JURNAL BERITA – MB: Penjadualan air tamat selepas paras empangan lebih 55 peratus

1. MB: Kerajaan Negeri panggil KDEB, perjelas isu Hotel Quality

2. MB: Perjanjian baru akan dimeterai selepas pelaksanaan WSIA

3. MB: BSM dicadang tulis surat kepada AG mohon bible dipulangkan

4. MB: Penjadualan air tamat selepas paras empangan lebih 55 peratus

5. Abdul Khalid sambut baik cabaran 6 penjuru bertanding Timbalan Presiden PKR

6. Mesyuarat Exco lulus pembayaran 2 lukisan A Samad Said

7. Exco: Nelayan terjejas akibat jerebu, sumber kewangan alternatif perlu ada

8. Exco: PPA seluruh Selangor lancar “Program Baca Bersama 10 Minit”

9. Denggi: 25 kematian berlaku di Selangor

10. MBSA sasar 100,000 kg barangan kitar semula dikumpul

11. Bersih 2.0: Pengundian berdasarkan perkauman, Menteri patut letak jawatan

12. Mufti: Tiada Solat Ghaib selagi pencarian MH370 diteruskan

13.Kerajaan Pusat patut ambil alih pengurusan tol bukan terus beri pampasan

Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri panggil KDEB, perjelas isu Hotel Quality

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 APRIL : Kerajaan Negeri memanggil Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk memberi penerangan lanjut berhubung penutupan Hotel Quality Shah Alam sehingga menyebabkan 105 kakitangannya diberhentikan berkuatkuasa 1 Jun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau akan berbincang dengan KDEB kerana Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang menguruskan hotel itu adalah di bawah milikan anak syarikat kerajaan negeri berkenaan.

Hotel QualityBeliau berkata penerangan itu akan diadakan selewat-lewatnya minggu depan untuk menjelaskan perkara berkenaan dengan lebih terperinci.

“Kumpulan Perangsang ialah syarikat yang diurusniaga sahamnya di pasaran saham jadi walaupun kerajaan negeri melalui KDEB mempunyai milikan majoriti, tetapi pengurusannya adalah di bawah jagaan alhi lembaga pengarah Kumpulan Perangsang.

“Saya pasti apa-apa keputusan oleh ahli lembaga pengarah mesti mengambil kira tentang kebajikan pekerja dan mengikut tatacara Akta Perhubungan Perusahaan,” katanya dalam sidang media Mesyuarat Exco, hari ini.

Abdul Khalid berkata keputusan penutupan hotel itu dilakukan sepenuhnya oleh ahli lembaga pengarah dan kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam urusan berkenaan.

MBBeliau turut menafikan keputusan itu dibuat atas arahan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada campur tangan daripada Anwar. Kalau saya sendiri tak tahu, bagaimana pula Anwar tahu?” katanya lagi.

Tindakan drastik itu dikatakan terpaksa dibuat kerana prestasi kewangan hotel yang sudah beroperasi selama 26 tahun itu terjejas.

Bagaimanapun kenyataan seorang pegawai tinggi Kumpulan Perangsang Selangor yang menyebut, pihak pengurusan hotel berusia 26 tahun itu akan membantu pekerja yang diberhentikan.

Ketua jabatan perhubungan awam media dan tanggungjawab sosial korporat Perangsang Selangor, Amin Lin Abdullah berkata semua pekerja tersebut semua pekerja berkenaan akan diberi pampasan bersama gaji terakhir pada bulan Mei.

Katanya, keputusan berkenaan dibuat memandangkan prestasi kewangan hotel berkenaan tidak berubah walau selepas dengan bantuan subsidi sewa dan juga usaha pihak pengurusan meningkatkan keuntungan dan mengurangkan bebanan kos.

Menurutnya, ruang hotel yang menggunakan tujuh daripada 27 tingkat di bangunan Plaza Perangsang akan dibangunkan semula sebagai ruang pejabat.

EZY

Categories
SELANGOR

Anwar lancar buku karya tokoh Ikhwan Muslimin

anwara

SHAH ALAM 5 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan buku ‘Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia’ di Hotel Quality di sini.

Karya Youseff Nada bersama Douglas Thompson ditulis bagi menyanggah pembohongan dan mitos mengenai pergolakan di beberapa negara Islam yang kini menjadi bualan hangat.

anwara1Antaranya ialah berkaitan pengebom berani mati dan pertikaian mengenai Palestin dan Israel sebagai dua negeri.

Pelancaran itu dihadiri hampir 100 hadirin termasuk Exco Selangor, Dr Daroyah Alwi dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Youssef Nada adalah tokoh Ikhwan Muslimin yang berpengaruh besar dalam menentukan hala tuju di peringkat antarabangsa.

Douglas Thompson pula penulis berpengalaman dan menulis banyak buku termasuk beberapa biografi selebriti dan tokoh terkenal dunia.

– FZL