Categories
NASIONAL SELANGOR

Pesta 505 Bagi Mendedahkan Penipuan PRU ke-13

s

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Satu Pesta Suara Rakyat 505, ‘Himpunan Bantah Penipuan PRU13’ akan diadakan 25 Mei ini bagi mendedahkan bukti penipuan yang di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jurucakap Suara Rakyat 505, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard, menegaskan pesta tersebut bagi mencari demokrasi yang digelapkan pada 5 Mei lalu.

Ia akan diadakan secara aman di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) depan Amcorp Mall di sini.

“Kami Suara Rakyat 505 tidak ada kena mengena dengan Malaysia Spring. Asas kita adalah demokrasi. Kita turun ke jalan untuk mencari demokrasi.

“Malaysia Spring adalah taktik perang saraf (psy-war) orang yang takut kepada suara kebangkitan rakyat,” katanya dalam sidang media di Dewan Himpunan Cina (KLCAH).

Badrul Hisham berkata himpunan tersebut tiada kaitan dengan ura-uara bahawa akan berlaku gerakan ‘Malaysian Spring’ bagi menggulingkan kerajaan persekutuan Umno-BN.

Jelas Badrul Hisham, Suara Rakyat 505 bakal disertai hampir 48 badan bukan kerajaan (NGO).

Himpunan tersebut mempunyai tiga teras utama iaitu mendesak supaya pengerusi dan ahli jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan atas kegagalan menguruskan PRU-13 secara telus.

SPR baru juga perlu ditubuhkan dibawah bidang kuasa Parlimen dan pemilihan jawatankuasa melalui persetujuan rakyat secara majoriti.

Teras kedua adalah mengadakan pilihan raya semula di kawasan yang terbukti berlaku penipuan pilihanraya tanpa mengira parti mana yang menang di situ sama ada Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Sementara teras ketiga adalah menyokong sepenuhnya penubuhan Tribunal Rakyat seperti yang dituntut Gabungan Bersih bagi mendedahkan segala bukti dan penyiasatan terhadap PRU-13 kepada umum.

Himpunan dengan tema pakaian hitam ini juga akan digerakkan di seluruh negara bagi menyebar bukti tentang penipuan yang berlaku pada 5 Mei.

Dalam pada itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) turut mengecam penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim ekoran ucapan beliau pada program Perpaduan Malaysia, 13 Mei yang lalu.

“Sebagai penganjur, kami mengambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku.

“Kenyataan Adam pada malam itu perlu diambil dalam konteks yang betul dan bukan disalah ertikan,” ujar Chegubard lagi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Suara Rakyat 505 : Dedah Bukti Demokrasi Mati – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 21052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Kongress Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat ke-9 akan diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya di antara 24 dan 25 Mei bertempat di Dewan Siviks, Petaling Jaya.

2. “Pesanan Kepada Ketua Pengarang Utusan. Hentikan Kewartawanan Tidak Bertanggungjawab. Jadilah Wartawan Yang Menjunjung Etika Kewartawanan. Jangan Gadaikan Masa Depan Utusan Untuk Kepentingan Sendiri. Jangan Jadi Wartawan Rasis” – Hata Wahari

3. Satu Pesta Suara Rakyat 505, ‘Himpunan Bantah Penipuan PRU13’ akan dilancarkan 25 Mei ini bagi mendedahkan kepada umum bukti penipuan yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

kongres