Categories
GLOBAL

Letupan tangki gas asli di Ghana bagaikan ‘ledakan nuklear’

ACCRA GHANA 8 OKT: Lori tangki yang mengangkut gas asli terbakar di ibu kota Ghana, mencetuskan dua letupan menyebabkan korban dan kecederaan belum diketahui setakat ini.

Gambar dimuat naik di laman media sosial menunjukkan letusan itu yang berlaku seperti ‘ledakan nuklear’ bagaikan bebola api yang menjulang ke udara menerangi kegelapan malam.

Agensi Berita Antarabangsa AL-JAZEERA melaporkan letupan berlaku di bulatan Persimpangan Atomic di kawasan Legon di timur laut Accra kira-kira jam 7.30 petang waktu tempatan.

“Saya berada di Legon dan mendengar bunyi dua letupan. Seluruh bangunan bergoyang,” kata jurucakap Efia Tenge.

LedakanJurucakap Perkhidmatan Bomba Kebangsaan Ghana, Billy Anaglate, berkata kebakaran itu menyebabkan letupan di stesen gas asli dan stesen minyak berhampiran.

“Masih terlalu awal untuk kami menyatakan punca kebakaran. Kami akan menyiasat. Beberapa kenderaan lain turut terbakar disebabkan letupan,” katanya.

Sementara itu wartawan AFP berkata, kawasan itu ditutup. Anggota bomba dan ambulans berada di lokasi kejadian.

Namun Anaglate berkata, beliau tiada maklumat mengenai kematian.

Pihak berkuasa Accra memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelakkan kawasan itu, yang juga menempatkan kampus Universiti Ghana.

=EZY=

 

Letupan Accra

 

aca656e1f6e347d4b17d874ca49d4e0f_18

=EZY=

Categories
GLOBAL

Presiden Ghana lantik 110 menteri

ACCRA 18 MAC: Presiden Ghana, Nana Akufo-Addo mempertahankan keputusannya melantik 110 menteri semalam, sambil menyifatkannya sebagai satu “pelaburan” di negara kecil barat benua Afrika itu.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan aada Rabu lalu, kerajaan baharu itu mencalonkan senarai kabinet termasuk berpuluh-puluh menteri rendah dan menteri wilayah, sekali gus memecahkan rekod di Ghana.

Tindakan itu mencetuskan kritikan di laman media sosial dan menjadi topik perbincangan di stesen radio.

“Saya sedar ramai yang bimbang terhadap kos kerajaan yang besar ini. Ia adalah satu pelaburan,” kata Akufo-Addo dalam satu temu bual yang disiarkan di stesen televisyen kerajaan, semalam.

Akufo-Addo dipilih pada Disember lalu kerana berjanji memulihkan masalah ekonomi dan memerangi rasuah.

Beliau turut menegaskan menteri yang dilantiknya adalah untuk bekerja, bukan bercuti. Beliau turut menegaskan kos kerajaan baharu itu tidak membabitkan kos tinggi seperti jangkaan ramai.

“Sebagai contoh, ada 50 timbalan menteri, 42 daripadanya adalah ahli parlimen dan pelantikan ini menukar status mereka daripada ahli parlimen kepada menteri.

“Perubahan ini minimum dari segi perbezaan kos perbendaharaan negara,” katanya.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Kerajaan perlu turun harga bahan api ikut pasaran dunia

ron95

KUALA LUMPUR 31 OKT – Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan tindakan kerajaan menaikkan subsidi bahan api sebanyak RM2.326 bilion dalam pembentangan Belanjawan Negara 2014 kerana kerajaan mensasarkan penjimatan sebanyak RM3.3 bilion tahun hadapan.

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik, berkata pertambahan subsidi menjadikan jumlah perbelanjaan meningkat kepada RM22.341 bilion, namun hanya RM20.015 diperuntukkan dalam Belanjawan Negara 2013.

“Subsidi minyak untuk tahun depan akan meningkat sebanyak 11.62 peratus iaitu daripada RM20 bilion ditingkatkan kepada RM22 bilion. Harga subsidi minyak perlu ditingkatkan bukan dikurangkan.

“Jadi kita ada persoalan besar, kenapa subsidi perlu meningkat secara mendadak kerana pengumuman Perdana Menteri menjelaskan bahawa RON95 dan Diesel ditingkatkan 20 sen membolehkan penjimatan RM3.3 bilion dicatat tahun 2014, pada September lalu,” katanya pada sidnag media, di Parlimen, di sini, hari ini.

Wei Aik berkata, harga minyak semasa dunia menurun berikutan keredaan krisis di Syria dan Iran ke paras USD102 satu tong dan beliau turut mendesak kerajaan menurunkan harga bahan api selaras dengan penurunan harga pasaran dunia.

“Harga bahan api adalah masalah besar yang membebankan rakyat kerana mereka ingin harga diturunkan bukan semakin bertambah,” katanya.

Antara negara yang mengurangkan harga minyak adalah India, Taiwan, Ghana, Vietnam, Bermuda, Afrika Selatan, Georgia dan China, dalam tempoh hampir tiga bulan lalu. -NFN-