Categories
NASIONAL

Flasbmob Gergasi Menjelang Black505

flash mob jalan tun perak 18 jun 03

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Satu aktiviti ?flashmob? besar-besaran bakal diadakan esok menjelang Himpunan Blackout pada Sabtu, 22 Jun ini.

Aktiviti tersebut bakal diadakan sebelah petang bermula di pasaraya Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan berakhir di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLCAH), Jalan Maharajalela.

Perkara ini dimaklumkan oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan, Azmir Mustafa.

“Flashmob besar-besaran ini dibuat pada Jumaat (21 Jun),” katanya kepada media semalam.

SPR tipu PRU 13 01

Sebelum itu hampir 15 orang anak muda mengadakan flashmob secara aman di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Tun Perak.

Menurut Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Redzuan, flashmob ini bertindak sebagai mobalisasi menuju 22 Jun ini.

“Hari ini hanya satu aksi spontan yang berlaku di beberapa spot tertentu.

“Saya bagi jaminan selagi spot-spot ini tidak melebihi empat orang, tidak boleh ada tangkapan berlaku,” katanya sebelum flashmob bermula.

Flashmob hari ini berlangsung aman dan tidak ada sebarang kejadian tangkapan berlaku.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB Mahu Bincang Sumbangan Cukai P.Klang Dengan Persekutuan – FOKUS


Sinopsis

FOKUS Untuk 17062013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 2.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Unit Perancang Ekonomi Negara (UPEN) selepas sidang pertama Dewan Rakyat bagi membincangkan sumbangan hasil cukai yang dikutip pihak Kastam kepada penduduk Klang.

2. Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah berjaya meningkatkan kutipan dari hasil cukai kepada lebih RM 300 juta.

Kejayaan itu mendapat pujian daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

3. Penahanan 15 peserta ‘flashmob’ pada Sabtu lepas di hadapan pusat membeli belah Sogo jelas menunjukkan Kerajaan Umno/BN kini ketakutan dengan kebangkitan rakyat menjelang Perhimpunan Black 505.

4. Setelah sekian lama tidak diberi perhatian oleh Kerajaan Sarawak, penduduk pribumi Penan melahirkan kekecewaan dan mengharapkan bantuan daripada Kerajaan Selangor.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Azmin Ali : PKR Akan Hadir Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 13062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Haji Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas.

2. Parti Keadilan Rakyat tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah ahli-ahli parlimen di dewan rakyat, 24 jun ini.

3. Gabungan ‘SuaraRakyat505’ di atas inisiatif Suara Anak Muda Malaysia Wilayah Persekutuan akan mengadakan ‘flashmob’ di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara pada hari Sabtu ini.