Categories
NASIONAL SELANGOR

Azmin: HKR112 Mesej Jelas Rakyat Untuk SPR Berlaku Adil

HKR112 Mesej Jelas Rakyat Untuk SPR1

KUALA LUMPUR 18 JAN : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof digesa supaya segera membersihkan senarai daftar pengundi sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang dihadiri ratusan ribu rakyat di negara ini pada 12 Januari lalu memberi mesej jelas kepada SPR bahawa rakyat berhak mendapat keadilan melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil.

“Rakyat berhak mendapat keadilan kerana terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini dicemari demi mempertahankan kerajaan Umno-BN untuk terus berkuasa.

“Pengerusi SPR di Indonesia sekarang berada dalam penjara kerana menipu rakyat dalam pilihan raya dan jika PR memerintah di Putrajaya, kita akan buat perkara yang sama demi keadilan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Forum Pasca KL112 ‘Impak dan Halatuju Rakyat’ yang dianjurkan oleh Akademi Pak Sako bertempat di Selangor Chinese Assembly Hall, Kuala Lumpur (KLSCAH) malam tadi.

Forum berkenaan dihadiri lebih 200 orang dan disiarkan secara langsung oleh Radio Web Bangsar Utama. Antara panelis lain ialah bekas aktivis mahasiswa, Hishamuddin Rais dan penulis lirik terkenal Hasmi Hashim.

Tambah Azmin, bukti secara jelas mengenai kewujudan pengundi hantu dalam senarai daftar pengundi melalui Sistem Menang Pilihan Raya (SISMEP) yang diperkenal PKR, namun sehingga kini SPR tetap mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan yang diambil.

Baru-baru ini, ketika siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing tanpa izin di Sabah, beberapa pegawai tinggi di Jabatan Pendaftaran (JPN) Sabah mengakui memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin yang tidak layak.

Bekas pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin dan bekas ketua JPN Tamparuli, Yakup Damsah mengakui perkara itu dan menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin yang merupakan setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada warga asing semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

HKR112 Mesej Jelas Rakyat Untuk SPR2

Categories
NASIONAL

Malaysia Perlu “Dimerdekakan” Sekali Lagi

HKR stadium masjid jamek banner 02

KUALA LUMPUR 13 JAN : Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) semalam melakar sejarah yang mana kehadiran rakyat yang begitu ramai membuktikan bahawa mereka mahukan kemerdekaan kali ke-2.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Malaysia perlukan ?kemerdekaan kali kedua? demi memulihkan kembali sistem demokrasi negara.

Beliau berkata kemerdekaan pertama yang telah dihasilkan Umno-BN pada 1957 telah disalahgunakan dan sudah tiba masa gagasan itu ditukar HKR stadium hadi awang 01setelah lebih 50 tahun mentadbir negara.

“Penjajah asing sudah meninggalkan tanahair dan kita terima kemerdekaan dengan hakikat masyarakat majmuk.

“Rakyat beri kepercayaan lebih 50 tahun kepada gagasan Perikatan iaitu sekarang Barisan Nasional.

“Penjajah tidak ada tapi rakyat merempat, anak muda masih ramai menganggur. Harta negara disapu,” katanya dalam ucapannya di HKR 112 di Stadium Merdeka di sini hari ini.

Himpunan itu yang berlansung kira-kira tiga jam berjaya mengumpul 80,000 hadirin di dalam dan di luar stadium yang bersejarah itu.

Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kehadiran yang begitu besar di HKR112 menunjukkan inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.

HKR stadium masjid guan eng 01“Hari ini PR mengulangi impian kita bahawa Malaysia adalah milik 28 juta rakyat Malaysia tanpa mengira kaum baik Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban.

Mengapa kita mesti percaya Umno-BN kerana hanya orang Melayu jaga Melayu, Cina jaga Cina, India jaga India, Iban jaga Iban dan Kadazan jaga Kadazan?

?Kita mahu buktikan bahawa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan yang lain kita boleh jaga semua satu sama lain,” kata Guan Eng di dalam ucapannya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Cubaan Memfitnah HKR112 Gagal

HKR 2013 stadium merdeka royalti 01
KUALA LUMPUR, 12 JAN: Penglibatan secara ikhlas orang ramai di dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) di Stadium Merdeka hari ini mengundang rasa iri hati setengah pihak yang cuba memfitnahkan objektif acara tersebut.

Antaranya adalah cubaan menyelit tuntutan kontroversi yang tidak ada kena mengena dengan HKR112 seperti tuntutan membawa pulang pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng ke Malaysia.

Terdapat juga percubaan untuk mencemarkan imej penganjur dengan sebaran pesanan ringkas (SMS) konnonnya petugas HRK112 dibiayai pihak tertentu.

MP Shah Alam, Khalid Samad dalam reaksi ringkas berkata, usaha-usaha tersebut gagal mencapai matlamat, sebaliknya rakyat yang hadir menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu penganjur menanggung kos perbelanjaan.

“Ini satu fitnah. Selain itu terdapat risalah ingin bawa balik Chin Peng.

“Banyak risalah disebarkan dan memberikan maklumat tidak tepat.

“Soal banyar adalah satu pembohongan sebaliknya yang hadir berikan sumbangan,” katanya kepada TV Selangor.

Pesanan ringkas yang diterima melalui talian 0192075670 dan disebarkan kepada peserta menyatakan:

“Perkembangan terkini – Dana untuk #KL112 sudah diterima semua peserta diminta berkumpul di pejabat PKR Tropicana bagi menerima RM150 dari wakil yang dilantik. Pergerakkan secara berperingkat Mulai 12 tengahari.?

Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan lapisan umur membanjiri Stadium Merdeka untuk menyertai HKR112 yang bertujuan menuntut berbagai hak dan pembahruan.

Perarakan peserta yang bermula seawal 11 pagi daripada KLCC, Masjid Universiti Malaya dan Masjid Negara berjalan dengan aman tanpa insiden provokasi atau kekecohan.

Antara tuntutan HKR112 adalah pilihanraya yang bersih dan adil, memelihara alam sekitar, menyelamatkan Felda, memulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, membebaskan tahanan ISA dan menuntut pendidikan percuma.

Categories
NASIONAL

Bila Polis Kerjasama, HKR112 Berjalan Dengan Lancar, Aman dan Berpesta

HKR stadium merdeka baca doa

KUALA LUMPUR 12 Jan : Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) membuktikan bahawa perhimpunan sedemikian rupa boleh berlangsung dengan aman, lancar dan bagaikan pesta apabila polis dan pihak berkuasa memberi kerjasama sepenuhnya.

Ini tidak seperti himpunan rakyat sebelum ini di mana pihak berkuasa bersikap keras dan tidak bertolak ansur sehingga mencetuskan huru-hara dan keganasan yang sebenarnya boleh dielakkan, kata peserta HKR112.

Seorang peserta, Lee Weng San, 55, berkata himpunan kali ini sangat meriah berbanding perhimpunan Bersih 3.0 pada April 28 kerana tiada provokasi yang dicetuskan mana-mana pihak.

“Perhimpunan kali ini sangat ‘best’ kerana ramai rakyat pelbagai kaum yang hadir dan saya rasa kehadiran pada kali ini melebihi himpunan Bersih 3.0 lalu,” katanya ketika ditemui sejurus selesai perhimpunan itu di Stadium Merdeka hari ini.

Dianggarkan kira-kira 100,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan lapisan umur membanjiri rally Royalti KLCC 04Stadium Merdeka untuk menyertai HKR112 yang bertujuan menuntut berbagai hak dan pembahruan.

Perarakan peserta yang bermula seawal 11 pagi daripada KLCC, Masjid Universiti Malaya dan Masjid Negara berjalan dengan aman tanpa insiden provokasi atau kekecohan.

Antara tuntutan HKR adalah pilihanraya yang bersih dan adil, memelihara alam sekitar, menyelamatkan Felda, memulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, membebaskan tahanan ISA dan menuntut pendidikan percuma.

Seorang lagi peserta, Mohd Halim Ahmad, 61, berkata perhimpunan kali ini berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau yang datang dari Baling, Kedah berkata, perhimpunan berjalan lancar kerana polis bekerjasama sepenuhnya dengan mengawal lalu lintas dan tidak seperti apa yang terjadi semasa perhimpunan Bersih 3.0.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan semua peserta HKR dapat bersurai secara aman dan inilah yang kita mahukan kerana polis bekerjasama dengan kita,” katanya lagi.

HKR stadium merdeka signsBagi Rajeshwary Muniandy, 31, beliau memuji polis serta pasukan Unit Amal Malaysia kerana sedaya upaya menjaga keamanan sepanjang perhimpunan ini berlangsung.

“Saya sanggup datang daripada Ipoh, Perak kerana ingin memberikan sokongan terhadap himpunan ini.

?Inilah semangat perpaduan yang ditunjukkan rakyat Malaysia yang prihatin kerana bersama-sama hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap HKR.?

Categories
NASIONAL

Bacaan Doa Selamat Nik Aziz, Nyanyian Negaraku Menutup HKR

HKR stadium merdeka 06

HKR stadium merdeka 09 crowd

Laporan Khas oleh Afix Redzuan, Ezli Mashut, Siraj Mod Zaini, Hafizan Taib

5 tgh hari : HKR berakhir dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum peserta bersurai.

4.45 tgh hari : Mursyidul Am Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mengetuai bacaan doa di penghabisan HKR.

Beliau didahlui ucapan dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2.35 tgh hari : Suasana sesak di luar perkarangan Stadium Merdeka kerana peserta tak putus-putus menuju ke lokasi tersebut terutamanya dari Masjid Negara.

Kelihatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR Nurul izzah dan Musyidul Am Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di luar stadium.

Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

HKR 2013 stadium merdeka 04 sembahyang

 

HKR 2013 stadium merdeka 05 purple

 

HKR 2013 stadium merdeka 01

rally Royalti KLCC 04

 

rally Royalti KLCC 01

2.25 tgh hari : Dianggarkan seramai 5,000 peserta masih berada di luar perkarangan Stadium Merdeka kerana tidak dapat memasuki lokasi tersebut.

Difahamkan masih ada kira-kira 10,000 aktivis yang berkumpul di Masjid Negara ke stadium dalam masa terdekat.

2.10 tgh hari : Kapasiti Stadium Merdeka yang hampir penuh telah mengakibatkan peserta yang lewat sampai tidak boleh memasuki stadium.

1.40 tgh hari : Peserta HKR hampir memenuhi ruang Stadium Merdeka yang mempunyai kapasiti 30,000 orang.

Sementara menunggu acara yang seterusnya daripada penganjur, peserta Islam mengambil kesempatan menunaikan solat Zohor di atas padang dan ruang lapang stadium tersebut.

Suasana riang menyelubungi hadirin dan ada yang mengatakan ia tidak seperti himpunan dulu yang sarat dengan perasaan tekanan dari pihak berkuasa.

1.15 tgh hari : Lebih kurang 10,000 mahasiswa sampai di stadium setelah mereka berarak dari Masjid Universiti Malaya.

12:35 pm : Perarakan Royalti dari KLCC bergabung dengan kumpulan Solidarti Anak Muda Malaysia di Lebuh Ampang. Jumlah peserta tersebut sudah mencecah 50,000 menuju ke stadium merdeka.

Manakala di Pasar Seni pemimpin Pakatan Rakyat seperti Exco Selangor Elizabeth Wong dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud sedang memberi taklimat kepada perserta tentang perarakan yang bakal bermula pada pukul 1 ptg.

Mereka juga mengingatkan lebih 300 peserta wanita berbaju ungu supaya membawa poster yang hanya mengandungi perkataan positif dan tidak melayan cubaan untuk mencetuskan provokasi.

Lebih 3,000 peserta perhimpunan dari kumpulan kedua berarak ke Stadium Negara dari Pasar Seni yang diiringi Unit Amal PAS sambil melaungkan slogan ‘Hidup Rakyat’.

Sementara itu Pengerusi HKR Mohamad Sabu dan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail telah tiba di Stadium Merdeka.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga telah berada di dalam stadium.

12 pm Kira-kira 10,000 penyokong gerakan menuntut Royalti minyak mula bergerak dari KLCC ke Stadium Merdeka di ketuai Pengerusi ANAK Mazlan Aliman.

rally Royalti KLCC 02

11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0.

Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus.

rally Royalti KLCC 03

Berdasarkan lapuran ditujuh lokasi utama terdapat lebih 30,000 telah pun berada di ibu negara sejak jam 11.00 pagi tadi.

Tujuh lokasi yang menjadi tumpuan sebelum bergerak ke Stadium negara tersebut adalah KLCC,Brickfield, Masjid Universiti Malaya,Pasar Seni,

Himpunan yang di anjurkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat ini mensasarkan seramai mungkin rakyat turun untuk memberi sokongan selain memberi tekanan kepada BN.

Selain tiga komponen besar PR yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP beberapa parti bebas dari Sabah dan Sarawak juga dijangka akan menyertai himpunan yang mendapat permit dari pihak polis ini.

Turut serta dijangkakan juga beberapa NGO seperti BERSIH 2.0, Anti-Lynas, Anak, SAMM, Gamis, Muafakat, Kase serta beberapa lagi.

Orang ramai dari semua tujuh lokasi tersebut akan berarak ke stadium negara dimana majlis himpunan tersebut bermula jam 2.00 petang nanti

Dijangkakan hampir satu juta akan membanjiri Stadium merdeka.

Sementara itu pihak polis yang menyedia 50 Marshal untuk membantu pihak media juga kelihatan dibeberapa lokasi.

Sejak malam tadi pihak polis kelihatan berada dibeberapa lokasi yang bertugas sebagai pengawal trafik.

11.00 pagi – Selebriti Abby Abadi memilih untuk bersama penyokong Gerakan Menuntut Royalti ‘R’ sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat, KL112 sebagai tanda sokongan bersama warga Kelantan dan Terengganu yang teraniaya selama ini.

Menurutnya sebagai warga Kuala Lumpur, beliau ingin menyambut kehadiran tetamu yang ingin menyatakan sokongan rakyat demi membawa perubahan kepada negara.

“Alhamdulillah saya diberikan sempatan untuk bersama mereka. Sebelum ini saya tidak berpeluang menyertai mereka.

“Saya harap kerajaan sudi untuk mengembalikan hak mereka sebelum rakyat membuat perubahan,” katanya di hadapan KLCC.

Beliau berharap himpunan hari ini berlangsung aman dan tiada sebarang provokasi yang bakal mencemar kelangsungan KL112.

11.10 pagi – Di Pasar Seni dan Jalan Petaling hampir 2,000 orang telah berada disini. Kebanyakan mereka memakai baju kuning Bersih 2.0.

Bunyi hon kenderaan yang melintasi jalan di hadapan Pasar Seni sebagai tanda sokongan bertali arus.

10.25 pagi .. Di Pasar seni dan Jalan Petaling.. orang ramai mula bergerak ke Stadium Negara dengan Laungan Takbir dan Reformasi.

Categories
NASIONAL

Penganjur Minta Peserta HKR112 Patuhi Arahan Pimpinan

himpunan rakyat

KUALA LUMPUR, 10 JAN: Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 112) perlu mematuhi semua arahan yang diberikan pimpinan semasa berkumpul dan bergerak ke Stadium Merdeka Sabtu ini.

Ini kerana, Penganjur HKR 112 dan polis sudah menyatakan persetujuan bersama bagi menetapkan beberapa lokasi yang akan dijadikan lokasi awal berkumpul.

Perkara ini dinyatakan Ahli Jawtankuasa Penganjur HKR 112, Hishamuddin Rais dalam satu sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi selepas perbincangan bersama lebih satu jam bersama pihak polis.

Lokasi dan pimpinan Pakatan Rakyat yang terlibat adalah seperti berikut:

Brickfields – Aruchelvan, Maria Chin Abdullah dan Faizal Yusof.

Universiti Malaya – Nurul Izzah, Ng Suee Lim dan Raja Iskandar, Adam Adli, Safwan Anang.

KLCC – Mazlan Aliman, Datuk Husam Musa, Datuk Teng Chang Kim.

Jalan Sultan – Ronnie Liu, Fuziah Salleh

Pasar Seni – Dr Siti Mariah, Taresa Kok, Elizabeth Wong

Padang Sultan Sulaiman – Chegu Bard

Selain itu, penganjur juga turut menyatakan empat jalan utama akan ditutup bagi memastikan perhimpunan dan pergerakkan peserta berlangsung lancar.

Empat jalan tersebut adalah Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium, Jalan Stadium dan Jalan Maharajalela.

Menurut Hishamuddin lagi, peserta turut diingatkan supaya menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakkan pada hari himpunan.

“Kami daripada pihak penganjur juga meminta peniaga-peniaga berniaga kalau boleh di seberang jalan berhampiran Chinese Assambly Hall (KLCAH).

“Ini merupakan sebahagian daripada perkara yang dipersetujui bersama  polis tadi,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur HKR, Mohammad Sabu menyatakan, perbincangan bersama pihak pengurusan Stadium Merdeka pagi tadi berlangsung positif.

Selain itu, pihaknya juga bersedia mematuhi 27 peraturan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam Akta Himpunan Aman 2012.

“Perbincangan stadium cukup positif di mana perkara tentang keselamatan dan teknikal,” katanya.

Beliau menambah, penganjur juga akan menyediakan 10,000 anggota keselamatan yang terdiri daripada Unit Amal dan  anggota Pakatan Rakyat bagi membantu perjalanan himpunan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis tidak membenarkan sebarang kain rentang dan pelekat berunsur hasutan, dan memecah belahkan keamanan dibawa semasa himpunan bagi mengelakkan perasaan gusar masyarakat dan orang awam.

KLCC

KLCC – Mazlan Aliman, Datuk Husam Musa, Datuk Teng Chang Kim

Jalan Sultan

Jalan Sultan – Ronnie Liu, Fuziah Salleh

Brickfields

Brickfields – Aruchelvan, Maria Chin Abdullah dan Faizal Yusof

Padang Sultan Sulaiman

Padang Sultan Sulaiman – Chegu Bard

Pasar Seni

Pasar Seni – Dr Siti Mariah, Taresa Kok, Elizabeth Wong

Universiti Malaya

Universiti Malaya – Nurul Izzah, Ng Suee Lim dan Raja Iskandar, Adam Adli, Safwan Anang