Categories
AGENDA NASIONAL

MetMalaysia: Gempa bumi sederhana landa Sumatera, Indonesia

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 7.04 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 56 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 41km Barat Daya dari Meulaboh,Indonesia

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi sederhana landa Mindanao, Filipina

KUALA LUMPUR, 26 FEB: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 2.15 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 53 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 166 km utara Pulau Talaud, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

— BERNAMA

 

 

Categories
AGENDA GLOBAL

Tujuh terkorban akibat gempa bumi di Sumatera Barat

JAKARTA, 25 FEB: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 85 lagi cedera selepas gempa bumi melanda beberapa kawasan di Sumatera Barat pada Jumaat, menurut Lembaga Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB).

Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata lebih 5,000 orang telah ditempatkan di 35 pusat pemindahan di daerah Pasaman Barat.

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota penyelamat, tentera dan polis masih diteruskan di kawasan terjejas, katanya dalam satu kenyataan.

Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter memusnahkan berpuluh-puluh bangunan dan lebih 1,000 rumah rosak teruk.

Indonesia yang terletak dalam Lingkaran Api Pasifik menyaksikan kekerapan aktiviti seismik dan gunung berapi.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Gempa bumi: Bomba Selangor terima panggilan bangunan bergegar, tiada kecederaan dilapor

SHAH ALAM, 25 FEB: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima enam panggilan kecemasan susulan gempa bumi yang melanda Sumatera, Indonesia pagi ini.

Penolong pengarah operasinya berkata empat laporan gegaran bangunan diterima pada jam 9.48 pagi melibatkan Mahkamah Telok Datok, Banting; Jalan TPP2 Taman Perindustrian Puchong; Jalan PJS 5/27 Taman Medan dan Jalan Zamrud 1 Kajang.

Hafisham Mohd Noor memaklumkan pihaknya turut menerima panggilan kecemasan pada jam 9.49 dan 9.50 pagi melibatkan kawasan di USJ 10/1, Subang Jaya serta Hotel Hilton Petaling Jaya.

“Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pihak bomba akan membuat pemantauan di lokasi kejadian dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan utara Sumatera, Indonesia pagi ini.

Jabatan Meterologi memaklumkan kejadian pada 9.39 pagi menyebabkan negeri barat Semenanjung Malaysia melibatkan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut mengalami gegaran.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dilaporkan berlaku di negara ini.

Gempa berkenaan berlaku di kawasan 76 kilometer (km) Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia dengan kedalaman 10 km.

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi landa Sumatera, gegaran dirasai beberapa negeri termasuk Selangor

SHAH ALAM, 25 FEB: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan utara Sumatera, Indonesia pagi ini.

Jabatan Meterologi memaklumkan kejadian pada 9.39 pagi menyebabkan negeri barat Semenanjung Malaysia melibatkan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut mengalami gegaran.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dilaporkan berlaku di negara ini.

Gempa berkenaan berlaku di kawasan 76 kilometer (km) Barat Laut dari Payakumbuh, Indonesia dengan kedalaman 10 km.

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi lemah dikesan di Semporna – MetMalaysia

KOTA KINABALU, 2 SEPT: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter dikesan berlaku di Semporna pada pukul 1.45 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berlaku di koordinat 4.6 darjah utara dan 118.3 darjah timur di Semporna.

“Gempa bumi itu dikesan 10 kilometer selatan dari Kunak dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Semporna dan Kunak. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi landa luar pantai barat utara Sumatera

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 7.58 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 169 kilometer (km) barat daya dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi sederhana landa rantau Taiwan

KUALA LUMPUR, 17 JAN: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar rantau Taiwan, pada 7.10 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 113 kilometer (km) timur dari Kaohsiung, Taiwan dengan kedalaman 7 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Grafik: METMalaysia
Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi kuat landa Sulawesi, tidak ancam Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer (km) barat dari Palopo, Indonesia dengan kedalaman 27km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera, tiada ancaman tsunami

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 8.36 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 232 kilometer (km) tenggara dari Siberut, Indonesia pada kedalaman 89km.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Gempa bumi sederhana berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 8:36 pagi, 17 Oktober 2020. Sumber: Facebook MET Malaysia
Categories
AGENDA NASIONAL

Tebing runtuh sangka gempa bumi – mangsa

KUALA LUMPUR, 3 OKT: “Saya terbangun dari tidur selepas dikejutkan dengan satu dentuman kuat serta lantai rumah bergegar seakan gempa bumi,” kata seorang mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah pangsapuri Persiaran Syed Putra, di sini pada Khamis lepas.

Mangsa kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah,16, berkata sewaktu kejadian dia tertidur selepas menonton televisyen di ruang tamu.

“Saya terlena di atas sofa dan terkejut dengar dentuman itu, terus ke bilik ibu kerana ketakutan.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya bersama ibu meninjau ke luar tingkap dan mendapati tanah dari tebing atas telah runtuh,” katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.

Sarah berkata dia terbangun pada kira-kira 9.45 malam dan bergegas melakukan pemeriksaan melihat tanah sudah memenuhi bahagian luar rumahnya.

“Akibat hentakan tanah runtuh itu saya melihat perabot dan barangan peribadi di dalam rumah berselerak manakala sebuah pintu kaca juga telah pecah,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Raymond Lee, 45, berkata beliau sekeluarga mengambil keputusan untuk tinggal di hotel kerana bimbang keadaan tanah yang masih belum stabil.

“Tanah runtuh di pangsapuri ini pernah berlaku pada 10 tahun lepas namun tidak seteruk ini sehingga bergegar rumah dibuatnya.

“Sebenarnya tanah runtuh ini berlaku kerana tebing tanah yang tidak begitu kukuh dan menunggu masa untuk runtuh serta tidak mendapat perhatian pihak bewajib,” katanya.

Sementara itu, sumber polis daripada Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menyatakan orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan pangsapuri berkenaan.

“Kawalan dilakukan di kawasan berkenaan sejurus kejadian bagi menjaga barangan awam dan keselamatan penduduk kawasan sekitar,” katanya sambil menambah punca tebing runtuh masih dalam siasatan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan 11 penghuni di sebuah pangsapuri tiga tingkat di Persiaran Syed Putra berdepan detik cemas apabila tebing tanah berhampiran kediaman mereka runtuh akibat hujan lebat pada 1 Oktober lepas.

Kesemua 11 penghuni rumah terlibat dinasihatkan meninggalkan kediaman mereka atas faktor keselamatan selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membuat penilaian ia tidak selamat diduduki.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi kuat gegar Mindanao malam tadi

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 11.23 malam tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 82 kilometer tenggara dari Bandar Digos, Filipina dengan kedalaman 89 kilometer.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

-BERNAMA