Categories
GLOBAL

Mesir nafi tentera langgar hak asasi manusia

KAHERAH, 29 MEI: Tentera Mesir mengecam laporan Human Rights Watch yang menuduh tentera negara itu melanggar hak asasi manusia semasa menjalankan operasi anti-keganasan di utara wilayah Sinai, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap tentera Mesir, Tamer al-Refae memberitahu agensi berita MENA, laporan itu berniat untuk mencemarkan imej tentera dan negara Mesir.

Refae berkata, semasa menjalankan operasi itu tentera telah mengambil kira piawaian hak asasi manusia antarabangsa untuk melindungi orang awam, dengan melakukan serangan udara di luar kawasan kediaman.

Beliau berkata, penubuhan zon penampan di sempadan sejajar dengan resolusi kabinet dan “mereka yang terjejas akibat tindakan itu diberi pampasan dan menerima unit perumahan.”

Dalam laporan mengandungi 134 helaian dikeluarkan pada Selasa itu, Human Rights Watch menuduh tentera Mesir dan pasukan polis mencabuli hak asasi manusia terhadap orang awam di utara Sinai.

Sebaliknya kata Rafae, pihak tentera menyokong proses pembangunan di utara Sinai, menyelia 312 projek untuk memperbaiki hidup rakyat dan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Tegasnya, tentera berjaya memusnahkan infrastruktur milik kumpulan pengganas, mengembalikan kehidupan yang biasa dan memelihara keselamatan penduduk.

— BERNAMA

Categories
NASIONAL SELANGOR

Badan Hak Asasi Antarabangsa Gesa PM Henti Ganggu Peserta Himpunan Aman – BULETIN 13

Sinopsis

Buletin 13 Untuk 05062013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT . Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Perlantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar dapat membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu.

2. Penduduk Bukit Botak yang berhasrat untuk menjual semula kediaman mereka kepada orang awam dinasihatkan supaya tidak melakukannya terlebih dahulu bagi mengelakkan dieksploitasi oleh agen perumahan.

3. Badan hak asasi antarabangsa, Human Rights Watch, menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mematuhi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mengugurkan pendakwaan jenayah terhadap penganjur himpunan aman membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

4. Kerajaan Negeri mahu perlombongan batu kuartza di Permatang Kuartza, Gombak dihentikan serta-merta berikutan lesen perlombongan di kawasan itu tidak pernah dikeluarkan.