PAS Selangor lancar Program Jejak Wira,hargai bekas parajurit

Khidmat dan jasa bekas parajurit negara terus dihargai melalui program Jejak Wira anjuran PAS Selangor.

Categories
SELANGOR

Jejak Wira hargai pengorbanan perajurit

Oleh: HAFIZAN TAIB

KAJANG, 9 SEP: Warga bekas perajurit menyambut baik pelaksanaan program Jejak Wira bagi menghargai khidmat bakti dicurahkan mereka demi menjaga keamanan negara.

Mohd Askar Haron, 67, dari Ampang, berkata penghargaan itu memberi pengertian besar kepada dirinya yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 22 tahun.

“Program ini bermakna kepada kami semua dan ia permulaan baik bagi menjaga kebajikan bekas perajurit yang selama ini berkorban tenaga untuk keamanan negara.

Iskandar“Langkah diambil wajar dipuji dan perlu berterusan,” katanya selepas majlis pelancaran Jejak Wira di sini, hari ini.

Berbicara mengenai nama, beliau berkata, sukar dipastikan mengapa begitu tetapi minatnya amat mendalam terhadap dunia ketenteraan dan mungkin kebetulan nama itu diberikan orang tua kepadanya.

Zainuddin Ahmad, 53, juga dari Ampang berkata, program dijayakan adalah pengiktirafan kepada bekas perajurit yang banyak menabur jasa kepada negara.

“Saya gembira dan berbesar hati hadir dalam program ini kerana ia majlis menghargai saya dan semua rakan.

“Setidak-tidaknya apa kami perjuangan untuk negara dipandang kerajaan dan semua pihak,” katanya yang berkhidmat selama 23 tahun dalam ATM.

Majlis anjuran PAS Selangor itu dirasmikan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat; Adun Bangi, Shafie Ngah; Adun Dusun Tua, Razali Hassan dan Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

EZY