Categories
NASIONAL SELANGOR

Ekonomi Selangor terus berkembang melalui 7 projek pembangunan – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 25102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Ekonomi Selangor dijangka terus berkembang melalui tujuh projek pembangunan membabitkan tanah seluas 3,771.81 hektar dengan nilai perbangunan kasar dianggarkan berjumlah RM38.22 bilion.

2. Majlis ilmuan yang menampilkan tokoh daripada pelbagai bidang adalah antara tarikan utama pengunjung yang hadir ke Festival Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) 2013, yang bermula 24 hingga 27 Oktober ini.

3. Kerajaan Selangor mengambil keputusan menamatkan kontrak syarikat menyelenggara dan membaiki kerosakan asrama pelajar Universiti Selangor (UNISEL) iaitu Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), berkuatkuasa 5 November ini.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Majlis ilmuan dan pesta jualan tarikan utama Festival Konvokesyen UNISEL 2013

Karnival Unisel

KUALA SELANGOR 25 OKT: Majlis ilmuan yang menampilkan tokoh daripada pelbagai bidang adalah antara tarikan utama pengunjung yang hadir ke Festival Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) 2013, yang bermula 24 hingga 27 Oktober ini.

Majlis ilmuan itu dijangka mampu menarik perhatian mahasiswa dan pengunjung luar terutama forum bertajuk ‘Cinta dan Mahasiswa’ yang menampilkan pendakwah dan novelis bercorak Islam terkenal, Dr Farhan Hadi, malam ini.

Sementara itu, forum bertajuk ‘Realiti dan Cabaran Generasi Y’ yang menampilkan tiga panelis muda iaitu perunding personaliti, Mona Izzah dan dua wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL, Ahmad Hafizi Hilmi dan Muhammad Nawawi Munir Shoib turut diadakan malam tadi.

Naib Yang Dipertua MPP UNISEL, Ibrahim Junaidi, berkata festival berkenaan turut mengadakan aktiviti pesta jualan dan pelbagai pertanding yang dibuka untuk pelajar dan pengunjung.

Forum Unisel

“Festival ini turut menampilkan artis jemputan seperti Siti Nordiana dan Nubhan, pada malam penutup. Sementara itu, pada sebelah pagi dan petangĀ  akan diadakan Super Spontan Unisel, Auto Show, Soccer Kids, Paint Ball, pertandingan memancing, pertunjukkan fesyen jalanan dan acara kanak-kanak.

“Kita berharap pengunjung, khususnya warga UNISEL dan keluarga datang memeriahkan festival kali ini,” katanya ketika kepada TV Selangor di UNISEL, malam tadi.

Tinjauan TV Selangor mendapati selain pelbagai jenis makanan dan minuman, turut dijual di tapak jualan festival itu adalah pakaian, buku, majalah, barangan cederahati serta aksesori telefon.

Festival empat hari itu dirasmikan Exco Pendidikan negeri, Dr Halimah Ali, petang semalam, manakala acara penutupan akan disempurnakan Exco Sukan, Belia Dan Adat Resam Melayu, Dr Ahmad Yunus Hairi, pada Ahad ini.

-NFN-