Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MetMalaysia: Orang ramai dinasihat lebih waspada ketika fasa peralihan monsun

SHAH ALAM, 12 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai lebih berwaspada sepanjang fasa peralihan monsun.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 14 Mac ini dan berterusan hingga pertengahan Mei 2022.

“Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya monsun timur laut yang bermula sejak 3 November 2021.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataannya semalam, MetMalaysia berkata semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir, yang lazimnya membawa hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

Menurut kenyataan itu, kejadian itu berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

Katanya, keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Categories
AGENDA NASIONAL

Seluruh Selangor, enam negeri diramal alami ribut petir, hujan lebat

SHAH ALAM, 14 FEB: Seluruh Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan seluruh Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut dijangka mengalami cuaca yang sama.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya di Facebook.

Selain itu beberapa kawasan di Kedah, Pulau, Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sarawak turut dijangka berdepan fenomena yang sama.

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran bahaya hujan lebat berterusan hingga esok di Selangor, KL

SHAH ALAM, 18 DIS: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meletakkan Selangor, Kuala Lumpur dan sebahagian Pahang dalam kod merah amaran bahaya hujan sangat lebat berterusan hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan pada pukul 10.30 malam ini meletakkan status bahaya Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Kawasan bahaya di Pahang melibatkan Jerantut, Bentong dan Kuantan.

Sementara itu, Sepang diletakkan bawah keadaan buruk dengan jangkaan hujan lebat berterusan hingga esok.

Turut dalam kategori sama ialah Muallim, Hilir Perak; Gua Musang, Kelantan, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh, Maran dan Pekan di Pahang.

Selain itu, hujan lebat berterusan juga melibatkan Putrajaya dan Jelebu, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu MetMalaysia turut meletakkan amaran waspada dengan hujan berterusan di Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.

Turut tersenarai  Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Batang Padang di Perak manakala di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu hujan berterusan juga dijangka di Terengganu, Bera dan Rompin di Pahang; Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan selain Melaka serta Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat di Johor.

 

Categories
SELANGOR

Hujan lebat, ribut petir diramal landa lima daerah Selangor

SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan di lima daerah negeri ini hari ini.

Lima daerah itu ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Menerusi infografik MetMalaysia di Facebook, amaran sama dikeluarkan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Johor dan Terengganu.

Di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Kelantan pula, hujan lebat dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu, keadaan cuaca sama diramal melanda di Besut.

Sementara itu, di Johor kawasan yang terlibat ialah Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru, manakala Sarawak di kawasan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) serta Miri (Subis dan Miri).

Categories
AGENDA NASIONAL

MetMalaysia: Kejadian ribut petir bukan kesan perubahan iklim sahaja

KUALA LUMPUR, 19 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan adalah kurang tepat untuk mengatakan ribut petir yang melanda pantai barat Semenanjung baru-baru ini berpunca daripada perubahan iklim semata-semata.

Merujuk kepada laporan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan hari ini berkaitan ribut petir itu, MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan banyak faktor lain yang boleh menyebabkan ribut petir termasuk perubahan topografi, kesan pulau haba dan keragaman iklim.

“Berdasarkan rekod, hampir 80 peratus kejadian angin ribut terkuat berlaku sebelum tahun 2000 dan ini menunjukkan kejadian ribut petir yang kuat bukan perkara baharu. Oleh itu adalah kurang tepat untuk mengatakan kejadian ribut petir berlaku baru-baru ini disebabkan perubahan iklim sahaja,” menurutnya dalam kenyataan itu.

MetMalaysia bagaimanapun tidak menafikan kesan perubahan iklim berlaku di Malaysia kerana berdasarkan analisis, secara purata suhu di Semenanjung Malaysia meningkat kira-kira 2.4 darjah Celcius dalam tempoh 100 tahun.

“Di Sabah pula meningkat sebanyak 1.8 darjah Celsius dan Sarawak 1.3 darjah Celsius bagi tempoh yang sama. Selain itu, 17 daripada 20 suhu purata tertinggi bagi negara ini direkodkan selepas tahun 2000,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut kajian turut mendapati suhu tinggi di negara ini berkait rapat dengan fenomena El-Nino yang kuat seperti pada tahun 1982/83, 1997/98, 2004/05 dan 2015/16.

“Malah rekod tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan pada 1998,” katanya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MetMalaysia: Amaran ribut petir di Selangor, Sarawak dan Sabah

KUALA LUMPUR, 14 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan sama juga berlaku di Miri (Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Bahagian pedalaman di Sabah melibatkan Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort turut mengalami keadaan cuaca yang sama manakala amaran ribut petir di Labuan pula adalah sehingga 9 pagi ini.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Amaran cuaca buruk di negeri pantai timur, Johor sehingga Selasa

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri, sehingga Selasa (12 Jan).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta di Johor iaitu di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi sehingga hari ini.

“Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda seluruh Kelantan manakala di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga hari ini.

“Amaran sama turut dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Dungun dan Kemaman, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran serta di Johor di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga Selasa,” menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Amaran cuaca bahaya, buruk di beberapa negeri

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat yang dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 8.35 malam memaklumkan kawasan yang dijangka terbabit di Terengganu melibatkan daerah Kemaman manakala Pahang di Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin selain daerah Mersing di Johor.

Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan pula dijangka melibatkan daerah Dungun di Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Lipis dan Bera) manakala daerah Segamat dan Kluang di Johor sehingga Selasa ini.

Sementara itu, amaran cuaca waspada dengan hujan lebat sehingga Selasa turut dikeluarkan bagi Kelantan serta Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

Keadaan cuaca sama juga diramalkan sehingga esok melibatkan daerah Kinta, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor; daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor selain Sabah melibatkan Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Lapan daerah di Selangor diramal hujan, ribut petir hingga Rabu

SHAH ALAM, 26 NOV: Cuaca hujan dan ribut petir diramalkan di lapan daerah di Selangor bermula hari ini sehingga Rabu depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) keadaan itu dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat, Klang dan Sepang.

Sementara itu di Petaling pula dijangka ribut petir di satu dua tempat sehingga hujung November, namun tiada hujan bermula 1 hingga 2 Disember.

Orang ramai boleh membuat semakan lanjut di laman portal https://www.met.gov.my/forecast/weather/district/Ds057.

Categories
AGENDA NASIONAL

Waspada cuaca buruk, hujan lebat kawasan Semenanjung

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dan hujan lebat di beberapa kawasan Semenanjung sehingga 27 Nov ini.

Met Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan kawasan Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, Kuantan di Pahang serta di seluruh negeri Terengganu susulan hujan lebat dijangka berlaku di tiga negeri itu.

Amaran cuaca berwaspada turut dikeluarkan di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta di seluruh Perlis bermula 26 hingga 27 Nov.

Selain itu, amaran cuaca waspada dan hujan lebat dijangka berlaku sehingga 27 Nov juga turut dikeluarkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta di Perak dan di Kelantan melibatkan kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang serta Pahang di Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

– BERNAMA

Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Waspada hujan lebat kebanyakan negeri semenanjung

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat & Muar) hingga Isnin (23 Nov).

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata hujan lebat juga dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh & Kuala Krai); Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan & Rompin); dan Terengganu hingga Rabu (25 Nov).

“Angin kencang barat laut dan timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh itu.

“Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Amaran cuaca bahaya, hujan berterusan di Terengganu

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya peringkat merah dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Terengganu berkuat kuasa mulai tengah malam semalam hingga hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata selain itu amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang.

“Keadaan hujan lebat di negeri pantai timur semakin berterusan. Amaran cuaca bahaya (merah) dikeluarkan untuk kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Amaran cuaca buruk (jingga) dikeluarkan untuk kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh (Kelantan); Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman (Terengganu) serta Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu amaran cuaca waspada pula melibatkan kawasan Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan serta Maran dan Bera di Pahang.

– BERNAMA