Categories
NASIONAL

Jingga13: Tahan Fariz isu KitaLawan, disoal himpunan Geramm

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Jingga13 menyelar tindakan polis menahan Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan negara.

Naib Koordinator Jingga13, Mikhael Iskhandaar Abdullah berkata, penahanan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu ekoran terbabit dalam perhimpunan #KitaLawan dilihat satu tindakan terdesak untuk menakutkan dan menyekat suara rakyat khususnya anak muda.

“Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat serta keadilan untuk semua kaum di negara ini.

jinggadownload“Jingga13 dengan tegas mengingatkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang serta akta,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, Jingga13 merujuk kepada keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, pada April 2014 diketuai Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof yang mengisytihar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) sebagai tidak sah serta bertentangan perlembagaan.

Mikhael Iskhandaar berkata, tidak ada dalam akta itu membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

“Jelas juga bahawa sebarang hukuman kepada yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

Fariz Musa“Sehubungan itu, kita percaya penangkapan dan siasatan polis bukan sahaja kepada Fariz tetapi raakan lain bermotif politik,” katanya.

Katanya, Jingga13 juga musykil dengan tindakan polis menyoal siasat Fariz berkenaan perhimpunan dikenali “Protes Pensel Merah” yang dianjurkan pengamal media (Geramm), pada 4 Januari 2014.

“Kenapa Fariz disoal berkenaan protes itu sedangkan ia dianjurkan pengamal media dan selepas 15 bulan berlalu?

“Apa motif di sebalik siasatan itu?,” soalnya.

-NFN-

Categories
KENYATAAN MEDIA

JINGGA13 jawab LENSA: Selamatkan Anwar & integriti kehakiman

Oleh: FARIZ MUSA

Surat Untuk Anwar Ibrahim yang berjudul ” Bersaralah Anwar Ibrahim, Rakyat Nampaknya Sudah Letih” oleh LENSA ( Lensa Anak Muda Malaysia ) benar-benar menunjukkan suara kecewa dan lemah anak muda yang tidak mengenali Anwar Ibrahim sebagai Bapa Reformasi Malaysia yang sanggup berjuang tanpa penat dan konsisten berdepan dengan rejim UMNOBN.

Sejarah perjuangan Reformasi yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim telah membuka mata rakyat Malaysia terhadap kebobrokkan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Mahathir dan UMNOBN.

AnwarDimana anak-anak muda LENSA ketika tahun 1998? Di mana anak-anak muda LENSA ketika itu,yang langsung tidak merasai perjuangan rakyat yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim? Perjuangan yang digerakkan oleh para reformis 16 tahun yang lalu yang sekarang dikecapi oleh anak-anak muda seperti LENSA dan sebagainya.

Anwar Ibrahim yang merupakan mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan , malah dunia mengakui serta mengiktiraf beliau antara 100 tokoh paling berpengaruh.

Jasa dan pengorbanan beliau tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun sewaktu berada dalam kerajaan , apalagi anak-anak muda LENSA yang turut merasai dasar pendidikan KBSR dan KBSM sewaktu dibangku sekolah dulu yang digubal sewaktu Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan.

Perjuangan Reformasi pada tahun 1998, rakyat bangkit ke jalanraya kerana atas kesedaran terhadap kepincangan demokrasi dan kezaliman pemerintahan Rejim UMNOBN ekoran daripada pemecatan dan pemenjaraan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim boleh memilih untuk mengkhianati rakyat dan Pakatan Rakyat dengan menerima tawaran sebagai Timbalan Perdana Menteri atas nama Konsensus Nasional. Itulah manusia bernama Anwar Ibrahim yang punya prinsip dan idealisme menolak tawaran tersebut.

Nilai setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi keutamaan, apatah lagi membuktikan beliau bukan seorang yang ‘tamak haloba’ dan ‘kemaruk’ jawatan.

LENSA harus sedar,ramai yang menyatakan simpati dan tidak sanggup melihat Anwar Ibrahim terpenjara apa lagi menyedari semuanya adalah fitnah serta konspirasi bagi tujuan menamat dan menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim. Proses perbicaraan yang pincang, bukti yang dangkal dan bersifat ‘male fide’.

Anwar Ibrahim boleh memilih dan menerima tawaran untuk ke luar negara, sepertimana yang ditawarkan oleh Turki, tetapi Anwar Ibrahim adalah pejuang rakyat, mati hidupnya adalah untuk Rakyat Malaysia dan kecintaan beliau kepada Malaysia yang tercinta.

Beliau boleh memilih jalan kesenangan dan kemewahan, bersekongkol, menjilat dan sujud pada rejim zalim UMNOBN, tapi sosok Anwar Ibrahim memilih garis melawan kerakusan dan kebobrokkan rejim UMNOBN sehingga terpaksa menerima situasi sebegini, diaib dan dinafikan keadilan dan kebenaran.

Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim adalah lambang kezaliman terhadap rakyat. Anwar Ibrahim terseksa kerana memilih untuk bersama rakyat. Beliau ialah mangsa politik kotor dan jijik serta desparado UMNOBN.

Rakyat harus bangkit bersama Anwar Ibrahim. Rejim UMNOBN terpaksa mengunakan institusi kehakiman sebagai ‘nyawa’ untuk menyelamatkan diri pimpinan UMNOBN yang bersalut kerakusan, rasuah,penyelewengan,ketirisan dan kezaliman serta mengkhianati rakyat. Anwar Ibrahim adalah musuh nombor wahid menjadi mimpi ngeri kepada mereka.

Rakyat harus bangkit bersama-sama Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan institusi kehakiman yang bukan sahaja terhadap Anwar Ibrahim, termasuk Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Awam dan sebagainya yang tujuan untuk mencengkam kebebasan rakyat.

Perjuangan Anwar Ibrahim bukanlah perjuangan yang sia-sia. Perjuangan beliau adalah mata rantai perjuangan rakyat.

JINGGA 13 Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya Anak muda untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada ‘Perdana Menteri Rakyat Malaysia’ yang telah mendapat mandat 53% majoriti dalam PRU 13 pada 28-29 Oktober di Istana Kehakiman Putrajaya kerana Rakyat Hakim Negara!

*FARIZ MUSA adalah Ketua Koordinator JINGGA13 Malaysia

Categories
NASIONAL

JINGGA 13: Setahun berlalu, apa status siasatan SPRM terhadap Raja Ropiah?

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 9 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjelaskan menjelaskan status siasatan dan satu pendakwaan perlu dilaksanakan terhadap Raja Ropiah Raja Abdullah pemilik Awan Megah.

Dalam satu kenyataan media yang dipetik dari laman web JINGGA 13, menyatakan badan bukan kerajaan (NGO) itu sudah genap setahun melaporkan kepada SPRM terhadap kes isu bayaran RM160 juta anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada Astacanggih dan Awan Megah.

SPRM jinggaPada 9 Januari 2013 lalu, Setiausaha Jingga13 Malaysia, DK Vicky telah mewakili Jingga13 Malaysia membuat laporan SPRM di SPRM Selangor di Shah Alam.

Rentetan daripada pendedahan yang pernah dibuat oleh YB Rafizi Ramli dan laporan SPRM oleh Jingga13 Malaysia, di manakah hasil siasatan tersebut yang sehingga sekarang SPRM terus membisu dan “menguncikan” lidah mereka,” kata Jingga 13.

raja ropiah

┬áSemalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah membuat pendedahan berkaitan syarikat Awan Megah menyatakan Pemimpin Wanita Umnom Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah pada dasarnya diberikan RM13 juta “wang percuma”.

Ia ekoran kontrak “tidak sah dan batal” bagi membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) dan perjanjian tanah itu ditandatangani dengan kerajaan.

EZY