Categories
NASIONAL

Gempa bumi lemah gegar Ranau

SHAH ALAM 20 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan gempa bumi lemah berlaku di Ranau, Sabah malam tadi dan gegaran turut dirasai.

Menurut kenyataan MetMalaysia gempa bumi itu berukuran 3.4 pada skala Richter berlaku pada 9.17 malam.

12112475_902243576492273_6275333909310467499_nSementara itu dua lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina, kira-kira 184km barat laut San Hose dan 883 timur laut Kudat, Sabah pada 9.50 malam tadi.

Manakala gempa bumi kedua berlaku di Kepulauan Mariana yang terletak 2,940 km Timur Laut Sandakan yang berlaku pada 8.26 pagi tadi.

Tiada ancaman Tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.

EZY

Categories
SELANGOR

Kerajaan Selangor salur RM150,000 bantu mangsa gempa Sabah

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 JUN: Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan kemanusiaan sejumlah RM150,000 kepada mangsa gempa bumi di Sabah.

Exco Kesihatan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Dr Daroyah Alwi berkata, bantuan itu disalurkan terus kepada mangsa terlibat.

Gempa Sabah“Kita sedang mengenal pasti badan-badan terlibat seperti organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat di sana sebab mereka mempunyai data mangsa.

“Selepas perolehi data itu, kita salurkan bantuan secepat mungkin kepada mangsa memerlukan,” kata Dr Daroyah kepada Selangor Kini.

Jelas beliau, urus setia bantuan memastikan bantuan itu disalurkan kepada warga negara tempatan sahaja.

Tambah Dr Daroyah, pihak terlibat juga diarahkan memeriksa kerosakan rumah penduduk akibat gegaran gempa bumi untuk mengenal pasti bentuk bantuan yang sewajarnya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke Sabah esok untuk bertemu dan melihat sendiri keadaan bencana yang berlaku.

EZY

Categories
NASIONAL

P.Pinang cadang sumbang RM100,000 bantu mangsa gempa bumi Sabah

GEORGE TOWN, 7 JUN: Kerajaan Pulau Pinang bercadang menyalurkan sumbangan RM100,000 bagi membantu mangsa terlibat dalam kejadian gempa bumi melanda Sabah pada Jumaat lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata cadangan itu dibangkitkan dalam mesyuarat Exco minggu depan sebagai tanda solidariti, simpati dan sokongan terhadap mangsa yang terlibat.

Gempa Sabah“Saya nak ucapkan takziah kepada mereka yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Sabah.

“Kehilangan nyawa ini khususnya ke atas mereka yang mendaki Gunung Kinabalu adalah sesuatu yang amat menyedihkan,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di sini hari ini.

Lim berkata sumbangan itu disampaikan kepada wakil rakyat di Sabah untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas dalam kejadian itu.

EZY

Categories
NASIONAL

Sabah dilanda gempa bumi kuat 6.0 skala richter

Beberapa tempat di Sabah mengalami gegaran pada 7.15 pagi tadi.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kota Kinabalu, Beaufort, Membakut, Ranau, Tuaran dan Kota Belud.

gempa2Menurut laporan sebuah laman sesawang earthquake dot com, gegaran itu direkodkan berukuran 6.0 pada skala ricther.

Gegaran itu berpusat di Borneo dengan kedalaman10 kilometer, iaitu 25 kilometer dari barat laut Ranau Sabah.

Bernama melaporkan, pensyarah pelajar dan kakitangan di Universiti Malaysia Sabah dilaporkan keluar dari bangunan untuk menyelamatkan diri sejurus selepas gegaran berlaku.

EZY

Categories
NASIONAL

Gempa bumi di Sulawesi, berpusat 707 km di Sabah

SHAH ALAM, 22 JUN: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter, melanda semenanjung Minahassa di Sulawesi, Indonesia, pada jam 5.51 pagi tadi.

94Gempa tgl 11 April 2012Memetik BERNAMA, kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan gempa itu berpusat 68 kilometer (km) dari barat daya Gorontalo, Indonesia dan 707 km di tenggara Semporna, Sabah.
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu.

Categories
NASIONAL

Gempa bumi sederhana, beberapa kawasan di Selangor rasa gegaran

SHAH ALAM, 2 MEI: Gempa bumi sederhana berlaku berhampiran kepulauan Nias, Sumatera Utara malam tadi menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Perak dan Selangor.

ba5Bernama melaporkan, kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Ritcher berlaku kira-kira 68 kilometer (km) dari timur laut Kepulauan Nias kira-kira 408 km dari barat daya Sabak Bernam, Selangor pada jam 10.35 malam.

“Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini,” kata kenyataan itu.