Categories
NASIONAL

JPP tahu siapa tipu pemilihan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 NOV: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengenal pasti pihak yang melakukan penipuan, provokasi dan memanipulasi data serta pengundi, pada Pemilihan KEADILAN 2018.

Setiausahanya, Ismail Yusof berkata, JPP turut memiliki dokumen yang boleh dijadikan bukti berhubung dakwaannya itu.

“Tetapi kami tidak mahu mendedahkannya demi menjaga aib sesama insan apatah lagi pemilihan ini sering diungkapkan sebagai hanya membabitkan kita smua yang mengaku anggota satu keluarga besar KEADILAN.

“Sudah banyak percubaan menipu dalam kalangan calon yang kita patahkan dan apabila mereka gagal, JPP serta sistem dipertikai supaya timbul keraguan awam,” katanya pada status akaun media sosial facebooknya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Abah dalam kalangan anggota KEADILAN turut melahirkan kekecewaannya apabila terdapat pihak yang memperlekehkan anggota JPP melalui lukisan kartun yang ditularkan di media sosial.

Katanya, lebih buruk lagi apabila salah seorang anggota JPP, Alvin Teoh bukan sahaja digari dan ditahan polis akibat tuduhan melulu sesetengah pihak, malah turut diaibkan sedangkan beliau hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Sesungguhnya Dato’ Rashid Din (Pengerusi JPP), Dr Adzman Hendra (Timbalan Pengerusi JPP) dan Tok Abah, belum pernah walaupun sekali mengubah waimah satu angka apatah lagi membuat manipulasi keputusan undi, kami tiada akses pada data.

“Ini kerana had JPP hanya pada Borang 13 dan melihat keputusan, itupun selepas tamat masa undian.

“Sepanjang masa undian sedang berjalan, akses pada laman sesawang keputusan pemilihan ditutup pembangun perisian, justeru sahaja angka keputusan yang kami terima daripada pembangun sistem, itulah yang kami siarkan,” katanya.

Categories
NASIONAL

Lapor salah laku kepada JPP – Anwar

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Semua aduan berkaitan Pemilihan KEADILAN 2018 perlu dilaporkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) termasuk isu penemuan ‘jammer’, di Kuala Selangor.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pimpinan juga boleh bertanya terus dalam Mesyuarat Biro Politik jika timbul sebarang isu.

Beliau turut menegaskan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan dan menyerahkan kepada JPP serta Jawatankuasa Disiplin untuk menyiasat semua aduan diberikan.

“Saya selalu mengesyorkan bawa kepada JPP (untuk sebarang isu) dan ambil tindakan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

“JPP menjawab ‘jammer’ itu tidak menghalang kerana applikasi berkenaan sudah dimuat turun dan cubaan menghalang (menggunakan jammer) tidak berhasil kerana mereka belajar daripada pengalaman di Kedah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyambut baik teguran BERSIH 2.0 berhubung isu kesalahan sepanjang Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Katanya, beliau meneliti setiap teguran dibangkitkan dan menjelaskan setiap majlis dihadiri adalah jemputan penganjur.

“Saya sambut baik teguran dan kita tengok secara spesifik teguran seperti program M Nasir, saya dijemput. Mengapa tidak jemput calon lain kena tanya dia (penganjur). Itu pun sekejap, saya dengar satu dua lagu kemudian beredar.

“Jamuan yang saya hadir dijemput di kuil dan tokong juga dijemput. Ada badan bukan kerajaan yang taja majlis makan tetapi saya hadir berucap dan pergi tanpa makan di situ.

“Kalau betul (dakwaan), kita akan bincang dengan BERSIH 2.0 untuk perketatkan undang-undang,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

Amirudin yakin JPP bersedia hadapi pemilihan Selangor, elak kekacauan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 OKT: Anggota KEADILAN di Selangor digesa tolak sebarang tindak tanduk yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni pada Pemilihan KEADILAN 2018 peringkat Negeri Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, beliau difahamkan pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) turut membuat persediaan rapi khasnya membabitkan isu keselamatan ketika pemilihan di Selangor berlangsung.

“Pemilihan di Selangor saya harapkan berjalan lancar, tidak berlaku apa-apa dan walaupun saya ada berhubung pihak polis untuk bersedia namun menjadi tanggungjawab penganjur untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik terutamanya hal dalaman parti.

“Saya akan adakan mesyuarat khusus dengan semua pengendali untuk memastikan semua berjalan lancar walaupun ada pertandingan di semua peringkat namun saya harap semuanya bertarung dengan baik, tidak menimbulkan suasana kurang baik terutamanya ketika pemilihan berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta Bukit Malawati Xploride 2018 di kaki Bukit Malawati di sini, hari ini.

Beliau yang juga bertanding merebut kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) berkata, KEADILAN tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada mana-mana pihak melanggar peraturan pemilihan dan mencetuskan kekacauan.

Katanya, ketegasan parti boleh dilihat apabila KEADILAN baru-baru ini mengambil tindakan tegas dengan memecat anggota yang terlibat dengan perlakuan ganas.

Amirudin berharap suasana aman dan lancar ketika pemilihan peringkat Negeri Johor, Terengganu serta Kelantan baru-baru ini dapat diteruskan di Selangor.

Categories
NASIONAL

Pemilihan KEADILAN, JPP disaran lebih cekap

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 2 OKT: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) KEADILAN diminta lebih cekap mengawal situasi bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Calon Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail berkata, terdapat banyak insiden di beberapa kawasan membabitkan campur tangan pengawas yang menafikan hak wakil calon untuk memantau sepanjang proses pemilihan parti.

“JPP perlu mengambil maklum perkara ini kerana pengawas sepatutnya tidak boleh mengganggu proses pemilihan yang berlangsung.

“Saya menggesa pengawas dapat membantu pengundi dengan memberi tunjuk ajar dan bukannya mengundi bagi pihak mereka.

“Itu hak pengundi dan kita hanya bantu mereka pilih kerana sistem ini masih baharu,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu 3, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha yang menyifatkan sistem e-voting tidak sempurna selepas berlaku kekecohan dalam kalangan pemilih.

Bagaimanapun, Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Tiga berkata, sistem itu berfungsi dengan baik, namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu ditambah baik.

“Sistem ini tidak banyak masalah tetapi ia perlu memiliki syarat liputan internet laju di kawasan berkenaan dan saya nampak ia lebih telus, malah keputusannya juga dapat diketahui dalam tempoh singkat.

“Saya optimis selepas ini JPP dapat menambah pengeluaran kod bar di setiap meja pendaftaran, sekali gus mengelakkan masalah pengundi menunggu terlalu lama,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN perlu tegas

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 9 OGOS: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) diingatkan supaya tegas bertindak terhadap sebarang tindakan salah guna kuasa bagi meraih sokongan sepanjang Pemilihan KEADILAN 2018 berlangsung.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemilihan harus bebas daripada unsur rasuah selaras dengan matlamat parti menolak amalan terbabit.

“Jika ada ahli JPP yang tidak mampu bersikap bebas, maka mereka harus undur.

“Mereka harus pantau kerana sekarang berbeza dengan dulu. Calon perlu elak penyalahgunaan kuasa, maknanya Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar dan EXCO tidak boleh guna kedudukan mereka sama ada memujuk atau mengugut mana-mana ahli untuk meraih undi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di Tropicana Merchant Square, di sini, hari ini.

Anwar berkata, walaupun belum aduan rasmi dibuat tetapi sudah terdapat suara yang menyatakan kebimbangan terhadap isu berkenaan.

Katanya, calon juga perlu mengelak daripada menyinggung dan mencerca peribadi lawan masing-masing.

“Selagi saya diberi mandat untuk memimpin, maka saya tidak akan bertolak ansur,” katanya.

Sementara itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengingatkan Pemilihan KEADILAN 2018 harus berjalan dalam semangat kekeluargaan.

“Proses yang kita mahukan perlu bersih dan juga semangat perjuangan, kekitaan, kekeluargaan, tidak ada selar menyelar, tidak ada jatuh menjatuh, serangan peribadi atau seumpamanya,” katanya.

Categories
NASIONAL

Syed Husin: Keputusan siasatan kes sogok JPP diumumkan masa sesuai

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 OGOS: Keputusan siasatan berhubung kes dakwaan cubaan menyogok Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai, kata Ketua pasukan siasatan kes berprofil tinggi terbabit, Dr Syed Husin Ali.

Syed Husin bagaimanapun berkata, beliau tidak dapat memberitahu masa sesuai yang dimaksudkan itu.

pkr“Tunggulah masa sesuai nanti kita umumkan,” kata Syed Husin ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Syed Husin juga enggan menjawab sama ada siasatan kes terbabit sudah selesai dan pihak mana yang akan mengumumkannya nanti.

Sebelum ini, ada dakwaan berkenaan cubaan menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan PKR 2014 bagi tujuan mempengaruhi keputusan bantahan yang dikemukakan sebelumnya.

Ekoran kejadian itu, PKR melantik veteran parti itu bagi memulakan satu siasatan menyeluruh kes terbabit.

EZY

Categories
NASIONAL

Keputusan Pemilihan PKR 2014 diumum Ramadan

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 23 JUN: Rayuan atau bantahan pemilihan jawatankuasa pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh dibuat melalui Jawatankuasa Rayuan selepas pemilihan terakhir yang akan berlangsung, pada 28 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya tidak akan menerima aduan dan rayuan terhadap pemilihan selepas tarikh itu.

Katanya, jawatankuasa rayuan itu akan dipengerusikan Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Pemilihan 2014“Kalau ada pihak daripada sebarang cabang ingin membuat bantahan atau aduan, mereka diberikan satu lagi ruang di jawatankuasa rayuan.

“Namun, ia tidak ada kuasa eksekutif untuk sebarang tindakan, jawatankuasa itu hanya boleh menasihati MPP apakah tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Bagi pemilihan 28 Jun ini, pemilihan akan dijalankan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung membabitkan lima cabang di Sabah iaitu Tenom, Persiangan, Keningau, Papar dan Semporna.

Bagi Sarawak pula adalah Batang Sadong, Julai, Sarekei, Kapit dan Limbang, manakala kawasan Semenanjung membabitkan Sungai Besar, Subang, Kelana Jaya, Sepang serta Puchong.

johari-abdul“Semua peti undi akan dibawa terus ke Ibu Pejabat PKR di tingkat satu yang diawasi Kamera Litar Tertutup (CCTV) 24 jam. Manakala, bagi Sarawak akan dihantar ke Kuching dan Sabah pula di Ibu Pejabat Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Johari berkata, kongres PKR akan diadakan selepas hari raya puasa dan keputusan pemilihan akan diumumkan Ramadan.

Sementara itu, Pengerusi Panel Bantahan JPP, Abdul Malek Hussin menyifatkan 88 peratus pemilihan berjalan dengan lancar dan hanya 12 peratus sahaja mengalami masalah.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR cabang Kota Raja kekal

Oleh: NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 23 JUN: Pemilihan jawatan bagi cabang Kota Raja tidak akan diadakan semula ekoran pemilihan berlangsung enam jam tanpa henti selaras dengan peraturan.

Pada 22 Jun lalu, proses pemilihan semula jawatan di kawasan terbabit bertukar ganas sehingga mengakibatkan dua lelaki cedera dalam pergaduhan ketika sesi pengundian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku apabila penyokong calon merempuh pagar pusat mengundi seterusnya bertindak membaling kerusi antara satu sama lain yang menyebabkan proses pengundian dihentikan setengah jam lebih awal.

Pemilihan 2014Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul, berkata pihaknya akan mengenalpasti suspek yang terbabit seterusnya akan menyerahkan kepada pihak polis jika bukan anggota parti.

Manakala, Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan jika anggota parti itu terbukti terbabit.

“Lembaga Disiplin sedang melakukan siasatan. Jika ahli PKR, mereka akan diambil tindakan, tetapi jika orang luar kita serahkan kepada polis.

“Kita juga kena lihat insiden ini daripada kumpulan yang sama sebelum ini atau tidak kerana membabitkan perkara berlaku dua kali,” katanya.

Dalam kes sebelum ini yang membabitkan Kota Raja, Johari berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan pemecatan dan pengampunan.

johari-abdul“Lembaga Disiplin sudah lakukan penyiasatan. Ada yang dipecat dan yang dilepaskan.

“Terdapat juga calon yang diambil tindakan kemudian membuat rayuan dan meminta maaf, jadi kita beri peluang kedua untuk bertanding tetapi dengan amaran keras,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

JPP anggap protes ahli normal, tidak akan ambil tindakan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 MEI: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun di depan bangunan ibu pejabat parti itu, malam tadi (20 Mei).

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul, berkata sebagai parti yang mengamalkan demokrasi setiap individu mempunyai hak untuk berhimpun, namun perlu diadakan secara aman.

Katanya, pihak JPP menganggap protes itu sebagai tindakan normal dalam parti politik.

johari abdul parlimen 01“Tidak ada yang luar biasa dengan tindakan itu, kita anggap protes terbabit sebagai tindakan dalam parti politik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya, hari ini.

Semalam, sekumpulan ahli PKR yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan parti itu mengadakan bantahan di luar ibu pejabatnya dengan mencemuh pemimpin parti yang sedang mengadakan mesyuarat biro politik, kira-kira jam 8 malam.

Kira-kira 60 orang berkumpul di luar ibu pejabat PKR bagi membantah kaedah sistem pengundian yang diguna pakai pada pemilihan parti itu dan menjadikan penyandang kerusi Timbalan Presiden, Azmin Ali serta Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin sebagai sasaran masing-masing.

2c93af92c91d6b10ddb088b37ca10810Mengulas himpunan itu, Johari berkata, isunya adalah ahli parti yang membuat bantahan mengadakan perhimpunan dan menggunakan sistem pembesar suara sehingga mengganggu ketenteraman jiran.

“Mereka berhimpun secara aman, tidak ada senjata. Cuma, oleh kerana pembesar suara digunakan jadi sudah mengganggu, tetapi kita boleh kawal situasi itu,” katanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Tindakan JPP gantung Manikavasagam tepat, tidak lindungi kepentingan individu

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 20 MEI: Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail menganggap keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Lembaga Disiplin mengantung keahlian S Manikavasagam ekoran tuduhan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tepat.

Rodziah yang juga Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita menganggap tindakan JPP dan Lembaga Disiplin itu tidak melindungi sesiapa yang didakwa melakukan kesalahan tanpa mengira kedudukan atau pangkat.

Katanya, JPP juga mengambil kira beberapa kelemahan yang timbul sepanjang pemilihan parti berlangsung.

rodziah pc green 20 jul 01“Saya yakin JPP tidak mengambil tindakan semberono. Ada asasnya.

“Sesiapa yang terbukti melanggar peraturan parti akan diambil tindakan. Tidak kira sama ada seseorang itu anggota biasa atau peringkat pimpinan,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Ibu peringkat negeri 2014, di Kompleks Belia dan Kebudayaan, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Rodziah menggesa semua ahli parti yang bertanding perlu melihat positif dalam pemilihan.

“Kita kena lihat bahawa pertandingan adalah sesuatu yang baik untuk parti. Jika mengeluarkan sesuatu kenyataan, ia perlu ada asas untuk dibuktikan.

“Kita mesti mengamalkan budaya politik yang baik. Politik kita bukan kotor dan menjatuhkan satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata, JPP dan Lembaga Disiplin serius mengambil tindakan sama ada seseorang itu adalah pengadu atau tidak.

TerusTerang Manikavasagam pic“Kini, parti agak serius untuk ambil tindakan kepada sesiapa bukan disebabkan pengadu atau tidak. Kita lihat keseluruhan isu, saya rasa sudah masanya parti menunjukkan disiplin yang tinggi.

“Semua berhak, walaupun yang digantung untuk tampil ke depan untuk menyatakan alasan dan mengemukakan rayuan supaya boleh dipertimbangkan,” katanya.

Sebelum ini, Manikavasagam digantung keahliannya ekoran melanggar peraturan parti atas kesalahan memburukkan imej parti kepada media arus perdana.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: JPP nafi ‘kemenangan’ Azmin, minta Astro Awani perbetul laporan

KUALA LUMPUR 14 MEI: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul menafikan keputusan yang kononnya memenangkan pasukan Keadilan Raya.

Mengikut kenyataan media Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil malam ini, keputusan lengkap belum dikeluarkan, malah pemilihan di peringkat negeri belum lagi selesai.

Beliau berkata, Johari juga meminta laporan yang disiarkan laman web Astro Awani dengan memetik sumber dalaman, diperbetul.

kr

Mengikut laporan itu, penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali kononnya jauh mendahului pencabarnya dengan memperoleh 5,724 atau 46 peratus undi.

Pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilapor mendapat 10,851 (32 peratus) undi dan seorang lagi calon, Datuk Saifuddin Nasution 7,609 (22 peratus) undi.

Laporan itu dilihat digembar-gembur penyokong Azmin melalui media sosial petang tadi.

JURNAL BERITA – Kementerian Pertahanan masih membisu, belum beri jawapan isu pembenihan awan

1. Selangor kesal laporan tidak benar isu air, undang gelisah rakyat

2. Kerajaan Negeri tunai janji, 90 penduduk Bestari Jaya terima geran tanah

3. Abdul Khalid yakin menang jawatan Timbalan Presiden PKR

4. Universiti boleh analisis keselamatan air lombong, elak pertikaian

5. MB ucap takziah kehilangan AllahyarhamMB

6. Kementerian Pertahanan masih membisu, belum beri jawapan isu pembenihan awan

7. GST: Pemerintah baik cari ulama, ulama tak baik ghairah dekati pemerintah

8. Negeri PR perlu terus semangat reformasi, elak jadi versi BN

9. JPP belum terima bantahan rasmi keputusan minggu pertama pemilihan

10.Fuziah: “Bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya, JPP perlu bertindak”

11.Malaysia Airports pilih bulu, utama VIP daripada rakyat marhain

12.110 peniaga pasar pagi Sri Muda bakal berpindah ke lokasi baru 2016

13.BERSIH gesa pertuduhan Thomas Fann digugurkan, perlu kaji semula APA

14.Dr Syed Husin: Sosma jelmaan semula ISA, undang-undang zalimi rakyat

15.BN sabotaj keamanan negara, tingkat ketegangan kaum

16.AKTIVITI YB: 80 golongan muda sertai konvoi ARC Gombak