SMK Bukit Jelutong ungguli Kempen Kitar Semula MBSA 2014

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd terus komited menjayakan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah sejak lapan tahun lalu. Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mokhtar Hani berkata, pertandingan itu diadakan bagi mendidik pelajar berkenaan kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. Katanya, usaha itu diharap dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar berpunca daripada sikap tidak prihatin masyarakat.

Mbsa sasar 100,000 kg barangan kitar semula dikumpul

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mensasarkan sebanyak 100,000 kilogram barangan kitar semula dapat dikumpul dalam program Kitar Semula peringkat sekolah kawasan pentadbiran MBSA tahun ini. Program kali kelapan itu turut dibuka kepada kepada peringkat pra sekolah selain sekolah rendah dan menengah. Inisiatif berterusan itu diadakan dengan kerjasama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya pelajar terhadap kepentingan amalan kitar semula seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Categories
SELANGOR

Kitar Semula Berjaya Jimat Kos Operasi MBSA

SHAH ALAM, 7 MAC : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya melakukan penjimatan sebanyak RM15,600 dari segi kos operasi melalui kempen dan aktiviti kitar semula yang telah dilaksanakan pada 2011.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam,Tuan Mokhtar Hani berkata, kempen kitar semula yang dilaksanakan itu di peringkat sekolah berjaya mengumpulkan bahan kitar semula sebanyak 141,612.7 tan,penjimatan kos sebanyak RM14,100.

” Kempen kitar semula yang mahu dilaksanakan dengan jayanya haruslah melibatkan segenap lapisan masyarakat termasuk pihak berkuasa tempatan, jabatan-jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan,syarikat swasta, institusi pendidikan serta orang ramai di rumah, pejabat dan tempat-tempat awam,” katanya semasa perasmian Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah Dan Majlis Perwakilan Penduduk yang diadakan di Dewan Banquet MBSA di sini.

Buat kali keenam berturut-turut MBSA dengan kerjasama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2012.

Inisiatif berterusan pihak MBSA untuk mendidik masyarakat khususnya golongan pelajar mengenai pentingnya amalan kitar semula direalisasikan melalui Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2012.

Program murni yang diadakan dengan kerjasama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya pelajar terhadap kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan harian sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Pertandingan terbuka kepada sekolah rendah dan menengah di dalam kawasan pentadbiran MBSA. Sekolah-sekolah yang terlibat dikehendaki untuk mengumpul barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas,alumunium dan plastik.

Sekolah yang berjaya mengumpul bahan kitar semula yang terberat akan menerima hadiah yang disediakan oleh pihak F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. Pertandingan akan diadakan dalam tempoh tiga bulan bermula dari Mac hingga Mei 2012.

“Sekiranya peruntukan yang disediakan untuk melupuskan sampah sarap khususnya sisa pepejal ini dapat dikurangkan melalui aktiviti kitar semula,belanjawan tersebut dapat disalurkan untuk projek-projek yang lebih bermanafaat kepada rakyat,” katanya.