Program cegah denggi : RM10,000 untuk setiap DUN

RM10,000 diperuntukkan untuk setiap DUN bagi melaksanakan program memerangi wabak denggi.

Hospital Tanjong Karang dijangka siap 2019

Tertangguh sekian lama, pembinaan Hospital Tanjong Karang dijangka bermula penghujung 2016 dan dijangka siap pada 2019.

TAWAS sumbang RM1,000 untuk ahli penghidap sakit kronik

18 kanak-kanak berdaftar dengan Tabung Warisan anak Selangor (TAWAS) yang menghidap penyakit kronik menerima sumbangan RM1,000.

Bincang isu Vape, Selangor tubuh jawatankuasa Rabu ini

Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi membincangkan isu penggunaan rokok elektronik atau vape sebelum memutuskan pendirian untuk mengharamkannya atau tidak pada Rabu ini.

OKU terus dibantu pastikan hak dibela

Kerajaan Negeri komited menjaga kebajikan golongan OKU dengan memastikan kumpulan terbabit menikmati peluang sama seperti pihak lain.

Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: Exco lawat mangsa denggi Hospital Klang

KLANG 9 FEB: Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi hari ini turun padang menyampaikan sumbangan kepada 30 mangsa denggi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini.

Beliau turut mendapat taklimat daripada pihak hospital berkenaan perkembangan terkini hospital itu.

Dr DaroyahDifahamkan demam denggi meningkat di kawasan lembah klang dan situasi ini amat membimbangkan sehinggakan hospital menerima pesakit pada kadar tinggi.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, gerakan besar-besaran melibatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dilakukan bagi memerangi wabak denggi.

Exco Dr Daroyah Alwi serah bantuan banjir kilat di Cameron Highlands

Kerajaan Negeri rasa prihatin dengan kesusahan mangsa tragedi banjir di Cameron Highlands.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi turun padang bersama-sama pasukan PANTAS untuk membantu meringankan kesulitan penduduk,

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor anjur Bazar Darul Ehsan untuk usahawan

Dr Daroyah Beri Tumpuan Bangun Infrastruktur 01

SHAH ALAM 31 OKT : Selangor akan melaksanakan program Bazar Darul Ehsan untuk membantu usahawan di negeri itu mengembangkan perniagaan, selain berpeluang memasarkan produk mereka di segenap daerah, memjelang awal tahun depan.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata program ini akan mengumpulkan usahawan di setiap pelusuk negeri untuk bersama-sama mempromosi produk mereka kepada orang ramai dengan lebih meluas.

“Program ini memberi ruang kepada semua usahawan pelbagai bidang seperti veterinar dan industri asas tani untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka supaya lebih maju. Sehingga kini, program itu sudah mula dilaksanakan di daerah Kuala Langat.

“Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan hab halal di Pulau Indah tidak lama lagi untuk kita pasarkan produk halal secara global,” katanya ketika merasmikan seminar Usahawan Retail 200 di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar dan disertai kira-kira 500 peserta.

Seminar itu terbuka kepada orang ramai khususnya usahawan yang berminat dalam bidang peruncitan untuk mengetahui aspek perniagaan daripada tokoh perniagaan berjaya. -NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor aktifkan IKS untuk bantu usahawan pasarkan produk

daroyahSHAH ALAM 26 SEPT: Kerajaan Selangor merancang untuk mengaktifkan semula pusat pengumpulan industri kecil dan sederhana (IKS) di seluruh negeri bagi membantu usahawan desa memasarkan produk masing-masing.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata Belanjawan Selangor 2014 akan menumpu program pembangunan dan pemberdayaan serta mensinergi usahawan.

“Kita aktifkan pusat pengumpulan IKS dengan penjenamaan semula Bazar Darul Ehsan di setiap daerah yang dimulakan di Kuala Langat,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Dr Daroyah berkata, pusat pengumpulan IKS di Kuala Langat hanya menunggu untuk diisi usahawan berikutan premis itu sudah wujud.

“Kita akan mulakan sebelum Disember ini bagi mendapatkan usahawan untuk menjadi operator secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan membantu usahawan yang baru sehingga ke peringkat yang memerlukan pemberdayaan untuk meneroka pasaran lebih luas.

“Kita akan pertingkatkan mutu produk mereka melalui program 4P iaitu pengupayaan pembungkusan produk yang usahawan perlukan.

“Kerajaan juga akan menubuhkan Pusat Usahawan Negeri Selangor (PUNS) yang diletakkan di bawah satu bumbung,” katanya.

– FZL

Categories
NASIONAL SELANGOR

Bantu produk desa, pusat pengumpulan IKS diaktifkan semula

iks

Kerajaan Negeri merancang untuk mengaktifkan semula pusat-pusat pengumpulan industri kecil dan sederhana di seluruh Selangor bagi membantu usahawan desa memasarkan produk masing-masing.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Daroyah Alwi berkata ini merupakan satu lagi strategi bersepadu Kerajaan Negeri merangsang pembangunan desa, serta membantu usahawan menerobos pasaran yang lebih luas.

“Kita akan aktifkan semula pusat pengumpulan ini. Kita akan jadikan kemudahan ini sabagai ‘One Stop Center’ untuk usahawan desa memasarkan barangan,” kata Daroyah.

Menurut beliau, pusat pengumpulan IKS di Selangor terletak di Gombak, Kuala Langat dan Sepang.

Jelas Daroyah, lokasi kemudahan di laluan strategik seperti di Sepang yang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga dirasakan boleh membantu para usahawan.

“Ia juga berpotensi menjadi tumpuan pelancongan dan pelancong boleh membeli produk-produk rakyat Selangor,” kata beliau.

Serentak dengan rancangan itu, Daroyah berkata Kerajaan Negeri sedang menyenaraikan semua usahawan di Selangor bagi mengikuti perkembangan mereka dengan lebih rapat.

Antara yang menjadi perhatian adalah piawaian kandungan bahan makanan, dan peningkatan kualiti produk.

“Untuk pemberdayaan usahawan kita memberikan khidmat nasihat, sijil halal, dan mencantikkan lagi pembungkusan. Kita akan mengadakan satu program dengan kerjasama Sirim Malaysia selain menganalisa kandungan nutrisi produk makanan,” jelas Daroyah.

“Produk bersesuaian kita akan cuba pasarkan ke pasaraya memandangkan ianya dilengkapi dengan kod bar,” tambah beliau.

– HM

Categories
NASIONAL SELANGOR

Van gigi datang lagi!

daroyah

Kerajaan Negeri akan berusaha mendapatkan semula van kesihatan pergigian bagi membolehkan rawatan pergigian disampaikan kepada rakyat di setiap daerah.

Berbekalkan pengalaman lebih 25 tahun sebagai doktor gigi, usaha ini merupakan antara agenda Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi yang mahu rakyat Selangor mengamalkan gaya hidup sihat.

“Sebagai doktor gigi, saya mahu rakyat Selangor sentiasa senyum dengan gigi yang cantik,” katanya.

Beliau sedang merangka pelbagai program kesihatan selain mengekalkan beberapa program sebelum ini khusus untuk rakyat Selangor.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memberikan bantuan perubatan untuk penyakit dialisis dan pembedahan kecil. Untuk kali ini program kesihatan akan diperluas dan melibatkan semua peringkat usia.

Menurut beliau, kempen kesihatan ini bakal dilaksanakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah.

Menyentuh mengenai permasalahan wabak denggi, Daroyah menjelaskan, pihak berwajib akan melakukan semburan nyamuk di kawasan yang dilaporkan berlaku kejadian wabak denggi.

“Sehingga sekarang apabila ada kes denggi, PBT akan membuat semburan. Kita tidak boleh menyembur sesuka hati. Kena ada kena ada kes baru kita sembur.

“Kita tidak mahu acap kali membuat semburan dikhuatiri nyamuk akan kebal dan kemudian kita terpaksa mencari penyelesaian lain untuk membunuh nyamuk ini pula,” ujarnya lagi.

– HM

Categories
SELANGOR

NGO Perlu Bantu Kerajaan Dalam Sektor Kesihatan

KLANG, 12 0KT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta pertubuhan bukan kerajaan(NGO) di Selangor agar membantu Kerajaan Negeri meningkatkan kemudahan asas untuk rakyat seperti pengangkutan, pendidikan dan kesihatan awam.

Abdul Khalid  memuji usaha Kelab Rotary kerana mengisi kekosongan dalam sektor perkhidmatan kesihatan sekaligus dapat menampung kekurangan perkhidmatan yang ditawarkan hospital kerajaan.

Usaha ini juga katanya menyebabkan rakyat di Selangor dapat merasai kemudahan dengan harga berpatutan.

“Kerajaan Negeri amat berterima kasih terhadap usaha kebajikan Kelab Rotary yang menyediakan kemudahan untuk pesakit buah pinggang menerima rawatan dialisis dengan harga rendah.

“Kelab Rotary di seluruh Malaysia yang mempunyai jalinan antarabangsa sentiasa mencari jalan untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi kepentingan masyarakat,” katanya semasa menghadiri majlis menandatangani plat Persatuan Hemodialisis di sini, pagi tadi.

Beliau juga mengingatkan Kerajaan Pusat agar mengambil inisiatif dengan meningkatkan penyediaan pusat kesihatan baik di Malaysia mahupun di Selangor.

Dalam majlis itu, Abdul Khalid turut melawat pesakit buah pinggang yang sedang mendapatkan rawatan dialisis selain menyerahkan sumbangan kepada mereka.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Pusat Dialisis Rotary Klang merupakan pusat rawatan dialisis yang ditubuhkan hasil usaha Kelab Rotary Klang bagi memastikan pesakit buah pinggang mudah mendapat rawatan dengan bayaran rendah.

Pusat rawatan ini mengenakan bayaran RM110 bagi satu rawatan berbeza dengan bayaran di pusat rawatan lain yang mengenakan bayaran RM150 ke RM250.