Categories
SELANGOR

GeMS Ambang 2017 bawa tema konsert kemanusiaan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 DIS: GeMS Ambang 2017 terus bersemarak dengan persembahan Konsert Kemanusiaan oleh tujuh artis tempatan malam tadi.

Bertempat di Dataran Kemerdekaan, ia diacarakan penyanyi, Heliza Helmi dan penghebah radio IKIM FM, Suffian Amrin dengan persembahan dimulakan dengan kumpulan nasyid, In Team.

Turut menghiburkan, Ainan Tasneem, Muadz Dzulkefly, Rabbani dan Hafiz Hamidon.

Kemuncak konsert disempurnakan artis pemenang Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) baru-baru ini, Faizal Tahir.

Kemunculannya menarik penonton untuk berpusu-pusu di hadapan pentas bagi menyaksikan secara dekat penyanyi yang turut aktif dengan aktiviti kemanusiaan itu.

GeMS Ambang 2017 bermula 29 Disember lalu dan bakal menutup tirai pada malam ini, 31 Disember 2016.

Acara penutup tirai malam ini dijangka melibatkan ramai penceramah bebas dan artis popular menerusi Sembang Santai dan Persembahan.

Antaranya, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Haslin Baharin dan Ustaz Abdullah Khairi.

Artis terlibat termasuk Kumpulan Bocey, Fahrin Ahmad, Yana Samsudin, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.

=EZY=

JURNAL BERITA: Rodziah cabar Zuraida jawatan Ketua Wanita Pusat PKR

Sinopsis

1. SUKMA 2014: Selangor jangka raih 50 emas, misi pertahan kejuaraan

2. TAWAS: Peserta bawah 18 tahun layak terima skim baru khairat RM1,500

3. Selangor laksana sukan luar sekolah, elak guru jadi mangsa Kerajaan Pusat

4. Rodziah cabar Zuraida jawatan Ketua Wanita Pusat PKR

5. Malaysia perlu henti hubungan dengan Mesir, bantah sistem politik diktator

6. Tian Chua sah rebut jawatan Timbalan Presiden PKR

7. Parlimen: Wisma Putra, Putrajaya perlu kutuk tindakan kejam Mesir

8. ‘Jom Kerja’ antara aktiviti menarik program jelajah GeMS April ini

9. Kit Siang: Pecat Timbalan Menteri Pertahanan, kenyataan rosak kredibiliti Malaysia

10. MH370: Bentuk Jawatankuasa Pilihan Parlimen, tolak siasatan lepas jumpa kotak hitam

http://tv.selangorku.com

Categories
SELANGOR

Karnival GEMS Kuala Selangor tarik ramai generasi muda

Oleh: Mohd Ezli Mashut

KUALA SELANGOR, 11 FEB: Satu inisiatif diambil melalui Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Selangor (GEMS) dalam menghadapi masalah gejala sosial di kalangan remaja pada masa kini dengan mengadakan Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Kuala Selangor, baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata generasi muda adalah penentu kepada kesejahteraan masyarakat pada masa akan datang apabila terbentuknya elemen yang positif berdasarkan aspek spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial seseorang.

Dr HalimahKarnival itu dihadiri Pegawai Daerah, ketua kampung dan pelbagai lapisan masyarakat termasuk wakil belia, bahkan program jelajah berkenaan akan bergerak ke sembilan daerah di dalam Selangor dan Kuala Selangor terpilih menjadi daerah yang pertama.

Karnival itu diadakan bertujuan untuk mendekati dan memahamkan masyarakat Kuala Selangor berkenaan tanggungjawab mereka terhadap isu gejala sosial serta mahu melahirkan ramai generasi idaman di Selangor.

Pelbagai aturcara menarik diatur antaranya Majlis Dialog Mengehsankan Insan di Negeri Selangor, Forum Insan Ehsan, Jom Kerja “Walk Interview” dan sembang santai “Hijrah”.

Dalam satu Majlis Dialog, Dr Hajah Halimah Ali turut berdialog dengan pimpinan masyarakat di peringkat daerah serta beberapa wakil daripada jabatan dan agensi penguatkuasaan.

GEMS1Antara initipati ucapan beliau, Dr Halimah menjelaskan hala tuju kerajaan negeri yang sentiasa berpandukan matlamat Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

Di samping program itu, pengunjung juga berpeluang meninjau gerai jualan pakaian, juadah makanan dan agensi jabatan kerajaan.

Karnival itu juga dimeriahi dengan aktiviti ahli kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) serta Riders Selangor Motor Race, Pertandingan Melukis dan Mewarna juga ‘Kuala Selangor Berselawat’.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Ambang 2014 peringkat Selangor meriah walau sederhana

Oleh Siraj Zaini
Gambar Shuaib Ayob

SHAH ALAM 1 JAN: Biarpun tiada konsert yang menelan kos besar-besaran, sambutan ambang tahun baru 2014 peringkat negeri Selangor berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan di sini, malam tadi.

IMG_4533

Dengan kehadiran ribuan pengunjung, sambutan memasuki tahun ketiga mengekal konsep kesederhanaan dengan hiburan yang tidak melalaikan dan tema bersesuaian untuk semua peringkat usia.

Ini terbukti berikutan kehadiran lebih 3,000 pengunjung yang rata-ratanya membawa keluarga masing-masing.

IMG_4333

Pelbagai aturcara menarik diatur dengan dimulai solat Isyak berjemaah di dataran itu, diikuti program ‘sembang santai’ bersama ahli Exco Selangor iaitu Iskandar Samad, Dr Yunus Khairi dan Dr Halimah Ali.

IMG_4868 - CopySambutan yang dikendali Generasi Idaman Selangor (GEMS) itu turut diselang-seli dengan persembahan beberapa selebriti terkenal tanah air antaranya Nora, Raja Farah, Aishah, Ammar dan Hafiz Hamidun.

Sedikit berbeza dengan sambutan di tempat lain kerana tiada percikan bunga api tepat jam 12 tengah malam, sambutan masih diteruskan penceramah bebas, Ustaz Haslin ‘Bollywood’ dan Ustaz Don Danial.

IMG_5277

Di samping program itu, pengunjung juga berpeluang meninjau gerai jualan pakaian, juadah makanan dan kaunter penerangan jabatan kerajaan.

Sambutan itu juga dimeriahi dengan aktiviti ahli kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) serta Riders Selangor Motor Race.

dif.jpg

Di akhir aturcara, pengunjung serta dif jemputan berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku serta zikir Asmaul Husna.

– FZL