Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar : Api Perkauman Untuk Alih Perhatian Rakyat – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 15052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Barisan Nasional (BN) dilihat semakin terhimpit dan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat daripada realiti perit, bahawa sesungguhnya mereka adalah sebuah kerajaan yang menerajui negara ini tanpa memenangi undi popular, dengan berterusan mengapi-apikan sentimen perkauman.

2. Pakatan Rakyat bersedia berdepan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mengemukakan dakwaan salah laku Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.

3. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menyiasat kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

4. Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersedia untuk turut sama dalam Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat selain mengemukakan cadangan untuk mengadakan satu Konvensyen Perpaduan Nasional memandangkan polemik perkauman dibangkitkan semula selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

pic buletin 13 - 7Mei13 3ptg

Categories
NASIONAL SELANGOR

Suara rakyat Menyinari Gelita PRU13 – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 09052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 Tengahari, 3.00 Petang dan 6.00 Petang. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Terlalu ramai. Itu sahaja gambaran yang boleh kita berikan menggambarkan lautan manusia di Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat.

Mereka datang dari seawal jam 6.30 petang lagi, dari segenap kawasan, dari rumah dan dari pejabat, meredah kesesakan lalu-lintas dan cuaca yang tidak menentu. Malam semalam, bermulanya tahun penentangan.

2. Barisan EXCO pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimuktamadkan oleh Pakatan Rakyat hari ini. Ketua Menteri Lim Guan Eng yakin barisan ini mampu menzahirkan aspirasi rakyat berbilang kaum untuk Pulau Pinang yang lebih makmur.

3. TV Selangor paparkan rakaman deklamasi sajak dari sasterawan negara, Abdul Samad Muhammad Said. Penanya pada malam Suara Rakyat Suara Keramat bertajuk, Ibu Segala Penipuan.

himpunan suara rakyat kelana jaya 03

Categories
NASIONAL

Pakatan Akan Buru Semua Yang Terlibat Dalam Penipuan PRU 13.

himpunan suara rakyat kelana jaya 02

 

KELANA JAYA, 9 MEI: Pakatan Rakyat akan mencari semua yang terlibat di dalam penipuan semasa pengundian pada 5 Mei lalu termasuk Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seleweng dan pemandu bas yang membawa pengundi ragu.

“Bermula minggu ini, saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat akan menumpukan setiap satu saat hidup kami untuk mencari pencuri-pencuri undi kita,? kata ketua siasatan itu, Rafizi Ramli.

Rafzi, yang baru dilantik untuk mengetuai jawatankuasa khas siasatan itu, berkata usaha ini akan membuktikan kepada semua pihak bahawa wujudnya beberapa insiden penipuan dan penyelewengan pada PRU-13.

“Kita aka cari Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menipu, kita akan kejar pemandu-pemandu bas yang bawa pengundi asing ke tempat kita.

“Kita akan tunjukkan bukti satu persatu mengapa kerajaan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib wajar ditumbangkan kerana kerajaan haram,? katanya dalam ucapan di perhimpunan ?Suara Rakyat Suara Keramat?

“Saya minta semua rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang tahu nilai keadilan, kita mesti tolak penyelewengan dan penipuan ini.

“Saya minta rakyat Malaysia membantu berikan bukti supaya kita cabar dia di mahkamah, di jalan, kita lawan mereka di Parlimen sampai menang,” katanya yang baru dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Rafizi turut akan berkerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) serta parti komponen Pakatan Rakyat bagi mencari bukti berhubung penyelewengan ini.

Pakatan percaya bahawa proses pengundian dan kiraan undi pada 5 Mei lalu penuh dengan insiden penipuan seperti ejen calon yang dihalang daripada mengawal kotak undi awal dan penglibatan warga asing sebagai pengundi.

Categories
NASIONAL

Anwar : Saya Tidak Akan Berundur Sehingga Demokrasi Ditegakkan

himpunan suara rakyat kelana jaya 01

KELANA JAYA, 9 MEI: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan meneruskan perjuangan menuntut keadilan sehingga demokrasi sebenar ditegakkan di Malaysia.

Mengulas desakan awal pihak lawan yang menggesa beliau berundur sekiranya Pakatan Rakyat tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13, Anwar menegaskan peningkatan sokongan rakyat terhadap PR merupakan bukti jelas untuk beliau kekal di persada politik negara.

“Ada orang kata Anwar kamu undur kalau kalah. Saya cakap Pakatan Rakyat menang, saya tidak akan undur.

“Kita teliti keputusaan, dengan segala tipu helah, rakyat masih sokong PR pada 52 peratus,” katanya dihadapan lebih 50,000 himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya semalam.

Dengan nada sinis Anwar menyatakan, tanpa tipu helah pelbagai pihak sudah semestinya Umno-BN sudah anwar himpunan kelana jaya suara rakyat 01tewas pada PRU-13.

Jelasnya, ini adalah permulaan pertarungan antara rakyat dan penguasa yang korup.

Anwar turut memberikan reaksi balas berhubung laporan akhbar awal miggu ini berhubung persoalan kehendak kaum Cina sehingga beralih mengundi PR.

“Malam ini rakyat beri jawapan. Ada orang tanya Cina mahu apa?

“Saya jawab Melayu, Cina, India, Dayak, Khadazan dan rakyat Malaysia mahu pilihan raya yang adil.

“Saya tambah lagi jawapan Melayu, Cina, India, Dayak, Khadazan dan rakyat Malaysia mahu Umno-BN tumbang.

“Melayu, Cina, India, Dayak, Khadazan dan rakyat Malaysia mahu hak rakyat Malaysia jangan dirampas,” katanya lagi.

Anwar turut mengingatkan semua pihak agar tidak melagakan suku kaum di negara ini kerana di dalam kempen PR sendiri menerangkan mesej jelas menolak rasuah, kezaliman dan perkauman.

Selain itu, mulai Sabtu ini, rakyat digalakkan memakai pakaian berwarna hitam seluruh hari sebagai tanda kekecewaan terhadap sistem demokrasi.

Dalam pada itu, Anwar dan barisan pimpinan Pakatan Rakyat turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat yang mengundi PR selain turut sama dalam agenda perubahan.