Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Hutan simpan terbakar punca Banting jerebu

KUALA LANGAT, 3 MAC: Kebakaran sebahagian Hutan Simpan Kuala Langat Selatan menyumbang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Banting.

EXCO alam sekitar berkata bacaan pada kadar 165 semalam disyaki berpunca dari petani haram yang ingin membuka tanah pertanian baharu berhampiran kawasan terbabit.

“Keadaan sama turut berlaku di Johan Setia yang mencatat IPU 183. Kita berharap operasi pemadaman akan menyelesaikan masalah jerebu,” kata Hee Loy Sian selepas meninjau kebakaran hutan di sini semalam.

Selain Banting dan Johan Setia, Petaling Jaya turut mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu 141.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor mengenal pasti kebakaran di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan membabitkan kawasan 40.469 hektar.

Pengarahnya Datuk Norazam Khamis berkata kawasan terjejas meliputi lapan kompartmen dan pihaknya berjaya memadam kebakaran seluas 6.07 hektar sejak kelmarin.

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Bacaan IPU seluruh negara terus menurun pagi ini

KUALA LUMPUR, 24 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan penurunan pada pukul 7 pagi ini berbanding 12 tengah malam tadi walaupun kualiti udara di sebahagian besar kawasan di Semenanjung masih dalam kategori tidak sihat.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia, Klang di Selangor yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat (203) pada pukul 3 petang semalam merekodkan bacaan lebih rendah (168) iaitu dalam kategori tidak sihat pagi ini.

Kualiti udara di semua kawasan di Sarawak bertambah baik dengan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata semua sekolah dibuka seperti biasa hari ini dan sebarang perubahan atau maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu sila layari www.bernama.com.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Selangor, Kuala Lumpur mula catat kualiti udara tidak sihat

SHAH ALAM, 9 SEPT : Selangor dan Kuala Lumpur mula mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), hari ini.

Setakat jam 8 pagi tadi, bacaan IPU di Johan Setia berada pada paras 147 dan Petaling Jaya (103), sementara di Kuala Lumpur, Cheras mencatatkan bacaan IPU pada tahap 104 dan Batu Muda iaitu 105.

Namun Klang dan Shah Alam juga berada pada tahap berjaga-jaga ekoran bacaan IPU di kedua-dua lokasi berkenaan semakin meningkat dan hampir mencecah paras kualiti udara tidak sihat.

Berdasarkan laporan APIMS juga, empat lokasi di Sarawak mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu Kuching (243), Samarahan (202), Sri Aman (244) dan Sarikei (202).

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia, Datuk Alui Bahar berkata, keadaan jerebu boleh bertambah buruk sekiranya kebakaran di Sumatera dan Kalimantan tidak terkawal.

Katanya, risiko cuaca berjerebu dalam negara masih berpotensi berlaku sehingga berakhir tempoh Monsun Barat Daya iaitu pada penghujung September dan awal Oktober.

Potensi negara untuk mengalami cuaca berjerebu rentas sempadan masih tinggi terutamanya di negeri-negeri pantai barat Semenanjung dan barat Sarawak.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

Categories
GLOBAL

500 titik panas dikesan di Kalimantan Tengah

JAKARTA 23 OGOS: Wilayah Kalimantan Tengah di Indonesia merupakan yang terbaru mengisytiharkan darurat terhadap kebakaran hutan dan tanah, demikian menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) dalam satu kenyataan.

Portal berita Channel NewsAsia memetik BNPB berkata, wilayah tersebut menguatkuasakan darurat bencana pada 1 Ogos lalu dan akan berakhir pada 14 Oktober depan.

Sebelum ini, gabenor dari lima wilayah lain telah mengumumkan perintah darurat bagi membantu usaha memadamkan kebakaran hutan semasa musim kering tahun ini.

Lima wilayah itu terdiri daripada Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah.

Keadaan darurat membolehkan pentadbiran tempatan meminta bantuan pemerintahan pusat bagi menangani kebakaran kecil sekali gus menghalangnya daripada terus merebak.

Sementara itu, bilangan titik panas turut bertambah di seluruh kepulauan Indonesia.

BNPB berkata, pihaknya mengesan keseluruhan 538 titik panas atau kebakaran hutan setakat pagi semalam dengan kebanyakannya tertumpu di Kalimantan Barat dan wilayah Papua.

Terdapat 193 titik panas di Kalimantan Barat, 143 di Papua dan empat di Kalimantan Tengah.

“Bilangan sebenar titik panas mungkin lebih banyak. Ini kerana satelit Terra dan Aqua tidak dapat mengesan sebilangan kawasan yang dianggap sebagai titik buta seperti Aceh, Jambi, Riau, Sumatera Barat dan Sumatera Utara,” kata jurucakap BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Katanya, BNPB telah mengerahkan sebanyak 21 buah helikopter untuk melakukan operasi bom air di kawasan kebakaran yang sukar ditembusi.

Setakat ini, sekitar 20,000 hektar tanah telah musnah akibat kebakaran hutan di Indonesia.

SUMBER: AGENSI

Categories
NASIONAL

25 kawasan catat IPU sederhana

SHAH ALAM 23 OGOS: Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, setakat jam 11 pagi tadi, 25 kawasan di seluruh negara masih mencatatkan indeks pencemaran udara (IPU) sederhana, antara 52 hingga 73.

Antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana ialah di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Shah Alam mencatatkan IPU pada paras 52, Pelabuhan Klang (55), Putrajaya (58), Banting (59).

Turut mencatatkan IPU sederhana ialah di daerah Kota Kinabalu, Sabah dan Miri, Sarawak.

Bacaan IPU antara 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat); 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301-400 sebagai berbahaya.

EZY

Categories
SELANGOR

Sesi persekolahan seluruh negara berjalan biasa 26 Oktober

SHAH ALAM 25 OKT: Sesi persekolahan di seluruh negara esok, 26 Oktober berjalan seperti biasa.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu kenyataan itu menerusi Twitternya.

Sekolah Jerebu“Sesi persekolahan di seluruh negara berjalan seperti biasa esok (Isnin) 26 Oktober 2015.

“Tiada negeri atau kawasan yang persekolahannya ditutup esok. Ini berikutan keadaan IPU jerebu yang semakin baik,” katanya.

Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada jam 3 petang hari ini dengan kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), berbanding jam 9 pagi tadi.

EZY

Categories
NASIONAL

Jerebu: Kualiti udara bertambah baik

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 OKT: Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada jam 3 petang hari ini dengan kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), berbanding jam 9 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya lima kawasan masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Pelabuhan Klang (120); Shah Alam (111); Banting (104); Pasir Gudang, Johor (106) dan Petaling Jaya (101).

JEREBUMiri dan Limbang sahaja mencatatkan bacaan IPU sihat dengan masing-masing 47 dan 46.

Sementara itu, sebanyak 45 kawasan seluruh negara pula mencatatkan IPU sederhana.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY

Categories
SELANGOR

Jerebu: 10 kawasan catat IPU tak sihat, Pelabuhah Klang tertinggi 133

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 OKT: Sebanyak 10 kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat setakat 10 pagi tadi berbanding 22 kawasan Sabtu malam.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pelabuhan Klang merekodkan bacaan IPU tertinggi 133 berbanding 147 malam tadi, diikuti Shah Alam (124), Banting (119) dan Petaling Jaya (111) serta Kuala Selangor (104).

JEREBUKawasan lain Wilayah Persekutuan Putrajaya (107), Port Dickson (105); Seremban (103) dan Batu Muda (104) dan Pasir Gudang (110).

Manakala 40 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana.

Miri dan Limbang sahaja mencatatkan bacaan IPU sihat dengan masing-masing 49 dan 44.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

EZY