Categories
AGENDA NASIONAL

KKM dapat lebih 10,000 perjawatan baharu menerusi tukar ganti

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapat kelulusan bagi sejumlah 10,675 perjawatan baharu secara berfasa menerusi ‘trade-off’ (tukar ganti) jawatan KKM dan kementerian lain, bagi memenuhi keperluan membendung pandemik Covid-19 bagi tahun 2020 dan 2021.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berikutan pelaksanaan dasar kawalan saiz (rightsizing) dalam perkhidmatan awam sejak 2015, perjawatan tetap tidak lagi dipertimbangkan melainkan dilaksanakan secara tukar ganti.

“Namun, berdasarkan permohonan pada 2019, KKM telah mendapat kelulusan bagi sejumlah perjawatan baharu secara berfasa menerusi ‘trade-off’ jawatan dari KKM dan kementerian-kementerian lain,” katanya ketika merasmikan forum secara maya Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (SHCOMOS) 2021 di sini, hari ini.

Beliau berkata KKM kini mempunyai 252,911 petugas tetap dan lebih 40,000 petugas kontrak meliputi pelbagai skim perkhidmatan dengan sebahagiannya dilantik bagi memenuhi syarat latihan siswazah dan khidmat wajib, manakala sebahagian lagi bagi memenuhi keperluan membendung Covid-19.

Katanya KKM membelanjakan lebih RM17 bilion atau 63 peratus daripada perbelanjaan mengurus tahunan kementerian bagi pembayaran gaji kepada petugas kesihatan, lebih tinggi berbanding negara-negara lain di dunia.

Dr Adham berkata ia tidak termasuk bayaran elaun lain yang dituntut seperti bayaran lebih masa dan elaun kerana tugasan rasmi lain.

“Sebagai contoh, daripada 18 negara di Eropah yang diteliti, purata jumlah tanggungan gaji di negara itu adalah sekitar 42.3 peratus daripada bajet kesihatan yang diluluskan, manakala daripada 64 negara di dunia yang diteliti, purata tanggungan gaji adalah sekitar 42.2 peratus,” katanya.

Justeru, beliau memohon kefahaman semua pihak khususnya mengenai kekangan KKM dari segi perjawatan tambahan dan peruntukan kewangan kerana kementerian lain juga memerlukan sumber manusia serta peruntukan yang perlu dipertimbang kerajaan berdasarkan kepada keupayaan semasa.

Bagaimanapun, Dr Adham memaklumkan KKM mengemukakan permohonan tambahan perjawatan tetap dari semasa ke semasa mengambil kira keperluan perkhidmatan di fasiliti baharu, naik taraf dan fasiliti sedia ada.

Beliau berkata kementeriannya juga bercadang memohon pelantikan secara kontrak untuk tempoh yang lebih lama, dan perkara itu dalam penelitian di peringkat akhir sebelum dibawa untuk pertimbangan kerajaan.

Sementara itu, Dr Adham berkata kementerian kewangan telah bersetuju melanjutkan tempoh kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang akan tamat kontrak pada pertengahan tahun ini di mana tawaran tersebut akan dibuat kepada pegawai oleh KKM.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB bersama dua pakar bincang ekonomi pascawabak malam ini

SHAH ALAM, 23 FEB: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari akan bersiaran secara langsung bersama dua ahli ekonomi menerusi forum dalam talian malam ini.

Perbincangan bersama Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan Dr Nungsari Ahmad Radhi menumpukan perancangan ekonomi selepas wabak Covid-19 yang boleh diikuti pada jam 8 malam.

Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar yang juga ahli Lembaga Pengarah Media Selangor menjadi pemudah cara forum bertajuk Ekonomi pascapandemik: Ke mana hala tuju?

Dr Jomo seorang ahli ekonomi terkemuka sebelum ini pernah berkhidmat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dr Nungsari berpengalaman selama 30 tahun sebagai ahli akademik dan pernah menjadi Pengerusi Khazanah Research Institute (KRI).

Sementara Johan dikenali umum menjadi hos temu bual bersama pemimpin negara dan dilantik ahli lembaga pengarah agensi media Kerajaan Selangor tahun lalu.

Acara anjuran Media Selangor itu boleh ditonton di Facebook Amirudin Shari dan Media Selangor serta YouTube SelangorTV.

FORUM Pekerja Asing : Keperluan atau permintaan – Bahagian 1

Isu kemasukan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh, apakah kepentingannya terhadap Malaysia dari sudut ekonomi dan apakah pula kesan sosialnya?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 1


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 2


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 3


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? – Part 4


Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14?

Categories
NASIONAL

Tiga wacana ‘keras’ menunggu kedatangan anda

SHAH ALAM: Bersiap-sedialah rakyat Malaysia khususnya warga Selangor akan tiga wacana dengan tiga isu penting di Petaling Jaya, Shah Alam dan ibu negara pada 4 November, 5 November dan 6 November ini.

Wacana pertama membincang topik “Universiti atau Penjara? Diskusi Kebebasan Mahasiswa” yang menampilkan ketua gerakan siswa, Fahmi Zainol dari Universiti Malaya, Exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Pengerusi Komunikasi Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) Syukri Razab dan Naib Ketua AMK Tan Kar Hing.

IMG-20141103-WA0008

Keesokan harinya, Prof Gurdial Singh Nijar, Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah dari Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) akan membentangkan keputusan tribunal rakyat berkenaan salahlaku Pilihan Raya Umum ke-13.

IMG-20141103-WA0007

Seterusnya pada 6 November, Exco Nik Nazmi Nik Ahmad menjemput rakyat Selangor untuk bersama mendengar dialog Kerajaan Negeri bersama siswa membincangkan hala tuju pendidikan negeri ini dan bertempat di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam.

IMG-20141103-WA0019

Selangorku.com akan membawakan ketiga-tiga wacana ini secara langsung.

Categories
NASIONAL

Gelandangan tidak dapat diatasi kerana Kerajaan tidak faham isu

Oleh NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan tidak mampu menangani isu gelandangan dengan berkesan kerana gagal memahami isu sebenar yang dihadapi golongan itu.

Malah, pihak berkuasa masih menggunakan Akta Papa 1977 yang dianggap tidak lagi releven ketika ini, menurut aktivis dan peguam dalam forum bertajuk ‘Gelandangan: Isu, penyelesaian dan masa depan’ anjuran Akademi Belia di Kuala Lumpur, semalam.

Peguam dan koordinator Lawyers for Liberty (LFL), Michelle Yesudas berkata Akta Papa 1977 perlu dimansuhka kerana tidak membela nasib golongan gelandangan.

Katanya, golongan gelandangan dianggap seperti penjenayah kerana definisi akta itu menetapkan sesiapa sahaja berpeleseran di jalanan, berpakaian compang-camping dan tiada tempat tinggal ditangkap.

gelandangan

“Dari segi definisi, pelaksanaan dan penggunaan secara diskriminasi dalam akta itu sama seperti Akta Hasutan dan ISA (Akta Keselamatan dalam Negeri).

“Gelandangan dianggap penjenayah hanya sebab mereka tidak mampu menyara diri.

“Adakah pihak berkuasa boleh menangkap seseorang yang tidak mempunyai keupayaan untuk menyara diri dan adakah ia jalan terbaik untuk bawa pergi seseorang itu tanpa pilihan?” katanya.

Michelle berkata peruntukan dalam akta itu juga tidak munasabah kerana bersifat menekan dan memaksa tanpa sukarela.

“Sebab itu dari segi definisi pun kita tidak setuju dan pelaksanaan juga tidak bersetuju,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan penggunaan akta itu yang tidak mencerminkan keadaan sebenar struktur ekonomi semasa negara ketika ini.

Sementara itu, koordinator Dapur Jalanan, Hadi Khalid pula berpendapat isu lebih besar yang perlu dilihat adalah faktor kemiskinan khususnya selepas peralihan ekonomi negara daripada pertanian kepada perindustrian.

“Isu sebenar di sini adalah kemiskinan. Selagi ia tidak ditangani, perkara ini tidak akan selesai.

“Semasa kami bertemu dengan kementerian, kami bangkitkan mengenai isu kemiskinan iaitu mereka yang tidak mampu membeli rumah dan tidak mampu mendapat kerja tanpa pendapatan tetap,” katanya.

Hadi berkata, isu tangkapan dan pengusiran gelandangan sudah berlaku sejak 1980an di mana ketika berlaku peralihan dasar ekonomi negara.

“Isu ini timbul sejak 1980an, perpindahan warga luar bandar ini bermula semasa dasar ekonomi negara yang bertukar daripada pertanian kepada perindustrian.

“Kebanyakan warga yang tinggal di luar bandar dahulunya digalakkan dan dijanjikan rumah serta peluang pekerjaan untuk menetap di kota.

“Jadi pada awalnya mereka diberikan status peneroka bandar tapi selepas 1980an bermulanya operasi membersihkan setinggan ini,” katanya.

HM

Categories
NASIONAL

Forum hangat bincang isu MB Selangor esok

SHAH ALAM 8 OGOS: Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) akan menganjurkan satu forum khas bertajuk “Krisis Selangor: Khalid Ibrahim Belot Pakatan Rakyat? ” pada 9 Ogos ini.

Program anjuran LENSA itu akan bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan MCPA, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) Sabtu ini.

forum

Program yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat ini melibatkan beberapa badan profesional tempatan berhubung isu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

Antara ahli panel yang terlibat adalah Pegawai Ekonomi & Kewangan Selangor, Azrul Azwar dan Solidariti Anak Muda Malaysia, Chegu Bard.

Turut hadir Penulis & Kolumnis, Nathaniel Tan, Eksekutif Komunikasi MB Selangor, Shazni Munir dan Lensa Anak Muda Malaysia, Syukri Razab sebagai moderator.

Berikut adalah kenyataan media berkenaan Forum ini:

Hari ini penyelesaian isu kemelut MB Selangor nampaknya masih belum selesai ke penghujungnya. Bahkan terkini sedang rancak diadakan sesi penerangan oleh beberapa pertubuhan NGO dan juga parti politik yang tampak kelihatan begitu jelas mempertahan pendirian bahawa MB Selangor perlu diturunkan segera.

LENSA mengambil pendirian dan tetap dengan prinsip, “Asalkan kepentingan rakyat diutamakan” maka Lensa akan bersama. Persoalannya adalah, sejauh mana isu MB ini pernah dijelaskan secara terus terang dan secara langsung kepada rakyat khususnya rakyat Selangor? Dan yang pihak Lensa ketahui, beberapa penerangan dan penjelasan yang dibuat sebelum ini hanya mengambil kira pandangan sebelah pihak, iaitu mereka yang berpendirian MB Selangor perlu ditukar.

Terus terang kami katakan, pertelingkahan ini sudah kelihatan berat sebelah pada mata rakyat dan kami anak muda emandangkan pihak MB sendiri mungkin masih kurang memberikan penjelasan berhubung isu besar ini. Tidak dinafikan juga, masih ramai yang keliru dan buntu mencari jawapan sebenar apabila isu ini dilontarkan termasuk di media-media sosial hari ini.

Lensa berpendirian, kebenaran itu tidak mengenal sesiapa. Kalau salah, kami juga akan katakan salah. Atas faktor ini, Lensa mengambil tanggungjawab untuk mengadakan satu lagi siri forum mengenai isu MB Selangor ini demi menyediakan ruang seadilnya bagi pihak-pihak yang terlibat dan kali ini khusus bagi pihak yang mempertahan MB Selangor. Tegas, kami tidak pernah berpihak kepada sesiapa dan hanya menjalankan tugas semak dan imbang dalam isu ini.

Untuk sebarang maklumbalas atau pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi kami di talian 019-385 1902 (Shukri) atau emelkan kepada [email protected]

Categories
NASIONAL

KEIP anjur forum bincang indentiti bangsa Malaysia dari perspektif anak muda

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA 14 JAN: Keadilan Executive Internship Program (KEIP) akan mengadakan satu forum bertajuk Perspektif Malaysia bagi memberi peluang kepada anak-anak muda berdialog tentang indentiti masyarakat Malaysia daripada perspektif anak muda masa kini.

Wakil pelatih KEIP, Mohamed Aqief berkata, forum yang diadakan pada jam 8.30 malam di Dewan Media, Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu secara umumnya akan menyentuh tiga tema utama yang sering membentuk streotaip di kalangan masyarakat iaitu dari sudut agama, bangsa dan hak sebagai rakyat Malaysia.

logo-pkr“Sikap matang dan terbuka membolehkan kita membicarakan isu-isu yang diutarakan secara jujur yang akhir-akhir ini disalah guna pihak tidak bertanggungjawab bagi kepentingan peribadi dan politik yang mewujudkan suasana tidak sihat, prasangka dan perasaan kurang senang sesama masyarakat,” kata Mohamed Aqief dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Mohamed Aqief berkata dalam forum itu nanti, pelatih KEIP sendiri akan menjadi panelis dan moderator yang sekaligus memberi ruang sepenuhnya untuk mereka berkongsi pengalaman dan menilai pelbagai idea dari perspektif yang dicetuskan anak-anak muda dalam forum itu nanti.

PC PKR Rafizi“Kami pelatih KEIP menjemput para media dan orang ramai khususnya anak-anak muda hadir ke Forum Perspektif Malaysia untuk berdialog dan berbincang,” kata beliau lagi.

Pada 2 Disember lalu, PKR menerima 20 pelatih terdiri daripada mahasiswa yang mempunyai pelbagai latar belakang dan kemahiran khusus bagi mengikuti program KEIP.

Program tersebut diadakan bagi memberi pelbagai pendedahan terhadap kerja-kerja politik PKR dalam pelbagai aspek seperti tugas dan peranan Ahli Parlimen, peranan WHIP, pendedahan sistematik dalam advokasi dan aktivisme, pembuat dasar, gerak kerja akar umbi, kemahiran organisasi, kemahiran media dan media baru.

EZY

Humanity Solidarity Assembly

Visit http://www.selangorku.com