Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Amaran ribut petir di Selangor, beberapa negeri sehingga 8 malam ini

SHAH ALAM, 8 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga jam 8 petang ini.

Menurut agensi itu di Facebook, daerah terbabit adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor; Kuala Lumpur; Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Melaka serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.

Kawasan lain adalah Perlis; Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang serta Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Amaran turut membabitkan kawasan Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Pusa dan Betong, Pakan, Julau, Kanowit, Selangau, Bintulu, Sebauh, Miri, Marudi dan Limbang di Sarawak.

MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran hujan lebat berterusan di enam negeri hingga esok

SHAH ALAM, 3 JAN : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di kebanyakan negeri sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi Facebook memaklumkan negeri tersebut adalah Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sabah.

Amaran hujan lebat berterusan (buruk) pula dijangka berlaku di Johor membabitkan Daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru hari ini.

Amaran hujan berterusan (waspada) dijangka berlaku di Terengganu (Kemaman), Pahang (Maran, Kuantan, Bera dan Pekan) diikuti Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Ia turut melibatkan negeri Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Baharu serta Sabah di Telupid, Kinabatangan, Beluran Sandakan dan Kudat.

Menurut kenyataan itu lagi, amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan, ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam.

Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh enam jam.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran ribut petir, hujan lebat tiga daerah di Selangor

SHAH ALAM, 25 DIS : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tiga daerah di Selangor, petang ini.

Maklum agensi itu menerusi Twitter, amaran cuaca sehingga jam 4 petang itu meliputi Klang, Kuala Langat dan Sepang. Keadaan sama diramal berlaku di Putrajaya serta Pontian dan Kulai di Johor.

Amaran cuaca ribut petir dan hujan lebat sehingga 3 petang pula diramal berlaku di Terenganu (Kemaman), Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin), Johor (Kluang dan Mersing) serta Sarawak (Bintulu).

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Amaran hujan sangat lebat, berterusan di lapan daerah

SHAH ALAM, 18 DIS : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran zon merah dan hujan sangat lebat melibatkan lapan daerah di Selangor, hari ini.

Hujan sangat lebat secara berterusan diramal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Selain itu, MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur.

Manakala kawasan lain yang dijangka mengalami hujan lebat berterusan ialah Sepang, Selangor dan beberapa daerah di Perak, Pahang, Kelantan, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Amaran berwaspada turut dikeluarkan kepada beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

 

Categories
AGENDA NASIONAL

MetMalaysia: Cuaca lebih panas, kering hingga pertengahan September

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Tiada gelombang haba berlaku di Malaysia setakat hari ini, bagaimanapun negara ketika ini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Jabatan itu memaklumkan pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk status gelombang haba di seluruh negara dan menyebarkan maklumat kepada agensi berkaitan untuk tindakan penguatkuasaan dan persiapan menghadapi bencana.

“Berdasarkan pemantauan MetMalaysia terhadap gelombang haba hingga 21 Julai, tiada kawasan di negara ini yang terdedah dengan sebarang gelombang haba,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi e-emel hari ini mengenai cuaca panas dialami negara pada masa ini.

Selain itu, MetMalaysia memberitahu stesen meteorologinya tidak merekodkan suhu lebih daripada 35 darjah Celcius (°C) selama tiga hari berturut-turut, justeru pihaknya tidak menjangkakan suhu akan melebihi 40°C.

Jelasnya, 40.1°C adalah suhu tertinggi direkodkan di Malaysia ketika fenomena El Nino terkuat melanda negara pada 1998.

“Dari segi perubahan cuaca, kami menjangkakan berlaku hujan lebat, angin kencang dan kelembapan tinggi disebabkan Malaysia sedang beralih monsun khususnya di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung selain pantai barat Sabah dan wilayah tengah dan barat Sarawak,” menurut MetMalaysia.

Sementara itu, Pakar Klimatologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Fredolin Tangang berkata gelombang haba di Malaysia dikaitkan dengan kebolehubahan cuaca iaitu Madden-Julian Oscillation (MJO) dan El Nino.

“Madden-Julian Oscillation adalah fenomena biasa, yang berayun dengan kekerapan sekali dalam tempoh 20 ke 60 hari. Semasa Monsun Barat Daya, ia boleh meningkatkan suhu satu ke dua darjah hingga sekitar bawah 40°C bergantung kepada kawasan. Malah, kita sudah mengalaminya sekarang,” katanya menerusi e-mel.

Beliau berkata ini adalah kejadian biasa disebabkan oleh pengaruh pusat perolakan MJO yang dipertingkat, membawa ketidakstabilan kelembapan dan cuaca ke Malaysia dan selepas itu, pusat perolakan dipertingkat ini disusuli oleh pusat perolakan dikurangkan yang menyebabkan cuaca panas dan kering di Malaysia.

Beliau berkata ini bukanlah gelombang haba yang luar biasa kerana Madden-Julian Oscillation adalah fenomena berulang yang menyederhanakan suhu basah-kering di negara ini.

Seorang lagi pakar perubahan iklim, Dr Renard Siew berkata gelombang haba ini bukan sesuatu yang baharu kerana ia berlaku setiap tahun dengan variasi.

“Kesan pulau haba bandar (kawasan bandar mengalami suhu lebih tinggi daripada kawasan luar bandar), juga satu lagi penyebab peningkatan suhu,” katanya.

Beliau berkata dari sudut pandang perubahan iklim, ia tidak banyak memberi kesan daripada perspektif pemanasan global, bagaimanapun ia juga menyebabkan inter variability of rainfall (kawasan yang biasanya mendapat jumlah air yang banyak tidak lagi mendapat taburan hujan yang banyak seperti dahulu).

Menurutnya, oleh kerana ia adalah kejadian biasa, gelombang haba ini perlu dipantau turun naik suhunya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi landa luar pantai barat utara Sumatera

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 7.58 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 169 kilometer (km) barat daya dari Nias, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi sederhana landa Indonesia, Malaysia tidak terkesan

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 7 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 132 kilometer (km) timur dari Bitung, Indonesia dengan kedalaman 83km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi kuat di Chile, Malaysia tidak terancam

KUALA LUMPUR, 28 DIS: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter berlaku di luar pantai Central Chile, pada pukul 5.39 pagi tadi (waktu di Malaysia).

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, gempa itu berlaku kira-kira 228km barat dari Temuco, Chile, pada kedalaman 10 km.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi kuat di Jepun, Malaysia tidak terancam

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 1.23 pagi tadi (waktu di Malaysia).

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, gempa itu berlaku kira-kira 104 kilometer (km) timur laut dari Hachinohe, Jepun.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

Categories
AGENDA GLOBAL

Gempa bumi sederhana landa selatan Sumatera, tiada ancaman tsunami

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 8.36 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 232 kilometer (km) tenggara dari Siberut, Indonesia pada kedalaman 89km.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

-BERNAMA

Gempa bumi sederhana berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada jam 8:36 pagi, 17 Oktober 2020. Sumber: Facebook MET Malaysia
Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi lemah di Lahad Datu, tiada ancaman tsunami

KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter dikesan berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 11.10 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Pusat gempa bumi itu terletak 28 kilometer timur Lahad Datu dan pada kedalaman sembilan kilometer.

Kejadian itu bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami, menurut jabatan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi sederhana di barat daya Sumatera, Malaysia tidak terancam

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Barat Daya Sumatera pada pukul 8.39 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 145 kilometer (km) barat dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 34 km.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA