh: NORHAYATI UMOR

Isu pencerobohan dan penculikan kawasan perairan Sabah yang terletak di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) seperti menjadi satu ‘trend’ sejak kebelakangan ini.

Ramai yang tertanya ‘ada apa dan kenapa di Sabah? Persoalan itu sudah tentu menjadi tanda tanya umum selepas beberapa siri kejadian penculikan berlaku di Negeri Di Bawah Bayu tahun ini.

Ramai yang bingung dengan tiga kes penculikan dalam tempoh tiga bulan sejak April lalu di negeri yang dikenali dengan keindahan alam semula jadi dan menjadi tumpuan destinasi pelancongan marin khususnya di kalangan warga asing.

ESSCOMMalah, seorang pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar iaitu warga China turut dijadikan mangsa selepas diculik di Pulau Baik di Lahad Datu.

Pada November 2013, seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya diculik sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna.

Umum mengetahui, ESSCOM yang penubuhannya sudah genap setahun menelan perbelanjaan lebih RM200 juta, seolah-olah tidak memberi kesan dan impak terhadap kawalan keselamatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga membuat rombakan untuk memperkukuhkan ESSCOM, pada 8 Julai lalu.

culikRombakan itu dibuat seolah-olah Najib mengakui penubuhan ESSCOM gagal menjalankan berperanan dengan baik.

Namun, selepas pengumuman rombakan itu, seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul.

Ia diperkuatkan lagi apabila Sabah diisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timurnya bermula jam enam petang hingga enam pagi berkuatkuasa 19 Julai hingga 2 Ogos ini.

Episod kejadian penculikan yang berlaku di Sabah itu sudah tentu menggugat jumlah kehadiran pelancong ke negara ini memandangkan ia membabitkan aspek keselamatan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz juga mengakui siri penculikan di negeri itu memberi impak negatif terhadap sektor pelancongan ketika persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini .

mole-ESSCOM-1Bukan itu sahaja, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mendedahkan pencapaian pertumbuhan ekonomi bagi industri pelancongan negara menurun ketara ekoran beberapa episod penculikan di negeri itu, pada 22 Julai lalu.

Penurunan itu membimbangkan kerana memberi kesan terhadap industri pelancongan.

Ia sedikit sebanyak mencalar imej Sabah ketika negara mengalu-alukan kedatangan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia.

Mengulas siri insiden itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua menggesa Kerajaan Pusat memberikan perhatian khusus dan mempertingkatkan tahap keselamatan negara ekoran beberapa insiden terkini yang menggugat keyakinan rakyat.

tianBeliau berkata, insiden yang berlaku membuktikan kemerosotan tahap keselamatan negara yang memerlukan Kerajaan Pusat bertindak segera.

Katanya, sudah tiba masanya Kerajaan Pusat melakukan penilaian khusus dan mempunyai perancangan rapi agar insiden itu tidak berulang.

“Bila diumumkan, seakan ia satu rancangan yang begitu disusun rapi, namun terbukti Esscom tidak berkesan.

“Kita perlu cari kelemahan hingga berlaku insiden itu. Insiden ini bukan rompakan pengganas bersenjata canggih kerana hanya kelompok yang tidak begitu pasti, tiada hubungan pengganas antarabangsa.

“Kita khuatir kalau ia tidak diatasi Malaysia terdedah kepada banyak serangan. Sudah sampai waktunya kerajaan perlu bertindak serius kerana ia sudah menjadi ancaman terhadap negara,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Tian Chua menyifatkan pihak kerajaan seakan ‘berdegil’ dalam menangani isu itu walaupun Parlimen sudah membahaskan berkenaan ESSCOM.

“Seharusnya ada peningkatan daripada segi tindakan kesediaan untuk menghadapi ancaman keselamatan. Malangnya, kita lihat tiada langkah kecemasan tambahan untuk menjamin keselamatan,” katanya.

Dalam siri insiden itu, menjadi pertikaian kepada semua pihak, bagaimana pintu sempadan negara begitu mudah dibolosi.

Kes itu sepatutnya mencelikkan semua pihak betapa selama ini agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri tidak mempunyai bidang kuasa walaupun diberi peruntukkan ratusan juta ringgit.

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim juga tidak menafikan wujudnya elemen kekeluargaan sehingga mendorong seseorang individu itu menyalurkan maklumat kepada pihak lain.

“Mereka mungkin memberi maklumat dalaman contohnya berkenaan status seseorang individu serta lokasi mereka yang dikehendaki itu. Oleh itu, saya lihat manusia kini sudah menjadi satu komoditi kepada mereka (penculik) untuk mendapatkan sumber kewangan,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Perintah berkurung di perairan Sabah dilanjutkan

SHAH ALAM, 26 JULAI: Tempoh perintah berkurung di perairan Sabah akan dilanjut bagi terus menjamin keselamatan penduduk selain mengelak berlaku pencerobohan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Saya sedang meneliti keadaan di perairan Sabah. Secara umumnya atas semakan yang saya lakukan, kita (polis) perlu melanjutkan tempoh perintah berkurung.

ESSCOM“Pihak polis juga mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada anggota masyarakat. Saya berharap penduduk sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya yang dipetik daripada BERNAMA.

Pada 19 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga jeti Tawau sehingga 2 Ogos ini.

Berkenaan status anggota Polis Marin, Konstabel Zakiah Aleip, 26, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di sebuah resot di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu, Khalid berkata, pihaknya masih berusaha untuk menyelamatkannya.

Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut ditembak manakala Zakiah diculik ketika pasukan mereka menjalankan tugas rondaan di kawasan resot berkenaan.

Categories
NASIONAL

Najib Razak patut letak jawatan perairan negara terus diceroboh

SHAH ALAM 16 JULAI: Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa meletakkan jawatan susulan isu perairan negara yang terus diceroboh.

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berkata kegagalan pentadbiran Najib memastikan keselamatan di Sabah sehingga mengorbankan nyawa anggota pasukan keselamatan mewajarkan beliau berbuat demikian.

mole-ESSCOM-1Katanya, Najib hingga kini masih gagal menyelesaikan kehilangan pesawat MAS, MH370 meskipun sudah hampir lima bulan insiden itu berlalu.

“Pencerobohan Lahad Datu pada 2013 anggota keselamatan ditembak dan terbunuh. Terbaru anggota polis mati dan seorang lagi dipercayai diculik (di Semporna). (Kehilangan) MH370 tidak dijumpai sehingga kini,”

“Dengan semua kegagalan itu, kalau Najib seorang yang bertanggungjawab, beliau perlu letak jawatan dan undurkan diri daripada dunia politik serta-merta,” katanya dipetik Keadilan Daily.

Rafizi berkata beliau tidak nampak keseriusan kerajaan dalam mengambil langkah progresif untuk membendung isu keselamatan di perairan Sabah.

“Kalau dulu melibatkan kerugian dan wang rakyat yang dibazirkan, tapi kali ni melibatkan nyawa orang pula.

“Sebab itu saya kata Najib perlu undur diri dan letak jawatan sebagai perdana menteri,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

Esscom: Reaksi Zahid Hamidi hanya retorik, mana penyelesaian?

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 16 JULAI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa sering memberi reaksi bersifat retorik dan politik setiap kali membabitkan isu pencerobohan di perairan Sabah termasuk peranan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang dipertikai banyak pihak.

Berhubung insiden membabitkan dua anggota polis baru-baru ini, Zahid sekali lagi mengeluarkan kenyataan retorik apabila menyatakan serangan hendap itu dilakukan kerana penceroboh ingin membalas dendam berikutan peningkatan keselamatan yang dilakukan Esscom.

Zahid-HamidiMenyangkal kenyataan itu, penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata jika benar kawalan keselamatan kian meningkat, maka seharusnya siri penculikan dengan melibatkan kematian tidak sepatutnya berlaku.

Katanya lebih menghairankan apabila Panglima Tentera Laut, Abdul Aziz Jaafar mendedahkan bahawa kapal-kapal yang berkawal di perairan itu tidak dibenarkan menembak penceroboh selain meminta kerajaan segera mengubah peraturan demi memastikan tindakan pengawalan lebih berkesan.

“Walaupun Zahid memberi kebenaran menembak dibolehkan asalkan dapat menghalang penceroboh, persoalan yang timbul ialah apakah sebagai Menteri Dalam Negeri beliau tidak mengetahui bahawa kapal tentera laut yang berkawal di perairan Sabah selama ini tidak dibenarkan melakukan tembakan?

“Jika beliau tidak mengetahuinya, ia menunjukkan satu lagi kelemahannya sebagai menteri yang menjaga keselamatan negara ini.

“Tetapi jika mengetahuinya pula, bagaimana beliau tergamak mengatakan kumpulan penculik itu melakukan serangan kerana ingin membalas dendam berikutan kawalan keselamatan meningkat. Bagaimana mahu dikata kawalan keselamatan meningkat sedangkan menembak pun tidak dibenarkan?” soalnya.

Mengulas lanjut, Shahbudin berkata amaran Zahid yang meminta supaya media sosial tidak memperlekeh usaha pasukan keselamatan mengawal perairan Sabah juga adalah tidak wajar.

mole-ESSCOM-1Katanya kenyataan tidak mantap serta kekurangan kewibawaan oleh Zahid sendiri akhirnya mengundang perlekehan itu berikutan kelemahan pasukan keselamatan sendiri.

“Meskipun Zahid berjaya melonjakkan namanya sebagai Menteri Dalam Negeri jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya, namun hakikatnya semua itu hanyalah pementasan sementara sahaja.

“Jika sebelum pemilihan Umno suaranya begitu lantang menentang penghapusan Ordinan Darurat dan penggantian Akta Hasutan dengan undang-undang baru, di manakah suara Zahid sekarang ini?

“Barangkali jika pemilihan Umno diadakan setahun sekali, mungkin pula media tidak cukup ruangan untuk memuatkan kenyataan dan kegarangannya mengenai pelbagai isu yang menyangkut hal-hal berkaitan Melayu terutamanya,” katanya lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Tubuh segera Jawatankuasa Tetap Dwipartisan Parlimen, kaji semula Esscom

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 14 JULAI: Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat (PR) menggesa Putrajaya supaya menubuhkan Jawatankuasa Tetap Dwipartisan Parlimen untuk mengkaji semula keberkesanan Esscom dan Esszone di Sabah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata insiden pencerobohan perairan Sabah semakin meningkatkan dan perlu diselesaikan segera.

ESSCOMMedia semalam melaporkan seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.

Bersabit dengan perkara berkenaan, PR memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga Korporal Abd Rajah Jamuan yang terbunuh sewaktu serangan hendap itu dan mendoakan keselamatan Konstabel Zakia Aleip yang dipercayai diculik.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Insiden Mabul: Apa sudah jadi keselamatan negara & Esscom?

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 JULAI: Kes penculikan dan serangan hendap di Pulau Mabul,Sabah memperlihatkan segala usaha mempertingkankan ciri keselamatan di kepulauan dan sempadan Sabah seolah-olah tidak berkesan malah ia perlu ditangani dengan serius.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ketika dihubungi berkata, perkara itu sangat membimbangkan kerana ini bukan kejadian pertama bahkan sebelum ini turut melibatkan rakyat tempatan dan pelancong asing.

polis-komando-paskal-dan-marin-sabahKatanya, setiap kali kejadian penculikan berlaku, Kerajaan Pusat hanya akan menjanjikan pengukuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

“Ini (kes penculikan) sudah berulang kali berlaku. Setiap kali berlaku Kerajaan Pusat menjanjikan untuk memperkukuhkan Escomm dan sebagainya tetapi nampaknya tidak berkesan.

“Ini sangat membimbangkan. Kita lihat seolah-olah kita tidak mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku sebelum ini.

“Kita rasa (aspek keselamatan) seperti tidak disiasat dengan betul apa yang perlu kita lakukan supaya perkara-perkara ini boleh dielakkan,” katanya kepada Selangor Kini.

Memetik laporan media difahamkan seorang anggota polis marin terbunuh, manakala seorang lagi hilang dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas yang menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, sekumpulan lapan lelaki berpakaian gelap serta bertopeng, dikatakan naik ke jeti resort berkenaan sebelum melepaskan tembakan rambang.

tian chua pc pkr 01Menurut Tian lagi, mengambil iktibar daripada kejadian serangan di Lahad Datu sebelum ini, Kerajaan Pusat menjanjikan untuk membentangkan Kertas Putih berhubung hasil siasatan punca serangan yang berlaku namun sehingga kini masih belum dikeluarkan.

“Semasa pencerobohan Lahad Datu berlaku ada dijanjikan akan dibuat satu Kertas Putih tetapi sehingga hari kita belum nampak apa-apa tindakan untuk melanjutkan sisasatan supaya kita tahu punca pencerobohan Lahad Datu,” kata beliau lagi.

EZY