Categories
SELANGOR

Syabas digesa hantar lebih banyak tangki statik ke kawasan kritikal gangguan bekalan air

SHAH ALAM 21 FEB: Kerajaan Negeri menggesa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menempatkan lebih banyak lagi tangki statik di beberapa lokasi yang agak kritikal di beberapa lokasi di Kajang,Balakong dan kawasan sekitar.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Kim, berkata Kerajaan Negeri juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan lori tangki untuk dihantar ke lokasi yang menghadapi gangguan air kritikal disebabkan tekanan air rendah.

gangguan-bekalan-airKatanya, Kerajaan Negeri juga berharap dalam pada masa sama pengguna mengamalkan usaha penjimatan air disamping dapat bersabar bagi menghadapi gangguan bekalan.

“Ia ekoran cuaca panas yang berpanjangan yang dijangka hingga penghujung bulan Februari ini,” kata Teng dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kelmarin menyita 7 buah premis mencuci kereta yang beroperasi tanpa lesen dalam kawasan majlis.

Ia bagi memberhentikan operasi mereka serta merta dalam melaksanakan usaha penjimatan air ekoran gangguan air di beberapa tempat di Selangor sejak kebelakangan ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air di Kuala Langat, Kerajaan Negeri pantau operasi

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 11 FEB : Penduduk sekitar diminta untuk tidak panik berikutan penemuan pencemaran bahan ammonia melebihi 4 ppm di Loji Air Bukit Tampoi.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri sudah mengarahkan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk menyelenggara operasi pembersihan dengan kadar segera.

gangguan airKatanya, Syabas juga diminta untuk memaklumkan waktu operasi penghantaran lori-lori tangki air serta tempat berkumpul untuk orang ramai mengambil air.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau operasi penghantaran lori tangki air ke kawasan yang terjejas secara serius bagi mengelakkan orang ramai mengalami kesulitan.

“Kita juga akan mengambil tindakan segera untuk memastikan operasi pembersihan Loji Air Bukit Tampoi dapat disiapkan dengan kadar segera, harap semua pihak dapat bersabar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian susulan penemuan pencemaran bahan ammonia melebihi 4 ppm di Loji Air Bukit Tampoi yang menyebabkannya terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi proses pembersihan.

Kejadian itu menyebabkan hampir 20,000 penduduk di kawasan Kampung Bukit Changgang, Olak Lempit, Labuhan Dagang, Rancangan Tanah Belia dan sekitar Banting terjejas keperluan air bersih mereka.

Dr Ahmad Yunus yang juga Adun Sijangkang berkata, antara kaedah yang akan digunapakai bagi membersihkan kandungan ammonia yang masih bersisa adalah dengan mengepam air dari tasik yang berhampiran dengan muka sauk bagi mengalirkan arus deras yang akan membersihkan kandungan ammonia.

Pada masa sama, Ahmad Yunus melahirkan kekecewaannya apabila terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak peka terhadap keperluan dan kepentingan air kepada orang ramai.

“Orang ramai perlu sedar, punca air yang tercemar dengan bahan bertoksik bukan sahaja berbahaya kepada alam sekitar malah berpotensi memberi kesan buruk kepada kesihatan,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Gangguan air: MBPJ sedia 22 unit tangki statik bantu penduduk

SHAH ALAM 17 DIS : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersiap sedia untuk membantu penduduk Petaling Jaya yang terjejas dengan isu gangguan air di kawasan pentadbiran Petaling Jaya.

Sekretariat Media Unit Perhubungan MBPJ, berkata pihaknya menyediakan sebanyak 22 unit tangki statik di kawasan terjejas dengan gangguan air itu.

gangguan-bekalan-airKatanya ia ekoran dari pengumuman Syabas mengenai gangguan bekalan air akibat daripada henti tugas yang dijadualkan pada 17 Disember  hingga 22 Disember ini.

Sehubungan dengan itu, MBPJ juga telah membuka bilik gerakan menangani isu air dan orang ramai di Petaling Jaya boleh menghubunginya di talian hotline 03-79542020 atau e-mailkan kepada [email protected].

“MBPJ juga menasihatkan orang ramai supaya berjimat dengan penggunaan air bagi mengatasi masalah ketiadaan air daripada berlarutan,” katanya.

EZY

 

Categories
SELANGOR

Gangguan air: Selangor arah PBT pantau kemudahan lif, sedia lori tangki

Oleh : Afeeqa Afeera

SHAH ALAM, 17 DIS : Berikutan gangguan bekalan air yang dijangka bermula hari ini, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan supaya memantau kemudahan lif di rumah-rumah bertingkat khususnya Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memudahkan mereka mengangkut air ke rumah masing-masing.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata PBT harus memastikan lif berfungsi dengan baik manakala lif yang rosak perlu diperbaiki dengan segera bagi meringankan beban penduduk PPR.

gangguan-bekalan-airKatanya PBT juga diarahkan supaya meletakkan lori-lori tangki dalam keadaan siap sedia untuk menghantar bekalan air ke kawasan terjejas sekiranya terdapat permintaan daripada penduduk setempat.

“Kerajaan negeri juga meminta pihak Konsortium Abbas Sdn Bhd, syarikat milik Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) supaya membekalkan air minuman kepada penduduk jika keadaan memerlukan.

“Saya berharap jika berlaku lagi keadaan seperti ini (henti tugas loji), pihak yang terlibat perlu memaklumkan lebih awal kepada kerajaan negeri supaya mudah untuk kita membuat perancangan dan gerak kerja bagi membantu mengurangkan kesukaran yang dihadapi pengguna,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang turut dihadiri wakil-wakil PBT di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Dalam perjumpaan itu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) turut memaklumkan takungan air mentah di semua kolam takungan di Selangor adalah mencukupi malah melimpah ekoran hujan lebat hampir setiap hari sejak kebelakangan ini.

Syabas pula dalam taklimat sama memaklumkan pihaknya menempatkan 66 lori tangki dalam keadaan siap sedia dan 750 tangki statik sekiranya diperlukan di kawasan strategik untuk membekalkan air pada waktu kecemasan.

-EZY

Categories
SELANGOR

Gangguan air: PBT diarah siap sedia bantu pengguna terjejas

Oleh : Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 14 DIS : Kerajaan Selangor mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bersiap sedia menyediakan lori tangki untuk menghantar bekalan air ke kawasan yang terlibat dalam gangguan bekalan air yang akan berlaku pada 17 hingga 22 Disember ini.

air-syabas_MBaMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Selangor memandang serius pengumuman yang dibuat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) gangguan bekalan air itu yang akan menjejaskan bekalan lebih 1 juta pengguna di Lembah Klang.

Kata Abdul Khalid, Kerajaan Selangor akan mengadakan perjumpaan dengan Syabas pada Isnin ini bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai gangguan bekalan air termasuk persedian yang telah mereka dilakukan, jangkaan bekalan pulih sepenuhnya dan kawasan-kawasan yang terlibat.

Gangguan bekalan ini berikutan penutupan sementara Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama di loji tersebut.

“Walaupun gangguan tidak dapat dielakkan, namun kerajaan Selangor akan memastikan Syabas selaku operator air di Lembah Klang memastikan gangguan bekalan ini tidak begitu menjejaskan dan membebankan kehidupan seharian pengguna.

“Kerajaan Negeri juga akan turut memanggil pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan-kawasan yang terlibat sebagai persediaan memandangkan Syabas tidak akan menyediakan lori tangki sepanjang gangguan bekalan air berlaku kecuali pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.

Abdul Khalid berkata, Syabas diarahkan untuk memastikan bekalan air pulih lebih cepat atau sekurang-kurangnya dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pengguna tidak terlalu terbeban dengan gangguan air ini.

“Seperti yang diketahui, Kerajaan Selangor dalam proses mengambilalih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat konsesi bagi memberi perkhidmatan pembekalan air yang lebih efisien pada kadar tarif yang munasabah.

Selepas pengambilalihan ini selesai, Kerajaan Selangor berazam untuk memastikan kebajikan dan kepentingan pengguna diutamakan dalam membuat keputusan apabila melibatkan henti tugas sementara loji atau kejadian lain di luar jangkaan,” kata Abdul Khalid.

-EZY

 

Categories
SELANGOR

Gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur 17 Disember

SHAH ALAM 13 DIS: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2, bermula 17 Disember ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata, gangguan bekalan air akan bermula pada jam 8 pagi 17 Disember ini, manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada jam 9 malam hari sama dan berterusan hingga jam 8 pagi, 22 Disember ini.

Miter_air_SyabasHentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kkerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

Menurut laporan Bernama, keadaan itu membabitkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja henti tugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan.

SYABAS turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan ketika tempoh gangguan itu kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat memandangkan notis awal sudah dikeluarkan.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS sudah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual itu termasuk meletakkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 buah tangki statik jika diperlukan khasnya untuk kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam.

Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terbabit dengan gangguan bekalan air:

WILAYAH KUALA LUMPUR:

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato’ Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul.

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato’ Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.

9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato’ Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa)

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.

WILAYAH GOMBAK:

Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.

WILAYAH PETALING:

Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52;

Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas;

Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya;

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM:

Seksyen 25 – Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 – Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

Gangguan Air Ekoran Pembaikan Paip, Pengguna Diminta Waspada

gangguan-bekalan-airISNIN, 07 OKT : Beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran kerja-kerja kecemasan pembaikan paip di Rumah Pam Wangsa Maju.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS,  Priscilla Alfred berkata kerja-kerja pembaikan itu dijadual dapat disiapkan dalam tempoh 8 jam bermula 7 Oktober, 10.00 malam hingga 6.00 pagi keesokan harinya.

“Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara ini akan bersabar dengan kesulitan tersebut kerana pembaikan separa tersebut perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kerosakan serta gangguan bekalan air yang lebih besar,”jelasnya menerusi satu kenyataan media.

Priscilla juga menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222.

Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ?facebook? dengan menaip ?puspel? atau ?puspel syabas?.

Berikut adalah kawasan-kawasan yang terjejas ekoran kerja-kerja pembaikan Rumah Pam Wangsa Maju:

kawasan-terjejas1