Categories
EXCO SELANGOR

128 organisasi, persatuan dipilih laksana program lestari alam sekitar

SHAH ALAM, 14 FEB: Sebanyak 128 organisasi dan persatuan dipilih menyertai Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Selangor bagi 2021/2022.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata kesemua organisasi dan persatuan akan melaksanakan program yang memberi impak dalam kelestarian alam sekitar.

“Sebanyak 320 permohonan diterima sejak penyertaan dibuka pada 1 Disember lalu dan 128 penyertaan diluluskan. Terdapat permohonan ditolak kerana tidak memfokuskan kepada alam sekitar dan teknologi hijau.

“Antara permohonan yang diterima berkaitan kelestarian alam seperti bersihkan sungai dan pantai, seminar pendidikan alam sekitar dan utama penanaman pokok,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor bagi 2021/2022 di Foyer SUK hari ini.

Loy Sian berkata Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Selangor merupakan inisiatif menyokong agenda negeri ke arah melestarikan alam sekitar bagi menangani isu pemanasan global, pencemaran udara dan air.

“Objektif program ini membantu komuniti untuk mengakses pembiayaan bagi projek-projek yang inovatif agar kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dipertingkatkan serta menggalakkan penggunaan teknologi hijau di dalam kehidupan harian,” katanya.

Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta iaitu bagi Geran Kecil Alam Sekitar setiap organisasi dan persatuan menerima pembiayaan maksima sebanyak RM10,000 manakala Geran Teknologi Hijau pula RM20,000.

Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Lapan kebun komuniti terima bantuan peralatan RM40,000

TANJONG KARANG, 19 OKT: Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan berjumlah RM40,000 kepada lapan kebun komuniti di Kuala Selangor dan Sekinchan sebagai galakan mengusahakan pelbagai jenis tanaman.

Bantuan peralatan RM5,000 termasuk bahan input seperti benih, baja organik dan cuka kayu memanfaatkan kebun komuniti Taman Sri Setia, Saujana Utama Fasa 3, Jawatankuasa Penduduk Taman Yayasan serta Kejiranan Penduduk Fasa 2.

EXCO Pemodenan Pertanian dan Asas Tani Ir Izham Hashim memaklumkan bantuan melalui Pakej Kita Selangor 2.0 turut diberi kepada kebun komuniti Taman Sekinchan Jaya, Taman Muhibbah, Taman Padu Permai dan Taman Pertama.

“Pembelian peralatan diurus KoHijrah (Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad) yang telah mengenal pasti keperluan kebun komuniti berkenaan. Jadi hari ini (semalam), kita beri kepada mereka dengan harapan agar terus bergiat aktif dalam bidang pertanian.

EXCO Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim, meninjau tanaman sayur kebun komuniti ketika Program Penyerahan Bantuan Pakej Kita Selangor 2.0 kepada kebun komuniti di Taman Sekinchan Jaya, sabak Bernam pada 18 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Bantuan ini merupakan komponen penting kepada jaminan bekalan makanan kerana projek pertanian dibangunkan atas tanah terbiar yang lapang dan sesuai mampu menyumbang kepada pengeluaran sayuran serta buah-buahan,” katanya.

Beliau ditemui pada program penyerahan bantuan tersebut di Dewan Terbuka Taman Sri Setia di sini yang turut dihadiri wakil rakyat Sekinchan Ng Suee Lim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor Rahilah Rahmat.

Ir Izham juga mempelawa mana-mana kebun komuniti diurus bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) memohon bantuan bahan input bagi memajukan hasil tanaman masing-masing.

“Saya yakin dengan semangat, keyakinan dan hubungan erat sesama komuniti akhirnya mereka (kebun komuniti) dapat menyumbang kepada jaminan bekalan produk pertanian, namun perlu dibuat secara berhemah supaya tidak berlaku pencemaran,” katanya.

8 Oktober lalu, Ir Izham berkata sejumlah RM250,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi memajukan 50 kebun komuniti di Selangor dengan setiap PBT perlu memilih empat daripadanya untuk diberi bantuan sama.

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor peruntuk RM5 juta Geran Padanan Digital bantu PKS

SHAH ALAM, 17 MAC: Kerajaan Selangor memperuntuk RM5 juta bagi Geran Padanan Digital kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi pendigitalan perniagaan.

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) menerusi kenyataan memaklumkan program itu bakal memberi manfaat kepada 1,000 PKS.

Jelasnya, antara kriteria yang melayakkan pembekal perkhidmatan digital memohon adalah pegangan milikan adalah 51 peratus warganegara Malaysia dan didaftarkan atau alamat milikan di Selangor.

“Penyedia penyelesaian digital turut dipelawa untuk mendaftar sebagai Penyedia Perkhidmatan Digital dan tarikh tutup permohonan adalah 5 April ini,” kata sekretariat geran padanan itu menerusi Facebook, hari ini.

Katanya, menerusi program itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan 50 peratus geran padanan atau maksimum RM5,000 kepada PKS untuk melanggan perkhidmatan digital dalam lima bidang digitalisasi ditawarkan.

“Lima bidang pendigitalan itu ialah e-dagang, sistem sumber manusia, sistem akaun, pemasaran digital dan sistem Electronic Point of Sale (E-PoS) dan gerbang pembayaran,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi sidec.com.my/selangorsmegrant2021

Sumber: Tangkap layar sesawang Sidec

 

Categories
AGENDA GLOBAL SENI

“Geran” menang anugerah di Festival Filem Asia New York 2020

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Filem aksi persilatan, “Geran” terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Productions dinobatkan sebagai penerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) Ke-19 di atas kecemerlangannya dalam filem aksi.

EasternKicks.com yang juga media rasmi NYAFF melaporkan kemenangan itu meletakkan pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard) dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelumi ini.

Filem yang mengangkat seni persilatan Gayong Pusaka dengan tema kekeluargaan dan persaudaraan itu antara lain menampilkan Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng (koreografer aksi silat) dan Megat Shahrizal sebagai pelakon.

Areel ketika dihubungi Bernama, menyifatkan anugerah itu sebagai penghargaan besar kepada kru produksi dan peminat filem Geran yang mengangkat seni silat dan budaya masyarakat Malaysia ke layar perak di mata dunia.

“Kami tidak pernah menyangka untuk menerima penghargaan sebesar ini daripada pihak luar. Ini anugerah pertama diterima filem Geran, ini juga filem pertama saya,” katanya bahawa pihak penganjur NYAFF telah memaklumkan kemenangan filem Geran itu kepada beliau, semalam.

Ditayangkan di pawagam pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei, filem Geran yang dilaporkan menggunakan bajet sendiri, mengisahkan tentang satu keluarga pesilat yang mempertahankan maruah dan tanah rumah mereka daripada tergadai selepas adik mereka menghilangkan diri dan menggadai geran tanah itu kepada lintah darat.

Filem aksi yang disifatkan sebagai naskah kerdil oleh Areel ini berbeza daripada filem aksi lain kerana menampilkan pesilat sebenar sebagai pelakon utama dengan sebahagian besar aksi lagak ngeri dilakukan sendiri barisan pelakonnya.

NYAFF, yang akan bersiaran dalam talian melalui aplikasi Smart Cinema dari 28 Ogos hingga 12 Sept 2020, adalah festival filem berprestij di Amerika Syarikat yang mengangkat pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia.

Ia juga menjadi platform tayangan dan apresiasi filem melalui pemilihan naskah filem kontemporari dan klasik dari negara-negara Asia.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

Geran Teknologi Hijau pupuk gaya hidup rendah karbon

OLEH NORHAYATI UMOR

PUCHONG, 25 APR: Sejumlah RM790,000 sudah diperuntukkan Kerajaan Negeri kepada kira-kira 100 projek bagi pemasangan lampu solar kawasan awam dan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di rumah kos rendah serta sederhana, awal tahun ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata, peruntukan terbabit menerusi geran kepada penduduk, persatuan penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasama mengenal pasti kawasan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Dalam program ini, kita mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pihak. Sebagai contoh program SPAH, kita menerima banyak permohonan menerusi Ahli Dewan Negeri untuk melaksanakan program ini di kawasan mereka.

“Ia membabitkan kawasan Puchong, Balakong dan Shah Alam. Kerajaan Negeri memberikan subsidi ini sejak tahun 2012,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Pemasangan Bumbung Solar Rumah SelangorKu, di sini.

Elizabeth berkata pada tahun ini, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi meneruskan aktiviti di bawah Pelan Tindakan Teknologi Hijau Negeri Selangor 2016-2018.

Terdahulu, program teknologi hijau perlu mendapat perhatian dan tindakan dari sektor awam dan swasta, sehingga tahun lalu, terdapat 109 unit pengecas kenderaan elektrik di 88 lokasi di seluruh Selangor.

Sebanyak 33 program berteraskan teknologi hijau dengan peruntukan sebanyak RM 1.37 juta dilaksanakan melibatkan pemasangan bumbung solar di bangunan, pemasangan sistem SPAH dan penyediaan laluan basikal bagi menjayakan inisiatif rendah karbon.

Pelan Tindakan Hijau Negeri Selangor 2016-2018 dilaksanakan bertujuan meningkatkan imej dan menjadikan negeri contoh dan melepori bidang teknologi di Malaysia, selain menambah baik gaya hidup rakyatnya.

Ia merangkumi tujuh tindakan antaranya perbandaran hijau melalui Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF), perolehan kerajaan hijau, pemasangan kenderaan elektrik dan penggunaan bas elektrik di PBT.

Selain itu, pemasangan bumbung solar di perumahan Rumah Selangorku, bangunan cekap tenaga dan program penghijauan Taman Industri.

=EZY=

 

Categories
SELANGOR

31 keluarga terima hak milik tanah

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KUALA LANGAT, 20 APR: Penantian 12 tahun 31 penduduk Kampung Dusun Durian, di sini, terlerai apabila menerima geran hak milik tanah yang diduduki sejak sekian lama.

Geran itu disampaikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan setiap keluarga masing-masing menerima hak milik tanah seluas 1,000 kaki per segi.

Penerima geran, T Saraswathy , 40, berkata, penyerahan hak milik tanah itu membuktikan komitmen sebenar Kerajaan Negeri membantu rakyat mengubah kehidupan supaya lebih sempurna menerusi pendapatan terhasil daripada usaha dilakukan.

“Permohonan untuk mendapatkan geran hak milik kebun getah berkenaan dibuat sejak 2004 sehingga bapa meninggal dunia.

“Tetapi saya amat bersyukur dan lega kerana tempoh penantian begitu lama untuk mendapatkan geran tanah berakhir juga.

“Dengan adanya geran tanah ini, mudah bagi saya dan ibu mengusahakan tanah untuk mencari sumber pendapatan menyara empat adik-beradik,” katanya ketika ditemui SelangorKini selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah dan Inisiatif Peduli Rakyat, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi M Saravanan, 33, beliau menzahirkan perasaan gembira dengan harga premium
RM1,000 yang dikenakan Kerajaan Negeri.

“Isu geran tanah sudah terlalu lama dan kami pernah berjuang untuk mendapat harga premium rendah tetapi tidak mendapat sebarang berita,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai alasan diberi sepanjang pentadbiran Umno-Barisan Nasional, selain diskriminasi politik yang perlu dihadapi ketika memohon hak milik itu.

Categories
SELANGOR

Petani lega bantuan beri nafas baru

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 20 APR: Beban hidup golongan petani di Selangor berkurangan melalui inisiatif Kerajaan Negeri yang meluluskan peruntukan geran projek pertanian.

Petani, Siti Fatonah Marzuki, 50, berkata, bantuan itu meringankan bebannya yang mengusahakan tiga ladang pertanian sejak 2012.

fathonah a“Selepas menerima geran, saya mudah mendapat bantuan dan pihak terbabit sentiasa prihatin dan memantau ladang jika terdapat masalah.

“Bantuan yang diberi dapat memperkembangkan lagi pertanian saya,” katanya.

Siti Fatonah berkata demikian pada Majlis Hari Bertemu Pelanggan dan Penyampaian Geran Pembangunan Projek Pertanian 2015 anjuran Jabatan Pertanian Daerah Kuala Selangor yang dirasmikan Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu, Borhanudin Halimi, 45, berkata walaupun kos barangan semakin meningkat, namun tidak menjejaskan pendapatannya kerana kemudahan baja dan racun serangga yang diperuntukkan Kerajaan Negeri.

YB Zaidy menyampaikan geran projek pertanian di Kuala Selangor (ASRI)“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan pihak yang meluluskan permohonan golongan petani tempatan.

“Saya berharap kerajaan meneruskan usaha memberi bantuan kepada petani supaya industri pertanian di Malaysia lebih maju,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Skim Banteras Vandalisme Di 30 Kawasan Flet Kos Rendah pada 2014

skim seroja

SHAH ALAM 19 JUN : Sebanyak 30 kawasan pangsapuri kos rendah sekitar negeri akan dipilih untuk menyertai Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri Negeri (Seroja) bagi tahun 2014.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata Kerajaan Negeri menerima permintaan yang tinggi untuk skim itu dan ia dijangka akan dilaksanakan di lima kawasan pada tahun ini.

“Kita akan mengenal pasti kawasan-kawasan itu. Sekiranya lima kawasan itu berjaya dilaksanakan sebelum akhir tahun ini, kita akan teruskan ke 30 kawasan itu tanpa menunggu tahun 2014,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Exco, di Bangunan SUK, di sini.

Iskandar menambah setiap kawasan pangsapuri yang menyertai skim itu akan menerima geran maksimum RM 10,000 yang diberi kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbandaran Pengurusan (MC) untuk program keselamatan dan latihan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memberi peralatan keselamatan seperti cotar, vest dan lampu suluh serta sumbangan kepada penduduk yang ditimpa musibah ketika melakukan rondaan.

Beliau berkata Kerajaan Negeri yakin skim itu dapat  membanteras kejadian vandalisme di pangsapuri-pangsapuri kos rendah.

“Perbuatan vandalisme menjadi beban kepada penduduk, contohnya di Pangsapuri Taman Indah Permai, Klang.

?Dimana lif-lif yang dibaiki oleh Kerajaan Negeri dengan kos lebih RM600,000 sudah rosak dalam masa satu tahun sahaja, jadi skim ini amat penting,” katanya.