Categories
NASIONAL

Kit Siang Minta PM Arah Hishammuddin Respon Pemalsuan Statistik Jenayah

SHAH ALAM, 29 OGOS : Kabinet harus mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan respon terhadap dakwaan pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Ini kerana tindakan berdiam diri beliau dan dua Menteri Program Transformasi Kerajaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara(GTP/NKRA) Datuk Idris Jala dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon membuktikan kegagalan Program Transformasi Kerajaan sebagai ‘Big Fast Results’.

 

Ketua Parlimen DAP, dalam satu kenyataan medianya berkata terdapat dakwaan serius berhubung pemanipulasian dan pemalsuan statistik jenayah untuk memberi gambaran palsu ‘Big Wins’dan ‘Big Fast Results’ dalam menurunkan jenayah NKRA.

Jelasnya, sudah tiba masanya untuk menteri bertanggungjawab memberikan kenyataan kukuh disaat rakyat Malaysia masih dihantui ‘perasaan tidak selamat disebabkan jenayah’.

Sebelum ini, terdapat pendedahan daripada anggota polis ‘pemberi maklumat’ yang berkhidmat selama 30 tahun berhubung dengan pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah untuk memberi gambaran palsu ?Big Win? dan ?Big Fast Results? dalam mengurangkan kadar jenayah dalam tempoh dua tahun ini merupakan satu kerugian besar kepada pentadbiran sekarang.

Kerajaan mendakwa berlakunya penurunan drastik sebanyak 35 peratus dalam jenayah jalanan serta 15 dalam indeks jenayah dalam 2010 yang diikuti dengan penurunan 39.7% dalam jenayah jalanan serta penurunan sebanyak 11.1% dalam indeks jenayah pada tahun 2011.

Penurunan indeks jenayah ini merupakan ?penurunan paling tinggi sejak Kemerdekaan.?

“Kabinet mesti mengetahui hujung pangkal hakikat sebenar bahawa tindakan beberapa pihak tertentu yang terus berdiam diri serta kegagalan untuk membantah atau menyangkal pendedahan pemalsuan dan pemanipulasian statistik jenayah oleh anggota polis ?pemberi maklumat? yang akan menyangkal Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mendakwa kononnya Berjaya dan ?Big Fast Results?,” katanya.

Beliau menambah, tindakan berdiam diri pihak menteri mencerminkan kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui program-program transformasi kerjaan sedang mengahadapi krisis keyakinan dan dibelenggu tanda tanya.

“Malah, sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos yang jatuh pada hari Jumaat kemungkinan besar akan diingati oleh generasi akan datang sebagai satu hari dimana Program Transformasi Najib akhirnya akan berhadapan dengan kekalahan yang akan menghancurkannya,” ujar beliau lagi.