Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

40,469 ketua isi rumah daftar e-Kasih

SHAH ALAM, 8 NOV: Seramai 40,469 ketua isi rumah yang berpendapatan bawah RM4,000 berdaftar dengan sistem e-Kasih setakat 15 Oktober lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah golongan sasar B40 yang berdaftar itu layak menikmati program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Antara manfaat yang dapat dinikmati golongan B40 itu adalah Kasih Ibu Smart Selangor, Skim Air Daruk Ehsan, Bantuan Kebajikan Masyarakat, Bantuan Bina dan Baiki Rumah serta Jom Shopping.

“Selain itu, turut layak menikmati Skim Peduli Sihat, Bantuan Sihat Selangor, Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar, Hadiah Pengajian, dana Usahawan Mikro, Blueprint dan Skim Smart Sewa,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Zakaria Hanafi (Barisan Nasional-Semenyih) pada Sidang Dewan Negeri, di sini.

Amirudin berkata, program IPR merupakan program jangka panjang yang bersifat holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan semata.

Malah, katanya, program itu memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat yang terdiri daripada pelbagai golongan termasuk M40.

“Selain daripada program IPR, terdapat pelbagai program sedia ada di bawah Kerajaan Negeri yang dapat membantu menjana pendapatan rakyat sama ada dalam sektor usahawan, pertanian dan juga pendidikan yang boleh dimohon oleh golongan B40 dan M40.

“Program-program penjanaan pendapatan rakyat ini ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Pada masa sama, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan terus melakukan penambahbaikan terhadap program sedia ada dan merangka program baharu yang bersesuaian dan menepati keperluan semua lapisan masyarakat selaras dengan gagasan Maju Bersama.

Categories
SELANGOR

Selangor catat hasil negeri RM1.214 bilion

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 15 JUN: Selangor mencatatkan RM1.214 bilion hasil negeri sehingga 7 Jun, berbanding RM1.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, peningkatan itu adalah sekitar 13.79 peratus daripada hasil yang dicapai negeri.

Katanya, Selangor juga mencatatkan aliran pelaburan tempatan dan luar negeri berjumlah RM18.947 billion, meningkat 238 peratus berbanding RM5.592 billion, pada 2017.

“Ini merupakan jumlah pelaburan terbesar dalam sejarah Selangor. Dengan perkembangan sihat dan memberangsangkan, patik yakin Kerajaan Negeri berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Belanjawan 2019.

“Selain itu, ia juga dapat memastikan program kepedulian rakyat dapat dilaksanakan dalam kerangka polisi yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sempah ucapannya di hadapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat Selangor di Bulatan Bazarena Seksyen 13, di sini, malam ini,

Turut berkenan berangkat hadir, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

 

Categories
SELANGOR

Stadium Kajang dinaiktaraf galakkan masyarakat bersukan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KAJANG, 16 NOV: Stadium Kajang dinaiktaraf bagi memastikan keselesaan dan kemudahan orang ramai yang menggunakan stadium itu yang terletak di tengah Bandar Kajang.

Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata hal ini ekoran stadium itu semakin menjadi tumpuan orang ramai untuk mengadakan pelbagai aktiviti riadah.

AMIRKatanya ini termasuk pada waktu malam selepas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membukanya untuk kegunaan orang ramai.

“Tahniah kepada MPKj yang membuka kepada awam pada dua, tiga tahun kebelakangan ini kita dapat lihat meriah terutama di malam minggu dan saya bincang dengan serius tadi dengan MPKj untuk menaiktaraf stadium ini.

“Bila MRT selesai dibina kita akan menaiktaraf stadium MPKj,” kata Amirudin kepada Selangor Kini pada program Simfoni Muzikal dan Kebudayaan 2015 dan Exco Le Tour Selangor 2015 di Kompleks Metropoint, di sini, semalam.

Amirudin turut menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah lain mencontohi langkah MPKj bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat memanfaatkan stadium daerah dengan pelbagai program riadah.

“Kepada tempat lain perlu lihat untuk mengadakan program seumpama ini tetapi kena tengok pada lokasi sebab Stadium Kajang ini di tengah bandar, jadi tidak ada masalah tetapi sebahagian stadium lain pula agak luar sedikit tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki,” kata Amirudin lagi.

Amirudin turut mencadangkan PBT meningkatkan kemudahan di stadium termasuk mewujudkan laluan bas awam bagi menarik minat masyarakat setempat beriadah dan lain-lain.

Sebelum ini Stadium Kajang yang agak ‘mati’ pada waktu malam mula menjadi tumpuan masyasrakat setempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan.

EZY

Amir pantau naiktaraf kemudahan sukan, pembangunan belia

Exco Amirudin Shari giat turun padang memantau projek naiktaraf kemudahan sukan dan pembangunan belia di semua Pihak Berkuasa Tempatan.

Penambahbaikan punca bina semula Uptown Shah Alam terlewat

Penambahbaikan keselamatan dan keselesaan punca projek bina semula Uptown Shah Alam terlewat. Exco Amirudin Shari berkata persatuan penjaja telah dimaklumkan perkara itu.

Pembangunan kualiti tidak pinggirkan generasi muda, sukan & kebudayaan

Exco Amirudin Shari menegaskan pentadbiran baru negeri Selangor mengangkat pembangunan generasi muda, sukan dan kebudayaan sebagai komponen penting pembangunan yang berkualiti.