Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Terajui Konsep Rumah Mampu Milik Pasang Siap – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 22032013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 22 MAC 2013 :

1. Kerajaan Negeri mempunyai beberapa tarikh pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi memberikan peluang kepada mandat baru dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

2. Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang bakal memajukan konsep perumahan mampu milik pasang siap bagi memenuhi permintaan kediaman terutamanya untuk golongan berpendatapan rendah.

3. Bagi menyelesaikan projek perumahan bermasalah untuk 76 bekas pekerja ladang di Bandar Bukit Raja, Kerajaan Negeri membina
rumah teres bernilai RM 77,000 di satu kawasan berhampiran.

Anwar Saman Papagomo RM100 Juta – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 200322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 20 MAC 2013 :

1. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menuntut sebarang ganti rugi daripada Datuk Seri Ahmad Said Hamdan setelah beliau memohon maaf atas kenyataannya berhubung kes pembelian lembu korban pada tahun 2009.

2. Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan saman fitnah terhadap blogger pro-Umno, Papagomo kerana menyebar gambar menyerupai Ketua Umum PKR itu di laman sosial pada 16 Mac lalu.

3. Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan segera mengenai siasatan agensi antarabangsa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa mengumpul dana berbilion ringgit di luar negara.

4. Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan pembinaan jalan raya alternatif di Parit Besar, Padang Jawa berikutan kematian seorang remaja kerana menggunakan jalan pintas di situ.

Layari http://www.selangorkini.net

Fitnah Beli Lembu Korban : Bekas Pesuruhjaya Setuju Mohon Maaf Kepada MB Selangor – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 190322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 19 MAC 2013 :

1. Bekas Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kes saman malu melibatkan pembelian lembu korban pada tahun 2009.

2. Liputan TVSelangor ke program Jom Shopping Parlimen Bandar Tun Razak mendapati sambutan positif kumpulan warga emas yang terus mendapat manfaat daripada hasil kekayaan Selangor.

3. Sambutan menggalakkan daripada ibubapa terhadap bantuan tambang bas sekolah menyebabkan Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan skim tersebut di kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Layari http://www.selangorkini.net

Pakatan Akan Laksana Reformasi Parlimen, Kawal Kuasa Perdana Menteri – INFO 12


 

Sinopsis

Info 15 Untuk 180322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 18 MAC 2013 :

1. Dewan Negeri Selangor (DNS) tetap akan dibubarkan hujung bulan ini sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak enggan membubarkan Parlimen pada masa yang sama.

2. Rakyat Selangor bakal bergelar ëtaukehí dalam industri air Selangor apabila Kerajaan Negeri menerbitkan saham air satu hari kelak.

3. Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi terhadap institusi Parlimen dan badan kehakiman agar kuasa Menteri dan Kabinet dapat diseimbangkan dan dikawal.

Layari http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hasutan Melampau: Polis Dan SPR Digesa Ambil Tindakan Terhadap TPM – INFO 12


 

Sinopsis

Info 15 Untuk 150322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 15 MAC 2013 :

1. Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu seminar bagi memastikan rumah mampu milik (RMM) di Selangor bukan sahaja berkualiti, malah dapat dijual pada harga lebih rendah dan disiapkan pada masa yang singkat.

2. Polis serta SPR digesa mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melemparkan fitnah yang menuduh Pakatan Rakyat berusaha menggagalkan PRU-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda.

3. Naib Presiden PKR, Tian Chua dibebaskan dengan ikat jamin RM 5,000 selepas beliau dituduh membuat kenyataan berbaur hasutan melalui laman media sosial twitter berhubung isu Lahad Datu.

4. Pasukan peguam Naib Presiden PKR Tian Chua akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membatalkan dakwaan ke atas Ahli Parlimen Batu itu di bawah Akta Hasutan 1948.

5. Sumbangan besar perajurit negara, Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, dari Cawangan Khas Bukit Aman, yang gugur ketika mempertahankan keselamatan negara di Lahad Datu, Sabah mendapat perhatian Kerajaan Selangor.

Categories
NASIONAL

Faekah : Umno Khianati Melayu, Mahathir Membisu – INFO 12


 

Sinopsis

Info 14 Untuk 140322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 14 MAC 2013 :

1. Kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kononnya masa depan dan hak keistimewaan orang melayu serta kesucian agama Islam bakal terancam sekirannya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Selangor disifatkan sebagai melampaui batas.

2. Isu keselamatan negara merupakan fokus utama yang perlu diberikan penekanan oleh kerajaan dan bukannya serangan berterusan mengaitkan pimpinan politik terutama dari Pakatan Rakyat.

3. Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid menggesa pimpinan politik meninggalkan kawasan operasi di Sabah bagi memberikan kebebasan kepada ketua komander operasi melaksanakan tugas.

4. Seramai 200 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) menerima sumbangan bantuan komputer daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 2,000 setiap satu.

Categories
NASIONAL SELANGOR

MB : Lebih 10,000 Masalah Pemilikan Tanah Berjaya Diselesai Kerajaan PR Selangor – INFO 12


 

Sinopsis

Info 13 Untuk 130322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 13 MAC 2013 :

1. Lebih 10,000 masalah berhubung pemilikan tanah berjaya diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sepanjang lima tahun pemerintahannya.

2. Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap pasukan polis atas kegagalan pasukan keselamatan itu mengambil sebarang tindakan bagi menghentikan perlakuan ganas tiga NGO pro Umno-BN yang menyerang ibu pejabat parti itu, petang Isnin lalu.

3. Peguam Negara perlu mengkaji dan menarik balik rayuan ke atas keputusan kes liwat II selepas pendedahan yang dilakukan oleh bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Pakatan Rakyat Di Landasan Tepat Mentadbir Putrajaya – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 110322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 11 MAC 2013 :

1. Kecemerlangan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor selepas ‘Tsunami Politik’ tahun 2008 jelas membuktikan gabungan itu berada di landasan tepat dalam membawa anjakan perubahan baru di Putrajaya.

2. Dalam majlis yang sama, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk berhadapan dengan sebarang mainan politik kotor amalan tradisi kerajaan pemerintah.

3. Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan sumbangan sejumlah RM20,000 kepada keluarga Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

4. Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan Negeri Sedia Ambil Alih Syabas Terlebih Dahulu – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 080322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 8 MAC 2013 :

1. Kerajaan Negeri bersedia mengambilalih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terlebih dahulu sebelum meneruskan mengambil alih syarikat konsesi yang lain.

2. Selangor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 49.75 billion untuk sepanjang 2008 – 2012 dengan berjaya mengekalkan prestasi negeri itu sebagai destinasi pelaburan utama negara ini.

3. Rekabentuk senibina bercirikan kapal layar dan keris membawa tuah kepada syarikat Vast Consultants Sdn Bhd apabila muncul sebagai pemenang pertama pertandingan rekabentuk Jambatan Ketiga Klang.

4. Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkah semua anggotanya tidak dibenarkan meletakan sebarang pelekat (sticker) yang mempunyai logo parti pembangkang sama ada di kenderaan masing-masing atau mana-mana bahagian di dalam premis HKL.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lebih 5 Juta Rakyat Selangor Bakal Dapat Saham Air – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 070322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 7 MAC 2013 :

1.Lebih lima juta rakyat Selangor bakal mendapat saham industri air sekiranya Kerajaan Negeri berjaya mengambil alih pengurusan industri air di negeri itu.

2. Pimpinan Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian mendesak Perdana Menteri memanggil satu sidang khas parlimen bagi menjawab persoalan penting dan penerangan kerajaan berhubung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

3. Kerajaan Selangor menubuhkan Tabung Wira Rakyat Selangor berjumlah RM 10 juta bagi membantu ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara.

4. PKR mendedahkan dokumen transaksi yang melibatkan pembayaran terhadap konsultan perhubungan awam Amerika Syarikat yang ditugaskan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ada Kawasan di Selangor Pengundi Lebih Ramai Dari Penduduk – INFO 12

 

 

Sinopsis

Info 12 Untuk 060322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 6 MAC 2013 :

1. Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan DUN di mana jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihanraya akan datang.

2. Kerajaan Negeri akan menambahbaik Pusat Dialisis milik PNSB di Taman Sri Andalas bagi membantu mereka yang memerlukan.

3. PKNS bakal tampil dengan satu lagi Projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang terletak Desa Alam Sekysen U12 yang dijangka siap pada Disember 2014.

4. Ibu kepada Arwah Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran yang terkorban dalam kejadian serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah redha dengan ketentuan ilahi.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Najib Gadai Nasib Rakyat Sabah, Pasukan Keselamatan – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 050322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 5 MAC 2013 :

1. Setiap rakyat Selangor bakal mendapat saham industri air sekirannya Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir Selangor sekali lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

2. Projek Datum Jelatek di Keramat yang dibangunkan PKNS merupakan satu usaha terancang Kerajaan Selangor bagi mengembangkan keupayaan masyarakat Melayu supaya lebih berjiwa besar dalam pemilikan aset.

3. Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyelar tindakan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri yang sanggup menggadai keselamatan rakyat Sabah dan pasukan keselamatan berikutan pencerobohan kumpulan bersenjata warga asing di Lahat Datu sejak 23 Februari lalu.

4. Dalam pada itu suratkhabar Utusan Melayu Malaysia Bhd (Utusan) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) digesa menarik balik dakwaan tidak berasas berkaitan pencerobohan di Lahad Datu dalam tempoh 24 jam.