Laporan Khas : Oleh Mat Zahari Ali, Naeem Raffi, Afix Redzuan, Lizawati Madfa, Nazli Ibrahim dan Siraj Mohd Zaini.
KUALA LUMPUR 28 APR: Terkini dilokasi
6.35pm: Polis tembak meriam air ke kumpulan peserta di Jalan Tun Perak depan Masjid Jamek. Peserta lari masuk masjid Jamek dan stesen LRT Masjid Jamek.
Youtube: Video Polis serang peserta Bersih – TONTON
6:15pm: Polis menembak terus ke arah kumpulan peserta BERSIH yang masih di Jalan Tun Perak. Seorang daripada mereka cedera di bahagian buku lali dan dibawa ke hospital.
5.58pm: Masih terdapat ribuan peserta BERSIH yang berlegar-legar di Jalan Tun Perak. Mereka diperhatikan oleh polis di Dataran.
5.40pm: Peserta BERSIH yang tiba-tiba muncul di Jalan Tunku Abdul Rahman dikejar polis.
5.33pm: Sejurus selepas polis beredar dari Jalan Tunku Abdul Rahman, kira-kira 1,000 peserta BERSIH tiba-tiba muncul dari arah Puduraya.
Pemandu Kenderaan Hampir Terbabas Ditembak Peluru Gas Pemedih Mata
KUALA LUMPUR 28 Apr : Seorang pemandu kereta medakwa kenderaan beliau terkena tembakan peluru gas pemedih mata polis semasa beliau memandu di depan Menara Maybank. Individu itu Ong Kah Wei berkata peluru itu memecahkan bahagian belakang cermin kereta Proton Saga dan masuk ke dalam kenderaan beliau. Ong, yang hanya melalui kawasan berkenaan, kesal dengan kejadian tersebut dan berkata beliau sesak nafas apabila terhidu bau gas itu. Beliau berkata tempat duduk keretanya juga terbakar di dalam insiden itu.
Video Youtube Bersih: Polis bertindak ganas menembak gas pemedih mata & meriam air TONTON. Sebarkan!
5pm: Polis serbu sebuah hotel di Jalan Tunku Abdul Rahman mengejar peserta BERSIH. Kira-kira 2-3 lagi kena tahan.
4.45pm: Polis lepaskan gas tembakan kepada peserta yang berkumpul di depan Puduraya. Peserta berlari ke Jalan Sultan.
4.32pm: Polis melepaskan lapan das tembakan gas pemedih mata kepada peserta BERSIH 3.0 yang berada di Jalan Petaling.
4.14pm: Polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta #Bersih di depan bangunan KWSP.
4.01pm: Peserta #Bersih dari Dataran berhimpun di hadapan Pudu Raya seperti Bersih 2.0.
3.57pm: Sekumpulan peserta #Bersih cuba berarak kembali ke Dataran melalui Jln Raja Laut. 2-3 org cedera diusung org ramai.
3.37pm: Sekumpulan peserta #Bersih bergerak ke Ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.
3.33pm: Lebih kurang 30 orang peserta Bersih kelihatan ditahan polis di Dataran Merdeka.
3.31pm: Peserta Bersih tersebut tercedera oleh kawat dawai apabila cuba melarikan diri dari gas pemedih mata.
3.31pm: Seorang peserta Bersih tercedera di dua belah kaki akibat terkena kawat dawai di Dataran Merdeka.
3.30pm: Polis telah mula menahan rakyat.
Laman Media Selangorku http://www.Selangorku.com diserang DDOS.
Dato Seri Anwar Ibrahim dilaporkan kena meriam air kimia.
3.12 pm : Peserta BERSIH mula lari ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman untuk megelakkan daripada gas pemedih mata.
3.10pm : Polis yang sedang mengawal Dataran Merdeka sudah mula menembak gas pemedih mata ke arah himpunan BERSIH yang mengepung Dataran Merdeka.
3.01 pm. Majlis Peguam berkata seorang aktivis masih ditahan polis di KLCC. Himpunan di sekitar Dataran Merdeka dianggarkan sudah mencecah 250,000 ribu.
2.43 ptg : Peserta BERSIH yang dianggarkan menjangkau 150,000 orang sudah mengepung Dataran Merdeka. Polis masih bertahan dan tidak membenarkan mereka memasuki tapak Dataran.
2.17 ptg : Perarakan gergasi yang disertai Anwar, keluarganya dan penyokong Pakatan Rakyat berarak dari Masjid Negara ke Pasar Seni.
2.13 pm : Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreevasanan menyampaikan taklimat ringkas kepada peserta Himpunan di tapak pakir Pasar Seni. Beliau mengingatkan peserta agar tidak tergugat dan melawan sebarang provokasi pihak lain. Talkimat ini sebagai yang terakhir sebelum semua kumpulan berarak ke Dataran Merdeka.
2.06 ptg : Di dalam ucapannya, MP Pokok Sena Mahfuz Omar minta Yang Di Pertuan Agong tidak memperkenankan pebubaran Parlimen dan mengesa satu Suruhanraya Diraja ditubuh bagi mengkaji ketelusan Suruhanjaya Pilihanraya.
1.57 : Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di Bangunan Majlis Peguam.
1.55 : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga tiba di perkarangan Masjid Negara dengan memakai baju BERSIH 3.0 dan bergabung dengan penyokong BERSIH 3.0.
1.47 : 500 anggota polis daripada Pejabat Pos Dayabumi menuju ke hadapan Bangunan Majlis Peguam ini berikutan perarakan dari Jalan Tun HS Lee dan Jalan Petaling menuju ke Dataran Merdeka. Tetapi mereka dihalang sekatan kawat berduri di hadapan Bangunan Majlis Peguam.
1:34 Satu unit Polis sudah sampai depan Central Market di mana beribu penyokong BERSIH 3.0 sedang berkumpul. Mereka lalu sahaja di sambil memerhati penyokong yang berkumpul.
1.00 petang : Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali kagum dengan kebangkitan anak muda yang hadir bersama dalam himpunan Bersih 3.0 dan percaya mereka mampu mengubah negara ke arah yang lebih baik.
Hari ini merupakan hari bersejarah kepada negara meskipun diugut dan dihalang, rakyat teguh hadir meskipun dihalang dan diugut pihak berkuasa
“Anak muda bangun menuntut keadilan. Ini petanda baik kepada negara. Saya beri amaran kepada Datuk Najib dan Rosmah, jangan tipu dan hina rakyat. Mereka akan bangkit menolak Umno-BN.
“Dataran Merdeka milik rakyat yang merdeka. Saya percaya dengan rakyat kita akan sampai ke Putrajaya,” katanya dihadapan lebih 10,000 penyokong.
12.45 tengahari : Kumpulan dari jalan Tun HS Lee bergerak ke Pasar Seni. Kumpulan mencecah 40 ribu orang.
12.40 tengahari : Tian Chua bergerak merapati rakyat di Dataran Merdeka
12.31 tengahari : Peguam BERSIH dan wakil pemimpin termasuk Syed Azman dan Dr Hatta Ramli cuba berunding dengan polis tetapi tiada wakil polis, penyokong makin mara berhampiran garisan polis. Polis dilihat berundur memberi laluan dan mereka berdiri di tepi kanan jalan TAR. Namun penyokong masih menunggu arahan dari pimpinan.
12.15 tengahari : Polis semakin ramai di Sogo. Kumpulan BERSIH mulai ramai. Warna kuning dan hijau mula menghiasi jalan hadapan kompleks Pertama. Sementara barisan polis dihadapan Sogo.
12.10 tengahari : 100 Kumpulan Hindraf muncul di Pudu
12.05 tengahari: Datuk Ambiga, Datuk Chua Jui Meng, Idris Ahmad sudah berkumpul di Pasar Seni, ribuan orang melaungkan Hidup BERSIH!
11.52 pagi : Kelihatan FRU mula berkumpul di Dataran. Kumpulan yang bergerak dari Brickfield sudah sampai di Pasar Seni. Kumpulan dari Petaling Street mula bergerak keluar bersatu di Pasar Seni.
11.30 pagi : Makluman dari unit AMAL PAS anggota mereka yang ditahan belum dilepaskan. Himpunan bantah Lynas kini sampai di hadapan Pudu Raya. Peserta BERSIH yang berkumpul di Puduraya bergabung dengan kumpulan bantah Lynas yang baru tiba dari KLCC. Kumpulan orangramai mencecah 8 ribu orang.
11.26 pagi: Autie BERSIH, Anne Ooi disambut sebagai wirawati di Petaling Street. Kira-kira 10 ribu membanjiri jalan ini, orang ramai bersorak dan polis masih memerhati keadaan.
11.25 pagi : Kemaraan himpunan bantah Lynas kini semakin hampir dengan dataran, mereka kini di Jalan Raja Chulan. Pengguna jalan raya memberi kerjasama baik dengan memberi laluan kepada perarakan rakyat ini, ada di kalangan mereka membunyikan hon kenderaan tanda sokong kepada bantahan.
11.12 pagi : Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Isteri serta 400 orang rombongan dari Perak kelihatan di stesen Putra LRT Pasar Seni. Orang bersorak dan bertepuk tangan.
11.09 pagi : Kelihatan khemah dipasang berhadapan dengan BAR Counsil. Restoran sekitar Pasar Seni dipenuhi orang ramai berbaju kuning.
10.47 pagi : Orang ramai daripada KLCC mula turun ke jalanraya kira-kira 3000 orang. Laungan orang ramai mula kedengaran melaungkan Bersih!! Bersih!! di sekitar jalan Petaling Street.
10.29 pagi : A Samad Said sampai di Pasar Seni.
10.28 pagi: Kira-kira 1000 orang berbaju kuning berhampiran BAR Council Jalan Loke Yew. Terdapat juga 300 orang polis berkawal. Helikopter berlegar-legar, orang ramai bersorak setiap kali helikopter terbang rendah.
9.46 pagi : KLCC 350 orangramai dari pelbagai bangsa sudah mula berkumpul. TVS sempat menemui wakil MCA Indera Mahkota yang turut sama hadir menuntut kilang memproses nadir bumi itu dihentikan.
David Choi yang juga Ketua MCA Bahagian Indera Mahkota berkata, ini adalah perjuangan rakyat dan kerajaan harus mengutamakan hak mereka.
“Walaupun saya dari BN,tapi saya tetap turun tuntut hak rakyat.
“Ini soal hak asasi rakyat.please stop Lynas,”jelasnya.
9.45 pagi -Jalan-jalan menuju ke Dataran Merdeka sudah mula di mula ditutup polis. Orang ramai dari Pasar Seni, KLCC, Petaling Street mula bergerak menuju ke Dataran. Polis kelihatan berkawal.