Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Jangkitan harian catat angka tertinggi 33,209 kes, hanya 203 serius

SHAH ALAM, 5 MAC: Jumlah jangkitan harian Covid-19 meningkat 742 kes kepada 33,209 kes semalam, mengatasi angka tertinggi 32,467 kes yang dicatatkan kelmarin.

Kes serius atau kategori 3, 4, dan 5 masih rendah iaitu 203 kes manakala kategori satu (tanpa gejala) 12,935 kes dan dua (gejala ringan) merekodkan 20,071 kes.

Daripada 203 kes kategori 3, 4, dan 5, sebanyak 43 kes (21.18 peratus) tidak divaksin atau belum lengkap, 117 kes (57.64 peratus) menerima dua dos tetapi belum menerima dos penggalak dan 43 kes (21.18 peratus) menerima dos penggalak.

Selain itu 119 kes (58.62 peratus) melibatkan pesakit berumur 60 tahun ke atas, 67 kes (33 peratus) mempunyai komorbid dan 1 kes (0.49 peratus) melibatkan ibu mengandung.

Pecahan kes mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Kategori 1: 12,935 kes (38.95 peratus)
  • Kategori 2: 20,071 kes (60.44 peratus)
  • Kategori 3: 98 kes (0.30 peratus)
  • Kategori 4: 52 kes (0.15 peratus)
  • Kategori 5: 53 kes (0.16 peratus)

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka terkumpul setakat semalam 3,561,766 kes.

“Sehingga tengah malam tadi sebanyak 305,010 kes aktif dilaporkan melibatkan 292,696 kes kuarantin di rumah, 3,442 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, 8,524 kes di hospital, 137 kes di unit rawatan rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 211 kes di ICU dengan bantuan pernafasan,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Kes harian Covid-19 tidak banyak berubah, masih paras 5,000

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Kes baharu Covid-19 dalam negara tidak banyak berubah apabila 5,720 kes direkodkan hari ini berbanding 5,736 semalam (2 Feb).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,887,780  setakat 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 43 melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori satu dan dua.

“Daripada kes hari ini juga, sebanyak 130 adalah kes import dan 5,590 kes tempatan manakala 114 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan harian mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 3,968 pesakit dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini ialah 2,794,354.

Beliau juga berkata 15  kluster baharu direkodkan dengan 332 kluster masih aktif setakat ini.

Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini pula berada pada paras 1.14 dengan Perlis merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.24 diikuti Johor (1.20) dan Pulau Pinang (1.19) setakat semalam.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian naik sedikit, Selangor kembali paras 1,000 kes

SHAH ALAM, 5 OKT: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara meningkat sebanyak 742 kes kepada 8,817 hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor kembali paras 1,000 dengan 1,348 kes berbanding 686 semalam.

Dua negeri turut merekodkan jangkitan empat angka iaitu Sarawak dengan 1,361 diikuti Kelantan 1,063 kes.

Senarai angka jangkitan negeri dan wilayah seperti berikut:

Sarawak – 1,361
Selangor – 1,348
Kelantan – 1,063

Johor – 886
Sabah – 805
Pahang – 696
Pulau Pinang – 595
Kedah – 576
Perak – 473
Terengganu – 356
Melaka – 246
WPKL – 217
Negeri Sembilan – 122

Perlis – 47
WP Putrajaya – 23

WP Labuan – 3

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan di Selangor kekal paras 1,000

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor hari ini meningkat 131 kes kepada 1,362, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook juga menunjukkan jangkitan di seluruh negara naik kepada 12,434 kes berbanding 11,332 semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,967 kes diikuti Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).

Kebanyakan negeri juga merekodkan kes tiga angka iaitu:

Perak – 971
Pulau Pinang – 863
Pahang – 663
Kedah – 652
Terengganu – 612
Melaka – 375
WPKL – 284
Negeri Sembilan – 169

Perlis – 79
WP Putrajaya – 18
WP Labuan – 5

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor rekod bawah paras 1,000 kes

SHAH ALAM, 27 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor hari ini turun paras 1,000 dengan 979 kes direkodkan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook juga menunjukkan jangkitan di seluruh negara menurun kepada 10,959 kes berbanding 13,104 semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,723 kes diikuti Johor (1,226).

Kebanyakan negeri juga merekodkan kes tiga angka iaitu:

Kelantan – 983
Pulau Pinang – 793
Pahang – 739
Perak – 713
Terengganu – 691
Kedah – 660
Melaka – 346
Kuala Lumpur – 176
Negeri Sembilan – 110

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Perlis – 51
Putrajaya – 18

Labuan – 0

 

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan menurun kepada 19,807, Selangor kurang lagi 1,600 kes

SHAH ALAM, 22 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara menurun kepada 19,807 kes hari ini selepas melonjak ke paras 22,262 kes semalam.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, Selangor turut mencatat penurunan sebanyak 1,632 kes kepada 5,379 berbanding 7,011 kes semalam.

Angka dipaparkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan enam negeri merekodkan kes empat digit iaitu Sabah sebanyak 2,638 kes, Kedah (1,948), Sarawak (1,772) dan Johor (1,391).

Sementara Pulau Pinang mencatatkan 1,501 kes dan Kelantan 1,196.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

KL – 999

Perak – 703

Pahang – 598
Melaka – 558
Terengganu – 534
Negeri Sembilan – 508

Perlis – 54
Putrajaya – 24
Labuan – 4

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan boleh dikawal jika lebih ramai lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 23 JULAI: Pemberian dos lengkap vaksin Covid-19 kepada lebih ramai penerima terbukti dapat mengurangkan jangkitan Covid-19, maklum ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi contoh Labuan yang hari ini hanya mencatatkan 21 kes selepas tahap pemberian pelalian itu meningkat kepada 73.7 peratus.

Menurutnya tiga hingga empat minggu lalu wilayah itu merekodkan kes tinggi membabitkan jangkitan varian Delta yang mudah menular.

“Hari ini dimaklumkan hospital medan di sana akan ditutup, kes di pusat kuarantin pun berkurangan dan begitu juga dengan jumlah pesakit di hospital.

“Kita dapati daripada model di Labuan ini, kalau kadar pemberian vaksin ditingkatkan jangkitan juga boleh dikawal,” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata jangkitan wabak di kalangan petugas kesihatan yang sudah menerima dua dos vaksin juga rendah membabitkan 1.9 peratus daripada 245,995 kakitangannya.

“Kesan jangkitan juga kurang dan hanya dalam kategori satu dan dua, tidak teruk sehingga kategori empat serta lima.

“Kemasukan warga emas ke hospital akibat Covid-19 juga berkurangan kerana ramai telah lengkap dua dos menerusi pemberian vaksin fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kes mingguan wabak naik hampir 1,000, STFC pesan patuh SOP

SHAH ALAM, 19 APRIL: Kes baharu Covid-19 di Selangor naik minggu ini dengan pertambahan sekitar 1,000 kes berbanding minggu lalu.

Menurut Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), negeri itu mencatat 3,302 kes antara 10 hingga 16 April dengan 3,289 jangkitan tempatan.

Sementara sebanyak 2,335 kes direkodkan antara 3 hingga 9 April dengan 2,320 jangkitan tempatan.

“Kenaikan ini sangat membimbangkan yang tentunya didorong oleh kadar jangkitan nasional yang telah lama melanggar paras selamat,” kata pasukan itu di Facebook.

Sementara itu, STFC berkata pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) di beberapa bazar Ramadan masih longgar dan penganjurannya boleh dibatalkan bagi mengelak jangkitan.

“Terus patuhi SOP bagi memastikan kes mingguan dan kadar jangkitan menurun serta tidak mempengaruhi situasi di Selangor.

“Pihak polis akan mengetatkan sekatan jalan raya terutama perjalanan merentas negeri bagi membendung wabak ini,” kata pasukan itu lagi.

Grafik Twitter STFC

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: NIOSH minta majikan perhalusi semula risiko tempat kerja

KUALA LUMPUR, 15 JAN: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) meminta majikan supaya memperhalusi semula penilaian risiko dan menambah baik prosedur kerja bagi industri berisiko tinggi dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di tempat kerja.

Pengerusinya Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata tindakan itu penting terutama bagi industri yang berisiko mendedahkan pekerja secara langsung dengan pesakit atau pelawat yang bergejala.

“Majikan perlu bertanggungjawab dan prihatin ke atas keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Terutama yang menggaji pekerja bukan warganegara, majikan perlu memastikan pekerja menjalani saringan swab test (ujian calitan) terlebih dahulu dan hanya mereka yang negatif sahaja dibenarkan bekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, majikan juga perlu sentiasa memantau kemudahan tempat tinggal, penjarakan fizikal dan pematuhan tatacara operasi piwai (SOP) di tempat kerja antaranya pemakaian pelitup muka dan menjaga kebersihan.

Beliau turut mengingatkan majikan dan pekerja supaya mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKPP) 1994 serta semua undang-undang berkaitan pekerjaan selain mengamalkan langkah kawalan kendiri yang ketat untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di tempat kerja.

“NIOSH ingin menyeru agar kita semua dapat bersama-sama dalam mengharungi saat sukar ini secara kolektif dan membantu pihak kerajaan menurunkan kadar jangkitan kepada dua digit dan akhirnya mencapai angka sifar,” katanya.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Terus patuhi SOP walaupun terima suntikan vaksin Covid-19 – pakar

KUALA LUMPUR, 22 DIS: Walaupun menerima suntikan vaksin Covid-19, orang ramai masih perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mencuci tangan sebagai usaha memerangi pandemik itu.

Pakar Virologi dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata ini berikutan risiko untuk mendapat jangkitan wabak berkenaan tetap ada walaupun seseorang itu disuntik dengan vaksin.

“Bagi saya, gaya hidup lama patut kita lupakan sahaja kerana kita telah masuk kebiasaan baharu apabila berlakunya Covid-19. Oleh itu, cara hidup kita berubah dan walaupun vaksin itu ada di tangan kita sekalipun, gaya hidup kita tidak boleh kembali seperti dahulu.

“Ini kerana, vaksin itu berkesan daripada menghalang seseorang itu mengalami kesan yang lebih teruk daripada jangkitan itu namun itu tidak bermakna seseorang divaksin tidak boleh menjadi pembawa kepada virus itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Malaysia Petang Ini yang membincangkan topik “Vaksin Covid-19: Memahami Akses Serta Perolehan Vaksin AstraZeneca”, terbitan Bernama TV, di sini, hari ini.

Tambahan pula, katanya, vaksin dibangunkan sekarang hanya untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

“Mereka yang berumur bawah daripada usia itu tidak mendapat vaksin jadi apabila usia mereka sudah meningkat, mereka juga perlu mendapatkan vaksin, jika tidak mereka akan terdedah dengan jangkitan,” katanya.

Dalam pada itu, Sazaly menyifatkan pembelian vaksin dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca sebagai langkah terbaik bagi mempelbagaikan pilihan vaksin yang boleh digunakan oleh rakyat di negara ini.

“Jadi, sebenarnya rakyat Malaysia sangat bertuah dan beruntung kerana bukan semua orang serasi atau sesuai dengan satu vaksin sahaja.

Seperti yang kita tahu, fisiologi dan biologi dalam badan setiap manusia itu berbeza dan tindak balas yang diterima (apabila disuntik vaksin) juga berlainan yang mana mungkin akan ada yang mengalami alahan daripada vaksin itu sendiri,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19, iaitu tambahan 10 peratus lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

Kes Covid-19 seluruh dunia lepasi 50 juta

NEW YORK, 9 NOV: Kes Covid-19 di seluruh dunia pada Ahad sudah melepasi 50 juta, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua.

Jumlah kes mencecah 50,052,204, dengan angka kematian seramai 1,253,110 setakat 11.24 pagi waktu tempatan (1624 GMT).

Amerika Syarikat kekal negara paling banyak melaporkan kes dan kematian, masing-masing berjumlah 9,879,323 dan 237,192. India mencatatkan 8,507,754 kes, di tempat kedua. Diikuti Brazil dengan 5,653,561 kes dan 162,269 kematian, jumlah korban kedua tertinggi di dunia.

Negara yang mencatatkan lebih 1.1 juta kes termasuk Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Britain dan Colombia, sementara negara dengan lebih 40,000 kematian termasuk India, Mexico, Britain, Itali dan Perancis.

Kes global meningkat 30 juta pada 17 September dan naik lagi menjadi 40 juta pada 19 Oktober. Hanya dalam tempoh 32 hari kes global meningkat dari 30 juta menjadi 40 juta, dan dalam masa 20 hari dari 40 juta bertambah ke 50 juta.

-BERNAMA

 

Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Kes di Jepun cecah 100,000, korban lebih 1,700

TOKYO, 30 OKT: Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Jepun meningkat 100,000 pada Khamis, disebabkan peningkatan kes baharu ekoran pembukaan semula aktiviti ekonomi, lapor agensi berita Kyodo.

Bilangan kes sehari yang dicatatkan di seluruh negara pada Khamis sebanyak 809 buat pertama kali melepasi angka 800 sejak 29 Ogos.

Jumlah keseluruhan itu merangkumi kira-kira 700 kes membabitkan kapal persiaran Diamond Princess, yang dikuarantin di Yokohama pada Februari. Terdapat lebih 1,700 kematian sehingga kini.

Jangkitan memuncak pada Ogos sekitar 1,600 kes dan sejak itu jangkitan mula perlahan, tetapi pakar memberi amaran akan trend kenaikan dijangka berlaku lagi.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kes di Jepun berada di kedudukan ke-49 di dunia.

Situasi di Jepun lebih buruk berbanding negara jiran seperti Korea Selatan dan Taiwan, yang bertindak pantas untuk menyekat perjalanan dan menghapuskan kluster jangkitan.

Jepun juga sedang dilanda musim selesema, yang diburukkan lagi dengan Covid-19 yang memberi tekanan pada sistem perubatan. Perdana Menteri Yoshihide Suga berjanji untuk terus menyokong hospital dan mendapatkan vaksin yang cukup untuk seluruh penduduk Jepun menjelang separuh pertama 2021.

-BERNAMA