Categories
AGENDA NASIONAL

Selvax: 9,500 dos kedua disuntik di PPV Hotel De Palma

SHAH ALAM, 1 SEPT: Sebanyak 9,500 dos suntikan kedua diberikan kepada rakyat Selangor di pusat pemberian vaksin (PPV) Hotel De Palma Seksyen 19 di sini setakat semalam.

Penyelarasnya Ahmad Afendi Adham berkata jumlah itu membabitkan pemberian suntikan sejak 13 Ogos lalu bawah program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti.

“Alhamdulillah, kita telah mula beri dos kedua sejak 13 Ogos lalu dan perlu menghabiskan peruntukan kira-kira 3,500 dos lagi sehingga 3 September ini.

“Penyertaan masyarakat amat menggalakkan dan berharap dalam tempoh berbaki beberapa hari lagi,
mereka yang diberi tarikh janji temu dapat menghadirkan diri,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata individu yang gagal berbuat demikian selepas tarikh tersebut diminta menghubungi Klinik Selcare untuk membuat penjadualan semula, namun perlu mengemukakan alasan munasabah.

“Hanya kes tertentu dipertimbangkan antaranya positif Covid-19 atau kontak rapat kepada pesakit dan mereka perlu sertakan surat kuarantin yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagi individu yang sengaja tidak hadir melengkapkan dos kedua mereka di PPV seperti yang ditetapkan, mereka perlu menyertakan surat tunjuk sebab,” katanya.

Kerajaan Negeri menyediakan 500,000 dos vaksin menerusi Selvax Komuniti untuk dimanfaatkan 250,000 rakyat negeri ini.

Manakala sebanyak dua juta dos vaksin pula kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Categories
SELANGOR

Hotel De Palma patuh syariah dapat sambutan menggalakkan bukan Islam

SHAH ALAM 7 MAC : Keutuhan konsep patuh syariah diperkenalkan Hotel De Palma berjaya mengubah pandangan skeptikal sesetengah pihak kononnya ia sukar diterima masyarakat bukan Islam khususnya pelancong luar negara.

Pengurus Besar Kumpulan Hotel De Palma, Datuk Mohd Ilyas Zainol Abidin, berkata konsep itu lebih diterima baik pelancong bukan Islam yang menginap di hotel itu berbanding masyarakat tempatan beragama Islam.

DE Palma“Pelancong asing ini mereka datang ke sesuatu negara mereka nak tengok apa kelainan di tempat itu. Mereka bukan nak tengok kaunter minuman keras.

“Jika dia nak tengok tidak payah pergi ke mana-mana…di negara asal mereka pun ada tetapi mereka nak tengok uniknya ia tiada di tempat itu…itu kelainannya,” katanya dipetik BERNAMA.

Selain Ampang, Hotel De Palma, dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang beroperasi hampir 22 tahun, serta mempunyai dua rangkaian lain iaitu di Shah Alam dan Kuala Selangor.

Mohd Ilyas berkata selepas memutuskan menukar konsep hotel itu daripada konvensional kepada patuh syariah, pihaknya masih menerima jumlah pelancong bukan Islam yang ramai seperti dari China, Korea, Jepun dan negara Barat.

Beliau berkata konsep patuh syariah mulai diterima pengusaha pelancongan secara global atas kesedaran keperluan 1.8 bilion pelancong Islam berbeza dengan pelancong bukan Islam apabila mereka memerlukan hotel menyediakan kemudahan bersolat dan makanan halal.

Beliau berkata hotel yang tidak menyediakan kemudahan asas berkonsep mesra Islam menyukarkan pelancong Islam yang sudah pasti berasa ‘tawar hati’ untuk mengunjungi semula hotel itu pada masa akan datang.

“Akhirnya negara itu tidak dapat terima banyak pelancong Islam. Jika sesuatu tempat beri kemudahan asas ini pada pelancong, jadi lebih mudah untuk mereka kunjungi tempat itu khususnya di Malaysia,” katanya.

Mohd Ilyas yang juga Pengarah Urusan Biztel Sdn Bhd (Biztel) mengalu-alukan lebih banyak hotel berkonsep patuh syariah dibina dan beliau bersedia membantu mana-mana pemilik hotel di Malaysia dan luar negara yang bercadang membina hotel dengan konsep berkenaan.

EZY

Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor anjur Bazar Darul Ehsan untuk usahawan

Dr Daroyah Beri Tumpuan Bangun Infrastruktur 01

SHAH ALAM 31 OKT : Selangor akan melaksanakan program Bazar Darul Ehsan untuk membantu usahawan di negeri itu mengembangkan perniagaan, selain berpeluang memasarkan produk mereka di segenap daerah, memjelang awal tahun depan.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata program ini akan mengumpulkan usahawan di setiap pelusuk negeri untuk bersama-sama mempromosi produk mereka kepada orang ramai dengan lebih meluas.

“Program ini memberi ruang kepada semua usahawan pelbagai bidang seperti veterinar dan industri asas tani untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka supaya lebih maju. Sehingga kini, program itu sudah mula dilaksanakan di daerah Kuala Langat.

“Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan hab halal di Pulau Indah tidak lama lagi untuk kita pasarkan produk halal secara global,” katanya ketika merasmikan seminar Usahawan Retail 200 di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar dan disertai kira-kira 500 peserta.

Seminar itu terbuka kepada orang ramai khususnya usahawan yang berminat dalam bidang peruncitan untuk mengetahui aspek perniagaan daripada tokoh perniagaan berjaya. -NFN-

Aidil Adha Bersama De Palma Hotel – Salam Selangor


 

Episod 26

Sinopsis :

Rangkaian Hotel pertama di Malaysia yang mengamalkan Sistem Syariah Islam ini telah mendapat pengiktirafan Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam serta JAKIM. Keunikan hotel De Palma Ampang yang mempunyai Surau Nurul Hikmah ini juga telah mendapat pengiktirafan untuk mengadakan solat Jumaat dan Solat Hari Raya serta aktiviti agama kepada masyarakat di Ampang. Sempena sambutan Aidul Adha ini, rangkaian Hotel De Palma turut mengadakan ibadah korban dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Tetamu : Ybhg Dato’ Hj Ilyas Zainol Abidin,Pengurus Besar Kumpulan Hotel De Palma

Apa Khabar Selangor Episod 23 – Kaligrafi Khat serta Azan, Berbuka di Hotel De Palma, Nyamuk Toxo dan Go Green

 Apa Khabar Selangor Episod 23 Bhgn 1 – Kaligrafi Khat serta Azan dan Berbuka di Hotel De Palma

 

Apa Khabar Selangor Episod 23 Bhgn 2 – Manfaat Nyamuk Toxo dan Program Go Green

Sinopsis:
Rancangan ini telah disiarkan secara langsung pada 1 Ogos 2012, Rabu, jam 12 tghari-2 petang melalui http://www.selangorkini.net

Apa Khabar Selangor memaparkan 4 segmen utama
Segmen 1: Pertandingan Kaligrafi Khat dan Azan Peringkat Sekolah 2012 – Pn Rubaizah Mohamed Noh (Penolong Pengarah Perpustakaan)
Segmen 2: Berbuka di Hotel De Palma Ampang – First Islamic Complience Hotel In Malaysia – Datuk Idris Zainal Abidin (CEO) dan Muhamad Azmir (COO)
Segmen 3: Pelepasan Nyamuk Toxo di Majlis Perbandaran Subang Jaya
Segmen 4: Program Go Green