Anwar Saman Papagomo RM100 Juta – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 200322013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 20 MAC 2013 :

1. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menuntut sebarang ganti rugi daripada Datuk Seri Ahmad Said Hamdan setelah beliau memohon maaf atas kenyataannya berhubung kes pembelian lembu korban pada tahun 2009.

2. Datuk Seri Anwar Ibrahim menfailkan saman fitnah terhadap blogger pro-Umno, Papagomo kerana menyebar gambar menyerupai Ketua Umum PKR itu di laman sosial pada 16 Mac lalu.

3. Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan segera mengenai siasatan agensi antarabangsa terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang didakwa mengumpul dana berbilion ringgit di luar negara.

4. Kerajaan Negeri akan mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menyegerakan pembinaan jalan raya alternatif di Parit Besar, Padang Jawa berikutan kematian seorang remaja kerana menggunakan jalan pintas di situ.

Layari http://www.selangorkini.net

Selangor Tawar RM 9.65 Bilion Ambil Alih Pengurusan Air – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 21022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 21 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Negeri telah menawarkan RM 9.65 bilion kepada empat syarikat yang mengurus industri air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mengambilalih operasi mereka.

2. AMK Selangor akan sentiasa berdiri teguh di belakang Kerajaan Negeri Selangor atas apa juga dasar baik yang dirangka untuk rakyat.

3. DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tiada halangan dan bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri bagi pembubaran DUN Selangor untuk diadakan pilihan raya apabila tiba masanya.

4. Kerajaan Negeri akan membuat keputusan bagi mengatasi masalah banjir kilat di Puchong selepas berakhir mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Layari http://www.selangorkini.net

Jambatan Ketiga Klang Akan Disiap Dalam Tempoh Yang Ditetapkan – INFO 12


Sinopsis

Info 12 Untuk 18022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 18 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Negeri beri jamninan Jambatan Ke-3 Klang akan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan peruntukkan dari wang rizab simpanan negeri sejumlah RM300 juta.

2. Kerajaan Negeri memperkenalkan program ‘Jom Shopping Ibu Tunggal’ sebagai satu lagi usaha memperkasa golongan wanita di negeri Selangor.

3. Konsep 1Malaysia disifatkan sebagai rektorik kerajaan pimpinan Najib Razak apabila beliau sendiri tidak serius menegur kumpulan Ketuanan Melayu (Perkasa) yang membakar semangat perkauman.

Layari http://www.selangorkini.net

Kerajaan PR Selangor Selesaikan Masalah Bukit Botak di era Umno-BN – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 24122012

Saksikan secara langsung “INFO 12? sorotan berita tentang Selangor yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 24 DESEMBER 2012 :

1. Hampir semua peneroka asal Kampung Bukit Botak di Selayang telah menerima surat tawaran kepada rumah baru mereka yang disiapkan Kerajaan Selangor.

2. Saguhati akan diberikan kepada pengguna yang memberi maklumbalas tentang masalah bekalan air, kutipan sampah dan keadaan jalan raya ke pusat talian khidmat pelanggan baru tahun depan.

3. MP Shah Alam Khalid Samad menggesa agar Majlis Bandaraya Shah Alam mengambil tindakan tegas terhadap kelab malam yang beroperasi tanpa lesen di Setia Alam.

Layari http://www.selangorkini.net