Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

TPPA: 250,000 graduan menganggur, apa nasib mereka?

Oleh : Ermizi Muhamad

SHAH ALAM 16 FEB : Saranan Kerajaan Persekutuan supaya golongan muda bersedia menerima pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dibidas Ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowind.

Menurutnya, golongan muda terpaksa bergelut dengan tekanan ekonomi yang menyebabkan golongan itu sukar mendapatkan pekerjaan, walaupun mempunyai kemahiran dan pendidikan.

TPPA“Perjanjian yang membuka ruang kepada bangsa Amerika ini menyukarkan golongan muda mendapatkan pekerjaan sekaligus menjadikan kehidupan mereka semakin terbeban kerana wujudnya persaingan daripada pihak luar.

“Keadaan ini meningkatkan lagi ruang pengangguran dan saranan agar golongan ini menerima TPPA sememangnya tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, hari ini.

Beliau mengulas saranan Ahli Jawatankuasa Kaukus TPP, Datuk Irmohizam Ibrahim yang menjelaskan golongan muda perlu membuat persediaan menerima TPPA kononnya sebagai asas kepada golongan ini untuk lebih berdaya saing.

Bagaimanapun kata Manivannan, Kerajaan Persekutuan gagal memberi penumpuan terhadap kesan jangka panjang yang perlu ditanggung golongan muda selepas perjanjian tersebut dimeterai, awal Februari lalu.

“Sekarang ini pun ada lebih kurang 250,000 graduan yang masih menganggur dan kerajaan semudahnya menyarankan golongan ini menerima TPPA.

“Bagaimana nasib mereka selepas ini? Persaingan ini sebenarnya penganiayaan bagi rakyat sendiri,” katanya.

EZY

Categories
NASIONAL

G.Manivannam (PKR) – Fokus Calon PRU 13

Sinopsis:

G Manivannam (PKR) – P109 Kapar

Beliau merupakan anak muda yang diketengahkan untuk mewakili kaum muda dalam PRU-13. Beliau berlatarbelakangkan pendidikan dalam bidang guaman. Kerusi P109 sebelum ini dimenangi calon PKR Manikavasagam yang akan bertanding Di Dun Bukit Melawati. Mike memperoleh majotiti 12,297. Kapar mempunyai bilangan pengundi paling ramai di malaysia dengan jumlah 144,369 pengundi berdaftar. Peratus pengundinya melayu 51.35%, Cina 13.5%, India 12.97% dan lain-lain 0.3%. G.Manivannam akan bertembung dalam pertembungan enam penjuru bersama calon BN dan empat calon bebas.

manivannam