Categories
SELANGOR

Komersialkan karya kreatif mahasiswa UNISEL

Agensi kerajaan dan pihak swasta disaran menyokong usaha berterusan mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) mengetengahkan pelbagai produk serta karya kreatif mereka.

Categories
SELANGOR

Pameran FADEX perkasa gagasan Smart Selangor

Oleh: ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 18 APR: Karya kreatif mahasiswa tahun akhir Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di pameran FADEX Universiti Selangor (UNISEL) memperkasakan hasrat Kerajaan Negeri merealisasikan gagasan Smart Selangor.

Dekan fakulti, Prof Dr Abd Shukor Hashim berkata, aspek seni dan budaya yang diterapkan dalam gagasan itu dizahirkan secara konsisten bagi menepati agenda berkenaan.

head dekan grafik-web“Produk dan karya kreatif yang dibentangkan graduan kita ada kaitan dengan gagasan Smart Selangor yang membangun di negeri ini.

“Contohnya menerusi pameran teknologi dan fotografi yang memperlihatkan ciri inovasi sangat relevan dengan projek pembangunan Smart Selangor.

“Saya harap keberkesanan pameran ini dapat membantu pentadbiran Kerajaan Negeri melaksanakan gagasan ini bersama demi kemajuan Selangor,” katanya ketika ucapan perasmian pameran tahun akhir FADEX di Dewan Pro Canselor UNISEL, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Hal Ehwal Korporat PETRON, Zaimi Harun dan Pemangku Naib Timbalan Canselor Hal Ehwal Akademik UNISEL, Prof Dr Mokhtar Abdullah.

fadex unsel 3FADEX 2016 adalah penilaian projek tahun akhir fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dengan tujuan mempromosi karya mahasiswa untuk diperkenalkan kepada pihak luar.

Mahasiwa diploma dan ijazah Seni Lukis dan Seni Reka tahun akhir dinilai menerusi produk masing-masing pada pameran karya kreatif itu.

Antara karya yang dipamerkan adalah rekaan penggunaan aplikasi telefon pintar, ilustrasi buku, produk seni halus, videografi pengiklanan dan produk pemasaran.

-NFN-