Categories
SELANGOR

Fitnah kerajaan negeri tutup Giat Mara berbaur perkauman

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 23 OKT: Pusat Giat Mara Selayang masih dibenarkan beroperasi tanpa sebarang rancangan penutupan sehingga kini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah, berkata Kerajaan Negeri buat masa ini tiada cadangan berbuat demikian walaupun institusi milik Kerajaan Persekutuan itu didirikan di atas tanah negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri mengambil kira kepentingan insititusi itu sebagai pusat latihan teknikal belia.

EAN YONG“Dakwaan kononnya ada rancangan untuk menutup pusat giat itu adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Tindakan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab serta berunsur perkauman ini dikutuk sekerasnya,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Cybertrooper pro Umno di laman sosial kononnya Exco DAP dan PKR Selangor berbangsa cina dalam usaha menutup dan meroboh pusat itu.

FITNAH GIAT MARATinjauan Selangor Kini mendapati perkongsian berbaur perkauman itu dimuat naik pada 22 Oktober di Facebook.

Pada awal 2014, Kerajaan Negeri mengeluarkan notis bagi memantau operasi dan struktur bangunan itu ekoran ia didirikan secara tidak sah dan tanpa izin.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menawarkan bantuan kewangan jika Giat Mara tidak mampu membaik pulih infrastruktur bangunan ke tahap menepati piawaian.

Malah, Kerajaan Negeri sedia menawarkan tempat lebih sesuai jika pusat terbabit ingin berpindah memandangkan ia berada di kawasan perumahan sempit.

-nR-

Tempoh setahun baiki Pusat Giat Mara, bukan tutup