Categories
NASIONAL

Suasana sayu akhiri Himpunan 365 #BebaskanAnwar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 10 FEB: Suasana hangat bertukar sayu apabila Ustaz Badrul Amin menyampaikan doa penutup Himpunan 365 #BebaskanAnwar malam tadi.

Badrul Amin ketika menyampaikan doa di hadapan kira-kira hampir 3,000 hadirin turut mendoakan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan kesihatan yang baik dan dibebaskan daripada penjara.

365 Anwar di penjara Sg. Buloh (ASRI) (1)“Semoga Anwar disembuhkan penyakitnya dan dibebaskan,” kata Badrul Amin dengan nada mendayu bersama barisan kepimpinan yang berdiri di atas pentas.

Bacaan doa itu diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku oleh pemimpin dan orang ramai.

Sementara itu, himpunan yang diadakan malam tadi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Himpunan yang diadakan itu membariskan penceramah yang terdiri daripada pekbagai latar belakang parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

EZY

Categories
NASIONAL

Mesej lintas langsung dari Masjidil Haram, Azmin doakan Anwar bebas

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 9 FEB: Jarak beribu batu tidak menghalang Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk bersolidariti bersama rakyat di Himpunan 365 #BebaskanAnwar melalui lintas langsung.

Beliau yang menyampaikan mesej melalui lintas langsung dari Masjidil Haram melahirkan rasa bersyukur kerana diberi kesempatan mendoakan supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara ketika menunaikan ibadah Umrah di Mekah.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat hadir sebab saya sedang mengerjakan Umrah ketika ini.

365 Anwar di penjara Sg. Buloh (ASRI) (4)“Saya juga bersyukur diberi kesempatan mendoakan kebebasan dan kesejahteraan Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan keluarganya semoga mereka sentiasa dalam lindungan Allah,” kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melupakan pengorbanan Anwar tidak kira berada di mana sama ada di dalam mahupun di luar negara.

“Marilah kita sama-sama memperbaharui ikrar kita untuk sama-sama menjulang obor perjuangan membebaskan Datuk Seri Anwar dari penjara dan membebaskan negara dari cengkaman pemerintah zalim,” kata Mohamed Azmin dalam lintas langsung video berdurasi kira-kira lima minit itu.

Mohamed Azmin dan isterinya, Datin Seri Shamshida Taharin kini berada di Mekah sejak minggu lalu bagi menunaikan ibadah Umrah.

LIHAT VIDEO MOHAMED AZMIN DARI MEKAH DI SINI

EZY

Categories
NASIONAL

Rakyat bersolidariti di Himpunan Bebaskan Anwar

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH, 9 FEB: Sebaik menghampiri tapak Himpunan 365 #Bebaskan Anwar di hadapan Penjara Sungai Buloh, didapati kenderaan penuh di kiri dan kanan bahu jalan utama.

Melihat keadaan yang sesak, penulis tiada pilihan melainkan memandu terus sehinggalah menemui tempat kosong untuk meletak kenderaan.

Bebas Anwar2Akhirnya, selepas memandu kira-kira satu kilometer, penulis berjaya menemui tempat meletak kenderaan.

Sebaik turun daripada kenderaan, kelihatan Adun Ijok, Dr Idris Ahmad yang juga terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari tapak himpunan.

“Jauh parking nampaknya YB?,” sapa penulis.

“Tak apa, saya juga rakyat biasa dah biasa parking jauh dan lagi pun jalan elok untuk kesihatan,” jawapannya itu membuatkan penulis terdiam.

Kemudian kami sama-sama jalan beriringan menuju ke tapak himpunan.

Sebaik tiba, penulis dapati tidak kurang 500 hadirin sudah ramai memenuhi ruang tapak himpunan yang agak kecil itu.

Di atas pentas utama, Dr Mohamad Nor Manuaty sedang memberi tazkirahnya.

Sebaik tazkirah disampaikan, program diteruskan dengan solat Isyak berjemaah.

Himpunan 365Tepat jam 9.00 semakin ramai pemimpin muncul antaranya, wakil-wakil rakyat, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan individu penting lain seperti Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin, Sivarasa Rasiah, Saari Sungib, Dr Xavier Jayakumar, Zuraida Kamaruddin, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk A. Samad Said, Khalid Samad dan ramai lagi.

Jam 9.30 malam, keadaan menjadi semakin sesak apabila semakin ramai hadirin membanjiri tapak himpunan.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib ketika menyampaikan ucapan pembukaannya memberitahu hadirin ketika ini beliau berada dalam ‘khabar tak baik’ ekoran Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi dipenjarakan.

“Adakah kita berada dalam keadaan baik ketika Datuk Anwar berada dipenjara,” kata beliau.

Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Mohamad Raimi Abd Rahim pula berkata, insan seperti Anwar tidak lahir setiap tahun.

“Beliau adalah insan terpilih untuk mengubah negara ini kepada lebih baik,” katanya.

Senator PKR, Siti Aishah Shaik Ismail pula berkata, walaupun Anwar bukanlah bapa kandung semua orang tetapi beliau adalah bapa kebebasan rakyat dan negara.

Tepat jam 10.00 malam ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tambah menghangatkan suasana.

Dianggarkan kehadiran orang ramai dianggarkan sudah mencecah 1,000 orang.

Selain ucapan, himpunan malam ini turut diselang selikan dengan pelbagai acara lain seperti nyanyian dan deklamasi sajak.

Dr Wan Azizah, Nurul Izzah dan barisan kepimpinan lain turut melepaskan burung merpati sebagai simbolik kepada pelancaran Himpunan 365 #BebasAnwar.

EZY

Categories
NASIONAL

Himpunan 365 setahun Anwar jadi tahanan politik hari ini

SHAH ALAM 9 FEB: Orang ramai diseru untuk bersama-sama dalam program Himpunan 365 sempena setahun Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tahanan politik.

Program itu diadakan pada hari ini (9 Februari) bertempat di Pintu Masuk Penjara Sungai Buloh bermula jam 8.00 malam.

himpunan 365Berikut adalah aturcara program itu:

7:30 malam : Kehadiran peserta dan jemputan
8:00 malam : Solat Hajat dan Solat Isyak berjemaah
9:00 malam : Doa, ucapan, deklamasi sajak, tayangan multimedia dan nyanyian lagu Negaraku
12:00 malam : Majlis bersurai

Lokasi acara : Waze: https://waze.to/lr/hw284ms7nx
Google: https://goo.gl/maps/txfoRCZmiL82