Categories
SELANGOR

RM20.4 juta laksana Projek Perumahan Generasi Kedua Felda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 NOV: Projek Perumahan Generasi Kedua Felda sedang dibangunkan Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di Felda Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor dengan kos RM20.4 juta.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ia meliputi pembangunan sejumlah 136 unit rumah berkembar satu tingkat.

Katanya, Kerajaan Negeri membiayai sepenuhnya kos pembangunan infrastruktur yang dianggarkan berjumlah RM7.65 juta.

“Rumah berkenaan juga akan dijual pada harga RM96,000 bagi seunit rumah.

“Jika Kerajaan Negeri tidak menanggung kos infrastruktur, harga jualan sebuah rumah mampu mencecah RM150,000,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan berhubung status kemajuan terkini Projek Perumahan Generasi Kedua.

Iskandar yang juga ADN Cempaka berkata, kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Bersyarat sudah diperolehi dari Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), pada 5 Mei lalu.

Katanya, kelulusan KM Penuh dari MDHS pula diperolehi pada 12 September lalu.

“Pelan Bangunan dan Pelan Sementara disasarkan untuk mendapat kelulusan dari MDHS pada bulan November ini.

“Kerja pembinaan juga dijangka dimulakan di tapak oleh kontraktor dilantik pada akhir bulan November ini,” katanya.

Categories
SELANGOR

Projek Rumah Selangorku ikut jadual

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 SEPT: Kerajaan Negeri yakin kira-kira 22,000 unit Rumah Selangorku yang dalam pembinaan daripada 97,432 unit yang diluluskan dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan pemantauan projek terbabit bagi memastikan tidak membebankan pembeli.

“Kerajaan Negeri sendiri memantau dengan dekat kerana kita memahami keperluan yang mendesak untuk orang ramai memiliki rumah sendiri berbanding terpaksa menyewa,” kataya ketika dihubungi SelangorKini.

Bagaimanapun jelasnya, pada masa ini terdapat masalah apabila ada beberapa bank yang menolak permohonan pinjaman pembeli.

Pelancaran-Rumah-Selangorku-di-Setia-City-Convention-Centre-MB-2Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji syarat dan peraturan yang dikenakan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dan bukannya memberi tekanan dengan pelbagai syarat kepada golongan kurang berkemampuan ini.

Katanya, lagi Kerajaan Negeri sendiri mengambil pelbagai tindakan proaktif bagi membantu orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri dengan mewujudkan pelbagai skim melibatkan sektor perumahan dalam Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

=EZY=

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Beli ADN PAS Selangor kerja sia-sia

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 10 MEI: PAS Selangor mengingatkan semua barisan Exco dan Ahli Dewan Negeri (ADN) mereka tidak tergoda dengan sebarang tawaran termasuk wang ringgit hanya untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri sedia ada.

Exco Kanan Kerajaan Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad dalam kenyataannya menegaskan, PAS tidak akan sama sekali berkerjasama denga Umno demi membentuk Kerajaan Negeri baru.

Katanya, sebarang usaha untuk membeli Exco atau ADN PAS adalah sia-sia kerana ia tidak akan berjaya.

iskandar01“Sebagai Exco Kanan Kerajaan Selangor, saya ingin menegaskan di sini bahawa Exco dan ADN PAS di Selangor tidak boleh dibeli untuk menggulingkan Kerajaan Negeri hari ini.

“Tidak ada jumlah wang yang akan dapat membeli Exco atau ADN untuk membentuk Kerajaan Negeri yang baru bersama Umno,” katanya.

Katanya, perkara itu sudah dibuktikan ketika Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS hanya memiliki majoriti satu kerusi.

“Kerajaan Negeri (ketika itu) tidak tumbang kerana tidak ada satu pun ADUN PAS yang dapat dibeli.

“Oleh yang demikian, sudah terbukti bahawa wakil rakyat PAS mempunyai integriti yang tinggi dan tidak akan menggadaikan prinsip mereka,” katanya.

Katanya, rakyat di Selangor mendapat pembelaan yang sewajarnya sejak Mac 2008 dan menyifatkan menyerahkan pemerintahan kepada Umno sebagai tindakan tidak masuk akal

“Mereka menikmati manfaat daripada pelbagai program kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Tidak masuk akal untuk menyerahkan kembali negeri ini kepada Umno, sekali gus merungkai segala inisiatif yang diusaha dan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri hari ini.

“Mandat besar yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum 2013 tidak akan dikhianati,” katanya.

Rakaman : Hari Ke 4 (Sesi Petang) | Persidangan Penggal Ke 4, D.N. Selangor Ke 13 (2016)

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-13 Tahun 2016
Tarikh : 28 Mac – 8 April 2016 (kecuali Sabtu & Ahad)
Masa : 10.00 pagi (Isnin – Khamis) 9.30 pagi (Jumaat)

PAS Selangor: Umno tak lagi diterima, mengapa perlu bersatu?


Memandangkan kredibiliti Umno telah ditolak rakyat kebanyakan, Pas Selangor tidak melihat keperluan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan parti perkauman itu.

Categories
SELANGOR

Persekutuan patut adil agih peruntukan perumahan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 OKT: Kerajaan Persekutuan perlu bersifat lebih adil dalam pengagihan peruntukan perumahan terhadap negeri termasuk di bawah kepimpinan Pakatan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata pemberian itu patut berdasarkan keperluan pembangunan dan bukan bersifat politik.

Pelancaran Rumah Selangorku di Setia City Convention Centre MB (2)“Kita lihat ada kalanya peruntukan itu tidak turun kepada sasaran. Contoh di Selangor ada peruntukan sebelum ini tetapi tidak dapat kepada kita bahkan ke negeri lain.

“Diharap Kerajaan Persekutuan bertindak adil dalam agihan projek dan peruntukan. Ia diberikan berdasarkan keperluan, bukan berdasarkan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk projek pembinaan rumah rakyat termasuk PR1MA dengan syarat mereka mematuhi peraturan rumah mampu milik dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menyentuh soal Belanjawan Selangor beliau berkata, Kerajaan Negeri juga bakal memperkenalkan inisiatif bantuan deposit kewangan bagi mereka yang ingin membeli rumah pertama.

Perkara itu akan diumumkan sendiri Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali pada 30 Oktober ini.

“Saya melihat kepada pembiayaan pemberian deposit kepada mereka yang mahu membeli rumah. Mesyuarat Exco Selangor dua minggu lepas bersetuju dengan program ini.

“Saya tidak tahu siapa ikut siapa tetapi akan diumumkan dalam pembentangan belanjawan minggu hadapan,” katanya yang juga Adun Cempaka.

EZY

PHSSB bertanggungjawab keatas penyelenggaraan PPR Kota Damansara

Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan untuk baikpulih PPR Kota Damansara. Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd telah diarah melaksanakan kerja-kerja perbaikan dengan segera selepas kejadian maut 28 Januari lepas, menurut Exco Dato’ Iskandar Abdul Samad.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Selangor akan lancar Skim Sewa Milik

Oleh: Iskandar Abdul Samad

Kerajaan Negeri Selangor akan melancarkan skim sewa milik untuk pembeli-pembeli rumah kos rendah yang gagal mendapat pinjaman bank.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Menter Besar Selangor, YAB Tuan Mohd. Azmin Ali pada 24 November ini.

rumah mampu milik sutera damansara 01Kerajaan Negeri melalui Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSB) akan membeli rumah-rumah kos rendah dan menyewakannya kepada pembeli-pembeli tersebut.

Setelah 2 tahun menyewa, mereka boleh membuat pilihan untuk membeli rumah-rumah itu. Sebahagian dari sewa yang dibayar sepanjang tempoh tersebut akan ditolak dari harga rumah.
Pembelian adalah dengan membuat pinjaman dari bank.

Walau bagaimanapun jika mereka masih belum mampu membuat pinjaman bank, mereka boleh terus menyewa sehingga mereka mampu.

Mereka juga boleh menyewa sehingga bayaran sewa mereka dapat menampung keseluruhan harga rumah.

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM10 juta untuk fasa pertama program ini.
Program ini yang dinamakan Dana Sel adalah telah terkandung di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor bagi pilihan raya umum 2013.

Ianya di bawah program-program untuk mewujudkan skim pinjaman perumahan Kerajaan Negeri dan memperbanyakkan jumlah rumah sewa di bawah Kerajaan Negeri.

* Iskandar A. Samad adalah Exco Perumahan, Pengurusan Dan Kehidupan Bandar

Categories
SELANGOR

Skim sewa milik bantu pembeli gagal dapat pinjaman bank bakal dilancar

SHAH ALAM 18 NOV: Kerajaan Selangor akan melancarkan skim sewa milik untuk pembeli rumah kos rendah yang gagal mendapat pinjaman bank.

Exco Perumahan, Pengurusan Dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, menerusi skim itu kerajaan negeri melalui Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSB) akan membeli rumah kos rendah dan menyewakannya kepada pembeli.

pic laporan khas - perumahan“Setelah dua tahun menyewa, mereka boleh membuat pilihan untuk membeli rumah itu.

“Sebahagian dari sewa yang dibayar sepanjang tempoh tersebut akan ditolak dari harga rumah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya lagi, pembelian selepas tempoh menyewa dua tahun itu adalah dengan membuat pinjaman dari bank.

“Namun jika mereka masih belum mampu membuat pinjaman bank, mereka boleh terus menyewa sehingga mereka mampu.

“Mereka juga boleh menyewa sehingga bayaran sewa mereka dapat menampung keseluruhan harga rumah,” tambah beliau.

Kerajaan Negeri katanya memperuntukkan RM10 juta untuk fasa pertama program itu dan majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar ,Mohamed Azmin Ali pada 24 November ini.

Program ini yang dinamakan Dana Sel adalah terkandung di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Selangor bagi Pilihan Raya Umum ke-13.

Ianya di bawah program untuk mewujudkan skim pinjaman perumahan Kerajaan Negeri dan memperbanyakkan jumlah rumah sewa untuk membantu rakyat.

EZY

Categories
SELANGOR

RM20 juta tabung pulih projek perumahan terbengkalai

SHAH ALAM 24 OKT: Kerajaan Selangor meluluskan penubuhan tabung khas untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata tabung itu dinamakan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (TEPAT) memiliki dana sehingga RM20 juta.

Selangor-Rumah-TerbengkalaiKatanya, dana itu akan disumbangkan Kerajaan Selangor dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

“Kos pemulihan akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan pembeli,” kata Iskandar Samad dalam kenyataan media.

Beliau berkata peratus kos ditanggung Kerajaan Negeri dan pembeli untuk memulihkan sesuatu projek terbengkalai adalah seperti berikut :

( i.) Rumah Kos Rendah (RM35,000 hingga RM42,000) – 100 peratus Kerajaan Negeri / 0 peratus pembeli.

( ii.) Rumah Kos Sederhana Rendah (RM72,000) – 80 peratus Kerajaan Negeri / 20 peratus pembeli.

( iii.) Rumah Kos Sederhana (RM100,000) – 70 peratus Kerajaan Negeri / 30 peratus pembeli.

( iv.) Harga jualan RM101,000 hingga RM200,000 – 40 peratus Kerajaan Negeri / 60 peratus pembeli.

( v.) Harga jualan RM201,000 hingga RM300,000 – 30 peratus Kerajaan Negeri / 70 peratus pembeli.

Katanya, walau bagaimanapun tabung ini akan mengutamakan Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Kos Sederhana.

“Setakat ini empat projek perumahan terbengkalai yang melibatkan hampir 1,000 unit kediaman telah dikenalpasti untuk dipulihkan.

“Projek-projek lain akan dikenalpasti selepas ini,” katanya.

Iskandar berkata penubuhan tabung ini merupakan satu lagi usaha Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa-mangsa projek terbengkalai.

“Sebelum ini Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) yang bertujuan untuk membantu pemaju dan pembeli projek terbengkalai mencari jalan penyelesaian,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Exco: Kerajaan Negeri difitnah luluskan Oktoberfest

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 OKT: Tuduhan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama empat Exco PAS meluluskan penganjuran pesta arak,Oktoberfest merupakan fitnah.

Iskandar

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya permohonan pesta arak itu tidak pernah dibawa ke Mesyuarat Exco untuk diputuskan.

“Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan empat Exco PAS.

“Ini tidak benar, tidak pernah dibawa ke mesyuarat Exco,” tulis Iskandar dalam akaun laman sosial, facebook.

Sebelum ini, wujud tuduhan liar di laman-laman sosial kononnya Kerajaan Negeri meluluskan penganjuran pesta yang berakhir pada 12 Oktober ini.

HM

1,800 unit rumah mampu milik bakal dibina di Shah Alam

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memulakan rangka kerja pembinaan 1,800 unit rumah mampu milik di Shah Alam melibatkan kawasan Seksyen U1 Glenmarie dan Seksyen 35 dengan keluasan tanah sejumlah 24.7 ekar.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata pembinaan rumah mampu milik ini dijangka siap pada 2018 dan boleh dijual dengan harga antara RM200,000 hingga RM250,000 seunit.