Categories
KENYATAAN MEDIA

16 Tahun penubuhan Gerak

Semalam 6 September, genapnya usia 16 tahun Gerakan Keadilan Rakyat (GERAK) dilancarkan.

Gerakan ini seterusnya mendorong arus perubahan rakyat yang tidak betah melihat kebobrokan bermaharajalela pada setiap peringkat warga Malaysia.

10689901_755196824526856_4601158209789995166_nRakyat Malaysia dikejutkan dengan perbuatan yang melampaui batas kemanusiaan yang dikenakan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

GERAK yang dilancarkan di Kolej Darul Hikmah disambut dengan semangat keperwiraan rakyat Malaysia.

Buat pertama kalinya gabungan Badan Bukan Kerajaan (BBK) bersama beberapa parti politik berdiri seiring menyatakan sikap dan pendirian yang tegas yerhadap kezaliman yang berlaku.

GERAKKebangkitan rakyat yang mendadak ini mengejutkan kerajaan. Akhirnya, beberapa pimpinan GERAK ditahan reman di bawah ISA dua minggu selepas itu.

Syabas rakyat Malaysia yang sanggup memikul tanggung jawab membanteras kezaliman sehingga ke hari ini.

AM ABD MANAN, Presiden ABIM