Categories
SELANGOR

Jerebu : IPU beransur baik berbanding semalam

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 7 OKT: Indeks Pencemaran Udaran (IPU) hari ini mencatatkan bacaan lebih baik berbanding semalam.

Menurut laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya Port Dickson, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu 103, setakat jam 10.00 pagi tadi.

Jerebu SatelitSementara 36 lokasi lagi mencatatkan bacaan sederhana iaitu antara 51 dan 100 dan 15 kawasan lain berada dalam keadaan baik dengan merekodkan bacaan IPU sekitar 50 dan ke bawah.

Berbanding semalam, 15 kawasan mencatatkan IPU tidak sihat membabitkan empat kawasan di Selangor iaitu Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang dan Shah Alam masing-masing mencatatkan 107, 122, 121 dan 113.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan 28 buah sekolah di daerah Langkawi, Kedah ditutup hari ini ekoran mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 173, semalam.

Manakala semua sekolah di negara lain dibuka seperti biasa.

Semakan lanjut untuk mengetahui bacaan IPU semasa boleh dibuat di portal http://apims.doe.gov.my

-NR-

Categories
SELANGOR

Jerebu : IPU 17 kawasan tidak sihat, 22 lagi sederhana

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 OKT: Sebanyak 17 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 pagi ini.

Semakan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati empat daripadanya terletak di Selangor iaitu Shah Alam dengan bacaan 120, Kuala Selangor (137), Pelabuhan Klang (127) dan Banting (108).

JEREBULangkawi, Kedah mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 173 selain Bakar Arang, Sungai Petani turut dikategorikan tidak sihat dengan 102.

Pada masa sama, Johor tidak banyak berubah dengan Kota Tinggi masih mencatat bacaan 103, Larkin Lama (112) dan Pasir Gudang (127).

Begitu juga dengan Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka yang terus kekal di zon tidak sihat dengan measing-masing mencatatkan IPU 110.

Kawasan lain termasuk Port Dickson, Negeri Sembilan (109), Kampung Air Putih, Taiping (100) dan Seri Manjung, Perak (121), Kangar, Perlis (111) serta Pulau Pinang di Seberang Jaya 2 Prai (105) dan USM (109).

Sementara itu, 22 kawasan lain dikategorikan sederhana manakala baki 13 lagi masih lagi berada dalam zon sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Categories
SELANGOR

IPU semakin pulih, hanya 8 kawasan catat bacaan tidak sihat

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 2 SEP: Indeks pencemaran udara (IPU) hari ini mencatat bacaan lebih baik berbanding semalam apabila kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan purata 50 hingga 100.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 9.00 pagi tadi terdapat lapan kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.

Jerebu SatelitLapan kawasan tersebut membabitkan Bandaraya Melaka (113), Bukit Rambai (111), Nilai (102), Port Dickson (113), Seremban (110), Kota Tinggi (102) diikuti Banting dan Putrajaya masing-masing mencatatkan bacaan 109 dan 101.

Sementara itu, 30 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana. Manakala, 16 kawasan selebihnya mencatatkan bacaan sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

-NR-

Categories
SELANGOR

Jerebu kembali menebal, lebih 35 kawasan catat IPU sederhana

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 SEP: Lima kawasan di Selangor merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 12 tengah hari ini.

32 kawasan lain turut mencatatkan IPU sama adalah Johor, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Perak, Sabah dan Sarawak.

Sementara 10 kawasan pula mencatatkan bacaan IPU sihat antaranya di Alor Star (24), Perai (36), Langkawi (27) dan Kangar (22).

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Banting mencatatkan IPU 61, Kuala Selangor (54), Pelabuhan Klang (66), Petaling Jaya (61) dan Shah Alam (63).

Jerebu-Shah-AlamBacaan itu menunjukkan peningkatan berbanding setakat 9 pagi tadi.

Manakala Balok Baru, Kuantan paling tinggi dengan IPU tidak sihat iaitu 131.

Diikuti dengan Bandaraya Melaka (120) dan Indera Mahkota, Kuantan (116).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Rujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NR-

Categories
SELANGOR

IPU Johor tidak sihat, Selangor sederhana

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 25 SEP: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pasir Gudang, Johor kini mencecah tahap sangat tidak sihat iaitu 201 setakat jam 9 pagi ini.

Berbanding semalam, kini terdapat enam lagi kawasan lain mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Kota Tinggi, Johor (135), Larkin Lama, Johor (187), Balok Baru, Pahang (158), Indera Mahkota, Pahang (135), Kemaman, Terengganu (148) dan Paka, Terengganu (108).

Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kebanyakan kawasan masih mencatatkan kadar IPU sederhana sementara baki yang lain dikategorikan sebagai baik.

IPU JEREBUDi Selangor, IPU masih dalam catatan sederhana termasuk di kawasan Banting (75), Kuala Selangor (52), Pelabuhan Klang (66), Petaling Jaya (64) dan Shah Alam (67).

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Semakan lanjut untuk mengetahui bacaan IPU semasa boleh dibuat di portal http://apims.doe.gov.my

-NR-

Categories
SELANGOR

Langit kembali sihat, negara bebas IPU kotor

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 21 SEP: Rakyat boleh menarik nafas lega apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) hari ini berada di bawah paras 100 berbanding dua minggu lalu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), lapan kawasan mencatatkan kualiti udara sihat adalah Muar, Johor (39), Seremban, Negeri Sembilan (44), Jerantut, Pahang (45), Tanjung Malim, Perak (24), Kangar, Perlis (49), Perai, Pulau Pinang (47), Kuala Selangor (45) dan Petaling Jaya (49) sehingga jam 11.00 pagi tadi.

KUALA LUMPURManakala sembilan kawasan di Sabah dan Sarawak mencatat kualiti udara sihat dengan Institut Latihan Perindustrian Miri mencatat bacaan (26), Kapit (32), Limbang (28), Miri (41), Sarikei (48) dan Sibu (47).

Sementara 30 kawasan lain mencatat IPU sederhana.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 adalah sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Layari portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NR-

Categories
SELANGOR

Kualiti udara Selangor ditahap baik

Oleh : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 SEP: Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi lima kawasan di Selangor berada dalam keadaan baik.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Banting mencatatkan bacaan 36, Kuala Selangor (18), Pelabuhan Klang (39), Petaling Jaya (29) dan Shah Alam (29) setakat 10 pagi tadi.

IPU JEREBUKualiti udara di Selangor menurun keparas yang baik setelah mengalami jerebu minggu lalu ekoran pembakaran hutan secara meluas di Indonesia.

Bagaimanapun, keadaan berjerebu di Kuching, Samarahan dan Sri Aman bertambah serius apabila bacaan IPU di tiga kawasan itu naik dengan ketara pagi ini berbanding malam tadi.

Bacaan menunjukkan Kuching (146), Samarahan (171) dan Sri Aman (148) sekaligus menunjukkan kualiti udara di tiga kawasan tersebut masih tidak sihat.

Lapan kawasan lain di Sarawak pula mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 51 hingga 100 manakala di Sandakan, Sabah mencatatkan bacaan baik iaitu 46 dan tiga lagi kawasan di negeri itu merekodkan kualiti udara sederhana.

Manakala 12 kawasan di semua negeri lain mencatatkan IPU sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai kualiti udara baik, manakala 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-NR-

Categories
SELANGOR

IPU Selangor catat bacaan baik

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 6 SEP: Indeks Pencemaran Udara (IPU) Selangor bertambah baik dengan beberapa daerah mencatat IPU sederhana.

Laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan kawasan Banting mencatatkan bacaan sederhana pada tahap 58, Pelabuhan Klang (63) dan Shah Alam (54) setakat jam 11 pagi tadi.

Keseluruhannya, 26 kawasan mencatatkan bacaan baik dan 24 kawasan sederhana.

jerebu-masjidJAS mengkategorikan IPU pada tahap 0-50 sebagai baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka ekoran jerebu yang melanda baru-baru ini.

Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadamkan kebakaran kecil akibat cuaca panas dan melaporkan kepada Jabatan Bomba dan penyelamat JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Perkembangan semasa berhubung bacaan IPU boleh diperolehi dengan melayari portal JAS di alamat http://apims.doe.gov.my.

-NR-

Categories
NASIONAL

Kualiti udara baik hanya satu kawasan catat IPU sederhana

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kualiti udara di sebahagian besar kawasan seluruh negara berada dalam keadaan baik apabila hanya satu lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya kawasan Bukit Rambai di Melaka merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu 52 setakat ini.

ipu seluruh negaraManakala, lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU baik dengan purata antara 20 hingga 40.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 dan 300 sangat tidak sihat dan melebihi 301 sebagai berbahaya.

Bacaan IPU boleh diperolehi menerusi laman web JAS di http://www.doe.gov.my.

Categories
SELANGOR

Kesan tumpahan minyak terkawal, operasi pembersihan giat dibuat

Categories
SELANGOR

Hanya Pelabuhan Klang Catat Indek Jerebu Tidak Sihat

jerebu

SHAH ALAM 23 JULAI : Setakat pukul 11 pagi hari ini, hanya satu daerah di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu di Pelabuhan Klang dengan catatan IPU 103.

Mengikut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Banting yang mencatatkan bacaan IPU 111 (tidak sihat) pada petang semalam dan hari ini menurun kepada IPU 94 iaitu tahap sederhana.

Selain itu, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam juga masih mencatatkan kadar bacaan IPU sederhana, masing-masing dengan bacaaan 92, 93 dan 92.

JAS dalam laporan media menjelaskan punca kemerosotan kualiti udara disebabkan jerebu merentasi sempadan dan pencemaran ozon di permukaan bumi yang lazimnya berlaku pada awal petang akibat tindak balas nitrogen oksida dan sebatian organik meruap daripada pelepasan ekzos kenderaan bermotor.

Jerebu yang melanda semula negara khususnya di sekitar pantai Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dijangka berlanjutan untuk tempoh singkat akibat daripada perubahan corak tiupan angin.

Selain Pelabuhan Klang, turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat pukul 11 pagi tadi ialah Muar (IPU 111) dan Bukit Rambai (IPU 104).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.

Bulan lepas, Malaysia mengalami jerebu yang agak teruk sehingga ada kawasan mencatatkan tahap pencemaran udara berbahaya dan sekolah terpaksa ditutup sementara.

12 Pemilik Tanah Melakukan Pembakaran Terbuka Akan Didakwa

elizabeth api johan setia 25 jun 01

KLANG , 25 JUN : Seramai 12 pemilik tanah yang melakukan aktiviti pembakaran terbuka di negeri ini sehingga menjejaskan kualiti udara alam sekitar akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Menurut Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, pihak berkuasa tempatan juga memulakan proses untuk merampas tanah daripada individu-individu tersebut.

Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang mengenalpasti pemilik-pemilik tanah tersebut manakala kertas-kertas siasatan juga telah dibuka.

elizabeth api johan setia 25 jun 03“Kita akan tegas dalam perkara pembakaran terbuka ini. Ada pelbagai agensi yang sedang bekerjasama termasuk Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang membuat pemantauan dan pemadaman api-api kecil.

“Manakala api-api yang tidak dapat dikawal maka tugas itu akan dilaksanakan pemadamannya oleh pihak bomba,? kata Elizabeth.

Beliau berkata demikian apabila ditemui ketika lawatannya ke kejadian kebakaran di Kampung Johan Setia di sini hari ini.

“Kita di negeri Selangor telah membuat dasar bahawa jika pemilik tanah tidak menjaga tanah tersebut sehingga berlaku kejadian kebakaran dan membuat pemagaran sempadan maka akan dirampas,” kata Elizabeth.

Jelas beliau, kawasan di Johan Setia dan sekitarnya akan terus dipantau dari masa ke semasa agar memastikan tiada berlakunya kebakaran hutan dan ladang yang baru.

Katanya, kebakaran yang berlaku di situ kini masih berada dalam kawalan pihak Bomba dan Penyelamat dan kerja-kerja pemadaman keseluruhannya akan dipergiatkan.

“Dengan kerja 24 jam setiap hari sejak hujung Mei lepas dengan MPK dan pihak Bomba melaksanakan tugasannya memadam api.

“Kita menegaskan bahawa di mana tempat di negeri ini yang didapati tidak memadamkan api maka kita akan menggunakan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Ujarnya, mereka yang terlibat akan didakwa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika didapati bersalah akan didenda sebanyak RM 500,000 atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kita akan menyeru pihak hakim kerana kita mempunyai mahkamah khas untuk isu-isu alam sekitar agar tidak hanya mendenda sahaja.

“Ia (adalah) langkah pencegahan agar orang ramai takut untuk melakukan kerja pembakaran terbuka,” kata beliau.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat pembakaran terbuka seperti pembakaran sampah dan sisa-sisa kebun yang boleh menjejaskan kualiti udara ekoran cuaca jerebu yang melanda negara.

“Kita menegaskan bahawa kini sudah ada larangan menyeluruh daripada berlakunya sebarang pembakaran terbuka tidak kira samada di kawasan perumahan atau kawasan pertanian dan sebagainya,” kata beliau.