Categories
AGENDA NASIONAL

Anwar gesa kerajaan laksana gaji mimumum, tidak layan bantahan syarikat besar

KOTA TINGGI, 3 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan persekutuan supaya segera melaksanakan gaji minimum tanpa tunduk kepada keengganan syarikat besar.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan pentadbiran Putrajaya tidak harus melayan bantahan syarikat yang merekod keuntungan tahunan berbilion ringgit.

“Saya tanya perdana menteri mengenai gaji minimum, dia jawab syarikat-syarikat besar tidak mahu bagi sebab susah. Dia (syarikat) untung tiga, empat bilion setahun tetapi kata tak boleh.

“Kena tanya orang bawah, kena tanya pekerja kilang, jangan tanya tauke. Untung berbilion ringgit, apa untungnya bagi pekerja? Kerajaan ini jaga orang kaya sahaja,” katanya.

Ketua pembangkang itu berkata demikian dalam siri jelajah Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook beliau hari ini.

DUN berkenan menyaksikan calon KEADILAN Omar Mokhtar A Manap berdepan saingan empat penjuru dengan Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pejuang.

Anwar juga menyifatkan kerajaan sedia ada tidak mempeduli rintihan rakyat bawahan sebaliknya lebih senang mendengar pandangan syarikat besar sahaja.

“Sebab itu, apabila kita cakap soal harga barang naik, kerajaan tak kesah (sedangkan) menteri di Malaysia paling banyak di dunia, jadi tidak boleh kata tidak ambil tahu,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Cuepacs ulangi syor gaji minimum baharu sektor awam RM1,800

KUALA LUMPUR, 22 FEB: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi mengulangi cadangan gaji minimum baharu RM1,800 sebulan untuk sektor awam berbanding RM1,200 sebulan ketika ini.

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya sebelum ini telah mengutarakan hal itu kepada perdana menteri dan mencadangkan gaji RM1,800 sebulan kerana berpendapat angka tersebut adalah munasabah untuk dinilai oleh kerajaan.

“Pada masa sama, perdana menteri juga telah memaklumkan di dalam Kabinet dan di Parlimen pada 27 Nov lepas di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan menyasarkan (status sebagai) negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 dengan meletakkan pendapatan isi rumah kepada RM10,000.

“Namun sasaran di bawah RMK12 ini sudah tentu tidak akan tercapai sekiranya gaji minimum yang baharu ini tidak diubah oleh kerajaan sendiri,” katanya ketika menjadi tetamu secara maya dalam program Koresponden terbitan Bernama TV bertajuk ‘Penentuan Nasib Penjawat Awam’ hari ini.

Beliau juga berkata sebelum ini, kerajaan telah menetapkan bahawa gaji penjawat awam disemak setiap 10 tahun dan kali terakhir sistem saraan perkhidmatan awam disemak ialah pada 2002.

“Cuepacs melihat apabila kerajaan sendiri menetapkan setiap 10 tahun maknanya tahun ini adalah tahun yang memerlukan kerajaan untuk menyemaknya semula.

“Sistem saraan yang baharu ini hendaklah boleh menampung keperluan penjawat awam supaya menerima gaji yang selesa, yang setimpal dengan kos perbelanjaan harian minimum yang juga telah berubah dengan (harga) barangan meningkat berkali-kali sejak tahun lepas,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pakar ekonomi: Kenaikan gaji minimum dorong kenaikan harga barang

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 berkemungkinan boleh meninggalkan kesan harga iaitu harga barangan akan meningkat, kata Profesor Kehormat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Datuk Dr Madeline Berma.

Beliau berkata kenaikan gaji minimum juga boleh menyebabkan kesan penggantian kerana apabila kenaikan harga barangan itu diserapkan, sering kali majikan atau pengusaha akan mengalihkan kos tambahan kepada pengguna.

“Oleh itu, ada yang tidak menikmati kenaikan gaji minimum tetapi secara makronya harga barangan naik.

“Bagi saya, isunya bukan sahaja mengurus kenaikan gaji minimum kerana yang terkesan adalah rakyat secara keseluruhannya. Isu ayam, telur, rantaian bekalan itu yang patut dibincangkan.

“Kesan lain ialah ada sesetengah majikan menyatakan bahawa ini adalah waktu terbaik untuk menggantikan pekerja dengan mesin atau teknologi baharu daripada terpaksa menanggung beban kenaikan gaji buruh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Kos Sara Hidup Naik, Gaji Masih Sama… Sampai Bila? – Pekerja Malaysia’ terbitan Bernama TV malam tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kebenaran bahawa dari segi ekonomi, terdapat kebenaran apabila meletakkan wang di tangan pengguna atau individu akan menjana ekonomi kerana pendapatan itu akan dibelanjakan.

“Seperti yang saya sebut sebelum ini, sasarannya kena betul sebab ramai dalam sektor tidak formal berada dalam kalangan pendapatan rendah,” katanya.

Beliau berkata belum masanya untuk kenaikan gaji minimum kerana majikan ketika ini banyak yang bertahan atas dasar subsidi kerajaan.

“Kebanyakannya bertahan atas dasar subsidi kerajaan dan kita tahu subsidi upah ini akan berakhir tidak lama lagi. Saya lebih khuatir mengenai masa sebab kita memerlukan bisnes dari segi mikro, skala sederhana dan skala besar ini untuk pulih dahulu.

“Kos sekarang, kini kita tambahkan lagi kos buruh, dengan kos modalnya, belum cerita lagi rantaian bekalan yang tersekat-sekat. Bagi saya, kita harus benarkan dahulu perniagaan ‘bernafas’.

“Bagi saya, waktunya mungkin pada masa ini belum sesuai,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Menteri: Dapatan kajian gaji minimum dibentang Khamis ini

KUALA LUMPUR, 16 NOV: Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) akan membentangkan hasil dapatan Kajian Impak dan Kajian Semula Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) Khamis ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata jawatankuasa itu juga akan mengemukakan syor mengenai kadar dan liputan gaji minimum kepada MPGN.

Beliau berkata dalam kajian itu, JTPGN mengadakan perundingan awam dan sesi libat urus membabitkan wakil majikan dan pekerja, pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan orang awam bagi mendapatkan input tentang impak pelaksanaan gaji minimum terhadap sosioekonomi negara.

“MPGN sentiasa menggunakan pendekatan seimbang dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan, pekerja dan kerajaan sebelum mengemukakan syor untuk pertimbangan serta persetujuan kerajaan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Saravanan juga memaklumkan kerangka kenaikan kadar upah tidak dibentang dalam pembentangan Bajet 2022 kerana Kementerian Sumber Manusia, melalui MPGN, masih di peringkat akhir penyediaan Laporan Kajian Semula PGM 2020.

Mengikut Akta MPGN 2011 (Akta 732), PGM hendaklah dikaji semula sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua tahun manakala PGM 2020 berkuat kuasa pada 1 Feb 2020, maka kajian semula perlu dilaksana dalam tempoh dua tahun daripada tarikh kuat kuasa perintah itu.

Saravanan juga berkata Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada 22 Okt lepas meluluskan tatacara operasi piawai (SOP) Kemasukan Pekerja Asing ke Malaysia bagi semua sektor.

Beliau berkata ia mengambil kira SOP yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan berhubung keperluan kesihatan kemasukan pekerja asing ke negara ini dan SOP tambahan daripada Kementerian Sumber Manusia merangkumi aspek prosedur Prapelepasan, Semasa Ketibaan, Selepas Ketibaan (tempoh kuarantin) dan Pasca Kuarantin.

Mengulas isu pembantu rumah asing, Saravanan berkata kementerian itu masih dalam peringkat rundingan bersama dengan pihak Indonesia bagi memuktamad Memorandum Persefahaman mengenai pengambilan Perkhidmatan Domestik Indonesia yang telah tamat pada 30 Mei 2016.

Katanya kerajaan bersedia membuka semula kemasukan pekerja asing bagi semua sektor walaupun perjanjian penggajian dan penghantaran pulang untuk pekerja sektor formal kerajaan Nepal berlaku kelewatan dalam urusan kemasukan yang direncatkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA SUKANKINI

Pelumba Cub Prix kelas CP150 bakal terima gaji bulanan

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Pemegang taruh utama Kejohanan Cub Prix Malaysia memutuskan merombak sistem pembayaran semasa kepada pelumba acara itu dengan menggantikannya dengan elaun perlumbaan yang menyaksikan sistem gaji minimum secara bulanan.

Menurut kenyataan promoter perlumbaan Cub Prix iaitu Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd, keputusan itu dicapai semasa mesyuarat antara prinsipal pasukan CP150 pada awal minggu ini bagi membantu pelumba Cub Prix terutama dalam kelas CP150 yang paling teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Buat masa ini, pembaharuan ditumpukan hanya kepada kelas CP150 kerana ini adalah kelas profesional yang menyaksikan tugas pelumba sepenuh masa adalah berlumba,” kata jurucakap kumpulan itu, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

“Idea gaji minimum bagi memastikan pelumba terus menerima bayaran sekiranya perlumbaan dibatalkan. Kami perlu saling membantu antara satu sama lain pada waktu-waktu yang sukar ini,” katanya.

Shahrol Yuzy, yang merupakan bekas pelumba kebangsaan MotoGP, bagaimanapun menegaskan bahawa gaji minimum itu tidak menggantikan bonus prestasi yang merupakan pendapatan utama pelumba.

Mesyuarat itu dihadiri wakil Pasukan Honda RCB Solaralert Cilik, Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor, Ipone Yamaha YY Pang, Idemitsu Honda Yuzy Racing, Hi-Rev SCK Honda Racing dan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing.

Kejohanan Cub Prix Malaysia 2020 dihentikan sejak pusingan pembukaan di litar Tangkak, Johor pada Mac selepas kerajaan memutuskan melarang sebarang perhimpunan massa bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Gaji minimum naik RM100 munasabah – Teresa Kok

KUALA LUMPUR, 24 DIS: Kenaikan RM100 terhadap gaji minimum kepada RM1,200 berkuat kuasa 1 Januari depan di 57 bandar raya dan bandar adalah munasabah pada ketika ini dan tidak akan menjejaskan keuntungan majikan secara ketara.

Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata kementerian itu menyokong kenaikan itu berikutan ia selari dengan peningkatan kos sara hidup yang lebih tinggi di bandar raya dan bandar pada kadar inflasi semasa.

“Sudah pasti adalah satu realiti yang diakui bahawa seseorang tidak boleh menggaji pekerja sepenuh masa dengan gaji di bawah RM1,200 di bandar raya dan bandar di Malaysia pada masa ini. Langkah meningkatkan kadar gaji minimum adalah usaha yang diambil kira bagi mengurangkan kemiskinan bandar dalam kalangan pekerja tempatan dan asing.

“Ia juga bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan untuk menetap dan bekerja di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah, Kok berkata, menerusi prinsip kesaksamaan, peningkatan RM100 untuk gaji pekerja asing adalah selaras dengan standard antarabangsa, terutamanya untuk mengelak diskriminasi mengenai gaji dan layanan terhadap pekerja tempatan dan asing.

Di bawah Teras Ketiga Manifesto Pakatan Harapan: Merancak pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, parti itu mengetengahkan janji untuk meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun.

Sehubungan itu, Kok berkata kenaikan RM100 bagi pekerja di bandar adalah antara pendekatan awal yang diambil kerajaan ke arah matlamat itu.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kerajaan pertimbang cadangan gaji minimum penjawat awam RM1,800

ALOR SETAR, 21 DIS: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta agar gaji minimum penjawat awam ditetapkan RM1,800 sebulan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, tuntutan itu merupakan salah satu hak Cuepacs dalam menjamin sesuatu yang lebih baik kepada penjawat awam, bagaimanapun kerajaan juga turut mempunyai hak yang sama sebelum membuat keputusan.

“Kerajaan juga ada hak untuk pertimbangkan sesuatu yang munasabah dengan keperluan lonjakan ekonomi dalam negara kita. Kerajaan mempunyai pandangan ‘cermin besar’ yang perlu dilihat untuk masa hadapan masyarakat bukan hanya kepada golongan pekerja yang bermajikan dan semua itu harus diambil kira.

“Tuntutan Cuepacs itu menunjukkan sensitiviti mereka dalam membantu pekerja sama ada sektor awam atau swasta tetapi kerajaan sudah tentu ada pertimbangan dari sudut berkemampuan dan keupayaan kerajaan dan mengambil kira keupayaan majikan pada peringkat swasta,” katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Komuniti di Pokok Sena di sini, hari ini.

Katanya, sekiranya pihak majikan tidak berupaya untuk membayar gaji dan kerajaan memaksa serta meletakkan syarat, pihak majikan mungkin menutup operasi dan itu akan menyebabkan lebih ramai orang akan hilang pekerjaan.

Sementara itu, Mahfuz berkata, kerajaan juga memutuskan kadar gaji minimum akan dinaikkan daripada RM1,100 kepada RM1,200 sebulan bermula awal tahun hadapan di kawasan bandar yang terpilih yang dilihat kos sara hidup pekerja lebih tinggi.

“Isu gaji minimum ini memang ramai tidak puas hati. Bermula RM980 naik kepada RM1,100 namun masih ada yang tidak berpuas hati tetapi dalam manifesto Pakatan Harapan kita telah berjanji untuk naikkan sehingga RM1,500 namun proses itu secara berperingkat dalam tempoh masa lima tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dibuat Presiden Cuepacs Adnan Mat, Khamis lalu yang meminta agar kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan untuk penjawat awam kerana kos hidup pada hari ini yang terus meningkat.

Adnan berkata, keperluan gaji minimum baharu itu dibuat berdasarkan kepada beberapa aspek, antaranya keperluan rumah, nilai harga rumah mampu milik dan kadar potongan bulanan selain dapat mengurangkan masalah tekanan kos sara hidup di samping membentuk generasi yang lebih baik pada masa depan.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan 

PUTRAJAYA, 18 DIS: Kerajaan memutuskan bahawa kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar-bandar utama di bawah pentadbiran 57 Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan bagi selain daripada wilayah bandar utama.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini berkata tarikh kuat kuasa perintah gaji minimum baharu adalah mulai 1 Januari 2020 ke atas semua majikan dan perintah tersebut akan diwartakan dalam masa terdekat.

“Pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di wilayah bandar-bandar utama dan RM1,100 sebulan selain daripada wilayah bandar-bandar utama adalah berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) iaitu di mana-mana tempat kerja dijalankan untuk majikan oleh pekerja,” menurut KSM.

Kenyataan itu susulan pembentangan Bajet Tahun 2020 dan keputusan Jemaah Menteri pada 6 Disember lepas berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan di kawasan wilayah bandar-bandar utama.

Sementara itu, menurut kenyataan itu kadar gaji minimum mengikut jam dan hari serta bagi pekerja yang dibayar mengikut upah ikut kerja, perjalanan, komisen, tan dan tugasan akan diperincikan dalam perintah gaji minimum yang baharu.

Menurut KSM, gaji minimum dikekalkan pemakaiannya kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali perkhidmat domestik sebagaimana dalam perintah gaji minimum 2018.

Keputusan kerajaan meningkatkan gaji minimum bagi pekerja di wilayah bandar-bandar utama adalah bagi membantu pekerja di kawasan ini yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Bandaraya utama yang terlibat ialah Johor Bahru, Iskandar Puteri, Alor Setar, Melaka Bersejarah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Ipoh, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Kuching Selatan, Miri, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Bharu.

Turut tersenarai ialah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.

KSM berkata kadar gaji minimum akan terus disemak bagi memastikan ia sejajar dengan keperluan semasa dan juga selaras dengan hasrat untuk mencapai kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Gaji minimum naik RM1,200 di bandar utama

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Kerajaan mencadangkan supaya gaji minimum ditingkatkan pada kadar RM1,200 sebulan hanya di bandar utama berkuat kuasa tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata ia bagi mengimbangi keperluan pekerja dan majikan dengan mengambil kira kenaikan kos sara hidup di bandar utama.

“Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk menambah baik kehidupan rakyat, terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

“Pada Januari 2019, kerajaan meningkatkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Guan Eng berkata kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan akta itu kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Kajian itu akan meliputi empat perkara iaitu pertama, meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021.

Katanya, kajian semula itu turut membabitkan langkah memanjangkan kelayakan bayaran lebih masa bagi golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan.

“Ketiga, menambah baik pengendalian aduan gangguan seksual dari segi perlindungan dan prosedur; dan keempat, memantapkan peruntukan berkaitan larangan diskriminasi dalam pekerjaan contohnya agama, kaum atau jantina,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan akan memperuntukan RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi taman asuhan kanak-kanak (taska) terutamanya di hospital dan sekolah bagi menambah baik persekitaran kerja bagi wanita dan ibu bapa.

“Sebagai tambahan, bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang menghantar anak untuk pendidikan awal ke taska dan taman didikan kanak-kanak (tadika) berdaftar, pelepasan cukai individu bagi yuran yang dibayar akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000,” katanya.

Katanya, pada tahun ini, kerajaan berjaya menyediakan 66 taska baharu di bangunan kerajaan dengan peruntukan RM10 juta (dalam Belanjawan 2019) berbanding sasaran awal 50 taska.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Syor gaji minimum diserah tahun depan

BENTONG, 20 APARIL: Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Minimum dijangka menyerahkan syor berhubung kadar gaji minimum baharu kepada kerajaan selewat-lewatnya Ogos tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran.

Katanya pada masa ini jawatankuasa itu masih pada peringkat mendapatkan pandangan pihak berkepentingan.

“Selepas mendapatkan kadar yang bersesuaian, jawatankuasa berkenaan akan mengemukakan cadangan tersebut kepada saya untuk dibentangkan kepada jemaah menteri sebelum diputuskan dan diumumkan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem Kesihatan Karak di Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia, di sini hari ini.

Kulasegaran diminta mengulas desakan Majlis Belia Malaysia (MBM) agar kerajaan Pakatan Harapan meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat terutamanya golongan muda.

Presiden MBM Jufitri Joha sebelum ini dilaporkan berkata kadar sedia ada sebanyak RM1,100 tidak mencukupi berikutan peningkatan kos sara hidup sekarang. -BERNAMA

Categories
NASIONAL

Pelaksanaan gaji minimum ikut sektor bukan sekarang

IPOH, 3 MAC: Pelaksanaan gaji minimum mengikut sektor hanya akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran.

Beliau berkata, mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, kajian semula mengenai gaji minimum harus dilakukan setiap dua tahun.

“Banyak orang tidak faham tentang hal gaji, ia ditentukan satu jawatankuasa (Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara), menteri tidak ada kuasa.

“Sebelum pelaksanaan gaji minimum RM1,100 semua aspek perbincangan sudah diadakan tetapi mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 ia akan dikaji semula dan pelaksanaannya bukan sekarang,” katanya, lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan ‘Meet & Session’ di program Satria 4.0 & TVET Seminar 2019 di Institut Perindustrian Ipoh (ILP) Meru, di sini.

Isnin lalu, media melaporkan kerajaan akan mengkaji semula kadar gaji minimum mengikut sektor pekerjaan.

Dalam laporan itu, Kula Segaran dipetik sebagai mengambil contoh kadar gaji minimum di Sabah secara umumnya sebelum ini dinaikkan kepada RM1,100 daripada RM920 yang dilihat menimbulkan rungutan majikan di negeri itu.

Kula Segaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, buat masa ini menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana majikan enggan atau membayar gaji kurang daripada RM1,100.

Pada program dihadiri lebih 300 pelajar itu, Kula Segaran menerangkan bahawa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mempunyai peluang pekerjaan cerah pada masa hadapan termasuk dalam bidang perfileman.

“Sebelum ini saya sudah berjumpa dengan pelakon terkenal filem Tamil dari India, Kamal Hassan yang menyatakan kepada saya bahawa India kurang mempunyai pekerja mahir teknikal dalam bidang perfileman.

“Dia menyatakan bahawa mungkin kita boleh mengadakan institusi teknikal untuk mengajar, supaya mereka (penggiat filem India) boleh membuat lebih banyak pengambaran filem di Malaysia,” katanya.

Categories
NASIONAL

Kenaikan mendadak gaji minimum jejas pertumbuhan PKS

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 8 NOV: Langkah kerajaan menaikkan gaji minimum dari RM1,050 kepada RM1,100, berkuat kuasa tahun hadapan disifatkan sebagai langkah tepat.

Profesor Adjung Universiti Selangor, Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kenaikan secara mendadak kepada RM1,500 akan menyebabkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana (PKS) akan terbantut.

“Kita tidak boleh naikkan gaji minimum secara mendadak kerana ia akan memberi tekanan hebat kepada PKNS memandangkan ekonomi Malaysia masih banyak bergantung industri berkenaan.

“Tidak boleh tergesa-gesa. Dua kenaikan kepada RM1,100 dalam tempoh enam bulan sudah dikira cukup banyak,” katanya pada Dialog Belanjawan 2019 anjuran Institut Darul Ehsan (IDE), di Bangunan IDE, di sini, semalam.

Katanya, langkah menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 serta merta juga akan memberi implikasi peningkatan inflasi secara mendadak.

Katanya, keputusan Kerajaan itu selaras manifesto Pakatan Harapan (PAKATAN), pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Manifesto PAKATAN menjanjikan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 secara berperingkat adalah relevan,” katanya.