Categories
SELANGOR

MB: ‘Jangan ambil kira sumbangan peribadi saya kepada parti’

Oleh Fazallah Pit

SHAH ALAM 1 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim meminta penyokongnya tidak mengungkit sumbangan peribadinya kepada PKR selama ini kerana menyifatkan parti itu jauh lebih berjasa.

“Jangan ambil kira pemberian saya kerana PKR beri lebih banyak daripada itu. Bukan harta tetapi peluang untuk saya menjalankan tugas, cita-cita supaya Malaysia dipimpin orang yang amanah dan bertanggungjawab.

“Kalau diambil kira, itu tak berapa ikhlas. Habislah (pahala). Biar Allah yang tentukan ganjaran. Sebab itu saya minta (sumbangan peribadi) tidak diambil kira. Itu kira hangus,” katanya yang membuat pengumuman bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR.

mb1BhkJcMKCEAE9mXKBeliau berkata demikian pada program Majlis Kasih Bertaut dengan tema Menuju Reformasi Tulen; Integriti, Telus dan Bersih, di kediaman rasminya di sini, malam tadi.

Abdul Khalid merujuk kenyataan pengacara majlis ketika memperinci keperibadian sebenarnya dengan mendedahkan sumbangannya kepada PKR yang selama ini disorok dari pengetahuan umum.

Antaranya, menyelamat bangunan ibu pejabat PKR dari dilelong pada 2011, membantu pembiayaian kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 12 dan 13 melalui wang poketnya sendiri

Abdul Khalid juga menyumbangkan bas dan treler Jelajah Merdeka Rakyat sepanjang kempen PRU 13 yang menyaksikan 52 peratus pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Malah, pengacara majlis itu mengakui  pendedahan sedemikian tidak disukai Abdul Khalid tetapi beranggapan fakta itu perlu diketahui ahli parti.

Apatah lagi, kata pengacara itu, Abdul Khalid selama dilabel ‘kedekut’ sedangkan ADUN Pelabuhan Klang itu, banyak membantu parti termasuk dalam aspek kewangan.

 

 

Categories
NASIONAL

JINGGA 13 Gesa Polis Siasat Insiden Serangan Di Gombak

SHAH ALAM, 5 DIS : JINGGA 13 mengutuk keras tindakan tidak berakhlak dan bermoral yang didakwa dilakukan penyokong Umno-BN yang merusuh dan mengganggu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat.

Kejadian malam semalam  di Batu 8 Gombak  ternyata melampaui batas sehingga mengakibatkan seorang petugas dicederakan menggunakan senjata tajam yang dipercayai kerambit.

Koordinator Penerangan Jingga 13 Malaysia, Mohd Rudey Abd Rahman berkata, tindakan terdesak didakwa didalangi Umno-BN menyebabkan penularan budaya politik samseng yang sebelum ini  berlaku di Johor dan Melaka.

Beliau berkata, polis perlu menyiasat dan mengheret mereka yang bertanggungjawab dan mendakwa mereka yang menjadi dalang ke muka pengadilan.

“Pimpinan Umno-BN harus dipertanggungjawabkan di atas insiden jenayah tersebut kerana mereka tidak akan berani bertindak sedemikian tanya didalangi atau diarah oleh pimpinan Umno-BN,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelas beliau, tindakan terdesak ini dilihat seolah-olah mereka cuba memberi amaran kepada Pakatan Rakyat dengan amaran yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menghasut dan mengapi-apikan mengenai tragedi 13 Mei 1969.

“Inilah amalan ‘assabiyyah’ yang terus diamalkan di dalam Umno yang sanggup menzalimi orang lain berteraskan tiupan rasis dan kepuakkan yang melampau yang bertentangan dengan Islam.

“Inilah sikap sebenar Umno-BN yang perlu ditolah seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Ceramah : Jelajah Merdeka Rakyat di Batang Kali


 

 

Sinopsis:

Ceramah ini telah berlangsung pada 28 Oktober 2012

Layari http://www.selangorkini.net

Jelajah Merdeka Rakyat – Salam Selangor


 

Episod 24

Sinopsis : Satu fenomena menarik dan berkesan dalam seni dan strategi berpolitik di Malaysia. Pemimpin politik, khususnya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim jelajah dengan menaiki bas bergerak dari negeri ke negeri termasuk Selangor, untuk menyampaikan mesej penting kepada hadirin mewakili rakyat supaya timbul kesedaran, kebangkitan, dan perubahan kepada pembentukan kerajaan persekutuan dan negeri terajuan Pakatan Rakyat.

Tetamu : Yg Bhg Azmizam Zaman Huri ,Ketua AMK Selangor

Jelajah Merdeka Rakyat Di Selangor Di Ganggu BN – INFO 12


Sinopsis:

Info 12 Untuk 22102012

Umno-BN cuba menggagalkan Program Jelajah Merdeka Rakyat di Selangor. Hampir 30 banner diturunkan oleh mereka, ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di ganggu dengan deruan motosikal yang membawa bendera BN.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengajak ahli Umno-BN berubah dan menyokong PR. Anwar pula turut menyanyikan lagi “Najib Goyang” bersama orang ramai.

Saksikan secara langsung “INFO 12” sebuah rancangan baru yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda – http://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL SELANGOR

Jelajah Merdeka Rakyat Dapati Sokongan Rakyat Kepada Pakatan Semakin Bertambah

SHAH ALAM 21 OKT: Jelajah Merdeka Rakyat di beberapa kawasan di Selangor menyaksikan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat sekaligus mencerminkan kepercayaan masyarakat negeri ini untuk terus bersama PR.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sejak beliau memulakan rombongan di Desa Air Hitam, Puchong dan Pantai Morib, Kuala Langat, kehadiran rakyat di setiap ceramah amat memberangsangkan.

Biarpun hujan lebat pada pagi dan petang, ianya tidak mematahkan semangat penduduk di setiap kawasan yang dikunjungi untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar amanat dan mesej yang dibawa oleh pemimpin PR.

Abdul Khalid di dalam ucapannya di Ijok berkata, rakyat di Selangor kini dapat merasai perbezaan melalui perubahan yang dilakukan semasa Pilihanraya Umum 2008 yang lalu.

“Rakyat dapat menikmati pelbagai manfaat melalui pentadbiran yang telus dengan penganjuran pelbagai program dan bantuan seperti pemberian air percuma, skim bagi warga emas dan wanita dan tuisyen percuma bagi pelajar-pelajar di negeri ini.

“Cara kita mengurus negeri ini, Laporan Ketua Audit menunjukkan Selangor merupakan antara negeri-negeri yang terbaik pentadbirannya dan jika dilakukan perbandingan dengan kerajaan Umno-BN sebelum ini, kita ternyata lebih baik,” katanya di hadapan penduduk Ijok.

Selain Puchong, Kuala Langat dan Ijok, rombongan semalam turut mengunjungi Pandamaran di Klang dan Kampung Assam Jawa di Kapar sebelum mengakhiri perjalanan di parkir Stadium Shah Alam.

Rombongan tersebut turut disertai Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam ucapannya di Shah Alam, Anwar memuji pentadbiran Abdul Khalid sambil menyifatkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik.

“Saya akui beliau merupakan seorang yang sangat cermat dan berkira dalam menguruskan wang di negeri ini.

?Tetapi sikap inilah yang diperlukan seorang pemimpin bagi menjamin wang negeri ini dikembalikan kepada rakyat untuk menikmatinya,” katanya di hadapa kira-kira 6,000 hadirin.

Katanya, integriti tinggi yang dimiliki Abdul Khalid menyebabkan negeri ini mampu mempunyai rizab simpanan sehingga RM 2.2 bilion walaupun membelanjakan wang yang banyak bagi program bantuan rakyat seperti skim air percuma, Jom Shopping, TUNAS dan Sri Kembar.

“Dahulunya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa Selangor akan bankrup jika berhasrat memberikan air percuma.

?Tetapi dengan pentadbiran yang telus dibuktikan oleh Abdul Khalid, simpanan negeri meningkat daripada RM1 bilion kepada RM 2.2 bilion walaupun memberikan pelbagai kemudahan kepada rakyat,” kata Anwar.

Categories
NASIONAL

200 Bendera PKR Dicuri Dan Dibakar di Hadapan Bilik Gerakan Parti Politik

KLANG, 21 OKT: Kira-kira 200 bendera PKR yang dipasang di sekitar tapak program Jelajah Merdeka Rakyat di kawasan letak kereta pasaraya Econsave didakwa dicuri dan kemudiannya dibakar di bilik gerakan sebuah parti politik.

Bendera-bendera itu yang merupakan antara persiapan ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pandamarn di sini, dipercayai telah dicuri pada lewat malam tadi.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri ketika mempengerusikan Program Jelajah Merdeka Rakyat di sini hari ini.

Menurut beliau, perbuatan memalukan tersebut menggambarkan ketakutan setengah pihak tentang kemaraan Pakatan Rakyat.

“Mereka tak mampu berbuat apa-apa, nak lawan hujah tak berani, jadi yang mereka boleh buat hanyalah curi dan bakar bendera PKR,” kata beliau.

Azmizam juga memberitahu, AMK akan membuat laporan polis mengenai kejadian ini.

Di dalam program Jelajah Merdeka Rakyat hari ini, dianggarkan lebih seribu orang telah membanjiri program yang berlangsung dalam keadaan hujan.

Selain Ketua Umum PKR, program tersebut turut menampilkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai penceramahnya.

Categories
NASIONAL

Kerajaan Selangor Buktikan PR Mampu Tadbir Negara Lebih Baik

KLANG, 21 OKT: Rekod hampir lima tahun pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) membuktikan pakatan tersebut mampu mentadbir kerajaan negara dengan lebih baik berbanding rekod 55 tahun Umno-BN.

Antaranya termasuklah prestasi cemerlang kewangan dan kecekapan pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga mendapat pujian Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam Laporan Audit Negara baru-baru ini.

Laporan tersebut antara lain menyatakan simpanan atau kumpulan wang disatukan bagi Selangor telah meningkat sehingga mencecah RM 1.94 bilion pada 2011.

Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding mana-mana negeri yang diterajui Umno-BN.

Selain itu, amalan perbelanjaan secara berhemah oleh Kerajaan Selangor turut membolehkan kerajaan negeri itu membentangkan belanjawan berimbang semenjak tahun 2009 lagi.

Demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyangkal dakwaan Umno-BN bahawa PR akan menyebabkan negara muflis sekiranya PR diberi peluang mentadbir negara ini.

“Kalau kita menang kita umumkan harga minyak turun dan nanti (Datuk Seri) Najib kata apa?

“Nanti negara bangkrap, itu sahaja yang dia tahu. Ambil duit lembu tak bangkrap, ambil tanah rakyat ratus ribu hektar tak pula dia kata bangkrap.

“Bangkrap ini boleh terjadi bila ada yang tak amanah,” kata Anwar di hadapan hampir dua ribu hadirin di dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pandamaran di sini hari ini.

Beliau turut menemplak Umno-BN yang gagal membantu rakyat miskin di Sabah seperti mana yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kerajaan Negeri bayar sehingga RM 400 juta untuk beri air percuma kepada rakyat Selangor.

“Ada Umno-BN berikan kepada Sabah negeri yang paling kaya tetapi rakyat paling miskin?” ujarnya lagi dalam program yang berjalan dalam keadaan dilanda hujan.

Selain Anwar turut hadir dalam program Jelajah Merdeka Rakyat kali ini adalah Abdul Khalid dan barisan exco Kerajaan Negeri Selangor.